Followers

Wednesday, 12 January 2011

Mencabul: Ahli politik tercekik viagra.....kemaruk seks

Seorang jurusolek di Ipoh membuat laporan polis kerana selalu menerima SMS berbau lucah dari beberapa nombor milik lelaki bacul ekoran daripada tindakannya membuat laporan polis setelah beliau dicabul oleh seorang ahli politik yang 'gian' dan bernafsu seperti seekor beruang ganas apabila payudaranya diramas.

Anda boleh buat telahan parti politik mana lelaki yang jelas mempunyai nafsu tahap lelaki terencat akal ini sertai.

Tak mungkin ia dari PAS......bukan kerana orang PAS 'maksum' dari noda dan dosa kerana kalau-kalaulah ia dari PAS pasti sepantas kilat lelaki yang sudah hilang pertimbangan itu akan ditangkap polis dan akan meronta-rontalah blogger Umno seperti seekor siamang tertelan pil kuda membuat posting sensasi.

Parti politik mana ia datang bukan pointnya disini......anda boleh buat tekaan samada lelaki yang tercekik viagra itu dari parti cap keris ke...parti cap ayam ke...parti cap todi ke...yang pentingnya ia mesti didakwa di atas kebiadapannya.

Tentu sekali ahli politik yang kemaruk seks itu seolah-olah mengunyah 'ecstacy' seperti mengunyah kacang Mengelembu itu tak ingin isteri dan anak-anak perempuannya dilakukan sebegitu rupa oleh lelaki lain. [sumber .]