Followers

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru ala-ala 'Ketuanan Umno'

Kurang lebih 6 hingga 7 jam dari sekarang ribuan remaja terkinja-kinja menyambut tahun baru. Mereka tidak ber'salah' kerana mereka terarah bertindak begitu......Umno berlepas tangan mungkin kerana rata-rata mereka sudah aqil baligh...mereka ter'asyik' kerana mereka dilekakan dengan konsert hiburan...mereka dahagakan hiburan tetapi Umno tidak mencorakkan jenis hiburan yang dikehendaki oleh Agama.

Menambah parah lagi ada pulak 'lembaga hitam' memudah-cara dengan memudah-tanggung bereskan dengan menolong 'sponsor'kan konsert hiburan tersebut tanpa memikirkan halal haramnya. [sumber .]

Seusai saja konsert selesai......maka jutaan 'benih' berenang2 di'lautan' tenang oleh 'perenang-perenang' maksiat.

Tunggu saja hasilnya akan ber'sampah' di tepi-tepi longkang...dipekarangan Masjid...lebih menyanyat hati di tong sampah.

Yang mana ber'nasib-baik' dapat perlindungan......tunggu saja 7 tahun kemudian...tak cukup tangan mereka yang bertugas di Sekolah Terkemengandung' di Jasin, Melaka.

Wahai Mufta-Mufta dan Ulamak muda.....tidakkah kamu terheret-sama menanggung dosa kerana diamnya kamu tanda rela?

Aduhai 'Ketuanan Umno' menghancurkan bangsanya sendiri.

Ada keperluan ke lagi rakyat men'taati' 'Ketuanan Umno' ini?

Sokong bolasepak saja tau......bukan Umno ye.....

Ya kami tetap teruskan SOKONGAN kepada pasukan bolasepak Malaysia khususnya dan sukan bolasepak di Malaysia amnya.

Tapi ingat......pasukan bolasepak sahaja tau...bukan SOKONGAN kepada Umno/BN tau.

Ia betul.....jutaan ringgit dibelanja oleh Kerajaan untuk kemajuan sukan di Malaysia. Anda mesti ingat duit itu bukan dari kantung Umno tau......jauh sekali dari kocek pemimpin Umno. IDuit itu dari poket anda semua. Duit itu adalah duit pembayar cukai. Umno hanya diberi amanah untuk menguruskan kewangan. Itu pun......faham-faham ajelah...duit 'bocor' dan 'tiris' di mana-mana.

Bina Stadium.....Stadium runtuh.....bina bangunan.....bangunan bocor.....disuruh jaga rakyat agar kuat iman.....tapi di'hancur'kan iman dengan konsert dan hiburan melampau.....disuruh jaga rakyat agar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tapi disuruh rakyat berhutang dengan PTPTN......disuruh bina jalanraya untuk kesenangan rakyat tapi dikenakan TOL tambah menyusahkan rakyat......disuruh uruskan negeri dan negara tapi dibina 'istana' untuk bermewah sendiri......disuruh urustadbir negara ikut kehendak Illahi tapi diurustadbir ikut selera dan kepala otak sendiri.

Penjaga gol yg CEKAP......tapi Umno patut diPECAT.....aaah?

Kecekapan penjagol selaku benteng terakhir memang patut menerima pujian......malahan keseleluruhan pasukan memang layak menerima pujian kerana bolasepak adalah permainan berpasukan.....bukannya individu.

Yang tak cekapnya sorang je. Nak tahu siapa dia?

Yang tak cekap ialah Umno.

Umno penuh dengan rasuah, ugutan, salahgunakuasa, 'bocor' sana-'tiris' sini, tipu sana-belit sini.....semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

Buktinya Umno tidak cekap memerintah negara ialah Umno selalu mengongkong Agensi lain untuk menjadi alat-pekakas mereka. Alat-pekakas ini sanggup melacurkan diri.....sanggup dilondehkan semata-mata untuk mengekalkan 'tuan'nya berkuasa.

Malaysia boleh terkenal di merata dunia dalam bidang sukan seperti badminton, skuasy, akhir-akhir ini hoki sudah mula mencapai 'sentuhan' lamanya dan bolasepak sudah menampakkan tanda-tanda kebangkitan.....tetapi tidak kepada 'pemerintahan' yang diterajui oleh Umno/BN yang memerintah Malaysia kurang lebih 50 tahun dan memang selayaknya di'pecat' dalam PRU13 nanti.

Thursday, December 30, 2010

PRK Tenang: Ini bukan perlawanan persahabatan bolasepak!!!

PRK DUN Tenang, Johor akan diadakan pada 30 Januari 2011, manakala hari penamaa calon ditetapkan oleh SPR pada 22 Januari 2011.

Rasa-rasanya tak perlu dihujahkan disini kenapa SPR boleh menetapkan hari penamaan calon dan hari buang undi jatuh pada hari minggu tidak seperti di PRK-PRK yang Pakatan Rakyat adalah penyandang.

Juga mengahbiskan 'karen' merungut kenapa SPR melarang jangan berkempen lagi walaupun Umno/BN sudah menabur 'bitumen' dan media pencacai saban hari taat melaksanakan jumlah 'ratib'nya.

Ini semua kita teramat maklum.

Yang menjadi musykil al-brangi......kenapa PAS diberi mandat oleh Pakatan Rakyat di kawasan yang pengundi Melayunya hanya 47.53%.....kenapa PAS sanggup menerimanya? Kenapa PKR dan DAP tidak beria-ria mahu merebut 'potongan kek lapis' ini seperti dalam PRU12?

Menerimanya seolah-olah menggengam 'bom tangan' yang telah ditarik pin keselamatannya.....bila-bila masa boleh meletup.

PAS baru kecundang di Galas. Semput di Manik Urai pun masih terasa.....tapi masih 'berani' mengambil risiko. Berani atau syok sendiri?

Dalam masa yang sama ada beberapa pimpinan tertinggi tidak memberi harapan yang tinggi.

Memang benar......kalah menang adat perandingan, tapi ini bukan perlawanan persahabatan bolasepak. Ini bukan pertandingan berbalas-pantun atau pertandingan bermain layang-layang.

Ini masalah maruah......ini masalah 'air-muka' yang perlu dijaga untuk menghadapi PRU13 nanti.

Petikan dari theMalaysianinsiders :

Mengumumkan tarikh pilihan raya kecil ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kerusi DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

Seramai 13 pengundi berusia lebih 100 tahun.

Raja berambut uban layak di'singgahsana'nya

Tabik hormat kepada 'Raja' berambut uban ini kerana berjaya meletakkan pasukan bolaspak Malaysia di 'singgahsana' yang tinggi.

