Followers

Tuesday, November 30, 2010

Doa Khas mengelak dari di cabul dan di rogol

Dalam keadaan Malaysia yang bercelaru dengan kes ragut, cabul, zina, zina sesama mahram, penderaan, rogol, minum arak dan segala macam maksiat yang jika nak diperincikan satu persatu mungkin naik letih kita menulis dan anda membacanya......marilah kita sama-sama berikhtiar dan bermohon kepadaNYA agar anak-anak kita, isteri kita, saudara mara kita rakan taulan kita dan seterusnya kaum muslimat terhindar daripada gejala dan musibah itu.

Di sini dilinkkan DOA khas untuk mengelak daripada dirogol dan dicabul seperti diajar oleh Nabi SAW untuk diamalkan dan diyakini hanya Allah sahaja tempat kita berlindung kerana kita kurang daya dan upaya sementelah lagi Islam dipinggirkan......hiburan dan maksiat diperhebatkan.

Perpanjangkan lagi link ini seperti disyorkan oleh tuan empunya untuk manfaat bersama.

Ikuti DOA tersebut DI SINI seperti disarankan oleh Ustaz Zaharuddin.

Persamaan matematik mudah: 'Ketuanan Melayu = 1 Malaysia?

Apabila Dr.Wan Azizah petik 'switch' 'Ketuanan Melayu'......seluruh Melayu Umno dan Melayu 'perkasa'(?) melenting macam cacing kepanasan.

Rupa-rupanya 'switch' itu amat fobia bagi Melayu Umno. (Kenapa di panggil Melayu Umno? Bukankah Umno itu semuanya Melayu? Oh tidak......ada juga Umno di Sabah bukan Melayu).

Apa beza 'Ketuanan Melayu dengan 1Malaysia?

Oh...'Ketuanan Melayu hanya digunakan apabila berhadapan dengan PKR dan PAS sahaja...manakala 1Malaysia digunakan apabila berhadapan dengan MCA dan MIC sahaja.

Masih jugak fening lagi?

Pendekkan cerita 1Malaysia ialah Satu ajakan...Satu seruan...Satu pujukan agar Satu Malaysia menyokong Umno.

Tak faham lagi?

Mengikut sifir politik yang diterjemahkan dalam persamaan matematik mudah adalah seperti berikut:

'Ketuanan Melayu' = 1Malaysia menyokong umno?

Maknanya...hanya Melayu Umno sahaja boleh mencuit atau memetik 'switch' 'Ketuanan Melayu'.

Selain daripada itu akan menimbulkan gangguan letrik atau pintasan letrik yang boleh mendatangkan mara bahaya......alahai.....

'Taik kering' pun disangka capal Pak Nuar......alahai.....

Pak Jid melaung-laung nama Si-Din......orang gajinya.

Pak Jid : Cuba kau tengok kat pokok pisang luar pagar tu, aku nampak macam Pak Nuar je melambai-lambai tangan kat aku malam tadi.

Si-Din : Tak ada apa-apa Pak Jid. Daun pisang kering je.

Pak Jid : Cuba kau tengok capal sapa tertinggal sebelah dengan capal aku malam tadi. Aku biasa tengok capal tu macam kapal Pak Nuar je. Pasal apa dia tertinggal di situ.

Si-Din : Tak de pun capal. Taik cucu Pak Jid adalah......belum basuh lagi.

Pak Jid : Cuba kau tengok kelibat sapa kat luar tingkap tu. Aku nak berserapan tak senang. Gerak gerinya macam Pak Nuar......katakan aku tak ada.

Si-Din : Tak ada sapa pun Pak Jid. Kan tu bayang Pak Jid.

Pak Jid : Sapa 'ceramah' kat luar tu. Pagi buta dah memekak. Suaranya macam ku kenal je.....bukan Pak Nuar ke?

Si-Din : Mana ada. Itukan Wak Purnomo. Dia kan Imam Surau kita.

Pak Jid : Dapat ke aku jadi Ketua Kampong lagi Si-Din? Aku rasa seram sejuk sekarang ni. Orang kampong suka ke lagi kat aku.

Si-Din : Susah sikit Pak Jid. Orang kampong dah kata mengata dah. Ah Chong kedai kopi tu pun dah puji memuji pada Pak Nuar.

Pak Jid : Kau beritau orang kampong......aku akan besarkan lagi surau kampong ni. Aku akan beri makan setiap malam Jumaat biar dia orang kata aku ni pemurah. Kau beritau Ah Chong, jasa Ah Chong Pak Majid amat-amat hargai......kalau boleh tolong 'sponsor' masa pertandingan nanti.....cakap kat dia...dia tolong Pak Jid...Pak Jid tolong dia.

Si-Din : Ni kerja susah nih. Orang kampong seberang dah merungut pasal jambatan yang dijanjikan tuh. Cukai air telaga dah nak naik......tak pernah buat di orang. Yuran ngaji pondok dah naik melambung...dulu free je. Cukai buat lorong...buat batas pun nak kena bayar. Orang kampong kata.....Ketua Kampong ni ibarat Pengerusi Surau je......beli tikar...beli pinggan mangkuk...tukar bumbung...buat bilik air...cat Surau...semuanya bukan guna duit Pengerusi Surau...semuanya itu duit jemaah...duit orang kampong...Pengerusi di amanah je urus duit Surau.

Pak Jid : Kau pegi yakinkan mereka. Kalau aku kalah...kau pun turut susah.

Si-Din : Yelah yelah. Dalam hatinya merungut-rungut.....orang tua ni kalahlah hendaknya. Tapi yang susahnya......orang-orang kampong sangat-sangat ter'hutang budi' padanya kerana dia nampak macam pemurah...selalu tabur duit pada orang kampong setiapkali ada 'majlis keramaian'.

Monday, November 29, 2010

Selagi ada 'Melayu'......selagi itu ada 'Si-Kitol'.....

Watak-watak seperti 'Mandeliar' dan 'Si-Kitol' bukan setakat wujud semasa zaman Kesulatanan Melaka sahaja.

Selagi ada 'Melayu' selagi itu wujud watak-watak seperti itu, sebab itu Hang Tuah kata, 'takkan Melayu hilang di dunia'......mungkin bermaksud sifat-sifat yang di bawa oleh Mandeliar dan Si-Kitol tidak akan hilang di dunia ini.

Siapa yang tarik kekebalan Raja-Raja Melayu? Siapa yang me'nabal'kan Tengku Ibrahim Putra di Ketereh dulu?

Itulah Si-Kitol dari parti Kitol.

Yang di Selangor ni pulsak, siapa 'Si-Kitol'nya?

al-brangionline:


Sudah terang lagi bersuluh......buat habis bateri je.....buang karen je. Selebihnya sila baca DI SINI .

Pakatan Rakyat Selangor: Nasib 'mereka' berbeza

Satu ketika dulu 'pertembungan' dua personaliti ini meng'gempar'kan Negeri Selangor.

Dua personaliti yang dimaksudkan itu ialah Ronnie Liu dan Datuk Hassan Ali. Kedua-dua mereka adalah Exco Kerajaan Pakatan Rakyat yang mewakili DAP dan PAS.

Datuk Hassan Ali dikecam hebat oleh ahli PAS sendiri diikuti oleh blogger PAS sendiri.

Pengundi di luar sana menjadi kebinggungan kerana ketika itu Pakatan Rakyat baru sahaja memerintah Selangor setelah Umno/BN pimpinan Khir Toyo merudum tersungkur. (Khir Toyo terselamat di kerusi N3 Sungai Panjang).

Selepas itu ber'tembung' lagi dua personaliti yang hebat iaitu Datuk Hassan Ali dan Khalid Samad. Pertembungan di antara Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor (selepas itu Khalid Samad digugurkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya Selangor).

Kedua-dua mereka dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin, Khalid Samad digantung 6 bulan manakala Datuk Hassan Ali terlepas dengan hanya mendapat amaran.

Sekali lagi pengundi di luar sana kebinggungan.

Selepas itu PAS nampak ber'diam' diri......tak banyak cerita dalam Kerajaan Pakatan Rakyat.

Berita Azmin Ali be'rebut-rebut' Ketua PKR Selangor daripada TS Khalid Ibrahim juga amat-amat memeningkan kepala pengundi dan bagi mereka yang tidak tahu sepak terajang politik terus menjadi kebinggungan dan Umno memainkan isu ini dengan 'paluan kompang' tanda gembira.

Dalam pada Umno/BN saban hari menyerang dan menghimpit Selangor......timbul pulak cerita-cerita hal DAP membabitkan Exconya Ronnie Liu, kononnya membela kroninya.

Di dalam pemilihan jawatan PKR baru-baru ini, Azmin Ali telah berjaya dengan jawatan Timbalan Presidennya manakala nasib Ronnie Liu berlainan rupa......beliau telah terpinggir di pemilihan jawatankuasa DAP Selangor.

al-brangionline:

Juara sebenar bukanlah menjuarai peribadi......tetapi menjadi juara kepada rakyat dan rakyatlah yang paling layak menjadi juara untuk memilih mereka di PU13 nanti.

Maka tidak salahlah kalau Lim Kit Siang berasa bimbang seperti DI SINI .

Sunday, November 28, 2010

Tok Moh Jambatan Bengkok kata......

Tok Moh buat lawak 10 sen lagi.

Dia kata kalau buat Jambatan Bengkok, rakyat di negeri yang kononnya kubu kuat Umngok/BNgok ni tidak akan marah lagi dan akan undi mereka dalam PRU13 nanti.

Mengikut tilikan Tok Moh tu, punca Umngok/BNgok hilang 2/3 dalam PRU12 dulu adalah kerana 'kuda-kepang' sangat marah tak buat Jambatan Bengkok.

Yang anihnya......Tok Moh nih masih laku lagi 'air-liur jampi'nya. Ada saja orang jemput Tok Moh nih men'jual' 'air-lir jampi'nya.

Kot terlampau nak menang sangat PRU13 nih janganlah dedahkan kurang cerdik kita pada pengundi. Bukan semua pengundi boleh di'jampi' dengan semburan 'air-liur' basi tuh.

al-brangionline:

Hanya yang berhati 'bengkok' saja melahirkan idea 'Jambatan Bengkok'

Satu dalam Sejuta.....jeles ke?

Kalau Nicol Ann David, ratu skuasy negara merupakan jaguh sukan 1 dalam sejuta di Malaysia......Azizul Hasni Awang dengan gelaran 'Pocket Rocket Man' jaguh lumba basikal negara juga merupakan manusia 1 dalam sejuta......mereka adalah angerah Tuhan kepada Malaysia.....maka Anwar Ibrahim juga apa kurangnya.

"Bagaimana isu moralnya?," bertanya si kambing umngok.

Kau yang reka sendiri......kau yang cipta sendiri.....kau yang wujud sendiri.....kau jawablah sendiri.

.......alahai auranya hendak di'gelap'kan dengan cerita-cerita 'dongeng pak pandir?'

