Followers

Sunday, October 31, 2010

Hanya Islam dapat bela Melayu dan bukan Melayu

Kenapa Melayu dah tak percayakan Melayu lagi?

Berbagai-bagai cara Melayu cari helah untuk meyakinkan Melayu......berapi-api sampai keluar urat marikh Melayu berucap dalam perhimpunan Melayu untuk meyakinkan Melayu......kenapa sampai begitu sekali?

Kenapa Melayu mudah lupa bahawa Melayulah yang berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu?

Oh, Melayu menjawab......bukan Melayu sahaja yang berjuang.....bahkan semua Melayu berjuang sama.

Melayu kata kenangilah jasa Melayu membela Melayu selama ini......kami akan bina Menara Warisan Merdeka untuk memertabatkan Melayu.

Melayu menjawab......bukan semua Melayu ter'mertabat'.....hanya segelintir kroni Melayu yang kenyang.

Yang sebenarnya......betapa gah sekalimanapun Melayu di bumi ini.....kehebatan itu hanya setakat 'liang-lahad' sahaja.

Kerana Melayu amat yakin hanya Islam sahaja dapat memertabatkan Melayu di dunia dan di selepas 'liang-lahad'.

al-brangionline:

Melayu amat yakin dengan Islam kerana hanya Islam sahaja dapat memberi dan membela keadilan untuk Melayu dan bukan Melayu amnya.

Kerja sapa 'memberi' makan brek?

Cerita-cerita seperti brek tak makan......kenderaan lama.....pemandu tak ada lesen.....ini semua cerita lama.

Ini semua cerita-cerita yang menghancur luluhkan hati keluarga mangsa.

Sebelum daripada ini kita dengar cerita-cerita pemandu membawa laju......pemandu mengantuk.....pemandu terlibat dengan dadah......pemandu tiada masa berehat......ini semua cerita-cerita selepas sekian orang menjadi mangsa keadaan itu.

Kalau dalam kes kemalangan di laut......maka kita akan dengan cerita-cerita penumpang tidak disediakan pelampong......feri tiada berdaftar yakni beroperasi secara haram.

Berapa ramai lagi kita mahu manusia tidak ber'dosa' menjadi mangsa dek kelalaian manusia yang hanya mementingkan wang?

Pihak yang berwajib mahu tunggu mangsa yang ke .....berapa baru mahu celik mata yang sebelum ini ter'tutup' rapat dalam zon keselesaan?

Kerajaan pula.....sampai bila pula mau mengalah kepada karenah pengendali industri ini dek menjaga kepentingan politik mereka?

Sesungguhnya kita banyak hilang 'nyawa-nyawa' yang berpotensi tanpa sempat menyaring kepotensian pelbagai mereka dek kelalaian manusia yang lalai.

al-brangionline:

Hanya dapat mengucapkan takziah kepada keluarga terlibat.

Harap dapat banyak bersabar dengan musibah ini serta kelalaian 'manusia'

Saturday, October 30, 2010

Awas !!! Pengundi dari 'Gua Hantu'


Awas pengundi dari 'Gua Hantu'.

Tektik lama berkemungkinan digunapakai.

Seperti di dalam PRK-PRK atau PRU-PRU yang lepas, ia amat berbaloi kalau kita tidak berhati-hati.

Sila baca DI SINI .

al-brangionline:

Kalau tak mengelat.....bukan umno......kalau tak menipu bukan umno.....

Umno udah gelabah......udah terdesak.....udah semput.....

'Gencatan Senjata' di Galas......ber'satu' hati di Bukit Jalil


Satu 'gencatan senjata' diambil di antara penyokong PAS dengan penyokong Umno/BN bermula tepat jam 8.00 malam ini dan akan berakhir sehingga tiupan terakhir wisel dari mulut si-'Baju Hitam' di Galas.

Kedua-dua penyokong bersatu hati menyokong the 'Red Warriors' menentang 'Hoben jang hoben' di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Kedua-dua penyokong terlalu hauskan kemenangan setelah menjadi naib juara pada tahun lepas dan pada 1970.

Kerajaan PAS Negeri Kelantan, Darul Naim turut menghargai sukan bolasepak dan ganjaran akan menyusul bila Piala Malaysia yang penuh berprestij di julang oleh pasukan Kelantan 'The Red Warriors'.

al-brangionline;

Mereka yang bermain baik dan berjaya menterjemahkan segala kemahiran dan peluang dalam berbentuk gol (jaringan) akan menjadi Juara.

Selamat bertanding.

Friday, October 29, 2010

Calon PKR jatuh lagi......tak pe, misai tarak cecah tanah.....