Pemain-pemain keseluruhannya berjaya menterjemahkan segala perancangan 'Raja' berambut uban ini di atas padang.

Safee Sali selaku penjaring terbanyak walaupun tidak boleh disamakan dengan penyerang sensasi negara Arwah Mokhtar Dahari, tetapi sedikit sebanyak mengingatkan kembali akan aksi larian deras dan tendangan kencangnya sambil berlari.

Lentuk tubuh Norshahrul Idlan Talaha menggelecek lawan di tepi garisan berjaya mengimbas kembali kehebatan Syed Ahmad striker yang berjaya membawa Malaysia ke Olimpik Munich.

'Raja' berambut uban ini sudah sewajarnya dikekalkan 'takhta'nya sehingga Malaysia berjaya layak bermain di Asian Cup mahupun Olimpik.

'Raja' brambut uban yang dimaksudkan ialah Rajagopal.

Syabas 'Harimau Malaya' (Malaysia) yang berjaya membaham 'Sang Garuda' (Indonesia) 4-2 (agregat) untuk muncul juara dalam kejohanan bolasepak Piala AFF Suzuki malam tadi di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia

Wednesday, December 29, 2010

Wajah poyo......ngak.....bukan salah gua.....

Engak......engak.....engak...bukan gua...aduh bukan gua...heronya juga bukan Ariel......ngak.....ngak...ngak

Yak memang gua dalam video clip itu. Capek sekali......kenapa bikin ribut-ribut.....tapi Ariel tak bisa ngaku atau gua keliru itu bukan Ariel tapi kembarnya......aduh.....

Wang dan linggit ah, gua tarak helan ah, jalan tutup mata gua tak boleh jalan ah. Gua nampak air air air di mana-mana. Lu orang ingat lu orang boleh slamat ke kalau tarak Bomba. Wa belum salah lagi oh.....lu orang tarak boleh tngok ini muka manyak hensem...haiyaaa...haiyaaa

PENGURUS Kanan Bahagian Khidmat Pelanggan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), K Baskaran, 53, didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown, hari ini atas tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM5,700 pada 2006. - Foto Asman Ibrahim.

Ayo yo yo.....apa pasal tangan gari jugak? Sikit punya hal ini macam ke? Apa pasal itu Khir Toyo besar punya jerung tarak gari......ini macam adil ke...tunggu itu Court buat jugementlah kawan.

Lepaslah tangan saya. Saya belum bersalahkan? Kalau salah pun sikit punya hal. Orang atasan lagi besar 'kaut'nya......alahai...Datuk Ramli Yusuff yang ada berpuluh-puluh kes lagi kan terlepas inikan 'ikan bilis' macam saya.

Apa-apa pun kita bicara dulu kat Mahkamah. Saya pun dah lupa dah.....ada ke tidak ambik rasuahnya. Kalau terambik pun...duit tu pun dah langsai. Samalah macam Khir Toyo kan? Biarlah Mahkamah tentukan.....silap-silap ada technical rror kami terlpas.

Saya masih fening-fening lalat lagi. Tak tahu nak kata.....sapa yang bersalah.....sapa yang tertipu.....sudah Qadar dan Qada' menentukannya.

Sumpah wak tak tahu apa-apa. Wak tak bersalah......ngak...ngak...ngak...dia orang yang lantik wak.....mana bisa wak nolak...upahnya lumayan kan? Bisa ada mobil dan supir.....orang kurang waras saja yang bisa nolak......aduhai.....

al-brangionline:

Di dunia bermacam-macam helah...hujah...penafian dan sebagainya...tapi di sana semuanya kaku tiada hujah.

Lawak 'Tok Siak': Jangan bentang sejadah

Lawak lawak lawak.

Ada ke 'Tok Siak' boleh beri arahan jangan bentang sejadah dulu kerana waktu solat lambat lagi. Sesiapa didapati membentang sejadah akan diambil tindakan.

'Tok Siak' ni biar betul.....kaum kerabatnya dah lama masuk ke dalam...bukan setakat bentang sejadah, tapi siap buat kenduri kendara dan guna semua alat siaraya siang malam.....pagi petang.
Dengar-dengar cerita Surau ini menjadi kubu pada kaum kerabatnya. Sila baca Di SINI .

Tuesday, December 28, 2010

Sunyi lagi.....Sunyi?

Minggu depan rumah menjadi SUNYI kembali.

Masing-masing pulang ke 'sarang'nya. Tinggallah al-brangi dan 'Mak Wan' ber'dua-duaan' di rumah. Cuma menunggu cucu pulang dihujung minggu......rumah menjadi ceria dengan keletahnya. Mak Wannya amat perihatin dengan gerak lakunya.....pantang dengar rengekkannya.....maka lagu 'ciptaan'nya akan didodoikan. Terlena jugak si cucu itu ......kerana kelunakan suara Mak Wannya ke....atau lengok melodinya ke...atau memang si cucu itu memang keletihan.....

Baru balik dari membeli tiket bas ke Batu Pahat. Anak nombor 4 akan balik ke Batu Bahat untuk menyambung semester akhirnya di UTHM, Parit Raja, Air Hitam.

Yang bongsu akan kembali ke asrama. Tahun 2011 adalah tahun yang mencabar baginya. Peperiksaan SPM akan menunggunya di penghujung tahun.

Selepas beli tiket tadi.....sempat jugak singgah di kedai mamak untuk mencari 'member'....boleh gak bersembang pasal isu semasa sambil membasah tekak.

Seperti dijangka...memang ada 2 orang 'member' tiba serentak. Kedua-dua mereka mintak teh-tarik kaw-kaw. Saya pula, "Milo kosong panas jugak Mamak." 'Member' tadi hairan kenapa saya mintak Milo kosong. Saya menjawap dengan penuh sayu, '2 hari lepas sahabat kita dah kena 'amputate' kaki kirinya kerana kencing manis. Saya pastikan hanya minum manis sekali sehari sahaja.'

Perbualan kami berkisar pasal Umno nak mengharu birukan Selangor dengan perlantikan Mat JAIS sebagai SUK baru......pasal 'Kepala Taik' dapat jaga taik minyak kelapa sawit.....pasal PRK Tenang dan yang paling hot pasal Gopalakrishnan ber'perang' dengan Bro. Anwar...dan pasal Cik Gu Bard tolak tawaran jawatan Timbalan SUA.

Kedua-dua sahabat 'totok' PKR tadi mintak saya tembak sikit ketiga-tiganya. Saya kata pada mereka, "Saya boleh tembak sorang-sorang, Gopala, Cik Gu Bard dan Bro. Anwar....hits blog saya akan meningkat.....tapi untuk apa? Adakah dengan itu Pakatan makin kuat?"