Kalau si umngok nak cakap pasal moral......samalah seperti seekor ayam jantan nak tunjuk jaguh.....berkokok penuh gah.....tapi sayang ekor bergelumang dengan taik.

Saturday, November 27, 2010

'Kambing' pun pandai ber'reverse psychology'

Ilmu lojik mana si kambing umngok ni pakai.

Kalau 1300 orang ahlinya keluar parti, lojiknya kapal itu akan jadi ringanlah sikit dan akan lebih setabil.

Kapal hanya akan karam apabila kapal berlubang-lubang bila pemimpinya asyik 'menebuk2' dasar kapal untuk mengambil 'air' buat kegunaan sendiri.

Kapal juga turut karam jika nakhodanya dan juak-juaknya lari daripada latitude dan longitude 'layaran'nya.

Ini semua banyak berlaku dalam kapal umngok.

Tetapi cerita si Cucu Mat Kilau seperti DI SINI ini perlu diambil perhatian oleh PKR khasnya dan rakan-rakan se Pakatan amnya agar 'Kapal Pakatan' dapat belayar dengan licin dan tenang serta dapat berlabuh di Putrajaya dengan selamat.

al-brangionline:

Teringin sangat nak dengar komentar pimpinan tertinggi PKR agar rakan-rakan se Pakatan tak perlu nak 'mengurut-urut' dada dek ke'senak'an dan ke'sesak'an nafas.

Friday, November 26, 2010

Menteri yang patut menerima tabik hormat

Menteri Pertahanan Korea, Kim Tae-Young meletak jawatan apabila tentera di bawah jagaannya dikritik hebat kerana lemah bertindak berikutan serangan artileri Korea Utara Selasa lalu.

Lee Hee-Won, Pembantu Keselematan Presiden yang merupakan bekas tentera dilantik sebagai Menteri Pertahanan yang baru.

al-brangionline:

Begitulah integriti seorang Menteri yang bermaruah lagi bertanggungjawab......beliau mendahulukan negara daripada kepentingan peribadi.

Di Malaysia lainlah pulak ceritanya. Yang bukan Menteri berlagak melebihi kuah dari sudu. Yang isteri-isteri Menteri menganggap isteri kepada Menteri satu glamour.....yang pencacainya pulak tunduk takut kepada mereka, terutama dalam menasihat dalam bab Agama.

Kalaulah jiwa Menteri-Menteri kita bermaruah seperti Menteri-Menteri di negara-negara seperti Korea, Jepun, Great Britain dan sebagainya......agaknya saban hari akan ada Menteri di Malaysia meletak jawatan......alahai.....[sumber .]

Ragam di pagi Jumaat......

Nenek Obama mendoakan cucunya, Presiden Amerika sekarang memeluk Islam semasa neneknya menunaikan fardhu haji baru-baru ni atas jemputan Kerajaan Saudi. [Rujuk Kosmos .]

Alhamdullillah......tapi kalaulah didoa begitu di Malaysia, sudah tentu si umngok akan bising...si burung tiong pun bising....riuh rendah 1Malaysia.

Ratu Elizabeth II Britain telah melawat dan memasuki ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin dengan menutup rambut dan memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski serta berkaki ayam. [Rujuk Kosmos .]

Ish...Ish...Ish...Kalaulah beliau buat macam tu di Malaysia...tentu si Mamat JAISs akan pertikai....'dah mandi wajib ke belum?'....maka akan gegak gempitalah 1Malaysia.

Dulu si Amoi Ahli Parlimen Serdang masuk Surau.......macam nak 'kiamat 1Malaysia terutama si penacacai umngok termasuk katak Kulim. Kalau dia nak pertikai Amoi itu tak bertudung....erm... erm...si polan tu pun tak bertudung jugak walaupun beragama Islam......alahai.....

"Anwar merupakan seorang yang paling bahaya, dia akan rosakkan kita (Melayu, Cina dan India) dengan pembohongan. Adakah orang seperti ini mahu kita jadikan sebagai pemimpin negara," katanya ketika berucap dalam ceramah bertajuk 'Siapakah Anwar Ibrahim' anjuran MCA Bahagian Kelang di sini malam tadi. [Sila baca Di SINI .]

Si Katak 'Raja Kotak' tu sanggup naik pentas MCA untuk mencacai 'tuan'nya kerana 'tuan'nya memang amat takut dengan Anwar di arena PRU13 nanti.

Memang Anwar adalah yang paling bahaya kepada umno.....tapi bukan kepada rakyat Malaysia pelbagai kaum. Kalau dah rasa umno tu kuat, punya ahli berjuta-juta......kenapa mesti takut dengan seorang manusia yang bernama Anwar?

China dan Rusia mengumumkan tidak akan menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dalam perjanjian perdagangan bilateral terbaru melibatkan kedua-dua buah negara......mereka akan menggunakan mata wang masing-masing bagi menggantikan dolar Amerika. [Rujuk Kosmos .]

Malaysia pulak bagaimana? Mungkin si Mamak teh tarik akan bertanya, "Ada berani ke maca? Mesti tarak berani punya...mesti kucut semua...tuluuur taraak...ha...ha...ha"

Tak berhajat pada dinar seperti apa yang Kelantan pelopori ke?......alahai...

p/s Sekian, untuk renungan bersama-sama.....sesungguhnya ubat itu memang pahit untuk ditelan.

Perbanyakan Selawat ke Atas Nabi SAW di hari Jumaat yang mulia ini.

Thursday, November 25, 2010

Perihal artis bogel

Selepas solat Isyak tadi, saya bergegas nak balik sebab hujan turun, hajat hati nak bersembang kejap, tapi member sekaki pulak tak ada.....tiba-tiba ada beberapa orang totok umno sengaja meninggikan suaranya...mungkin nak tarik perhatian kot.

Mereka tengah bersembang pasal suratkhabar pencacai pemikiran umno telah rugi besar. Yang sorang tu dengan muka cebiknya kata, "Kalau semua orang Melayu beli......tak akan rugi punya."

Dalam hati saya, si Mamat tu tak habis-habis cakap pasal Melayu.....geramnya.

Saya terus menjawab.....walaupun saya tidak masuk dalam perbincangan mereka, "Kalau nak untung cepat.....banyakkan tunjuk artis bogel.....dedah sikit-sikit tak mainlah.

Banyakkan lagi tunjuk gambar orang tidur di kandang lembu di negeri-negeri pembangkang perintah. Tulis banyak-bayak riwayat hidup kesederhanaan pemimpin umno"

Secepat kilat mereka menoleh ke arah saya dengan muka macam gurkha marah......masing-masing terus beredar.

Sapa sorang member PAS totok, "Syeikh...sikit-sikit dahlah...jangan pancung terus."

Saya hanya senyum dan terus masuk kereta kerana hujan makin lebat turun.

Wednesday, November 24, 2010

Dahsyatnya Malaysia......

Malaysia merancang misi kedua angkasawan keduanya berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dalam masa terdekat.

Malaysia tak sabar-sabar nak wujudkan hab hiburan malam bagi memacu industri hiburan sepertimana dalam perancangan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Tak cukup dengan itu Menara Warisan Merdeka 100 tingkat akan tetap dibangunkan bagi menjana ekonomi negara serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.

Bravo Malaysia!!!!!!

Marilah sama-sama kita meng'halal'kan setiap sen duit kita untuk tujuan 'murni' itu.

Rakyat Malaysia tikan akan ketinggalan dengan bentuk hiburan baru......rakyat Malaysia akan sentiasa berada tinggi di angkasa......rakyat Malaysia akan berasa gah kerana berdiri megah di Menara Warisan Merdeka.

Bravo Malaysia!!!!!!

Perihal Gaji Menteri......kesiannya.....

Oh rupa-rupanya gaji Perdana Menteri tak delah banyak sangat.....hanya sebanyak M22,826.65.

Kesian dia......kesian dia......kesian dia......

Banyak lagi gaji CEO GLC nak dibandingkan gaji dia. Ish...ish...ish kesiannya

Patutlah Perdana Menteri terdahulu terpaksa beli rumah di luar negara kerana tak mampu nak beli rumah di negara sendiri.....lagi pun tak nak berebut kuota Bumiputra kerana rakyat didahulukan......dok gitu Awang?.....

Gaji Timbalannya pun hanya sebanyak RM18,168.15 sebulan.....lebih sedikit dari gaji Ketua Pengarah sesetengah Jabatan Kerajaan......sebab tu dia terpaksa naik heli Kerajaan bila pergi atas urusan parti ke sebelah Sabah atau Sarawak sana kerana duit dari poket sendiri tak cukup.

Manakala gaji Jemaah Menteri......lagilah sikit...hanya RM14,907.20 diikuti gaji Setiausaha Politik yang hanya RM5,709.99.

Gaji Menteri Besar/Ketua Menteri......lagilah kecik.

Sebab tulah mereka 'pinjam' duit dari Ah Long untuk buat rumah macam Istana besarnya.

Walaupun mereka punyai banyak kereta mewah......itu semua masih berhutang dengan finance.

al-brangionline:

......alahailah sayang......

Kesian dia.....kesian dia.....kesian dia......

Disyorkan setiap Jumaat dihamparkan sejadah untuk kutip duit bagi menampong perbelanjaan seharian 'Pemimpin' besar negara dan negeri agar mereka tidak di'belasah' oleh Ah Long atau penarik kereta. [sumber .]

Tuesday, November 23, 2010

Jangan lupa 'Jasa'nya yg ter'besar'

Tak tahu rupa-rupanya Mamat ni dah pegang WAY dah empat penggal (1993-2009).

Lama tuh......rupa-rupanya jasanya amat besar pada Malaysia amnya dan dunia khasnya.

Beliau bercadang nak mengundur diri......sekarang musim ramai orang berundur diri.....Zaid pun mengundur diri.....Annuar Musa juga mengacah-acah nak undur diri dari KAFA.....Musa Hassan juga ter'undur' setelah tak dapat sambung lagi jawatan KPNnya.....Samy Vellu juga mahu diri terundur? atau berundur?......alahai.....

Ada orang mengundur diri secara terhormat....tak kurang juga ada yang mengundur diri secara me'lompat-lompat' dan ada juga terpaksa di'undur'kan diri mereka yakni dipecat.....dan yang paling nakal mengacah-acah nak undur diri atau melewatkan tarikh berkuatkuasa dengan harapan akan ada orang memujuk.

Walau apapun......yang mengundur diri secara terhormatlah adalah mereka yang paling bermaruah.

Berbalik kepada si Mamat tadi......tak dapat dinafikan 'jasa'nya yang paling besar...... datang dari pemimpin yang ber'jiwa' besar dan cetusan idea paling 'besar' ialah seperti DI SINI .

al-brangionline:

umno bila pulak nak mengundur diri atau diri anda terundur di PRU13 nanti?

Antara Kilauan Emas dan Kilauan 'Tembaga-lembik'?......alahai.....

Dalam sukan berkeupayaan tinggi seperti Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan sebagainya......keupayaan dan kecemerlangan atlit diukur dari kutipan warna pingatnya seperti Emas, Perak dan Gangsa.

