Followers

Thursday, 6 January 2011

'Misteri'.....kerja 'hantu raya' atau 'orang bunian'?

Koroner kata Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, bukan mati bunuh diri?

Habis tu sapa yang bunuh?

Hari tu, bekas Adun Umno bersama dengan PAnya mati ter'tembak' ala-ala Romeo dan Juliet dan polis dapati tak ada kesan tembakan dari luar mahupun dari pihak ketiga

Habis tu sapa yang tembak?

Dulu mata Bro. Anwar lebam semasa dalam tahanan......Madey kata Bro. Anwar is safe and sound......tup tup esok pagi....matanya lebam.

Habis tu sapa yang lepuk mata Bro. Anwar?

Doktor kata tak ada kesan tusukan tapi 'ada' berlaku liwat kerana tompokan air mani.

Habis tu sapa yang meliwat?

Rupa-rupanya masih ramai lagi 'orang bunian' atau pun 'hantu raya' berlegar-legar di Shah Alam dan kawasan sekelilingnya.