Followers

Monday, January 10, 2011

Gila......suami menayang gambar bogel isteri.....

Gila ada bermacam-macam jenis gila.

Ada gila babi, gila isim, gila 'perempuan', gila judi, gila fitnah, gila bini orang, gila kahwin, gila talak, gila mancing, gila motor, gila kereta dan bermacam-macam lagi.

Ada yang betul-betul gila dimana otaknya sudah rosak.

Ada yang otak 'separuh' rosak tapi masih sedar atau mungkin saja-saja buat-buat gila.....ada yang hampir-hampir sama macam orang gila talak seperti apa yang terjadi pada Umno yang masih tergila-gila akan negeri Selangor......kesian.

Tetapi yang ini lain pulak......entah apa jenis gilanya.....sanggup menayangkan gambar bogel isterinya pada orang lain melalui telefon.

Ini memang kerja 'gila'......ya hanya mereka yang gila saja sanggup buat kerja-kerja gila macam itu.

Inilah spesis suami yang tak menghormati perasaan dan maruah isteri......tapi apa nak dikatakan hanya suami yang gila saja sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sebaik saja orang yang ber'nasib-baik' menatap gambar itu.....maka terus tersembur perkataan Wow!

Agak-agaknya apa perasaan sisuami yang 'gila' itu....apabila mendengar ungkapan 'Wow' itu?

Adakah dia rasa bangga.....terkejut.....malu.....menyesal.....terkedu.....atau tak rasa apa-apa?

Teramat malang kepada isteri yang mendapat suami semacam itu......alahai.....itulah bahananya apabila seseorang jauh dari hidayah Allah SWT. [sumber .]