Followers

Friday, 14 January 2011

Isu debat: Pengedar pampers sudah mula berkira-kira

Dulu perlekeh Pakatan Rakyat pasal '100 hari di Putrajaya'.

Bila Bro. Anwar ajak berdebat, bermacam-macam helah dan alasan diberi.

Lepas tu Ketua Pembodek Parlimen pulak ajak berdebat pasal Apco (lari daripada isu '100 hari di Putrajaya').

Pastu Ketua Pemuda tak ber'potfolio' pula juga turut mencabar berdebat.

Umum sudah tahu kedua-duanya terpaksa buat cover pada big boss sebelum big boss kena 'tembak' dengan pidato Bro. Anwar yang diibaratkan seperti 'machine-gun'.

Yang paling kelakar apabila seorang 'perempuan Melayu terakhir' yang sedang berangan-angan dan mengelamun seolah-olah hari-hari berlalu bagaikan 'seribu satu malam' jika tuntutan samannya berjaya juga turut mencabar berdebat.

Bukan bertujuan nak perlekehkan sesiapa......masing-masing ada akal...ada mulut...boleh bertutur...itu semua tak menjaminkan boleh menyakinkan rakyat dengan hujah yang akan dibawa.

Saya berharap sangat debat ini dapat dilangsungkan bagi mencerahkan apa yang terasa gelap di hati...apa yang terasa terbuku di hati...apa yang terasa terkilan di hati. Rakyat ingin tahu apa itu '100 hari di Putrajaya'.....adakah sama dengan 'Thousand and One Nights - The Arabian Nights'? Rakyat juga ingin tahu letak duduk sebenar Apco. Rakyat ingin tahu realiti ekonomi negara muttakhir ini.

al-brangionline:

Ada kedengaran pengedar 'pampers' sudah mula mengukir senyum kerana memikirkan akan meraikan 'bulan jatuh ke riba'.

Harap2 debat menjadi kenyataan......biarpun ada sesetengah akan menyamakannya dengan malam sayembara deklamasi sajak.