Followers

Wednesday, 12 January 2011

Macam sedih je bunyinya......gelaran dipulangkan

Seorang ahli politik yang cukup ter'kenal' dan ber'kuasa' suatu ketika dahulu, hari menunjukkan ke'luhuran' budi pekertinya dengan memulangkan 'sementara' segala gelaran dan darjah kebesaran yang diterimanya sewaktu beliau ber'kuasa' dahulu.

Ini adalah kerana beliau sedang dalam proses pengdakwaan kes rasuah. Beliau dengan rendah diri dan penuh dengan keikhlasan hati memulangkan kembali anugerah tersebut kerana memelihara kebesaran serta kesucian kedudukan pingat tersebut.

Tindakan itu menarik perhatian umum dan majoriti bersedih di atas keluhuran budi pekertinya. Ramai kaum ibu......anak-anak kecil.....bayi-bayi ber'cucuran' air-mata tanda kesedihan dan kepiluan hati yang tiada terkira......sehingga ramai menggeleng-gelengkan kepala tanda kekeliruan dua tindakan yang berbeaza itu dengan dua personaliti yang berbeza itu......separuh muka...penuh dengan 'lumpur rasuah' terpalit pada mukanya.....dan dalam separuh muka yang lain penuh dengan budi pekerti terpilih.

Personaliti yang dimaksudkan ialah seorang doktor gigi......ye seorang doktor gigi yang berjaya......yang berjaya membina 'istana idaman' hasil titik peluhnya sebagai pencabut dan penampal gigi manusia.....itulah dia Encik Mohd Khir Toyo.

Jika anda merasakan ada kesamaan dengan mantan Menteri Besar Selangor dahulu, sila baca DI SINI untuk mendapat kepastian.

al-brangionline:

Alangkah beruntungnya seseorang yang mendapat gelaran Al-Muttakim......yang paling bertaqwa di SISINYA.