Followers

Sunday, 30 January 2011

Maaf itu YB kamu......bukan YB aku tau.....

Keputusan PRK N05 Dun Tenang telah diumumkan oleh TV1 kejap tadi.

TV1 RTM merupakan TV resmi Kerajaan. Mana-mana Kerajaan yang memerintah, RTM tetap wujud. Anggota kakitangannya adalah kakitangan Kerajaan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhimatan Awam, bukannya dilantik oleh Umno/BN......jauh sekali dari 'mak-datok' mereka atau kaum kerabat mereka.

Mana-mana penjawat awam bebas memilih parti mana yang individu suka. Jikalau dia memilih Umno atau PAS sekalipun......mereka kena ingat, Jabatan Kerajaan adalah bukan jabatan 'mak-bapak' dia...jauh sekali 'datok-nenek' dia punya.

Marah nampak......sebab PAS kalah ke?

Memang marah......tapi bukan pasal PAS kalah.

Marah kerana pengacara RTM TV1 yang membuat pengumuman keputusan PRK N05 Tenang semasa lintas langsung tadi amat tidak profesional......beliau tidak boleh membezakan di antara TV milik Umno/BN dengan milik Kerajaan.....beliau masih keliru bahkan kebanyakan orang Umno memang beranggapan semua Jabatan Kerajaan adalah milik Umno termasuk RTM.

Pengacara itu dengan sesedap hatinya menyebut,....."Yang Berhormat baru kita.....".....tolong sikit itu YB kamu...bukan YB aku.

Yang pastinya RTM itu bukan milik 'mak-datok' kamu.....ia milik Kerajaan.....kaedah melapor mesti ada perbezaan kerana kamu dibayar gaji oleh Kerajaan (duit pembayar cukai) bukannya dibayar gaji oleh Umno.

Walau bagaimanapun, akhir sekali diucapkan tahniah dan syabas kepada Cik Gu Mala yang banyak membuat pengorbanan untuk menerima amanah parti untuk bertanding. Ini baru game pertama......masih ada game lain yang arenanya amat berbeza.

Diucapkan teruskan berjuang dan selepas ini mungkin suami anda akan di'korban'kan pula......sesungguhnya yakinlah rezeki itu dariNYA jua.

Nota kaki:

Calon Umno/BN memperoleh 6,699 undi manakala calon PAS/Pakatan Rakyat melalui Cik Gu Mala mendapat 2,992 undi.(Majoriti 3,707 undi)