Followers

Saturday, 29 January 2011

Akhirnya menangis juga wanita berbaju hijau ini......

Calon PAS di fitnah berbagai.

Umno amat terdesak.

Bloggers pencacai pun turut terdesak.

Apa saja yang boleh dijadikan isu akan diputar belitkan. Di fitnahnya berzina.....peribadi suaminya diserang dengan sijil sakit menjadi penyebab.....malah sijil SPM Normala pun turut menjadi isu.

Namun Normala tetap tabah dan gigih ber'juang'. Walaupun raut wajahnya lembut tapi beliau mempunyai semangat waja.

Di dalam situasi yang lain......walaupun tekanan demi tekanan diberi.....kiri kanan ditekan......wanita berbaju hijau.....berjiwa besi ini yang kaya dengan senyuman.....akhirnya menitis juga air-matanya.

Wanita yang dimaksudkan ini bukanlah Cik Gu Normala Sudirman calon PAS di PRK Tenang. Tetapi wanita yang dimaksudkan ialah wanita berbaju hijau yang menjadi juara Kejohanan Tenis Grand Slam Terbuka Australia, Kim Cljsters setelah menumpaskan pemain dari China Li Na 3-6, 6-3 dan 6-3 petang tadi.

al-brangionline:

Jangan tension......biarkan umno dengan fitnahnya.....biarkan bloggers pencacai dengan 'papagomo'nya.

Possting di atas dibuat untuk mengendurkan sedikit ketegangan.....sedikit kerisauan dan kemarahan pada Umno.

Terubat juga setelah pemain kegemaran al-brangi Justin Henin kecundang di pusingan ketiga dan terus mengumumkan persaraannya kerana kecederaan di bahu......dan yang paling mengecewakan ialah tumpasnya Roger Federer kepada Novak Djokovic di separuh akhir.

Pemain Kim Clijsters adalah pemain favourite al-brangi selepas Justin Henin dan perlawanan akhir persorangan lelaki besuk.....maaf tak nak tengok.....kedua-dua yang bermain.....hampeh berlagak lebih...tak minat langsung.