Followers

Saturday, 22 January 2011

Kikiskan stigma "Artis/Selebriti berkahwin......seolah-olah menempah tiket menjadi janda"

Gambar sebagai hiasan. Selamat Penganti Baru Zaquan Adha (bintang bolasepak negara) dan Ayu Raudhah (artis) moga kekal hingga ke akhir hayat"

Mari kita lupa sekejap kehangatan berkempen pilihanraya kecil DUN Tenang. Kita lupa sekejap politik tanahair dan kita masuk ke alam politik lain iaitu politik rumahtangga.

Dalam seminggu dua ni heboh diperkatakan artis/selebriti tanahair buat kelakunya lagi. Ada yang berpakaian semacam baru keluar bilik air......ada yang kepanasan bukan setakat berkemban tapi udah hampir2 terlanjang.....ada yang baru kahwin.....ada yang menunggu2 keputusan kes khalwat.....tak kurang jugak ada yang sedang dalam proses penceraian.

Yang berkahwin secara sah sebagai suami isteri......diucapkan selamat pengantin baru moga kekal sehingga akhir hayat.

Artis/selebriti hendaklah mengikis stigma yang sudah sekian lama melekat......"apabila artis berkahwin......dalam masa yang sama sedang menempah tiket untuk menjadi janda"

Saya mencabar mereka buktikan bahawa itu tidak benar......mungkin dek terlalu banyak gangguan dalam keluarga.....luar keluarga.....sesama artis/selebriti yang menggangu-gugat rumahtangga mereka.....maka mereka bercerai.....tapi ingat, adalah terlalu mahal harga membina sebuah 'masjid' untuk diruntuhkan dalam sekelip mata.