Saya menyambung lagi,"Apa yang berlaku hanya kau orang je yang amat tahu luar dalamnya kerana kau orang berada dalam satu 'rumah'. Takkan orang duduk sebelah rumah pulak nak ceritakan hal dalam kelambu rumah kau orang...walaupun kita berjiran...kurang manis."

Salah sorang daripadanya mencelah, "'Potong' je 'kepala' mana-mana yang degil."

Yang sorang lagi cuba menenangkan keadaan, "Kalau 'potong kepala'.....SUNYIlah parti...tak de lagi orang-orang sepertinya berani menegur."

Saya terus mintak diri kerana khuatir 'gempa bumi' berskala Richter 4.5 berlaku.....walaupun kecil tapi boleh menggegarkan meja kedai Mamak tu.

Songkok Hitamnya 7 inci tinggi

Kenapa dia dilantik?......kerana dia selesa dengan bersongkok hitam tinggi. Lazimnya songkok hitam tinggi dikaitkan dengan satu pertubuhan memertabatkan 'ketuanan' kaum.

Kenapa dia dilantik?.....kerana dia pandai menjaga kesucian Masjid/Surau. Kerana dia pandai pantau kesahihan bacaan khutbah......segi rukunnya......segi isinya. Kerana dia pandai mengagak sesiapa yang tak mandi wajib atau sedang dan masih berjunub melintasi Masjid/Surau.

Kenapa dia dilantik?......kerana dia pandai menguruskan atau memudah cara urusan solat hajat dan bacaan Yaasiin di Masjid Hulu Selangor untuk bukan Islam.

Kenapa dia dilantik?......kerana dia tahu letak duduk Masjid/Surau.....kerana dia tahu status tanah Masjid/Surau, samada hak milik tetap ke, atau wakaf ke dan sebagainya.

Kenapa dia dilantik?......kerana dia amat 'jaga' bab hal haram...bukan snang nak cari orang macam nih.

Kenapa dia dilantik?.....sudah tentu 'Parti Songkok Hitam Tinggi' mahu dia 'melayan' pentadbiran Selangor dengan se'baik-baik'nya agar senang 'Parti Songkok Hitam Tinggi' menapak semula di Selangor setelah ditolak gelombang tsunami pada PRU12.

Monday, December 27, 2010

'PAS ganti Umno' di Terengganu ~'Ubah Gganu Lening'

Maka hal ehwal mengurus Umno di Terengganu di serah kepada Mad Said. [sumber .]

Mengikut 'adat-beradat'......budaya Umno Terengganu zaman berzaman.....siapa yang pegang jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.....maka inilah peluangnya untuk membuat 'pasak-bumi' memperkemaskan kuda-kudanya.

Sepintas lalu era Mad Derih kelihatan 'kelang' (kelam serta suram) dengan perlantikan Mad Said ini.

Kalau Mad Said ini 'jenih cerdik', sudah pastinya beliau akan buat 'white-wash' pada semua orang-orang Mad Derih dalam PRU13 nanti kecuali Mad Derih sorang.

Maka melomponglah orang-orang yang bergayut di dahan yang rapuh. Rasa-rasanya Mad Said tak mampu nak 'ambik hati' orang-orang Mad Derih dengan memberi jawatan penasihat itu...penasihat ini kerana 'awok-awok' dia sendiri pun masih terkial-kial mencari-cari 'projek'.

Mad Said tak berapa licik nak tendang keluar Mad Derih dari Umno Terengganu. Kesetiaan Mad Derih pada Umno pusat telah terbukti. Kesetiaan orang Umno kepada Umno melebihi kesetiaan kepada sesiapa saja.

Rakyat Terengganu yang sentiasa mencurahkan kesetiaan kepada Raja mereka sesekali tidak akan memaafkan perbuatan 'awok-awok'nya yang buat ala-ala 'harakiri kamikaze' politik dengan merentangkan beberapa banner dengan kata-kata nista yang rasa-rasanya terlalu pilu untuk ditulis di sini.

Tiada maaf bagi mu Mad Derih.

Hayat politik 'demo' hanya boleh disambungkan di Pusat. Kerana di Pusat masih banyak agensi-agensi yang memerlukan penasihat dari orang-orang yang talian hayat politik telah putus.

Tapi tak bolehlah nak lantik 'demo' jadi Penasihat minyak(Petronas) kerana tempat itu sudah diisi oleh Pakar Minyak (?) selalunya kepada mantan Perdana Menteri. Mungkin 'demo' akan dilantik di Syarikat-Syarikat 'Taik-Minyak' yang bersepah di Kuala Lumpur.

Berbalik kepada kisah Umno Terengganu tadi......realitinya, PAS lebih senang menghadapi Umno di bawah pimpinan Mad Said dari Mad Derih kerana Mad Derih lagi cerdik dan licik. Ini memberi makna pimpinan Mad Said adalah kurang cerdik dan licik.

Tetapi harus diingat Umno Terengganu selama ini pun bukan bergantung kepada kecerdikan....ia hidup gah kerana dasar yang 'licik' dari Pusat.

PAS Terengganu seharusnya dengan segala kekuatan yang ada mengambil peluang untuk meneruskan gelombang 'PAS ganti Umno' di Terengganu'. Ungkapan 'Ubah Gganu Lening' seharusnya dikekalkan momentumnya sehingga menjelang PRU13.

Segala keporak-perandaan Umno Terengganu akan menjadi pemangkin untuk kebangkitan PAS Terengganu.

Saya rasa Pemuda PAS mempunyai banyak idea untuk menarik golongan remaja menjadi 'Orang Muda geng kite' seperti 'expedesi bermotor' yang pernah dibuat dan sebagainya.

Jika remaja perempuan berjaya di'pujuk rayu' oleh Muslimat dengan program-program yang ikut 'ere mereka' (ikut selera mereka) seperti menyusun program sukan bowling, ekspedesi berkayak mengelilingi Masjid Kristal dan lain-lain tempat yang terkenal, ekspedesi air-terjun ke air-terjun sebagai contoh.....InsyaAllah 'Geng Muda Bersama Kite'.

Saya sentiasa melihat dan sentiasa mengharap 'Bulan Purnama' penuh akan muncul kembali di Terengganu setelah ditutup awan hitam tebal untuk beberapa tahun sebelum ini.

Kaki 'Rasuah' tepis Kaki 'Zikir'......alahai.....

Ada sesetengah orang bila dah dekat penghujung hayatnya, bermacam-macam tebiat dilakukan. Ada yang nak makan makanan yang sedap-sedap......ada yang tak lalu langsung nak makan.

Sesetengahnya pula nak melancong k merata tempat......ada yang seharian duduk bermurung...tak bercakap dengan sesiapa.

