Followers

Tuesday, 11 January 2011

Akhirnya baru Mahathir jumpa 'tuala putih'......alahai.....

Akhirnya si Madey mengaku jugak akan kelemahannya. Beliau mengaku akan kegagalannya membangun Kampong Baru. Selama 22 tahun dia memerintah Malaysia......beliau gagal buat sesuatu dan menyalahkan berbagai-bagai faktor yang tidak menyelebelahinya.

Beliau yang terkenal di antara Perdana Menteri yang paling 'bijak' malah setanding dengan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew pun gagal membuat sesuatu untuk memertabatkan Melayu Kampong Baru.

Beliau berjaya mengwujudkan Dayabumi, Menara Kuala Lumpur, KLCC , Putrajaya dan banyak lagi tetapi gagal meng'transformasi'kan Kampong Baru.

Beliau berjaya menghalang perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan dan Terengganu tetapi gagal menjga 'Ketuanan Melayu' di Kampong Baru.

Beliau berjaya memperlekeh ke'intelektualan' dan ke'waras'an pemikiran warga Felda, Sabah dan Sarawak dengan menjadikan mereka itu lubuk 'fixed deposit' Umno/BN tetapi gagal meyakinkan warga Kampong Baru.

Beliau amat berminat dengan 'jambatan bengkok' tetapi gagal me'lurus'kan nawaitu pembangunan Kampong Baru.

Beliau berjaya meminda Perlembagaan Negara dengan menarik 'kekebalan Raja-Raja Melayu' tetapi gagal mengwujudkan Akta Pembangunan Kampong Baru.

Mungkin perkasa, pekida, ppim, gpms, pemuda dan puteri boleh pergi ku kutub utara dan bersidang di sana kot kot kedinginan salji boleh mencetuskan idea yang bernas......alahai.....[sumber .]