Followers

Friday, 21 January 2011

Kisah DUN kosong dgn 'Pondan Siam'

Gambar hanya sebagai hiasan

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim telah isytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Selangor kosong mengikut perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri apabila Adunnya Badrul Hisham Abdullah tidak hadir dewan lebih setengah tahun.

Pilihanraya kecil?

Jangan bermimpi SPR berani isytihar kosong?

Sebelum ini pun Speaker DUN Kedah pernah mengisytiharkan DUN Kota Siputeh, Kedah kosong apabila Adunnya gagal menghadiri sidang DUN.

Begitu juga di dua DUN di Perak yakni di Behrang dan Changkat Jering pun diisytiharkan kosong oleh Speaker......tapi hampeh.....

Kenapa SPR tidak isytiharkan pilihanraya kecil?

Tak perlu kita bertanya kenapa dan mengapa?

'U know......I knowlah'

Tapi yang peliknya kenapa Pakatan Rakyat amat ghairah dengan PRK?

Kenapa kita begitu yakin dengan PRK? Kenapa kita begitu yakin dengan kemenangan yang kadangkala diluar jangkauan kita?

Dengan segala penipuan......dengan berbagai-bagai projek 'mee segera'.....taburan hujan duit pun kita masih sanggup nak berlawan?

Selepas mendapat kemenangan tipis di Manik Urai......kalah di Galas pun PAS masih sanggup menerima mandat dari Pakatan Rakyat di kawasan 'totok' Umno/BN.

Selepas kalah di Batu Sapi, kita masih ghairah......kenapa ye?

Sebagai pendokong kepada PAS/Pakatan Rakyat......semua mahukan kemenangan, tak terkecuali di kawasan 'totok' Umno/BN sekalipun, walhal PAS pernah memboikot PRK di Pahang satu ketika dulu. PAS boleh membuat pilihan menarik diri dari diberi amanah bertanding

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kerana meraikan demokrasi?

Sesekali berfikir berbaloi ke?......pada hal Umno/BN tidak pernah meraikan demokrasi malah men'cabul'nya.....mem'bogel'nya......me'rogol'nya.....me'lacur'nya.

Namun hati kecil ini tetap berkata......bertanding itu satu bentuk berdakwah......memperkenalkan Islam kepada masyarakat.