Calon PKR/Pakatan Rakyat di Parlimen Batu Sapi, Saudara Ansari Abdullah jatuh lagi ke laut untuk kedua kalinya setelah jatuh jeti Rabu lalu dan kali ini pelantar yang menyambung ke jeti itu pulak runtuh. [SUMBER .]

al-brangionline:

Jatuh pun tak pe janji misai tarak cecah tanah.

Yang hairannya takkan satu batang balak pun di Pulau Borneo itu, tak boleh dicacak kat situ oleh Barisan Nasional setelah berpuluh tahun perintah Sabah......tak payah nak cakap pasal nak buat jambatan dari Labuan ke Sabah.....buat malu je.

Oh! DAP, PKR ada 'Perjanjian Rahsia' ya!......

Aungerah Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM-23) baru berlalu pada Ahad lepas 24 Oktober 2010 di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Satu anugerah khas juri untuk pemain politik terbaik terlupa diumumkan, namun penerimanya tidak berkecil hati walaupun disampai sehari kemudian.

Penerima ini walaupun mendapat saingan yang rapat dengan beberapa tokoh yang telah lama berkecimpong dalam kancah ini namun juri mendapati beliau mempunyai aura-auara tertentu yang tiada pada pemain lain.

Selain memiliki senyuman yang manis serta memiliki suara serak-serak basah, kelincahan serta kelicikan beliau menyimpan 'rahsia' dan tahu masa yang sesuai meng'hambur'kannya membuat para juri mengaku kalah.....sebulat suara memilihnya dek keberaniannya memecahkan satu rahsia besar "Perjanjian Rahsia DAP, PKR"......aduhai..... seterus sila baca DI SINI dan DI SINI .

al-brangonline:

Fitnah lebih teruk dari Membunuh.

Thursday, October 28, 2010

......Begitulah siksanya sebuah kematian.....

Seluruh kaum keluarga meratap pemergiannya.

Seluruh sahabat handai dan warga sekolah tempat dia sekolah terkejut serta sedih sayu pemergiannya.

Sekelian pencinta keadilan turut menangisi pemergiannya......apakan daya, Penciptanya lebih menyayanginya.

Dia dijemput dalam usia muda......seusia 15 tahun.

Saya tak dapat menahan sebak apabila membaca berita......bahawa arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas peluru mengenai bahagian kiri belakang tengkoraknya lalu menembusi otak sebelum keluar dari tengkorak daripada bahagian kanan, berhampiran keningnya

.....Begitulah siksanya sebuah kematian.....Al-Fatihah untuk mu adik Amirul...semoga roh adik ditempat bersama-sama dengan roh-roh yang mendapat nikmat di sisi Allah SWT. [Sumber .]

Dikukus hidup-hidup......macam-macam hal

Berbagai-bagai perkara pelik manusia sanggup lakukan samada untuk menarik perhatian orang ramai pada dirinya, partinya, pertubuhannya atau untuk tujuan amal.

Ada orang sanggup tidur dengan ratusan ular, kala jengking dan sebagainya, ada orang sanggup menarik kenderaan yang beratnya ratusan tan dengan rambut atau giginya, ada orang sanggup ditanam hidup-hidup untuk kesian tempohnya dan berbagai lagi.

Tetapi yang ini lain dari yang lain. Orang ini sanggup dikukus 'hidup-hidup' dalam kukusan gergasi dengan air mendidih panas mengeluarkan wapnya.

Beliau berjaya 'menahan' panas selama 66 minit, yakni 1 jam 6 minit. Seterusnya sila baca DI SINI .

al-brangionline:

Sesungguhnya rebusan di neraka Allah SWT lebih perit, azab dan menderita.

Itu pun Umno tak faham ke?

Ada ke tak ade laporan?

Macamana nak ada laporan kalau ada tusukan?

Kalau tak ada tusukan, macamana nak kata liwat?

Budak kecik pun faham......tak payah belajar tinggi.....usah berbelit-belitlah......aduhai.....sila baca seterusnya DI SINI .

Ia tak akan berkeseduhan. Akan ada lagi selepas ini jejaka lembut yang kebulur glamour.....yang cari makan bermodalkan muka tebal kulit gajah.....sehingga sampai satu ketika orang ramai percaya.

Tak payah buat dosa ber'kumulatif'.....simpan saja Bro. Nuar di Sungai Buluh.....baru puas hati 'puak-puak' luar sana.

Bro.Nuar disimpan ke.....dilepas bebas ke...PRU13 tetap datang......dah menjadi adat, hidup ini memerlukan pemimpin.....InsyaAllah akan wujud satu pemimpin yang akan memimpin Pakatan Rakyat.

