Followers

Saturday, 8 January 2011

Jom balik ke zaman 'Jepun'......Umno pasti di'sokong' giler.....

Rasa-rasanya Umno tak perlu nak fitnahkan PAS untuk dapatkan sokongan rakyat. Tak payah nak gunakan semua perkakas kerajaan termasuk orangnya untuk 'menyerang' PAS.

Langkah Kerajaan menaikkan harga minyak itu adalah satu langkah yang amat bijak. Bila minyak petrol naik rakyat makin susah......barang makin naik.

Bila minyak tanah naik orang kampong akan rasa susah. Kalau boleh naikkan harga minyak masak, biar orang kampong rasa susah.

Naikkan harga beras, gula, tepung, susah anak, susu pekat, sardin dan semua barang keperluan......orang kampong pun susah......orang bandar pun susah.....biar sama-sama susah.

Kat pejabat, putuskan bekalan letrik biar pekerja tahu apa makna susah. Biar pekerja berpeluh. Tamatkan khidmat bas dan teksi.....biarkan rakyat merasa perit...biarkan mereka berjalan kaki kerana selama ini mereka dimanjakan.

Galakan rakyat tanam ubi di setiap rumah. Biar generasi selepas merdeka faham apa itu jerih, perit, susah.....selama ini mereka hanya mendengar akan kesusahan maka bapak mereka ketika di zaman pemerintahan Jepun, 'Bintang Tiga' dan zaman 'British'.

Ketika di zaman itu orang Melayu bersatu.....susah senang dinikmati bersama...satu hati...satu jiwa. Rakyat menyerah bulat-bulat kepada pemimpin.

Maka jika sekarang rakyat di'kembali'kan seperti di zaman Jepun, nescaya Umno/BN yang berlambangkan 'dacing' ini akan mendapat sokongan padu dari rakyat sama seperti dizaman Umno/Perikatan berlambangkan 'kapal layar' dulu.

Jika ini berlaku......sekurang-kurangnya untuk tempoh 50 tahun......senang-senang Umno/BN akan mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi lagi dari rakyat.....tanpa perlu ber'gaduh' dengan PAS......tanpa perlu berkempen dan berfitnah lagi.....dapat jimatkan duit negara.....apa macam?

Presiden Umno mesti setuju sangat ni......tunggu apa lagi...naikkan lagi harga barangan.....kurangkan impot kain baju...kurangkan impot makanan...biar rakyat pakai baju bertampal sana sini.....biar rakyat makan ubi kayu dan jagung rebus.....biar rakyat mancing ikan di parit-parit dan longkang-longkang untuk buat lauk pauk.

Bila rakyat susah.......maka mereka akan bertambah ber'gayut' pada pemerintah.....tak caya? Tanyalah rakyat yang susah di Terengganu, Sabah, Sarawak, Ulu Tembeling, Kg.Bantal, Galas, Gua Musang, Manik Urai, Batu Sapi......dll.