Ada yang siap-siap mem'faraid'kan segala hartanya dikalangan anak-anaknya.......ada yang sedara mara yang berbudi kepadanya akan diberi hadiah juga.....paling tidak sebidang tanah.

Orang ini special sikit dia punyai kelebihan......pernah diberi gelaran tak resmi 'Bapak Rasuah Politik' tapi dek jasa dan taat setianya pada 'boss'nya...maka diberilah tugas baru menjaga 'ladang' yang ber'million-million' asetnya.

Yang anihnya...penjaganya sebelum ini adalah sorang 'ahlul tasauf'.....yang kaki 'zikir' di'tepis' ke tepi tetapi dek kesetiaannya, beliau dilantik sebagai Penasihat kepada 'Boss' yang menjaga hal-ehwal ladang itu.

Berapa punya banyak penasihatlah?

Penasihat minyak, penasihat kapal terbang, penasihat Agama......apa kepakarannya? Upahnya ambik duit dari mana?

Ini yang dikatakan 'Pembaziran dalam berhemah' [sumber .]

Sunday, December 26, 2010

'Pelancong Istimewa'

Tahniah dan syabas kepada Kementerian Pelancongan kerana 'berjaya' mempromosi serta menarik minat pelancong asing terutama dari negara China ke Malaysia.

Tahniah kepada Imigresen kerana 'berjaya' membeza status pelancong.

Tahniah kepada penguatkuasa kerana berjaya menangkap pelancong 'istimewa'.

Serbuan demi serbuan dilaksanakan......seperti menadah air dari baldi yang bocor.

Di mana silapnya? [sumber .]

Saturday, December 25, 2010

Senyumnya dia

Malam tadi dirumah al-brangi, ber'kampong' keluarga angkat dari Teluk Intan kerana hari ini 25 Disember 2010 adalah Majlis Pertunangan adik angkat.

Suasana menjadi amat seronok sekali. Bertambah pula hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran anak yang hanya menjadi 'bongsu' selama 5 tahun sahaja.

Berkata anak yang nombor 4 kepada adiknya iaitu anak al-brangi yang nombor 5, "Woi adik......Kak Jie sepatutnya anak bongsu tahu!"

Jawab si anak yang bongsu, "Kak Jie nak apa sebenarnya?"

Hari ini al-brangi menyempurnakan amanah yang diberi oleh keluarga angkat dari Teluk Intan. Majlis Pertunangan telah sempurna dijalankan dan Majlis Aqad Nikah InsyaAllah akan diadakan pada pertengahan bulan Jun 2011.

Selamat ulangtahun hari kelahiran pada anakanda......semoga setiap usaha dan kerjabuat sentiasa mendapat petunjuk dan keredhaanNYA. Dah 21 tahun rupanya anak abah ni. Kalau PRU13 tahun depan (2011)...InsyaAllah bertambah satu lagi undi calon PAS/Pakatan Rakyat DUN N26 Bangi.

Ada buat makan-makan sikit. Keluarga Teluk Intan pulak sponsor 'something special' (terima kasih ARY a.k.a Where) dan Noro kakak pada 'birthday girl' pulak sponsor 'cup-cake' untuk meraikan majlis ini.

'Birthday girl' disebelah kiri al-brangi dan keluarga angkat dari Teluk Intan.

Majlis merisik pada 16 Oktober 2010 dulu.

Persiapan mengubah hantaran pertunangan malam tadi

Barang-barang hantaran yang siap digubah oleh pakarnya 'Kak Nor isteri Bain'

Kelihatan al-brangi sedang membuka bicara meminta tuan rumah maklumkan pada semua akan syarat serta wang hantarannya......yang paling penting ialah tarikh Majlis Aqad Nikahnya.

Sebahagian daripada keluarga dari Teluk Intan

Selamat Bertunang dan ucapan tahniah kepada 'adinda-adinda' ku berdua......AFY & NEM semoga niat untuk 'membina Masjid' dimakbulkan Allah SWT, InsyaAllah.
Majlis 'menyarung-cincin' disempurnakan oleh Ibu kepada bakal pengantin AFY.

Friday, December 24, 2010

Pantang dgr status janda berdahi licin......alahai.....

Oooooo awak pun teringin jugak ye!

Biasalah puak-puak umngok dan spesisnya ni pantang tengok selebriti ber'dahi' licin.....terutama yang berstatus janda.

Memang dah jadi budaya mereka menggunakan wang ringgit dan kedudukan untuk memancing artis atau yang jenis 'gedik' untuk menjadi calon No.1,2,3......4.....alahai...

Lantak komer le, asalkan jangan 'menyorok2' atau suka 'menyimpan2'.

Tetapi ada juga dalam dok 'menyorok2' tu kedengaran bermacam-macam desas-desas......layanlah Wikileaks......macam-macam ada seperti kisah amah dengan majikannya bertaraf VVIP dalam siri 'aksi terlarang'......aduhai.....

Jangan lupa di SANA diperhitungkan semua amal baik dan amal jahat.....jangan hanya memikirkan seronok DI SINI sahaja.

Thursday, December 23, 2010

Pakaian dalam awak......sidailah kek umah sendiri.....malulah sikit

Awak nak jemur baju cantik awak ke......nak jemur seluar dalam koyak awak ke.....nak jemur baju dalam lusuh awak ke.....jemurlah dalam laman rumah awak. Tak ada sapa ambik peduli.

Kalau awak tak malu sidailah kat pintu pagar rumah awak atau atas bumbung kereta awak...atau di tingkap rumah awak atau dinaikkan seperti bendera agar cepat kering.....lantak pi lah.

Ini negara demokrasi.....tiap warga negara berhak di bawah Perlembagaan......bebas untuk mengumpul awak adik beradik...sedara mara awak untuk beramai-ramai menyidai seluar baju awak.....pakaian dalam awak sebagai satu lambang kemegahan kerana ini dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi kalau awak sengaja gatal tangan menyidai seluar baju awak.......pakaian dalam awak di pagar rumah jiran awak......memasuki laman rumah jiran dan sesedap hati menyidai di tingkap rumah jiran.....di atas bumbung kereta jiran.....di ampaian rumah jiran.....itu dinamakan orang 'gilo'.....kurang ajar.....muka tak malu malah menjadi satu kesalahan kerana menceroboh laman rumah jiran. Kita ada undang-undang......mana boleh menceroboh ikut suka hati atok-nenek kita...pakai main suka-suka je......alahai.....

Adalah kisah sorang kaki pengampu nih.....kerjanya hanya membodek...membodek...membodek.....kononnya pandai undang-undang...pandai Perlembagaan....cakap pasal Perlembagaan berapi-api macam dia sorang tahu undang-undang.....payyyyyraaahhh.....[sumber .]