Bukan atlet saja ditagihkan kilauan Emas, malah keseluruhan pengurusan sesuatu sukan itu perlu kepada kecemerlangan serta mengamalkan profesionalisme dalam mengurus.

Begitu juga profesionaisme serta etika melaporkan sesuatu berita, rakyat menagihkan kilauan 'Emas' dari media massa arus perdana sebagai satu tanda aras sesuatu media itu menyampaikan sesuatu berita dengan tepat dan penuh bertanggunjawap.

Jikalau media massa itu hanya bersifat juru bodek, juru kipas, juru cacai, juru fitnah, juru sensasi, juru adu-domba, juru bohong, juru gedebe, juru hasad dengki, juru 'teropong' kepada 'towkay' besarnya......usahkan nak dapat kilauan 'Emas'......kilauan 'tembaga lembik' patut dipalitkan ke 'muka' mereka......alahai.....

Monday, November 22, 2010

Syabas! Syabas penuh dengan penyelewengan

Syabas menyeleweng.

Syabas diseleweng.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengesahkan ada penyelewengan yang serius dalam Syabas.

Syabas ! Syabas ! Syabas.

Syabas kepada anda yang dapat faham apa kerja-buat Syabas selama ini.

Syabas kepada anda kerana tolong cerita kepada kekawan Syabas penuh dengan penyelewengan

Syabas kepada anda kerana mendapat tahu ada penyelewengan dalam Syabas DI SINI .

Memang dah dasar Umngok/Bngok......

Diletaknya sebagai tajuk utama dimuka hadapan......kenapa?

Itu biasalah kerja-kerja umngok yang 'cerdik' untuk mensensasikan......untuk menaikkan kemarahan orang Melayu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Nak tanya sikit pada umngok ni.......selama umngok/Bngok memerintah Pulau Pinang kurang lebih 50 tahun adakah orang Melayu memiliki hartah lebih dari 80% kalau tak 100% pun.....pastu tiba-tiba susut hingga 1% apabila Pakatan Rakyat Pulau Pinang memerintah?

Jikalau itu berlaku......kau orang nak lapor siang malam pun.....silakan...

Kalau nak 'rampas' semula Pulau Pinang, laporlah secara adil.....secara beretika.....secara tidak membabi-buta.....dahlah buta dipotong 'moncong'...maka deria hidunya hilang maka terkeluarlah rencana dan berita seperti ini.

Kalaulah pengundi bertaraf Tadika Kemas yang hanya pandai makan, menari, menyanyi dan main.....bolehlah kau orang tipu.....

al-brangionline:

Awas!!!!!!Siri-siri berita bertaraf 'taik-cicak' seperti itu akan berterusan sehingga PRU13.
TV pencacainya pun siang malam tunjuk orang miskin di Negeri-Negeri Pakatan Rakyat seolah-olah 50 tahun lebih umngok/bngok perintah.....semua rakyat hidup kaya raya.....tapi takkan dalam masa 2 tahun Pakatan Rakyat perintah secara tiba-tiba, secara mendadak mereka jadi miskin?

Itulah dasar BNgok.....

Sunday, November 21, 2010

Kangkong goreng kicap enak sekali dong......

Apabila Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS nak bawak isu tarikh Idul Adha maka barulah bising puak-puak Ulamak, kononnya Parlimen bukan tempat yang sesuai. Kononnya isu ini tidak boleh diselesaikan oleh orang politik.

Kenapa bising?

Kerana kewibawaan mereka tercabar kerana mereka sesama Ulamak pun tidak dapat menyelesaikan isu ini.

Kenapa dalam isu ini mereka bising?

Kenapa dalam isu-isu lain yang mereka juga kononnya mahir dan berkepakaran seperti rasuah, Hudud, Riba, Ekonomi Islam, gejala sosial dll. mereka diam seperti Profesor bisu?

Ini semua kerana selama ini mereka sudah di'cucuk' hidung oleh Umno, lidah mereka sudah di'potong' oleh Umno......mulut mereka sudah di'gam-gajah'kan oleh Umno.

Dalam Parlimen ada Meneteri yang jaga Agama.....ada Penasihat Agama.....ada ramai Ulamak. Mereka layak berhujah untuk kepentingan umum.

Yang hairan wal 'ajaib ialah apabila seorang bertaraf Profesor boleh berkata, “Saya tak faham politik, saya tak faham (cara berfikir) ahli politik, saya yang bukan ahli politik, fikir lebih baik tak bawa (ke Parlimen) kerana itu lebih mengelirukan,” Selebihnya sila rujuk DI SINI .

Kalau seorang yang bertaraf Profesor tak faham politik......apa yang Profesor boleh faham?

Tapi yang peliknya bab ekonomi boleh faham pulak......bab wang ringgit boleh faham pulak ye Syeikh.....

Kalau macam tu, subjek Siasah sudah tentu Profesor ini kantoi semasa di Universiti dulu.

albrangionline:

Saya nak petik kangkong kat belakang rumah nak hadiahkan kepada beberapa orang sahabat di Universiti petang ni. Kata orang, kangkong goreng kicap enak sekali dong......

Dari 4 'Aminah'......hanya no.1 dan 4 yang ku sayang

Yang aku tahu hanya 4 Aminah.

Dua aku sayang dan dua lagi benci sebencinya kerana perangai 'gedik'nya yang hanya diri mereka yang tahu motifnya berperangai begitu.

Aminah yang PERTAMA ialah Bonda Nabi Muhammad SAW, seorang wanita berhati mulia dan merupakan pemimpin segala ibu sepertimana Nabi pernah bersabda, "Allah telah memilih aku dari Kinanah, dan memilih Kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari keturunan orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik.” Dengarlah sabdanya lagi, “Allah memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih dan terdidik. Tiadalah bercabang dua, melainkan aku di bahagian yang terbaik.” Selanjutnya sila baca DI SINI .

Aminah KEDUA ialah seorang wanita yang 'gedik' yang suka 'menonggeng-nonggeng' depan wanita, hatta depan lelaki pun. Wanita ini mungkin 'terlalu cerdik' ilmu Islamnya dan pernah menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selebihnya sila baca DI SINI .

Siapa pula Aminah yang KETIGA?

Berhati-hati dengan Aminah ini......mulutnya tak ada insurans.....yang ada cuma dendam kesumat.....patut juga baca halnya DI SINI .

al-brangionline:

Aminah KEEMPAT ialah ibu mertua ku yang disayangi yang terlantar keuzuran sekarang kerana sakit tua.

Saturday, November 20, 2010

Masih berpeluang......ada satu saja lagi.....

Kenapa biarkan 'First Lady' berundur?

Kesian dia......tak glamourlah cam tu.

Tapi setahu akulah......post hebat semacam tu biasanya di sandang oleh First Lady yang ori.....bukan 'First Lady' tiruan.....jauh sekali yang cilok atau bundle.

Habis tu nak pegang yang mana lagi......semuanya udah penuh kecuali satu saja lagi.

Nak tahu di mana?

Sila baca DI SINI dan DI SINI .

Sepaktakraw Sukan Asia: 'Jin' Siam tak takut lagi cincin batu besar

Punca sebenar Malaysia gagal meragut pingat emas sepaktakraw di Sukan Asia ialah 'Jin' Siam dah tak takut lagi pada cincin 'batu besar'.

'Jin' Korea dan 'Jin' China pun hanya ketawa berdekah-dekah bila pemain Malaysia cuba menunjuk2kan 'cincin berbatu besar' mereka.

Pernah suatu masa dulu pemakai cincin bermata besar itu berjanji akan melepaskan jawatannya jika Malaysia kalah......sekarang tunggu apa lagi.....atau ingin mencari cincin berbatu lebih besar lagi?

Pernah suatu ketika pemakai cincin berbatu besar ini digantung jawatan ketua bahagian Umno Bukit Bendera kerana kenyataannya yang 'besar'......sebesar cincinnya..... ber'gaduh-gaduh' dengan Gerakan Pulau Pinang.....tetapi dek kerana 'cincin berbatu besar'.....beliau kemudiannya disambut sebesar-besarnya seperti DI SINI .

Juga kita menagihkan janjinya seperti DI SINI .

'Sedeqoh' lembu

Bila orang gomen kata atau beri fatwa......hari ini Sabtu 20 November masih lagi boleh korban, maka apa lagi ikut sajalah......yelah tu.

Setahu aku yang jahil ini bumi Arafah hanya ada satu saja dalam dunia ini......hari Arafah hanya ada satu saja dalam dunia ini di mana pada hari itu mereka yang buat fardhu haji berwukuf.

Arab Saudi telah isytiharkan hari Arafah pada hari Isnin. Semua yang buat haji berwukuf di bumi Arafah pada hari Isnin. Ini bermakna hari raya Idul Adha jatuh pada hari Selasa dan hari-hari Tasyriq ialah pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat di mana mereka boleh buat ibadah qurban. Manakala mereka yang tidak buat haji disunatkan berpuasa hari Arafah pada hari Isnin......itu yang aku tahu.....

Tetapi di Malaysia hari Arafah bukannya pada hari Isnin tapi ia diisytiharkan pada hari Selasa......sebab itu kita raya pada hari Rabu dan diistiharkan hari-hari yang boleh qurban ialah pada hari Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Tak tahulah pulak aku Hari Selasa itu hari Arafah yang mana satu? Di mana pulak letak duduknya Arafah 'baru' tu? Kenapa mesti ada dua hari Arafah? Kenapa mesti ada dua set hari Tasyriq?

al-brangionline:

Jakim beri fatwa hari ini masih boleh ber'korban'.

Memanglah berkorban untuk Agama tidak tertakluk pada masa......sepanjang masa.....

Marilah sama-sama kita makan daging 'sedeqoh' pada hari ini.

'Colour' sebenar Zaid sudah jelas......

Dalam posting terdahulu, saya ada cakap......tak nak komen apa-apa lagi pasal Zaid Ibrahim.....dengan harapan...kot-kotlah dia tu tak jadi keluar PKR.

Sekarang sudah jelas pendirian beliau, beliau akan tetap keluar dari PKR.

Yang musykilnya kenapa memilih atau melewat-lewatkan tarikh penguatkuasaannya iaitu 16 Disember 2010?

Pada mulanya saya menghormati saudara Zaid ketika dia keluar dari Umno dan masuk PKR walaupun dia telah menyakiti PAS.

Atas dasar sesama Pakatan, kita sanggup mencampak jauh segala perasaan yang tidak senang dengannya.

Dengan keterampilannya yang tersendiri, saya menjangkakan dia akan menjadi calon yang berwibawa dalam PRU13 nanti.....rupa-rupanya dia telah memalitkan najisnya sendiri ke mukanya.

