Followers

Monday, 17 January 2011

DUN N5 Tenang: Saudara - - - - - - - - - a.k.a 'SPR' calon Umno???

Apabila PAS letak calon wanita......Umno dah menggelabah beruk.

Nak diletaknya calon wanita terutama dari Puteri sebagai saingan kepada PAS......Mak Cik-Mak Cik dari Wanita kuat jeles.....bukan jels-jelas sayang tahu tapi sudah sampai peringkat dengki yang boleh mengundang 'nahas politik'......dan yang paling memeningkan ialah lobi dari kaum Pak Cik-Pak Cik teramat kuat.....takut nanti politik cantas mencantas berlaku.

Kalau diiletaknya calon lelaki......takut nanti tewas kepada calon wanita.....lagi parah malunya kerana calon wanita(Muslimat) PAS ada aura tersendiri. Jika kalau kepada Wanita.....maka 'rangking' Presidennya main menurun.

Lobi-melobi di kalangan calon lelaki amat kuat sebab tu Presidennya sudah beri 'hint'......'Kita mahu letak calon yang boleh menang,' katanya.

Kata Lim Kit Siang, sukar nak menang di Tenang ni. Bukan tak boleh menang tapi sukar. Mungkin Kit Siang sudah baca undi dari kaum Cina mungkin merosot seperti berlaku di Galas. Yang lebih parah lagi DUN Tenang ada tiga kawasan Felda.....Felda Cempelak, Felda Cempelak Barat dan Felda Tenang — yang membawa sekitar 3,800 daripada 14,753 pemilih berdaftar.

Umum sudah tahu Felda merupakan 'fixed deposit' selamat bagi Umno/BN dan pengumuman 'durian akan runtuh' yang berupa Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka sebanyak RM100,916,600......terlalu mewah untuk ditolak oleh mereka.

Undi kaum India berkemungkinan tidak merosot kerana kaum India sudah 'seronok' dengan pemergian 'big boss' yang banyak kontroversi itu dan mereka mungkin 'memberi' peluang kepada Presiden baru untuk mamacu MIC.

Umum juga sudah sedia maklum, DUN Tenang adalah kubu kuat Umno/BN......walau bagaimanapun ini tidak bermakna PAS akan menyerah kalah.

Jika PAS dapat menafikan majoriti yang besar......itu sudah merupakan kemenangan yang besar. Jika itu berlaku maka Umno akan masuk gelanggang PRU13 dalam keadaan seperti ayam sabung yang sudah koyak serta tercabut bulu-bulu kemegahannya.

Walau apapun PAS telah menang sebelum bertanding kerana telah berjaya memertabatkan kaum hawa. Jika ditakdirkan menang, maka ini menjadi pertanda awal Umno/BN akan masuk gelanggang PRU13 dengan 'lilitan hitam' dilengang sebagai tanda berkabung.

al-brangionline:

Kalau Umno ingin meletakkan calon yang boleh memberi kemenangan......maka calon yang paling sesuai, segak, beraura serta berpotensi tinggi boleh menjaminkan kemenangannya iaitu seorang pemuda yang amat ber'pengaruh'......tak lain dan tak bukan adalah Saudara - - - - - - - - -a.k.a. 'SPR'......alahai..... (sila baca DI SINI dan DI SINI .)