Umno/BN masih 'bernafas' hanya bantuan 'life support machine'

Kenapa Najib dan Muhyiddin semacam menggelumpur kepedihan apabila dengar tekad Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari jika dapat ber'tapak' di Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Bukan setakat dua orang itu malah keseluruhan Kabinet.....bahkan keseluruhan ahli Umno semacam kena demam kura...menggigil ke'sejuk'kan.

Mungkin sesetengahnya telah tumbang kena 'migrane'...ada yang kena 'mild-stroke' sehingga bercakap lidah menjadi bergulung macam roti bom.

Itulah penangan Program 100-hari Pakatan Rakyat.

Ini bukan cerita dongeng...ini bukan lawak pak badut...ini bukan angan-angan Mat Jenin...ini bukan khayalan Kota Baghdad 1000 satu malam...ini bukan cerita penglipur lara Tok Selampit sambil menggesek rebab...ini semua adalah hasrat rakyat jelata yang cintakan keamanan, keadilan, keharmonian, perpaduan hidup di bumi Malaysia yang kaya dengan hasil mahsyul dan sumber manusia yang bijak pandai.

Apakah tawaran Program 100 hari itu terlalu hebat untuk Umno buat 'counter-offer'?

Atau Umno terlalu sukar menghadapi Program 100-hari itu?

Marilah kita sama-sama tengok, apakah dia Program 100 hari itu sehingga Umno hilang pertimbangan, melemparkan bermacam-macam tohmahan dan kata nista.

Program 100-hari itu berbunyi di antara lain ialah :
  1. Memansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  2. Memansuhkan TOL
  3. Mengurangkan subsidi negara kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat
  4. Memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang
  5. Mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan
  6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar
  7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda
  8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus
  9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman
  10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah

[sumber .]

Kalau diperhatikan kesemua diatas boleh dilaksanakan jika Umno/BN betul perihatin kepada rakyat.

Kesemua 10 perkara itu adalah 'pelampong keselamatan' kepada Umno/BN yang telah memegang tampuk pemerintahan kurang lebih 50 tahun. Tanpa 10 perkara itu Umno/BN telah lama tempang...malah terus lumpuh.

Maka jika 'Putrajaya' terlepas dari tangan mereka dan jika kesemua 10 perkara itu terlaksana maka 'hayat'nya akan berakhir kerana apabila terlaksana sahaja 10 perkara itu......ia bolehlah diibaratkan seperti mencabut 'life support machine' (mesin bantuan penafasan) dari mereka.

Wednesday, December 22, 2010

Penangan gambir Sarawak......alahai.....


Selamat Pengantin Baru......[sumber .]

'Membina Masjid' dapat mengekang nafsu anak Adam......kerana kalau tidak 'membina Masjid' dikhuatiri akan jadi 'Nafsu DiUtamakan......Rakyat DiKemudiankan."

Semoga dengan itu dapat kiranya mendapat ilham untuk membubar Dewan.

Kalau tidak berupaya lagi memacu Sarawak di atas landasan yang di redhoiNYA......maka bersaralah dengan penuh kehormatan......rakyat jelata akan memberi tabik hormat.

Usahlah ber'mewah-mewah' dengan kenderaan mewah Kerajaan

Jumlah diperuntukan RM89 juta kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) bagi tujuan penyelenggaraan infrastruktur dan pengurusan tanah di kawasan Mada untuk tahun 2011 sudah cukup lumayan. [sumber .]

Yang takutnya bukan apa......dimasukkan beberapa kenderaan jenis mewah dalam kontrak, yang diakhirnya kenderaan tersebut dipakai oleh big boss.....para juruteknik masih susah untuk menaiki kenderaan projek kerana beberapa boss yang ber'perasan' terlalu tinggi. Kerja-kerja penyelenggaraan, pengawasan, penyeliaan dan berbagai kerja-kerja berkaitan tergendala......aduhai.....

Dengar-dengar cerita di Bahagian Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Putrajaya......kenderaan mewah tersangat mewah digunapakai oleh big-big boss untuk kegunaan 'official' yang berbentuk peribadi......kalau dah teringin sangat belilah sendiri.....duit ribu-ribu bukan nak bawak mati tapi 'dosa' ribu-ribu akan dibawa bersama ke dalam liang-lahat.

Barang diingat...kenderaan tersebut diselenggara minyaknya, insuransnya, cukai jalannya, kad TOLnya, servisnya oleh kontraktor dan bayaran kepada kontraktor adalah dari duit Kerajaan yang bermakna dari duit rakyat.....duit anda semua yang membayar cukai.

Kalau tak makan cili memang tak rasa pedas......terutama cili sos......pedas-pedas manis.....aduhai...

Alahai Umno/BN masih ber'hingus' rupanya......

Umno/BN bukan setakat seram-seram sejuk bila dengar apa yang Pakatan Rakyat nak buat dalam masa 100 hari bertapak di Putrajaya nanti.....tapi dah mula macam rasa nak kebas seluruh anggota.....kedua-dua kaki dah mula berat melangkah...tangan terasa sengal...mulut dah mula terasa berat nak bercakap....kalau boleh bercakap pun hanya sepatah-patah keluar macam orang kena serang stroke.

Umno/BN tak perlu naik angin...juga tak perlu nak menyerang peribadi...belajar-belajarlah gentleman sikit.

Apa yang Umno/BN perlu buat...counterlah balik dengan tawaran yang setimpal.....tapi rasa-rasanya Umno/BN memang tak mampu nak counter balik kerana sudah lebih 50 tahun Umno/BN tak mampu nak buat.....tak habis-habis dengan retorik ketuanan Melayu......apa benda yang Melayu (Melayu Umno?) jadi tuan...entah apa benda....

Bila dah tak mampu nak counter balik......jalan paling senang ialah memfitnah dan mengatakan Pakatan Rakyat hanya bertemberang.

Langkah ini adalah langkah kanak-kanak hingusan bergaduh......alahai.....

Tuesday, December 21, 2010

Apa cerita dengan sekularisme dan nationalisme?

Umno sengaja menggembar-gemburkan isu Syiah dan pluralisme.

Kenapa tak bangkitkan sekularisme dab nationalisme?

Kenapa diamkan kronisme dan nepotisme?

Kenapa tak highlightkan hedonisme yang menghanyutkan serta meruntuhkan akhlak remaja?

Umno hanya pandai mengwujudkan satu suasana yang boleh merisaukan sebahagian rakyat agar rakyat yang sebahagian itu menjadi takut lalu berpaut kemas kepadanya.

Sudah sampai masanya rakyat menolak Umno/BN dan memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk memacu negara ini.