Dia yang saya nampak amat berwibawa......lebih berwibawa daripada Menteri-Menteri Umno yang ada......kalau nak dibandingkan dengan KM negeri Hang Tuah.....air kakinya pun tak ada bandingan......kalau nak dibandingkan dengan Ostad Penerangan Umno.....taik giginya pun tak ada bandingan......kalau nak dibandingkan dengan 'Gedebe Umno No.2 Selangor'.....bau kentutnya pun jauh bezanya......malah kalau nak bandingkan bahasa omputihnya dengan Mat Sembab Umno.....omputih sendiri tersenyum lebar bila mendengar kedua-duanya cakap omputih.....tapi sayang sekali...bila dia memilih untuk melewat-lewatkan tarikh berkuatkuasa dia keluar PKR.....dia telah meletakkan malah mencampakkan dirinya serendah-rendahnya...sebaris dengan Katak Kulim, Katak Bagan Serai, Katak Pasir Emas, Katak Kotak, Katak Bayan Baru, Katak Nibong Tebal.

Dia melewat-lewatkan tarikh itu adalah semata-mata ingin menarik perhatian orang ramai, ingin menghentam PKR dari 'dalam' untuk mengundangkan 'watikah' pemecatan beliau dari PKR......dia sangat-sangat berharap dia dipecat agar namanya terlonjak.....jika ini berlaku dia menjangkakan 'saham'nya mencanak naik.....oh tidak berlaku...maaf saudara Zaid...itu taktik lapuk.

Walau apapun......bila dia tubuh parti baru, kita sama-sama saksikan, dengan siapa sebenarnya dia nak berlawan? Dengan Umno? Dengan PAS? Dengan PKR?

Tetapi yang pastinya......colour Zaid sebenarnya sudah jelas sekarang.

Thursday, November 18, 2010

Kenyataan orang 'nyanyok'......dengar boleh.....pakai jangan...

Kenyataan orang yang nyanyuk kekadang boleh diterima kekadang penuh dengan rahsia tertentu sehingga boleh mengasyik sesiapa yang sedang berangan atau 'angau'.

Pakatan Rakyat usah terpedaya dengan ungkapan lunak dari seorang yang amat membenci PAS,PKR dan DAP (Pakatan Rakyat) daripada zaman pemerintahannya sehingga beliau bersara.

Kata orang-orang tua......dengar boleh.....pakai jangan...

Orang ini kata BN amat suka merampas kembali 2/3 majoriti daripada Pakatan Rakyat, tapi berkemungkinan dapat rampas semula 1 atau 2 negeri di bawah Pakatan Rakyat.

al-brangionline:

Pakatan Rakyat......kita jangan complacent. [sumber .]

Maka makin 'menebal'lah......

Mak Cik Jijat ni makin 'menebal' egonya sekarang......makin 'menebal' lagaknya.....makin 'menebal arrogant'nya.....makin 'menebal' dendam dengan PKR sekarang.

Kalau kita perhatikan majoriti ahli umno yang rasa dirinya tak 'selamat' dalam PRU13 nanti akan 'menembak' PKR depan dan belakang.....terutamanya mereka yang dari spesis 'kitar-semula' atau yang jenis 'lompat-tingkap'.

Seorang jaguh 'heavy-weight' boleh tumbang kepada 'feather-weight' (Nurul Izzah) di Lembah Pantai di PRU12 dulu amat memalukan......sesetengah orang yang amat menjaga 'malu'nya mungkin terus bersara dan buat kad tukar alamat......tukar Bahagian.....tetapi bagi sesetengah orang yang tak ada 'malu'nya akan mendedahkan lagi 'malu'nya bukan nak sorok 'malu'nya......alahai...

PKR akan terus dijadikan 'punching-bag' seterusnya sehingga berlangsungnya PRU13 kerana umno/BN sudah gelabah......kemana-mana pergi akan dibawa 'panic button'.

umno/BN akan menangguk setiap inci di air yang 'keruh' untuk meredakan sesak nafasnya sekarang terutama di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. [sumber .]

al-brangionline:

Jangan suka cakap sombong nanti diri sendiri bertambah bengong.

'Papan kitar-semula' Kabinet dah mula nak mereput

Nak tukar kabinet ke......tak nak tukar kabinet ke.....sapa peduli.

Nak beritahu ke......tak nak beritahu ke......nak buat kejutan ke.....lantak kau oranglah. Itu hak kau.

Rombak atau tak rombak......polisi umno/BN tetap sama......jangan harap boleh berubah. Hab hiburan tetap dilaksanakan.....maksiat tetap bertambah.....rasuah tetap tidak berkurangan.....putar belit makin rancak.....pembanziran macam bumbung bocor.

Tapi kalau nak rombak jugak kabinet......elok jer.....kerana beberapa keping 'papan kitar-semula' mungkin dah nak reput dan beberapa keping 'papan' yang sedia ada sudah mula menunjukkan tanda-tanda nak lekang......dah mula menggeleding kerana memang tak ada kualiti.

Wednesday, November 17, 2010

Jangan pandai cakap jer......

Jangan pandai cakap jer.

Cuba budayakan korban sepanjang masa......jangan suka mencacai berita......jangan suka memutarbelit berita......jangan jadi balaci pada umngok......jangan suka spin berita......jangan suka mengampu.....ingat duit beri makan minum anak isteri hasil dari memutarbelit berita.....hasil dari mengadu-domba.....hasil dari membuat fitnah.

Cuba korbankan nafsu jahat.....cuba korbankan ego umngok dengan menerima Islam sebenarnya.

Cuba korbankan nafsu yang suka mendewa-dewakan artis...suka mensensasikan berita hanya semata-mata memikirkan duit.

Cuba korbankan nafsu daripada mempromosikan hiburan dengan mensensasikan kehidupan artis.

Tuesday, November 16, 2010

Jangan asyik 'makan time' jer......

Kali ini merupakan kali pertama Surau kami ada pengisian pada malam Raya. Kami bertakbir sebaik saja selesai solat Maghrib sehingga 10 minit sebelum masuk solat Isyak. Kita digalakkan selama 4 hari ni berbanyak bertakbir dan bertahmid.....memuji Zat yang Maha Suci.

Terasa sedih, sayu dan runsing......sedih kerana tidak dapat berkumpul dengan emua anak-anak'.....sayu kerana tak dapat balik beraya dengan bonda tercinta (baru telefon Cik (bonda) tadi).....runsing kerana mengenangkan amal yang sedikit untuk bawa bekal ke 'sana' dan mengenangkan harapan Pakatan Rakyat untuk berarak ke Putrajaya tahun depan tercapai atau sebaliknya.

Selesai solat Isyak......makan time.....karipap, ketupat, kuah kacang dan rendang ayam. Esok pagi pun kami akan bersolat Idul Adha di Surau kami...Surau Damai.

Solat akan diimami oleh Timbalan Pengerusi, manakala khutbah akan dibaca oleh Pengerusi sendiri. Kedua-dua mereka adalah aktivis PAS tegar.

Selesai solat sunat Idul Adha, sekali lagi......makan time.....secara potluck.

al-brangi bercadang hanya bawak mee-hoon dengan keropok goreng Terengganu saja.....kerana jamuan selepas takbir tadi......al-brangi dah pun ditugaskan menyediakan rendang ayam, jadi orang rumah sudah letih......pada mulanya al-brangi bercadang nak bawak nasi dagang Terengganu.....tak apa.....lain kali kalau ada rezeki.

Esok, seperti surau-surau lain, surau kami ada sembelih kurban, 4 ekor je. Malamnya......seperti biasa...makan time...

Dalam masa 4 hari ni...mana-mana geng yang ada gout, darah tinggi...pastikan stock ubat tidak kehabisan...termasuk yang ber'cakap' ni...kerana semasa test darah bulan lepas...walaupun line clear...tapi ciput cukup-cukup makan je.....semua result...chlosterol, uric acid, BP adalah marginal. Nasib baik FBT (fasting blood test) 5.1......tu pun saya pastikan minum bergula hanya sekali sehari...selebihnya hanya green tea.

Selamat Hari Raya Idul Adha

kepada semua blogger, pengunjung blog ini serta seluruh Umat Islam dalam Pakatan Rakyat khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

Gelora umno Selangor seperti jantan ini.....

Gelora Umno Selangor kepada Selangor Darul Ehsan adalah diibaratkan seperti seeorang jantan dayus yang melihat jandanya dengan penuh bernafsu.

Setiap saat dan ketika dia akan mencari ruang dan luang untuk men'cabul'......seterusnya me'rogol' jandanya yang sudah mula bergaya dan mendapat tempat di hati rakyat.

Perbuatan kejinya itu septatutnya dikutuk oleh masyarakat kerana menabur fitnah, mengadu-domba, menipu dan berlagak warak adalah kerja-kerja iblis.

Mereka menggunakan Istana untuk mengadu domba......mereka menggunakan 'si-Mamat JAIS' untuk menghalal-carakan niat mereka, sehingga keluar fatwa yang adik-adik di PASTI pun lagi cerdik......ada ke pulak difatwakannya...orang bukan Islam tidak boleh masuk Surau/Masjid kerana mereka tidak mandi wajib.....mereka menggunakan 'Syabas' untuk ber'main-air' dengan Pakatan Rakyat......alahai cerdiknya

Umno akan melakukan apa saja untuk merampas kembali Selangor yang merupakan 'lubuk' untuk mengembungkan saku masing-masing.

Kalau betul-betul anak jantan.....tunggulah PRU13 nanti......jangan jadi seperti jantan miang ini. Boleh 'teropong' DI SINI .

Oh 'wajah' sebenar Anwar?

Ada seorang yang bertindak selaku balaci a.k.a barua kepada Nalla , mencabar PAS supaya bertemu dengan Nalla.

Mana mungkin seorang balaci a.k.a barua boleh mengajar PAS bagaimana mahu menyumbat 'gol'.....

Kononnya Nalla akan mendedahkan 'wajah' sebenar Anwar. Nalla akan menceritakan 'luar' dan 'dalam' Anwar sebenar.

PAS tak perlu bertemu atau percaya pada musuh politik.

PAS selaku parti politik yang sudah berpengalaman luas dalam sepak terajang politik tanahair tidak perlu tunjuk ajar dari MUSUH politik......lebih-lebih lagi daripada 'barua-barua' sepertinya atau geng katak puru spesis Katak Chennai, Katak Bayan Baru, Katak Kulim, Katak Bagan Serai serta beberapa Katak lagi.

PAS sudah mengkaji baik dan buruk apabila mencari kawan dan apabila berkawan dengan seseorang......tak payah bertanya atau mendampingi balaci-balaci a.k.a. barua spesis di atas.

PAS tak perlu berjumpa Nalla yang kononnya tahu semua hal-hal 'luar' dan 'dalam' Anwar.

PAS lebih tahu apa yang ada di 'luar' Nalla dan yang di 'dalam' Nalla. Malah, PAS lagi maklum warna 'kulit' Nalla yang sebenar dan warna kulit Katak-Katak yang sentiasa kelaparan itu termasuk 'musang' yang cuba memujuk PAS agar berjumpa dengan Nalla tu.

