Followers

Thursday, 6 January 2011

Khalid bernasib baik atau Umno tak de nasib?

Berbagai-bagai ramalan tentang tarikh PRU13 diadakan.

Hanya Najib yang tahu bila tarikh yang sesuai baginya dan Umno/BN dan mungkin tidak sesuai bagi orang lain khususnya Pakatan Rakyat dan pengundi itu sendiri.

Apabila Umno masuk ke gelanggang......mereka tidak mahu pengundi menuntut bermacam-macam.....itu tak settle.....ini tak settle.

Kalau boleh Umno mahu settlekan banyak perkara agar rakyat nampak Umno tak ada tinggal kerja-kerja tertangguh.....tapi sayang masa tidak menyebelahinya.

Jadi Umno terpaksalah main sorok-sorok bawah 'karpet'.....atas 'almari'.....sorok sana sikit .....sorok sini sikit.....kalau tak sempat nak sorok terpaksa di'make-up'kan agar nampak macam sudah beres.....tapi rakyat tahu 'gincu' tebal ke nipis....rakyat boleh perhati 'bedak' tebal ke nipis.

Umno masih ada banyak perkara yang belum dibereskan dan mesti dibereskan seperti kes Ling Liong Sek dengan skandal PKFZnya, kes Khir Toyo dengan 'Istana Idaman'nya, kes Liwat II, kes kononnya amah Indonesia dirogol Menteri (?), pilihanraya Sarawak, pertelagahan umno Terengganu, Perlis, Kedah dll, kes Sosilawati agar nampak kecekapan institusi polis, pembentukan Suruhanjaya di Raja kes Teo Beng Hock, kesan kenaikan harga barang kepada rakyat......tempoh cooling-off period sehingga rakyat boleh absorbed dan terus lupa dan banyak lagi.

Tetapi daripada yang terbanyak itu, isu perlantikan Setiusaha Kerajaan Negeri Selangorlah yang paling terpenting. Kerana bagi Umno......Selangor perlu di'kerja'kan hingga lunyai sebelum melangkah ke PRU13. Kalau tumbang sebelum PRU13 lagi baik bagi mereka.

Nasib baik Tan Seri Menteri Besar dan barisan Exconya hadir di upacara angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Negeri di Istana Kayangan hari inI. Jika tidak hadir maka satu 'mala petaka' akan menimpa negeri Selangor. Jika tidak hadir maka Umno akan menjaja ke hulu ke hilir bahawa Tan Seri Khalid menyembah derhaka.

Mampukah Tan Seri Khalid meneruskan sidang tergempar untuk pinda perlembagaan negeri setelah mendengar titah Sultan seperti Di SINI ?

Harap-harap episod di Perak tidak berkembang plotnya ke Selangor.

Perkembangan di Selangor sedikit sebanyak menentukan warna 'baju' yang hendak dipakai oleh Umno di PRU13 nanti.