Umno/BN seperti bas yg sudah uzur

Apabila berlaku kemalangan demi kemalangan yang melibatkan bas dan meragut banyak nyawa penumpang......maka 'si-kambing umngok' pun merungut.....'jangan sampai orang takut naik bas'.

Kalau berlaku kemalangan kereta......orang ramai akan merasa takut naik kereta? Begitu?

Kalau feri karam......kapal terbang terhempas......motorsikal berlanggar treler.....basikal masuk lubang? Orang ramai merasa takut naik semua itu? Begitu?

Kenapa selepas kemalangan baru timbul nak siasat keadaan kenderaan terbabit, nak periksa kompetensi pemandu, nak siasat syarikat terbabit? Nak siasat keadaan jalan? Nak siasat lesen pemandu? Nak siasat lesen syarikat operasi?

Kenapa selepas kehilangan banyak nyawa......baru nak buat 'kerja'?

Dimana kerja-kerja penguatkuasaan selama ini?

Jangan sampai orang hilang kepercayaan kepada Kerajaan......

Memang orang awam sudah hilang kepercayaan pun. Umno/BN sekarang sudah ibarat bas yang uzur. Orang awam sudah takut menaikinya lagi. 'Bas' baru perlu dicari. Syarikat operasi kenderaan yang baru perlu diganti. Beberapa 'pemandu' yang cekap sudah dikenalpasti.

Orang awam mempunyai tiada pilihan lagi kecuali bersama Pakatan Rakyat.

Monday, December 20, 2010

Udah melampau......dah sampai masanya

Sudah sampai masanya media pencacai ini disaman. Biarlah Mahkamah tutup mulutnya yang sentiasa celupar, meroyan, merepek, mengarut, mengada-adakan cerita, mengadu-domba sesama Islam apatah lagi yang bukan Islam, memfitnah, menghasut bertujuan menyegarkan kembali perasaan benci di antara kaum, meresahkan perasaan di antara beberapa kaum di Malaysia yang boleh mengwujudkan perasaan benci di antara beberapa kaum.

Kewujudannya bukan untuk membina dan mengembangkan minda ke arah mempertingkatkan keintelektualan rakyat......malah menghakiskannya dengan berita-berita mengarut berkaitan cerita-cerita lucah, rogol, cabul, zina sesama ahli keluarga, mensensaikan kehidupan selebriti, menyemarakkan lagi hiburan dan apa-apa yang berkaitan dengannya.

Tidak menghairankan media pembodek nombor wahid ini mengalami kerugian. Yang masih membelinya adalah dikalangan yang 'hard-core' yang jenis keluar urat marikh bila berhujah dengannya. Inilah spesis 'keras-keng' yang masih setia dengannya.

Memang patutlah Sdr. Lim Guan Eng menyamannya.

Umno makin gelisah

Umno yang sudah desperate nak pertahankan kuasa......biasalah, kerjanya dibantu oleh media pencacai akan buat 'character assasination' setiap ketika.....sehingga penyokong tetapnya tak berganjak dari Umno dan dapat memikat sedikit sokongan atas pagar.

Makin dekat PRU13, makin kuat 'salakan'nya, makin hampir PRU13, makin kuat tekanannya kepada Pakatan Rakyat..

Sesungguhnya Umno/BN amat takut,gelisah, ngeri dan fobia dengan kekalahan dan yang paling parah, Umno/BN tak mahu dan tak boleh menerima hakikat kekalahan kerana sudah 50 tahun lebih selesa dengan 'kesenangan hidup'.

Sunday, December 19, 2010

Jangan Menidakkan Jasa PAS Terengganu 1999 - 2004 Bhg Dua

Pungutan Zakat

Jumlah pungutan zakat sepanjang pemerintahan ulama’ menyaksikan peningkatan tahun ke tahun. Justeru itu, menyebabkan jumlah kutipan selama tiga tahun di bawah kerajaan PAS Terengganu ketika itu hampir menyamai jumlah pungutan zakat selama 10 tahun di bawah kerajaan BN dahulu. Tahun 2000 zakat berjaya dikumpul sebanyak RM20.8 juta, tahun 2001 (RM28.7) juta, 2002 (RM32.9) juta dan tahun 2003 (RM40.05) juta.


Hasil Hutan

Di antara peningkatan ketara kepada hasil negeri adalah melalui cukai hasil hutan dan sebagai perbandingan iaitu pada tahun 1995 sebanyak RM25.8 juta, 1996 (RM28,5) juta, 1997 (RM32.2) juta, 1998 (RM14.9) juta, 1999 (RM13.4) juta. Manakala, tahun 2000 pula sebanyak RM29.1 juta, tahun 2001 (RM34.3) juta. Tahun 2002, naik kepada RM53.1 juta dan tahun 2003 sebanyak RM63.5 juta.

Saturday, December 18, 2010

Ana suka Arab-lah......

Kuasa wang......segala2nya mungkin.

Memikat selebriti, warga asing memang 'kepakaran' spesis BN.

Kes orang umno/BN per'lari'kan anak Raja dan bernikah di luar kariah......kes orang umno/BN bernikah dengan artis tanpa izin ......kes anak orang umno/BN mengorat artis menggunakan helikopter sebagai umpan.....semuanya ada.

Itulah mereka ber'kuasa' kerana wang melimpah ruah.

Jadi apa yang nak dihairankan?

Bukankah kalau BN 'semua'nya boleh?......alahai.....

Friday, December 17, 2010

Markas Syiah mengalih tumpuan dan menyembunyikan 'Sidang Rimba' dari rakyat

Pencacai ini sangat taat pada tuannya.

Berita 'Markas Syiah diserbu' yang hanya jatuh 'rangking' yang rendah dari segi keutamaan melapor......kerana ada satu berita yang amat penting yang memerlukan liputan di muka depan mana-mana media jika 'conscience'nya masih belum 'corrupt'.

Soal aqidah MEMANG tersangat penting......itu memang tiada kompromi...tetapi tujuan dilaporkan sehingga mengambil lebih kurang semuka penuh adalah sifat hipokrit puak-puak Umno.....untuk mengalih tumpuan.....untuk menghilangkan pandangan.....untuk menyembunyikan pengetahuan daripada orang ramai...dan rakyat jelata bahawa semalam ada berlaku kecelaruan......ketidakupayaan mengawal keadaan......tahap kompetensi yang rendah untuk menggalas tugas sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Hasilnya 4 orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama 6 bulan. {Sila baca DI SINI dan DI SINI .]]