Wahai 'musang'......lebih baik kamu pergi berkeliaran di Putrajaya untuk mencari 'makan' atau mohon bekerja dengan pusat anak-anak yatim agar kamu dapat bekerja sambil beramal daripada kamu membuang masa meng'garu-garu' belakang Nalla dan mencuci n - - - s Nalla.

Monday, November 15, 2010

Ingat Zaid !......Umno/BN itu musuh bersama

Saya harap ini entry terakhir untuk bercakap pasal Zaid.

Biarkan dia memilih jalannya sendiri.

Selagi dia tidak berpatah balik kepada Umno atau pun menubuh parti baru dan bergabung dengan BN, selagi itu kita tidak memusuhinya.

Perjuangan untuk menumbangkan BN lebih diutamakan daripada memperkatakan hal Zaid.

Beliau mempunyai perancangan sendiri seawal lagi......yakni ketika mula-mula menyertai PKR.

Selamat maju jaya......ingat Umno/BN perlu ditumbangkan untuk menggembalikan atau memulihkan keseluruhan sistem pentadbiran yang banyak bocor dan tiris di mana-mana.

Tindakan Zahid betul?......habis tu sapa yang salah?


Akhirnya Zaid mencurahkan hasratnya untuk keluar dari PKR.

Malam tadi calon Ketua Wanita PKR dan beberapa orang 'penyebuk' parti keluar dalam berita TV tigasuku......mengeluh dan tidak berpuashati dengan perjalanan pemilihan jawatan sekarang.

Mensensasikan berita ini samada memburuk-burukkan mereka atau mempertahankan mereka tidak menyelesaikan masalah, malah menambah parah lagi keadaan.

Yang pastinya tak mungkin semua yang mereka luahkan selama ini salah. Berkemungkinan ada benarnya walaupun sedikit.....begitulah juga SEBALIKNYA.

Pendekkan cerita.....Siapa yang betul dalam bab pemilihan yang dikatakan 'itu......dan ini......'?

Semua sudah maklum.....PRU13 sudah di ambang pintu.....soalan kegemaran saya...'Nak ke tak nak pergi ke Putrajaya?"

"Kalau tak nak......habaqlah awai.....tak payah nak buang masa buat kerja lebih dalam PRU13 nanti.....buat penat je."

Walau apapun......sedikit sebanyak hati bakal pengundi Pakatan Rakyat sudah mula terasa liba-libu.....sudah mula terasa sangsi.....jangan biarkan mereka terasa mual langsung sehingga meluahkan muntah hingga jadi kelesuan.

Masa belum terlambat untuk buat sesuatu......hati pengundi perlu dimenangi semula dengan kadar segera.

Point saya di sini, HATI PENGUNDI PERLU DIMENANGI DAN DITAWAN SEMULA.

al-brangionline:

Yang pastinya......Zahid dengan geng Katak sebelum ini yang diketuai oleh Katak Lebai Kulim adalah tidak sama.

Mereka berlainan spesis dan berbeza kualiti.

Zahid berada dalam kelasnya tersendiri. [sumber .]

Untuk menyatukan 'hati-hati' manusia memang sukar......tapi biarlah kita bersatu dengan satu azam untuk menjatuhkan Umno/BN.

umno Selangor hidapi sindrom 'sewelalubiula walmerenga'

Ibnu Omar, gedebe Umno Selangor dah dapat 'penyakit' seperti yang dihidap oleh pengadil dari Australia ketika pasukan bolasepak Malaysia menentang Cina di Sukan Asia minggu lepas.

Pada perlawanan itu yang ternyata mutu pengadilan yang paling buruk dan berat sebelah di mana 8 pemain Malaysia mendapat kad kuning dan 3 orang mendapat kad merah.

Penyakit ini tidak ramai yang menghidapnya dan dikhabarkan belum lagi menemui vaksin yang sesuai lagi mujarab.

Mengikut laporan terkini mereka yang terkena penyakit ini selain dari Ibnu Omar si-gedebe Umno Selangor itu ialah si-Beruk Mat Yeh Ostad Kasyaf Galas.

Di-fahamkan si Katak Pasir Emas sudah ada tanda-tanda positif dan mereka kepada ahli-ahlinya.

Doktor hanya menasihati pesakit agar kurang bercakap dan banyakkan lap bibir setiap kali bercakap dengan tuala lembap.

Penyakit yang tidak tahu apa punca sebenarnya, dalam istilah saintifiknya ialah sewelalubiula walmerenga seoerti DI SINI .

Saturday, November 13, 2010

RM300,000......pak pong, pak mustapeh.....pak dolah dirumahnye...

  • Pada mulanya dikatakan duit peribadi Presiden Umno sebanyak RM350,000 nak disumbang kepada mangsa Gunung Merapi di Yogyakarta......tetapi diakhirnya dikatakan duit itu adalah duit parti......yelah tu.....kami semua percaya.....ermmm...
  • Yayasan Selangor telah mengundangkan kemurkaan Sultan apabila jamuan tengahari yang nak diadakan akan menelan belanja RM300,000.00......langsung Sultan membatalkan hasrat menghadirinya......staff Yayasan Selangor bukan semuanya orang Pakatan Rakyat.....masih ramai lagi umngok-umngok yang ingin menangguk di air yang keroh......biasalah tu.....
  • Jabatan Audit melaporkan Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) membelanjakan RM329,871 untuk menyenggara sebuah kereta dari tahun 2005 hingga 2009. Kereta yang diguna JKMM bernombor plat MM5 dibeli pada harga RM117,476 pada tahun 2004.
al-brangionline:

Agak-agak kalaulah SPRM nak buat rush......ke mana yang nak diterkam dulu?......pak pong...pak mustapeh...pak dolah di rumahnye...ade tepung, ade kelape...masak gulei ade enaknye...pak pong...pak mustapeh......pak dolah dirumahnye...ade tepung, ade kelape...cari bantal ade enaknye...pak......pong.....

Friday, November 12, 2010

Lu punya 'timing' tarak betullah DAP

Apa lu bilang tak boleh hidup?

Apa pasal dulu Adun BN boleh hidup? Dia orang ada rumah besar.....ada serupa Istana oh.

Dia orang ada kereta besar.....isteri 'besar' (ramai isteri)......tiap tahun pergi makan angin luar negeri?......boleh golf lagi......boleh beri orang miskin lagi......alahai.....

al-brangionline:

Secara dasarnya saya SETUJU dinaikkan elaun......tapi time BN perintah Selangor dulu...atau lain negeri atau perintah Malaysia...bila dia orang mintak naik elaun......lu orang bising.....lu orang hentam jugak dalam ceramah.....rakyat jadi keliru.

Rakyat jadi pening.....lu orang ada betul atau BN punya orang ke ada betul...

Bila rakyat jadi pening.....dia orang jadi keliru.....bila rakyat jadi keliru...rakyat susah mana satu mahu pangkah.....dia orang mahu pangkah lu ka mahu pangkah BN.

PRU13 sudah dekat oh......lu punya timing tarak betullah DAP. (sumber .)

Apalah sangat 4 1/2 tahun tersiksa......berbanding ratusan ribu lain yang disiksanya.....

Empat setengah tahun terlantar koma di Hospital DI SINI akibat diserang angin ahmar.

Serangan angin ahmar yang nampak tersangat menyiksakan itu......maka lebih tersiksa lagi apa yang terlanda dan dirasakan oleh bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta orang-orang tua yang terlantar uzur, wanita mengandung, binatang ternakan yang tidak berdosa dan berupaya termasuk segala prasarana dan seluruh tamaddun kemanusiaan......hancur lebur .....darah bersemburan.....daging berkecai.....batu-batan berterbangan.....mayat syuhada bergelimpangan angkara penzalim ini.

Sesungguhnya siksa akhirat lebih dahsyat serta perit daripada itu.....justeru itu marilah kita semua kembali kepada Islam dengan menunaikan bersungguh-sungguh setiap arahanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.

Ya Allah, Engkaulah Sebaik-baik Tempat Bergantung, Berlindung dan Berharap......Sesungguhnya Siksa Mu Amat Dahsyat.....Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. Ameen Ya Rabbal'Alamin.

Mustaffa Kamil Ayub : Kekal bersaing tapi dalam protes

Konsep satu ahli satu undi memang bagus, tapi semudah diucapkan dari segi pelaksanaannya.

Sebelum PAS dan DAP (Pakatan Rakyat) mengadaptasi sistem itu......satu kajian yang menyeluruh perlu dilaksanakan agar ia nampak betul-betul telus lagi berintegriti.....kalau tidak beginilah jadinya nanti seperti Di Sini .

al-brangionline:

Walaupun MCA/BN adalah 'musuh' politik Pakatan Rakyat......tetapi saya ada nampak wujud beberapa 'elemen-elemen' yang boleh direnung oleh parti-parti lain dari segi kelicinan pengendalian pemilihan pucuk pimpinan.

"......beribu-ribu ringgit dihabiskan?".....bangganya.....

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah berjaya mendapat semua A dalam UPSR dan juga kepada ibu-bapa yang berkenaan. (Termasuk anak saudara saya Sharmeen.....tahniah.....hadiah menyusul tapi hanya dapat 50% kerana sudah pencen.....)

Majoriti akhbar perdana men'sensasi'kan keputusan ini sebagai tajuk utama.

Sebagai 'orang' politik ianya mesti diulas ikut kacamata politik. Apa maknanya keputusan itu di'sensasi'kan sebagai tajuk utama?

Ia tidak lebih ingin bermegah bahawa apa-apa yang berkaitan dengan sistem pembelajaran adalah hasil kejayaan 'pemimpin' mereka.

Barang diingat......segala prasarana pendidikan adalah tanggungjawab mana-mana Kerajaan Persekutuan yang sedang Memerintah.

Mereka tidak boleh berbangga dengan banyaknya pembinaan sekolah-sekolah dibina di negeri-negeri terutama di negeri-negeri pembangkang.....begitu juga Masjid, Hospital dll.....lagipun bukan duit dari poket umno.....itu semua dari duit titik peluh nelayan...penoreh getah...cukai itu...cukai ini...u know, i knowlah...

Bagi saya kejayaan ini bertitik-tolak daripada kegigihan guru yang mengorbankan quality time mereka bersama keluarga, kegigihan ibu-bapa yang menghabiskan ribuan ringgit bagi yang berada dan bagi mereka yang kurang upaya sanggup bergadai apa saja untuk kejayaan anak-anak mereka.......dan kegigihan anak-anak sendiri.

Tetapi disebalik angka 48,327 orang yang berjaya mendapat semua A itu, agak-agaknya berapa peratus yang solat 5 kali sehari semalam secara berjemaah ataupun tidak berjemaah?

Besar kemungkinan majoriti mereka dapat maintain puasa kerana ramai orang Islam keturunan Melayu dapat maintain puasa tapi yang juga yang meninggalkan solat.

Mungkin ramai yang berkata adik-adik itu belum baligh lagi, tapi saya yakin majoritinya dah baligh terutamanya pelajar perempuan.