Itu pun Umno tak faham ke?

al-brangionline:

......buat2 tak faham.....berbelit-belit.....biasalah...kalau tak, tak nama umno

Siti Balqis dilarikan 'jin kepala hitam' kot......

Alam manusia dan alam jin, adalah dua alam yang berlainan, namun Syariat Islam tetap ditanggung oleh jin dan manusia, malah dalam Al-Quran banyak terdapat penyataan bahawa neraka itu dipenuhi oleh jin dan manusia.

Siti Balqis Mohd Nor, 22 gadis 'misteri' dari Besut 'hilang' lagi. Seterusnya sila baca DI SINI.

Untuk renungan bersama sila hayati mafhum Ayat 118 hingga 119 dari Surah Hud/

Dan kalaulah Tuhanmu wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

Kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)”

al-brangionline:

Saya khuatir yang me'lari'kannya ialah ''jin berkepala hitam''.

Kepada kaum keluarganya, berbanyaklah bersabar.

Wednesday, October 27, 2010

Dek tertekan......Arya men'cabut' nyawanya sendiri

Seorang pelajar remaja berusia 21 tahun mengambil keputusan menggantung diri kerana tertekan dan tak tahan sentiasa dirogol bergilir-gilir di antara bekas kekasih dan geng jahanamnya.

Malah video klip dirakam sebagai senjata ampuh agar beliau menyerahkan badannya agar keluarga pelajar itu tidak dikaitkan dengan pelbagai fitnah.

Peristiwa hitam ini sudah berlarutan berbulan-bulan lamanya.

Arya, namanya telah meninggalkan satu catatan tangan yang mencatatkan nama-nama 'haiwan' buas yang berwajah manusia itu yang merupakan anak-anak kepada mereka yang ternama lagi berpengaruh.

Beliau berharap catatannya itu dihantar kepada Perdana Menteri dan Menteri2 Besar agar pimpinan tertinggi tahu bahawa penjenayah itu datang dari keluarga berpengaruh yang menyelamatkan kerja jahatnya.

Kata-kata yang mengharukan berbunyi, "Jika kamu gagal menegakkan keadilan ke atas roh ku, sekurang-kurangnya berilah perlindungan kepada bapa, ibu dan adik beradik ku daripada mendapat ugutan dari mereka."

Seterusnya sila baca DI SINI.

al-brangionline:

Kenapa golongan yang 'lemah' dan serba kekurangan dari segi kedudukan dan pengaruh sentiasa dieksploitasi sebegitu rupa?

Hanya Iman dan kembali kepada Hukum Allah......InsyaAllah selamat.

Mati dalam keadaan bersujud......

Gunung Merapi di Cangkringan Daerah Sleman, Pulau Jawa telah meletus semalam telah mengorbankan 25 orang dan beribu-ribu orang lagi melarikan diri.

Salah satu jenazah yang ditemui yang dipercayai Jurukunci Merapi bernama Mbah Maridjan 83 tahun, berada dalam keadaan bersujud ke arah kiblat dalam bilik tidurnya di kaki gunung akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan abu.

al-brangionline:

Begitulah nasib kesudahan hayatnya di dunia yang fana' ini......nasib kita bagaimana pula ye?

Tuesday, October 26, 2010

'Selebriti segera?'......keuntungan berlipat-ganda

Gambar hanya hiasan

Awas PRK Galas dan Batu Sapi hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

Anda masih berpeluang mengaut 'ghanimah' segera dengan tidak payah mengeluarkan titik peluh dengan syarat anda seorang warganegara Malaysia dan boleh berBahasa Malaysia walaupun dalam loghat Kelantan atau Sabah.

Syarat seterusnya anda tak boleh 'camera-shy'. Sesiapa yang pandai berlakon tanpa arahan dan baca skrip sangat-sangat dialu-alukan.

Ini kerana beberapa media pencacai akan menyiarkan anda dan 'kaum kerabat' anda dalam Berita Istimewa bahawa anda dan 'kaum kerabat' serta se'isi kampong' telah 'keluar dari parti PAS atau PKR.

Anda perlu bijak bermain dengan 'mimik' muka anda bahawa anda amat insaf setelah bertahun-tahun ter'lanjur' dalam parti PAS atau PKR lebih-lebih lagi setelah mendengar ucapan pimpinan tertinggi umngok baru-baru ini.

Anda boleh mengumpulkan kanak tidak berbaju....hingus meleleh.....kurus melidi dan berani 'tinggal' dalam beberapa minit dalam kandang kambing dan merayu akan kemiskinan anda dan yakin dengan janji rumah PPRT oleh Stopa baru-baru ini.