Menjadi Speaker Parlimen amat berbeza dengan mempengerusikan Mesyuarat Persatuan Ibu-bapa dan Guru.....ia jauh sekali nak disamakan dengan mesyuarat Koperasi.....ia terlalu tinggi tahap kompetensinya daripada pengendalian mesyuarat aktiviti Persatuan Kompang......ia memerlukan tinggi keintelektualan, mahir dengan peraturan tetap Dewan, tinggi kesabaran, tidak bias, bijak serta petah dan mahir dengan komunikasi awam, berketrampilan dan yang paling penting ialah bijaksana.

Terdengar desas-desus orang ramai bersungut-sungut "sidang rimba sedang berlangsung semalam. Si'badut' masih dgn kelaku ke'badutan'nya.Klu dah rasa diri tak kompeten......masuk gua lah bertapa dulu....bila sudah penuh ilmu didada baru masuk gelanggang. jgn jadi pahlawan rimba. Jadilah pahlawan kota"

Thursday, December 16, 2010

Tribut untuk TG Nik Abdul Aziz dan Siaran Media Sdr. Abdul Ariffahmi


Kalau terlepas kat dunia sekali pun, kat akhirat pasti akan berhujah di hadapan Mahkamah RabbulJalil......kau orang terimalah akibatnya.

Pintu taubat masih terbuka......insaflah.....kembalilah ke pangkal jalan.

Jangan biarkan keintelektualan anda dilacuri hanya dengan seuncang wang 'emas'.

Begitulah nasib dua beranak ini difitnah sehinggalah dibersihkan oleh SPRM. Memang adat dunia pemutihan hanya dipercaya orang dengan kaedah sebegitu rupa.

Si bapa satu personaliti yang amat digeruni oleh kawan dan lawan. Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat......kehidupannya amat sederhana.....sangat zuhud. Menyerah seluruh hidupnya kepada perjuangan Islam. Beliau begitu tabah menghadapi segala tohmah dan mehnah...segala fitnah dan berbagai-bagai kekangan selaku Kepala Negeri.

Kira-kira sedang bersiap sedia untuk menyusun langkah menuju ke Baitillah di Mekah untuk menunaikan fardhu haji......tiba-tiba beliau dihamburkan dengan fitnah bahawa pemergiannya ditaja oleh seseorang.....digambarkan seolah-olah beliau tidak mampu untuk menggunakan perbelanjaan sendiri.....dilaungkan keseluruh negara seolah-olah beliau terpaksa menagih rasuah untuk perjalanannya ke Mekah.

Tetapi perancangan jahat musuh dalam selimut...duri dalam daging...gunting dalam lipatan dilindungi oleh yang Maha Pelindung.

Manakala anak menantunya sangat-sangat diirikan oleh sang penghidu kemewahan di atas keruntuhan orang lain.

Beliau didengki.....digambarkan seorang yang pandai mengambil dan mengeksploitasikan bapa mertua semata-mata kerana beliau adalah menantu kepada seorang Kepala Negeri dengan mengetepikan segala kelayakan akademik.....kemahiran mengurus dan pengalaman bekerja.

Namun Allah bersamanya.....hasil dari kesabarannya.

Beliau tidak berupaya untuk menangkiskan segala fitnah dan tohmah dan demi menjaga nama baik bapa mertua dan perjuangan...beliau melepaskan jawatannya.

Itulah dia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang dimaksudkan di atas.

Sila ikuti curahan hati Saudara Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang saya perturunkan di sini dari blog isterinya,

http://serisuri.wordpress.com/2010/12/16/siaran-media/

SIARAN MEDIA

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan salam Muharam.

Segala puji-pujian bagi Allah swt yang telah memberi nikmat Islam dan Iman kepada kita semua. Dengan sifat Rahman dan RahimNya maka kita masih terus hidup pada hari ini untuk memperoleh nikmat yang melimpah bagi melansungkan kehidupan seharian.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw yang menjadi teladan kepada umatnya untuk memilih jalan terbaik dan diredhai Allah swt, menuju ke pengakhiran kebahagian yang kekal abadi.

Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan melalui siaran ini setelah merujuk kepada kenyataan media oleh Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil, berhubung hasil penelitian laporan siasatan oleh Jabatan Peguam Negara yang telah membersihkan nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan nama saya, di atas tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa sekitar setahun yang lalu. Perkara ini juga telah mendapat liputan oleh beberapa akhbar perdana pada hari ini.

Setinggi-tinggi syukur kepada Allah swt kerana telah menyelesaikan kes ini dengan pengakhiran yang baik kepada semua dan membersihkan nama saya sekeluarga.

Sememangnya dari awal siasatan, situasinya amat tenang dan saya berkeyakinan penuh bahawa semua tuduhan tersebut adalah rekaan semata-mata. Justeru, saya dan kakitangan PMBK telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM Kelantan semasa dalam siasatan.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan tahniah kepada SPRM, khususnya kepada Pengarah dan kakitangan SPRM Negeri Kelantan kerana telah menjalankan siasatan kes ini dengan adil dan profesional, walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menjelaskan keputusan.

Saya penuh sedar bahawa terdapat banyak gangguan media berlaku semasa siasatan keatas tuduhan yang bermula dengan sekeping ‘surat layang’ ini. Bagi saya, pihak SPRM telah menjalankan tugas dengan baik dan mengikut prosedur tanpa terpengaruh oleh gelombang fitnah yang dirancang dan dicipta oleh pihak tertentu hasil dari artikel-artikel keluaran media dan bloger yang rela diperalatkan.

Memang ramai yang terpengaruh dan mula memandang serong kepada kami termasuk segelintir pimpinan tertinggi PAS.

Tidak dapat dinafikan bahawa ujian ini memberi peluang kepada diri untuk bermuhasabah di atas kedhaifan sendiri dan InsyaAllah lebih mematangkan saya untuk mendepani masa depan.

Dalam masa yang sama, rentetan isu ini juga jelas menampakkan ia sememangnya dirancang untuk diperbesarkan menggunakan kemahiran politik yang berkualiti tinggi. Apabila isu ini mendidih, maka asakan membuta tuli kepada saya bermula supaya matlamat operasi yang telah ditetapkan oleh perancangnya tercapai.

Jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga, dan sahabat handai yang memberi sokongan khususnya Ayahanda dan Bonda serta kekanda Nik Abduh kerana memberi sokongan terbuka semasa isu sedang memuncak. Tidak lupa terima kasih khusus kepada Bonda Che Som Bt Che Ali dan ahli keluarga di Machang yang sentiasa mendoakan tanpa jemu untuk keselamatan dan kesejahteraan saya sekeluarga.

Akhir sekali, sekalung penghargaan khusus kepada isteri saya yang tercinta kerana tetap berada di sisi disaat-saat sukar dan memberanikan diri menceritakan hal sebenar dalam artikelnya. Terima kasih juga kerana memberi kebenaran siaran ini dikeluarkan dalam laman Serisuri.