Tidak ada maknanya kita hanya berjaya di SINI tapi gagal di SANA.

Tidak ada maknanya kita hanya bijak di SINI tapi kurang bijakSANA membuat perancangan agar selesa di SANA.

al-brangionline:

"Cantiknya baju adik.....mesti mahal harganya." sapa si A

Jawap adik itu, "Mestilah cantik.....bapa saya yang beli."

"Aku dah habiskan beribu-ribu ringgit untuk kejayaan anak ku," ujar sibapa dengan bangganya kepada si A.

Si A menjawap, "Dah memang tanggungjawap engakau Mamat......apa nak dibanggakan.....kecuali kau dah 'TIADA'."

Thursday, November 11, 2010

Tak heran Katak Babi geng dengan Ungka

Ntah apa yang tak kena......tiba-tiba hari ini hilang selera untuk berblog......bertambah pulak badan terasa semacam jer.

Mungkin kecelaruan politik sesetengah pemain politik menyumbang kepada kecelaruan selera untuk buat entry baru.

Tetapi apabila tengok dan terkenang berita-berita yang benar tapi anih memberi sedikit perasa kepada selera yang tengah tawar hambar ini.

Cerita Beruk Mat Yeh di Galas yang kasyaf baru-baru ini masih lagi terngiang-ngiang di telinga.

Semalam ada berita Katak dari CooLLim dah menjelma jadi Babi......Ungka dari Kina.....ngan, Borneo boleh terbang ke Kuala Lumpur......yang peliknya 'makhluk' berdua itu sepatutnya berada di Zoo, tapi macamana boleh berlegar dalam Parlimen.....liar sangat ke sehingga susah nak jaga

Berita dari Pasir Mas, seekor Katak Gergasi telah dipelihara oleh seorang kanak-kanak......pada mulanya saya ingatkan 'seseorang' telah menjelma jadi Katak, tapi rupa-rupanya cerita itu adalah cerita benar.....hati-hati dek main dengan katak......sekali ia melompat.....huru-hara dibuatnya. (sumber .)

al-brangionline:

Kalaulah dapat berjumpa dengan Beruk Mat Yeh, Galas yang kasyaf tu......saya akan bertanya, "Tok Tok PRU13 bila? Agak-agak sapa yang sampai dulu perlumbaan ke Putrajaya?"

Wednesday, November 10, 2010

Mak Janda mintak carikan jodoh dengan Biro Pemuda Umno......alahai.....

Seorang Mak Janda pergi berjumpa Biro Aduan dan Kemasyarakatan Pemuda Umno, kerana nak mintak satu pertolongan.

Permintaannya bukanlah luar biasa sangat......tapi Biro itu terkejut dengan permintaan seperti itu.

Mak Janda itu mintak Biro tersebut mencari seorang suami yang sesuai dan sepadan untuknya.

Biro tu kata, tak dapek den nolong......hu hu hu.....[sumber .]

Begitulah nasib Mak Janda.......yang 'mekar' saja dipandang orang.

al-brangionline:

Di syorkan Mak Janda tu belajarlah menyanyi sikit2 dan mintak berlakon dengan Syarikat gergasi perfileman di Malaysia walaupun sebagai watak orang gaji.....atau pun masuklah mana program realiti.....media juara kerja-kerja men'sensasi'kan bila-bila masa bersedia membantu.....akhirnya Mak Janda itu akan ter'kenal'......tak payah pergi berjumpa dengan Biro tu.....

Dalam sekelip mata usahkan bapak-bapak Menteri......Ketua JKKK pun berebut-rebut datang nak 'menolong' Mak Janda tu.

Bukankah bapak-bapak Menteri dan anak buahnya suka 'kahwin' dengan artis?

Zaid tiada pilihan......kecuali berundur dari PKR.....

Mahathir turun daripada 'singgahsana' Umno kerana didesak oleh ahli Umno sendiri walaupun umum nampak ada episod drama sebabak 'hero' bercucuran 'airmata' di pentas utama Umno.

Mahathir tidak turun kerana desakan PAS mahupun PKR atau DAP. Jauh sekali desakan datang daripada para akademik atau pengulas politik kerana mereka adalah 'pengecut' kerana hanya memikirkan pangkat.....pangkat.....pangkat...., kalau ada pun Mahathir tidak akan turun semata-mata kerana sesuatu desakan. Biar keluar air mata darah sekalipun, Mahathir tidak akan turun semata-mata kerana desakan orang 'luar' Umno.

Begitu juga Pak Lah, beliau turun kerana desakan pimpinan Umno sendiri. Biar pun pembangkang mengkritik saban hari dan mendesak beliau turun.....beliau tidak akan turun.

Yang boleh menurunkan seseorang pemimpin hanyalah ahli sendiri dan rakyat......yakni kalah dalam sesuatu pilihanraya.

PAS turut mengalami desakan supaya diadakan EGM oleh seorang ahli akdemik terkenal yang juga merupakan pakar Perlembagaan Negara......namun majoriti ahli berpendapat berbeza dengan ahli akademik itu.

Sekarang giliran PKR pula mengalami desakan yang sama.

Anwar didesak supaya berundur dari PKR oleh mantan Mufti Perlis.....diikuti oleh seorang ahlinya, saudara Zaid Ibrahim.

Saya tidak hairan jika desakan datang daripada orang 'luar' kerana dalam amalan demokrasi hanya ahli sahaja berkuasa menaikkan atau menurunkan seseorang pemimpin.

Walaupun desakan daripada orang luar sedikit sebanyak terjejas juga kewibawaan seseorang pemimpin namun desakan hanya tinggal desakan.

Yang menghairankan saya Zaid yang juga merupakan seorang peguam, seharus lebih faham dalam tatacara berorganisasi.

Kerana untuk menurunkan saudara Anwar daripada menjadi Ketua Pembangkang, hanya ahli Parlimen (Pembangkang) sahaja boleh mengusulkannya di Parlimen.

Dan untuk meminta sauadara Anwar beri laluan kepada pimpinan lain sebagai Penasihat PKR.....hanya majoriti ahli boleh melakukannya.

Jikalau Zaid mempertikaikan ada manupulasi dalam pemilihan itu satu benda yang berlainan.....untuk mendesak Anwar berundur merupakan satu perkara yang berlainan.

Saya tidak berhajat untuk menyentuh bab manupulasi dan sebagainya kerana ahli-ahli PKR sendiri lebih arif dan maklum. Majoriti ahli lebih berhak bersuara.

Dalam hal ini, saya berpendapat Zaid tidak mempunyai pilihan kecuali beliau sendiri berundur dari PKR dengan memasuki parti lain atau menubuhkan parti baru atau mendapat sekian ramai ahli PKR yang sealiran dengannya mendesak diadakan satu EGM.

al-brangionline:

Orang 'luar' hanya pandang dengan mata......berhujah dengan air-liur.....lenguh kakitangan kerana berdiri dan duduk terlampau lama menulis dalam bilik berhawa dingin.....mendengar daripada audience yang patuh dengannya......manakala orang politik memandang dengan seribu beban ditanggung......berhujah dan berceramah di Parlimen dan dengan rakyat.....berletihan dengan penuh risiko di lapangan......berhadapan dengan berbagai karenah audience di luar sana.

Tuesday, November 9, 2010

Aaaiiittt!!! Zaid - Azmin -Mustaffa punya hal.....tiba-tiba nak sokong "Liverpool"......alahai.....

"Sakit.....sakit.....sakit....." "Hancur.....hancur.....hancur....." "Musnah.....musnah.....musnah....."
"Apa yang sakit.....apa yang hancur.....benda apa yang musnahnya?" tanya saya pada si Pemanggil tadi.

"Aku tak sangka Zaid buat camtu.....tapi Mustaffa pun cakap benda yang sama.....cuma Azmin je yang tak komplen," sambung pemanggil.

"Sabar...sabar...sabar, tunggulah Pak Syeikh settlekannya," pujuk saya pada pemanggil.

"Mana boleh sabar lagi.....si umngok dah mula perli maut kat aku.....dahlah Arsenal kalah kat New Castle.....camni aku nak sokong Liverpoollah pulak (Liverpool menang dengan Chelsea)," katanya dengan nada marah bercampur kesal.

"Kakakakaka......aaaiiittt! dah berubah kelab pulak. Risau aku nih.....Liverpool tu berjersey merah tau.....kau jangan buat kerja bodoh.....tukar kelab takpe.....jangan tukar parti. Aku tetap dengan Manchester United dan parti ku tetap tak berubah.....PAS....." kataku dengan nada perli bercampur risau dengan pemanggil tu.

"Tengok ah......malam ni boleh jumpa," ujarnya serius.

"Cantik......datang ah usrah......giliran rumah aku malam ni. Tapi.....pulut kuning dengan rendang ayam dan mee-hoon je......orang rumah tak sempat nak buat nasi kerabu.....datang ye..." pujuk aku padanya."

"Boleh bincang......" jawapan yang keliru darinya.
Dari dulu...itulah jawapan yang standard darinya jika dia tak boleh datang atau tak bersetuju dengan sesuatu......alahai......

al-brangionline:

Semua pemerhati politik memerhati dengan penuh 'minat' akan kesudahan episod ini......termasuk al-brangi yang baru bertatih dalam alam penulisan. [sumber .]

'Selera'nya orang politik pada selebriti......alahai.....

Islam mengharuskan poligami selama mana seseorang itu memenuhi syarat-syaratnya.

Poligami di kalangan ahli politik sudah menjadi perkara biasa.

Ia menjadi perkara biasa kerana mereka pun ada naluri serta sebab-sebab tertentu seperti orang biasa.

Ia menjadi luarbiasa apabila mereka berkahwin tidak ikut peraturan yang mereka sendiri menggubalnya.

Ia menjadi luarbiasa apabila naluri mereka memilih selebriti sebagai pasangan kedua...ketiga mahupun keempat.

Ia menjadi luarbiasa.....hangat.....sensasi apabila memilih selebriti yang 'hangat' tanpa pengetahuan isteri yang sedia dan setia ada.

Selepas dunia politik Malaysia dikejutkan oleh hero Kinabatangan dengan selebriti yang 'hangat' dan nyaris-nyaris dipenjara kerana bernikah secara 'diam-diam', sekali lagi orang ternama dihidu oleh JAIS.....bernikah secara 'diam-diam'......tak ikut peraturan yang orang politik juga menggubalnya.

Kalau orang politik sebelah sana......jangan harap mereka dipenjarakan.....tak ada beraninya.

Kalau orang politik itu sebelah sini......bersiap siagalah kamu......Kajang atau Sungai Buluh sedia menanti.

Persoalannya, bukan nak cerita pasal orang sana atau orang sini......yang bersalah tetap bersalah.....tanpa prejudis......tanpa pilih bulu......tanpa double-standard.....apa pun partinya.....apa pun pegangan politiknya.....jika sabit kesalahan......kalau dah ditakdirkan Kajang dan Sungai Buluh menjadi tempat persinggahannya......apa nak buat, teruskan.....ada berani ke? [sumber .]

