Followers

Tuesday, 25 January 2011

Kim Clijsters penyokong tegar PAS?

Satu ketika dulu, (kini dan selama-lamanya?) dizaman Mahathir warna hijau menjadi fobia serta silau mata orang Umno......hinggakan Menteri nya ketika itu Dr. Siti Zaharah Sulaiman mengesyorkan di'buat' sesuatu pada logo Petronas.

Kubah hijau di setiap surau dan masjid ditukarkan kepada warna biru atau kekuningan......kononnya warna hijau amat sinonim dengan PAS. (Biru sinonim dengan BN......kuning sinonim dengan kuil 'Singh')

Semua Jabatan Kerajaan amat takut untuk menempah kerusi, mengecat pagar atau bangunan dengan warna hijau.

Orang Umno amat takut memakai baju warna hijau kerana dikhuatiri orang akan meng'cop'nya penyokong PAS.

Begitulah sengketnya pemikiran orang Umno.

Agak-agaknya bila orang Umno pergi ziarah ke Masjid Nabawi di Madinah dan ziarah ke Makam Nabi......agak-agaknya orang Umno tak mendongak ke atas......kerana kubah bertentangan dengan Makam Nabi berwarna hijau.

Gambar yang dipaparkan adalah Kim Clijsters pemain tennis rangking yang ke3 dunia berasal dari Belgium. Beliau pernah memenangi 3 Grand Slam iaitu Terbuka Amerika.

Pada kejohan Grand Slam yang pertama tahun ini iaitu di terbuka Australia, beliau memilih peralatan sukan berwarna hijau.

Agak-agak apa yang difikirkan oleh penyokong totok Umno?

al-brangionline:

Pemain kegemaran sebelum beliau memakai warna hijau lagi.