Followers

Monday, 3 January 2011

Memang jelas ia 'mudarat'

Orang politik kalau tak bercakap pasal politik dalam satu hari atau tak nak berpolitik dalam apa-apa isu untuk menggerakkan penyokong dan pendokongnya sendiri adalah diibaratkan makan nasi tanpa kuah.....tanpa kicap...tawar hambar.

'Teh timbang' dikatakan memudaratkan kesihatan.

Ada kajian?

Ha ha ha......biasanya kalau nak menimbang sesuatu benda mesti menggunakan satu alat. Dan alat itu dinamakan penimbang atau nama khususnya ialah DACING.

Yang memudaratkan adalah 'DACING' itu sendiri......bukannya 'teh' itu.

'DACING' yang telah lama di'guna'kan oleh rakyat Malaysia lebih kurang 50 tahun lebih ternyata me'mudarat'kan penggunanya.

'DACING' yang dah ber'karat', 'bocor', tidak di'calibrate' ternyata memberi 'bacaan' yang salah kepada pengguna.

'DACING' perlu digantikan segera dengan kaedah alat penimbang yang lain kerana ia telah 'out-dated' serta telah 'expired'.

Tolak 'DACING' di PRU13 nanti......alahai.....