'Perarakan' ke Putrajaya......macam tak serius je.....

Walau apa-apa pun berlaku kumpulan sasarlah yang jadi penentu.

Di dalam sesuatu piliharaya, kumpulan ini menjadi sasaran parti politik.

Kumpulan sasar ialah pengundi yang tidak berparti di luar sana. Kumpulan inilah yang paling penting dan tersangat susah dijaga. Kumpulan ini akan berpatah balik sokongan mereka kepada parti lain jika kebajikan mereka terabai.

Jika kebajikannya ditackle seawal-awal lagi, maka semua kerja jadi senang......semua kerja menjadi beres, jika ia ditackle di saat-saat akhir, maka kerja menjadi sukar.....maka terjadilah umpan mengumpan, tawar menawar dan akhirnya ramai yang tertewas dengan 'umpanan' paling tinggi, langsung sokongan mereka beralih arah.

Pada ahli dan pendokong setia PAS, PKR, DAP, Umno/BN.....tidak menjadi masalah.....masing-masing akan memilih parti masing-masing walaupun ada rungutan di hati kecil atau pun melepaskan geram dalam kedai-kedai kopi atau mencalit sesuatu dalam blog atau facebook.

Mereka sudah komited dengan parti masing-masing. Mereka tidak berapa terkesan jika berlaku sedikit kocakan dalam cawan kerana bagi mereka perjuangan tetap diteruskan kecuali ada perubahan dasar yang mendadak.

Apa yang berlaku dalam PKR, dari segi kekuatan Pakatan Rakyat kurang terjejas, kerana sesetengah berpendapat......pemimpin datang dan pergi adalah satu perkara biasa.

Pada musuh politik, sebarang pergolakan......sebarang 'perkocakan' dalam parti lain akan dieksploitasi semaksimum mungkin......akan ditangguk tidak berhenti-henti di air yang keruh.....akan dicacai dan disensasikan dalam media pencacai mereka.....semata-mata untuk mengharu-birukan pengundi yang tidak berparti di luar sana agar mereka hilang kepercayaan kepada parti yang sedang ber'kocak' tadi dan juga untuk menimbulkan keraguan serta syak wasangka dikalangan ahli yang mudah goyah agar terus melompat keluar dari parti dan Pakatan.

Pada pemimpin yang menghadapi 'kocakan' politik ini, tidak seharusnya dilihat sebelah mata......kerana jangan lupa.....pengundi yang tidak berparti di luar sana......satu undi dari mereka akan menentukan kita terUrai atau diGalas oleh musuh dalam sesuatu pilihanraya.

al-brangionline:

Terurainya satu permata boleh diikat kembali......tetapi hilangnya satu permata tidakkah terasa rugi?

Masih on lagi ke perarakan ke Putrajaya?......dengar cerita masih on.....tapi macam tak serius jer......alahai.....

Monday, November 8, 2010

Umno samseng taik kucing, lagi buta Sejarah

Politik kampong. Mentaliti kampong. Kepala otak kampong......natijahnya bertindak secara kampong.....menggunakan penumbuk untuk berhujah......samseng kampong.....itulah Umno.

Ini kerana pemimpinya pun jenis 'gedebe' taik kucing.....jenis samseng kampong.....jenis mentaliti tahun 50an.

Memalukan.....sungguh memalukan......Umno memang jenis tak boleh berasional.....tak boleh nak berhujah.....mereka ingat mereka tuan pada negeri ini.

Sampai bila Umno nak ber'macam' ni?

Macam ni ke nak dapat status Malaysia Maju 2020? [sumber .]

al-brangionline:

Disarankan ahli Umno masuk PKLN dan hayati Rukun Negara dan belajar sejarah......ambik pereiksa.....kalau tak lulus tak boleh masuk Umno.....pemimpinnya pun sama jugak.....rasa-rasanya bos Tanjung Karang pun belum tentu lulus Sejarah......alahai.....

Segak tapi tidak sepadan

Datuk Zaid Ibrahim telah menarik dari daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Bukan setakat menarik diri dari bertanding......beliau juga telah meletak jawata sebagai pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dan semua jawatannya dalam PKR.

Ini bermakna Azmin boleh terus memecut untuk menyumbat gol ke gawang tanpa perlu meng'gelecek'......tanpa perlu 'menimang' bola......tanpa perlu membuat 'gerakan badan' yang mengelirukan pencabarnya kerana satu-satunya halangan atau 'stumbling block' yang paling sukar untuk dia meledakkan 'jaringan'nya, hanyalah Datuk Zaid sorang. Jadi, bila Datuk Zaid sudah tidak berada lagi di laluannya, maka Azmin dengan senyum lebar boleh mem'bawa' bola dengan penuh ber'gaya' ke 'goal'......idamannya.

Saya tidak berhajat untuk mencampuri urusan dalaman PKR terutama dalam isu pemilihan dan kepimpinan sepertimana saya tidak suka campurtangan PKR dalam urusan dalaman PAS terutama dalam bab kepimpianan......tetapi selaku rakan dalam Pakatan Rakyat yang mempunyai satu misi yang sama iaitu 'perjalanan ke Putrajaya'.......kata-kata Datuk Zahid seperti di bawah amat ber'makna' sekali.

al-brangionline:

Saya amat takut dengan perkataan 'spoiler'. Ia datang dari perkataan 'spoil'. Ia juga boleh bertukar kepada 'spoiled'.

[sumber .]

Sunday, November 7, 2010

Memfitnah, difitnah......terfitnah

Semalam sehingga hari ini baru rasa ada sikit mood nak tulis. Pukulan kilas di Galas amat 'bisa'.

Teringat saya akan pesanan seorang Ustaz suatu masa dulu. Sekarang Ustaz itu sudah arwah......moga Allah membalasnya dengan pahala yang melimpah ruah di atas segala ilmu yang dicurahnya.

Katanya kita jangan sesekali memfitnah orang kerana fitnah itu lebih teruk dari membunuh.

Dalam masa yang sama kita kena banyak-banyak berdoa agar diri kita tidak difitnahkan orang. Sekali kita difitnah.....nak 'bangkit' semula amatlah perit.

Dalam masa yang sama, sambung Ustaz itu, kita jangan sessekali mendedahkan diri kita daripada didatangi fitnah.

Umpamanya kita menunggu seseorang didepan kedai 4-nombor ekor', kita memadu kasih dengan isteri kita yang sah tetapi ditempat gelap, kita nak membayar hutang dan kebetulan orang yang kita berhutang itu berada dalam kedai '4-nombor ekor'.

3 contoh ini saya pegang sungguh-sungguh sehingga sekarang, InsyaAllah.

Kalau orang politik didatangi fitnah atau terdedah kepada fitnah......akibatnya lagi parah.....

Friday, November 5, 2010

'Post-mortem' itu alat atau adat?

Sesetengah Jabatan Kerajaan......bukan sesetengah lagi sekarang.....agenda 'post-mortem' sudah menjadi perkara wajib.

Biasanya urusetia akan ikut selera boss. Kalau bossnya 'candu golf' maka akan dibooking hotel yang ada pakej beberapa 'flight golf' dikuti BBQ.

'Post-mortem' sudah menjadi sebagai satu 'syarat' dan adat saja......rekod minit mesyuarat selalunya tak dirujuk.....malah tak pernah diselenggara pun.....maka berulang-ulanglah kesilapan demi kesilapan.....kekadang perkara luar biasa yang dijangka berlaku sudah dianticipate seawal lagi, tapi masing-masing ber'silat' untuk berlepas tangan.....masing-masing tak nak ambil tanggungjawab kerana malas.....letih.....penat.....sukar dsbnya.

Yakinlah......mereka yang 'pandai' bercakap akan terlepas jika ada tuding-menuding jari dan lazimnya.....mereka ini tak main main peranan apa-apa.....cuma tukang cari salah orang.

Dalam politik pun sama juga......kalau menang ramai yang nak kredit.....kalau kalah maka 'post-mortem' akan jadi 'lapang sasar'.....'tembak-menembak' akan berlaku.

PAS......tak kecuali.....amat rajin buat 'post-mortem'. Samada event itu Sukan Pasti ke.....tuan rumah ceramah umum ke.....'jumble sale' ke.....program Hi-Tea ke.....mesti buat post-mortem. Lazimnya ia hanya jadi majlis makan-makan diselang-seli 'tembak' sikit-sikit.....rekod atau minit, 'jarang-jarang' diselenggara......maka cerita lama berulang.....kesilapan lama muncul lagi.

Kalau event itu PRK.....maka sama juga halnya. Kalau menang ia akan menjadi majlis makan-makan.....kalau kalah.....yang muda akan ber'aggresive' dengan yang tua.....yang tua akan bertahan dan sesekali memerangkap yang muda.....akhirnya tidak kemana.....bila tiba musim PRK ia berulang-ulang lagi.....'tembak-menmbak' mungkin berlaku.

Hakikatnya......jikalau sesuatu perkara itu telah bertahun sudah dianticipate.....kenapa mesti ia dibangkit lagi dalam majlis 'post-mortem'?

Bukankah 'post-mortem' diadakan untuk mencari punca masalah atau perkara baru yang diluar jangkaan berlaku......bukannya perkara yang sudah lama dan ramai orang tahu?

Sesungguhnya yang pahit itu ubat......yang manis-manis itu 'racun'.

Ku Li: Terima kasih, PAS......apa yg tersirat disebalik kata-kata itu?

Apa yang tersirat disebalik penghargaan KuLi kepada PAS......"PAS tidak menimbulkan banyak masalah" kepadanya sepanjang 10 hari berkempen? [sumber .]

Adakah wujud 'pakatan sulit'......?.....

Adakah PAS tenggelam dalam kata-kata penghargaan yang 'ikhlas' dari seorang 'musuh' itu?

Adakah PAS 'malu-alah' dengan KuLi di Galas......orang yang sanggup 'bersama-sama' dengan PAS dalam perjuangan royalti minyak.....sehingga sanggup 'mencurahkan air ditempayan tatkala mendengar guruh di langit?'

al-brangionline:

Teringat akan saya pada tahun 1969 tatkala pasukan bolasepak Terengganu yang diketuai oleh Abdul Rahman Ibrahim dan turut dianggotai dan diurus oleh Allahyarham Dato' Abu Bakar Daud berjaya menumbangkan gergasi bolasepak negara ketika itu iaitu Selangor yang terdiri dari bintang-bintang seperti Chow Chee Keong, M.Chandaran, Abdullah Nordin, Sadar Khan, Zulkifli Norbit dll. 3-1 untuk menjadi Juara Piala FAM (ketika itu perlawanan antara negeri-negeri).

Populariti Allahyarham Datuk Abu Bakar Daud dieksploit oleh Umno untuk memenangi pilihanraya.

Begitulah kuatnya pengaruh bolasepak di Malaysia.

Tak taulah, kot-kot 'semangat' Kelantan menang Piala Malaysia buat julung-julung kali ini turut tempias di Galas.