Marilah kita sama-sama berdoa supaya Negeri Kelantan terus terpelihara dari kerakusan golongan oportunis politik dan broker kuasa yang sentiasa mengancam.

Kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik!

Sekian, wassalam.

Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman

Pulau Melaka

10 Muharam 1432/16 Disember 2010

Patutlah pun Umno 'meroyan2'.....dan gila talak dengan Selangor......






Malam tadi pergi meraikan 'Majlis Makan Malam Kebajikan Bersama - Parlimen Hulu Langat'. Di antara objektifnya ialah mengwujudkan ikatan yang lebih utuh dalam Pakatan Rakyat serta mengutip dana kebajikan Parlimen Hulu Langat.

Di antara daif jemputan ialah YAB Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Y. Bhg. Dato Teng Chang Khim Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Ahli Parlimen Bachok merangkap Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa danYB Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat selaku hos. Turut hadir ialah YB Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, ADUN Kajan Lee dan ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar.

Seramai 1000 orang lebih penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP, Melayu, Cina dan India memenuhi dewan makan.

Kalaulah Umno serta media atau blogger pencacainya menyelinap masuk......sudah tentu mereka akan meroyan2.....bergolek-golek...serta meraung-raung tak dapat cari jalan pulang kerana melihat perpaduan yang begitu utuh dan mendengar ucapan Menteri Besar yang di antara lain berkata lebih kurang 30% daripada pelabur-pelabur asing dan dalam negeri melabur di Selangor yang merupakan No.1 di Malaysia.....erm bukan 1Malaysia.....mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.

YB Nasha dengan 'magic quotation' beliau yang menenggelamkan BN dalam PRK di Sibu yang lalu dan diulang malam tadi mendapat tepukan yang paling gemuruh yang kalaulah Umno mendengarnya.....nescaya meracau-racaulah Umno tak tidor malam iaitu "Muslims are our brothers in faith and non muslims are our brothers in humanity."

Maka tidaklah menghairankan jika Umno masih 'meroyan2'...'meracau2' serta 'gila talak' dengan Selangor......aduhai.....

Masa depan Selangor, InsyaAllah masih bersama Pakatan Rakyat.

'Cair' dengan 'ayat power'......alahai.....

"Mesti pandai pembohong......mesti pandai temberang.....te...tapi, jangan sampai...hai pecah tembelang".

Anda dilarang keras mengamalkan senikata lagu P.Ramlee itu.

Berbohong bukan ajaran Islam.

Berbohong dan temberang hanyalah amalan 'Umno and the gang'.

Berbohong dan temberang......kalau kena gayanya...tambah lagi pandai lakonannya...power ayatnya...orang cerdik boleh jadi cair...Iman boleh jadi nipis...maruah boleh tergadai...'perisai' mungkin...ketika itu baru teringat akan menyesal.

Kenapa anak gadis remaja sekarang samada mahasiswa, siswa 'tercicir' (drop-outs), bo-siswa (bohsia+siswa) dahagakan kasih sayang sehingga semudah itu terjebak dengan 'ayat-ayat' cinta?

Kisah DI SINI hanyalah salah satu dari siri-siri typical kes yang terdedah.....yang terlepas bebas? Beratus-ratus kes lagi...malah beribu-ribu lagi.

Iman tak dapat diwarisi......

SPRM tutup kes Tuan Guru Nik Aziz dan menantu

SPRM sudah tutup kes berprofil tinggi (?) yang kononnya TG Nik Abdul Aziz dan menantunya Abdul Ariffahmi Ab. Rahman bekas CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kes ini digembar-gemburkan serta difitnah hasil kerja 'tangan-tangan nakal' yang pandai menggunakan kemahiran menulis.....dengan menguasai bahasa untuk menjatuhkan seseorang semata-mata kerana hasad dengki dan dendam kesumat yang tidak berkesudahan.

TG Nik Abdul Aziz pernah menlabelkan 'blog celaka' (penulisnya?) yang ingin mencari populariti semata-mata kerana irihati dan ingin mencari kepuasan peribadi kalau tidak pun mengharap imbuhan.

Ungkapan 'The pen is mightier than the sword" nyaris-nyaris 'memenggal'kan kepala mereka yang tidak berdosa.

Tetapi percayalah, 'game' yang kotor lagi licik ini tidak berakhir di sini......selagi PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya masih terkedepan mendapat sokongan rakyat selagi itulah tentangan serta perancangan jahat berterusan.

Wednesday, December 15, 2010

'Dua ekor kerbau lapar dan gian'......semuanya terpalit

Orang kecik rasuah dengan cara menjual maruah......mengadai harga diri.....memberi undi setelah mendapat habuan yang tak seberapa hanya sehelai kain pelikat 'cap gajah'.

Orang besar lagi rendah integritinya semuanya ditabur.....tatkala musim pilihanraya, apa yang ada habis dihambur. Kalau berhajatkan sesuatu yang besar.....maka besarlah 'umpan'nya.

Penjawat Awam pun apa kurangnya......kerana nak hidup bermewah-mewah.....anak-isteri di'sumbat' dengan makan 'haram'.....anak-isteri di'tampal' dengan pakaian 'haram'.....anak-isteri di'angkut' dengan kenderaan 'haram'.

Yang 'menyedih'kan apabila Yang Arif lagi bijaksana pun terlibat juga.....lagi malang apabila Yang Arif lagi bijaksana itu datangnya dari Mahkamah Syarie.....yang akan tercemarnya adalah Islam dek perbuatan mereka yang ke'lapar'an ini.

Lagi menjijikkan......apabila wujud juga insan yang bergelar Yang Arif lagi bijaksana terlibat dalam kes khalwat. [Sila baca DI SINI dan DI SINI .]

Begitulah apabila Iman menjadi nipis segala maruah terhakis......apabila Iman 'lapar' segala harga diri tercampak keluar.....apabila Iman kekurangan 'makanan rohani' segala integriti ikut pergi hasil dari Hukum Hakam Islam diketepi.

'Ngembik'nya akan terhenti juga......

Inilah 'si-kambing umngok' yang paling 'hamis' baunya.

Kalau dah 'buta' undang2 jangan 'megembik' tak tentu arah.

Mana-mana Mahkamah dalam Malaysia hatta di dunia ini, akan memberi ruang dan luang kepada mana-mana orang yang kena tuduh mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Hanya mereka yang bermentaliti 'kambing-gurun' sahaja yang akan 'mengembik' tanda isyarat 'perut' dah kosong.

Kapal Singh jauh lebih dari faham dari 'kambing-kambing' yang lapar yang perlu 'mengembik' berterusan......tapi 'ngembik'nya akan terhenti selepas PRU13 nanti, InsyaAllah.