Thursday, November 4, 2010

'PAS kena Galas, Sapi kena heret'......adesssss sakitnya.....

Kebetulan di Surau ada kenduri arwah malam ni......beriani kambing......beriani ayam. Biasalah malam Jumaatkan.

Bisik-bisik provokasi telah kedengaran......dia orang kata PAS kena 'bungkus' diUmno......Sapi kena 'ikat' di BN. Saya sempat menjeling jam di tangan...baru menunjukkan 8.40 malam. Dalam hati takkan dah tahu keputusan. Mamat tu dapat result kat mana, masing-masing kat Surau.....masing-masing tak bawak hand-set. Rupa-rupanya....kerja Mamat tu nak buat provokasi kerana kedengaran 'mereka' bertanya sesama 'mereka' akan perihal Galas dan Sapi......tapi saya tetap cool.....sia-sia kalau 'temperature' dan 'pressure' naik kerana Mamat itu.

Tiba di rumah, belum sempat bukak 'internet' kedengaran 'message' masuk. Bila bukak.....'message' dari anak sedara dengan bahasa 'gong' Terengganu, 'Woooooo PAS kena Galas, Sapi kena heret'.

Menyelinap darah naik. Darah naik bukan kerana marah PAS kalah. Darah naik kerana marahkan anak sedara tadi. Umur baru akhir baligh.....tapi tak tahu hormat Bapak sedaranya. Bapaknya (adik saya) sekeluarga adalah Umno ber'karat' biru......rendam sehari semalam dalam Sungai Terengganu pun.....pasti nafasnya berbau Umno......bersinnya bersin Umno.....sendawanya sendawa Umno.

Saya jawab dengan rasa tak sabar kerana marahkan anak sedara itu...seorang budak yang baru berumur 16 tahun yang tak tahu apa itu politik.....apa itu rasuah.....apa itu beli undi.....apa itu 'double standard.....apa itu salah laku pilihanraya......malah Bapaknya sendiri pun buta politik......yang dia tahu......berapa banyak masyuuuuukkk...bunyi 'message' saya itu sedikit kasar.....terlalu kasar untuk dikongsikan di sini...tapi cukup untuk menyedarkannya bahawa saya marahkannya, kerana selepas itu dia mendiamkan diri.

Malam ini suasana menjadi muram di rumah. Anak-anak yang balik bercuti sudah faham dengan karenah Bapaknya.....mereka tahu bahawa Bapaknya sedang sugul.....nasib baik kepulangan Iman Aliyya cucu yang tembam memacah sunyi dengan rengekannya......maklumlah baru nak belajar merangkak.....bila gagal melonjakkan dirinya ke depan pasti akan kedengaran renggekannya......ini yang buat Atuk al-brangi kalah.....maka suasana menjadi gamat semula walaupun di hati kecil ini terasa sebak...sedih...marah...meloya...meluat dan meluap......aduhai.....

al-brangionline:

Diharap PAS dan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya terima kekalahan ini dengan penuh rasa insaf dan banyak-banyak bermuhasabah diri.

Jangan segala kemungkaran politik Umno/BN menenggelamkan segala kelemahan kita sehingga kita tidak merasakan bahawa kita juga mempunyai kelemahan.

Panggilan 'Telaga Puaka'......

Ulik mayang

Negeri Terengganu yang terkenal satu masa dahulu mengamal perkara-perkara khurafat seperti Pesta Puja Pantai......membuang ancak.....ber'main Puteri.....ulik mayang......Ayah Pin.....sekali lagi berlaku manusia diganggu 'jin'.

Ulik mayang

Ia berlaku didaerah Besut.....daerah yang terkenal dengan ajaran sesat...Ayah Pin.

Perkampongan Ayah Pin

Beberapa minggu lalu Daerah ini juga menjadi gempar apabila seorang gadis sunti dilarikan 'jin'.

Kali ini sebuah 'telaga puaka' kononnya menyeru gadis terjun ke dalamnya. Seterusnya sia baca DI SINI .

al-brangionline:

Syaitan dengan kaum kerabat serta sekutunya memang sudah berjanji akan menyesat manusia. Janji ini berterusan sehingga nyawa sudah dihalkum dan sehingga ke hari kiamat.

Manakala manusia pula cuba melepaskan diri daripada cengkaman syaitan dengan cara menhindarkan diri daripada perkara-perkara khurafat serta menjauhkan diri daripada menderhaka kepada Allah.

Manusia perlu mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan menunaikan segala suruhannya diikuti dengan banyak berdoa, berzikir serta membaca Al-Quran.

Galas dan Batu Sapi: Sama-sama kita meraikan demokrasi

Saya sokong......ya, buatlah pilihan yang tepat.

Selamat mengundi wahai pengundi yang budiman lagi bijaksana.

Undilah calon PAS di Galas dan calon PKR di Batu Sapi.

Seperti perlawanan bolasepak kalau sesebuah pasukan berlawan dengan 14 orang 'pemain'......maka perlawanan itu akan menjadi tegang dan kucar-kacir.

Dari awal lagi PAS telah menghadapi 'double-standard' daripada 'pengadil' perlawanan.

Marilah kita sama-sama berdoa agar PAS dan PKR memenangi PRK ini sebagai mematahkan ego......kesombongan......kemegahan......keangkuhan Umno/BN yang menganggap Malaysia ini milik mereka.

Mari kita buktikan bahawa Malaysia ini adalah milik rakyat jelata......milik semua warganegara.....kecil-besar...tua-muda...semua kaum yang menganut pelbagai kepercayaan.

Marilah kita sama-sama meraikan demokrasi.

Wednesday, November 3, 2010

Umno mengharapkan kemenangan secara 'default' di PRK N45 Galas

Jikalau Umno/BN mahu orang Melayu memandangnya masih lagi sebagai dahan tempat bergayut walaupun orang Melayu melihatnya sudah rapuh......maka Umno/BN perlu menang bergaya di Galas.

Jikalau Umno/BN mahu meyakinkan rakyat bahawa Umno/BN masih lagi berupaya memimpin Malaysia selepas PRU13 nanti......maka Umno/BN perlu menang secara anak jantan.

Umno/BN tak mampu lagi kalah setelah DAP/Pakatan Rakyat menang bergaya tempoh hari di Sibu.

Umno/BN kelihatan begitu terdesak di Galas.

Oleh kerana Umno/BN sudah nampak petanda......riak-riak kekalahan sudah dihidu.....maka Umno/BN sudah hilang pertimbangan untuk bermain secara anak jantan.

Umno/BN tidak kisah apa yang rakyat nampak dan perhatikan.....namun kemenangan perlu dicapai walaupun dengan 'sepakan penalti'.....walapun secara 'default'....walaupun dengan menang percuma.

Usah berbicara soal malu.....tak berwibawa.....ayam betina.....penipu.....'pelawok'.....'mafia.....dan sebagainya.....sesungguhnya Umno/BN memang sudah 'menebal'kan muka mereka dengan segala 'batu-batan' dari Gua Musang dan berbagai gua lagi di Malaysia ini.

Umno akan mengadu kepada 'pengadil' yang memang jelas kelihatan bias kepadanya. Umno/BN akan memerhatikan akan setiap gerak-geri PAS......akan setiap per'mainan' PAS.

Dan memang jelas 'pengadil' sudah meniup 'wisel'nya memberi amaran keras yang berkemungkinan melayangkan 'kad merah' kepada PAS.

Pemberian zakat kepada orang asli sudah dikira satu kesalahan besar yang memungkinkan PAS akan mendapat 'kad merah'.

Sebelum itu 'pengadil' pun tahu bahawa Umno/BN dengan jelas menyogokkan wang kepada pengundi tetapi 'pengadil' memberi penjelasan, amat sukar membuktikan mereka yang menerima wang adalah orang yang sama mengundi Umno/BN.

Itulah permainan Umno/BN dari dulu dan selama-lamanya.

Walau apapun lawan tetap lawan, perjuangan perlu dan mesti diteruskan,

PAS akan bertahan sehingga 'tiupan wisel' terakhir.

Besok pengundi di Galas akan menggunakan segala hak yang diberi oleh Perlembagaan Negara.....mereka akan membuang undi dengan menggunakan segala kebijaksanaan tanpa rasa risau segala ugutan.

Kita sedang menanti Umno/BN akan memfailkan petisen N45 Galas......ini bermakna PAS akan memenangi PRK N45 Galas besok, InsyaAllah.

'Gomo.....gomo jugak, solat tak lupa.....PAS di Galas pun jgn lupa weh.....

Tahniah 'The Red Warriors' kerana anda tak lupa padaNYA.

'Gomo.....gomo jugak, solat jangan lupa'.

Selepas jadi juara bolasepak Piala Malaysia (tak terlambat nak ucap tahniah kepada Kelantan, khasnya pasukan 'The Red Warriors'), bolot pulak 5 anugerah lagi, iaitu Anugerah Kebangsaan 100PLUS-Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2010, semalam.

Jurulatih terbaik ~ B. Sathianathan

Penjagol gol terbaik ~ Khairul Fahmi Che Mat

Pemain muda terbaik ~ Khairul Fahmi Che Mat

Pemain paling bernilai ~ Norshahrul Idlan Talaha

Penyerang terbaik ~ Norshahrul Idlan Talaha

al-brangionline:

Satu anugerah lagi yang saya nak beri, iaitu pengundi terbaik. Terbukti selama 20 tahun rakyat Kelantan mendahului negeri-negeri lain dalam ber'politik'.

Mereka bijak memilih serta menentukan halatuju politik negeri mereka.

Mereka tidak mudah tertipu.....terliur.....terkesan.....ter'cair'.....dengan haburan.....taburan.....umpanan.....janji-manis Umno.....tidak seperti negeri-negeri lain terutama Terengganu (nak sokong pasukan bolasepak sendiri pun nak harapkan tiket free dan bas free dari Umno).

Saya yakin pengundi di Galas bijak buat keputusan esok pagi.

UNDILAH CALON PAS.

Clinton pun terkejut 'beruk'.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini selepas perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berikrar bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat perbicaraan yang adil berhubung dakwaan kes liwat yang dihadapinya. [Selebihnya sila baca DI SINI .]

al-brangionline:

......eh eh eh lain macam je bunyinya. Selama ni tak adil ke? Selepas desakan Mak Cik tu baru nak adil?

Tapi yang pasti Mak Cik tu mesti terkejut dengan cerita 'no rectum'. Dia pun mesti rasa pelik dan hairan lagi ajaib.....tiada tusukan.....kosong.....'tiada rectum'.....tapi masih dikira liwat.....mungkin dalam hatinya tertanya-tanya.....orang Malaysia ramai yang suka pakai 'straw' bila 'minum'.

.....satu lagi cerita 'gempar' apabila Mat Rempit sedang tercari-cari dan mencari-cari akan 'pelincir' KY' yang dikatakan amat berkesan untuk melincirkan 'piston' kapcai masing-masing.....aduhai.....

Ingatlah saudara ku, fitnah itu lebih teruk dari membunuh.