Kalau nak lebih 'real' lagi......anda berserban bersih, berjubah putih.....ber'titik' hitam di dahi.....lancar membaca Al-Quran (kalau tak hafal pun tak pe.....TV akan paparkan sebelah kamera).....anda buat satu kenyataan bahawa PAS sudah lama sesat.....hanya umngok sahaja yang boleh mengembalikan kemantapan aqidah seseorang.

Kalau nak lebih gempar lagi......lebih gempar daripada kes liwat I dan II, anda kumpulkan Mamat-Mamat 'lembut' yang boleh melentikkan jari sambil mengangkat tangan dan sebut perlahan2 kalimah 'Auwwwww' nakal u tau!!! I tak suker, tak suker tak suker...eeeee' dan buat kenyataan bahawa anda telah dipaksarela oleh seseorang untuk membuat aksi 'cinta terlarang'.....Auwww'

Kalau anda lebih daring lagi, anda bersumpah dalam Masjid. Jawatankuasa Aturcara dan Protokol Bersumpah akan membimbing anda. Tetapi jika berlaku perkara malang sebagai contoh anda diputar beliung dan terbang bersekali dengan kotak-kotak.....itu atas jaminan sendiri.....kami tidak bertanggungjawap.

Bersediakah anda mengaut keuntungan berlipat-ganda dengan hanya menjadi 'selebriti' segera?......alahai.....

al-brangionline:

Hanya iman yang mantap boleh menghindari semua itu......di mana maruah anda hanya keuntungan dunia yang sementara?

Atas bumbung, 50 perak......atas tangga, 20 perak.....wow mahalnya

Bermula cerita ini.....kisahnya di sebuah kampong, konon-kononnya wujudlah sebuah persatuan.

Persatuan itu diberi nama pulak Persatuan Mak-Bapak setelah dipersetujui oleh sekelian penduduk kampong.

Kalau dalam bahasa orang putih bolehlah diterjemahkan kepada Father and Mother Association.

Ia tiada kena mengena dengan beberapa pertubuhan yang sedia ada di beberapa kampong berdekatan.....kerana tujuan penubuhan persatuan Mak-Bapak ini ialah khusus untuk mengurus pertandingan ayam serama yang sangat digemari oleh penduduk kampong.

Persatuan ini amat-amat tidak digemari oleh penduduk kampong. Cara persatuan ini bertindak sentiasa mendapat cemuhan di kedai-kedai kopi. Ikutilah di antara tindakan-tindak yang membuat penonton membuak-buak kemaraha mereka.

Persatuan ini amat kebal, mana-mana pengendali ayam-ayam serama yang suka mencemuh-cemuh di kedai-kedai kopi akan digantung daripada masuk gelanggang.

Dan juga penonton dah lama mencemuh persatuan Mak-Bapak ni kerana mutu persembahan tidak meningkat.

Ayam-ayam serama yang dipersembahkan makin 'katik', bulu-bulu tak segebu dulu, kokoknya pun tak senyaring dulu......lenguk berjalan pun sudah aal-ala Ya Auwww lembut amat.....tak setanding dengan ayam-ayam serama di Jepun, Korea, Thailand, Singapura, Vietnam, Laos dan lain-lain di mana satu masa dulu ayam serama kita jauh lebih bermaya daripada mereka.

Akhir-akhir ini pun, mutu pengadilan ayam serama telah merudum jatuh tersungkur mencium taik ayam candu......penonton amat marah.....reban-reban ayam dibakar.....dedak dan stok air minuman dibaling ke tengah-tengah gelanggang.

Mercun dan bunga api dilepas bebas...membakar...bingit sekali.....bercempera penonton-penonton melarikan diri untuk menjaga keselamatan.

Anihnya, Persatuan Mak-Bapak ini amat berbangga kerana ada sorang pengadil telah dipanggil untuk mengadili pertandingan ayam serama sedunia......rupa-rupanya bukan jadi pengadil.....disuruhnya memegang 'placard' untuk memberitahu beberapa pusingan lagi 'bout' ayam serama ni nak habis.....aduih 1Malaysia gempar.....tapi buka senang nak keluar negeri atas tiket ayam serama.

Tak lama lagi pertandingan akhir ayam serama untuk merebut Piala yang amat berprestij yang saban tahun diadakan di antara kampong-kampong tersusun disebuah negeri.

Tapi sayang sekali.....perancangan punyalah bagus.....ia diadakan di penghujung tahun.....di musim hujan.....dikhuatiri ayam serama dek kesejukan...tak dapat nak pamirkan kehebatan berkokok dan memperagakan bulu-bulu mereka yang cantik......aduhai.....

Untuk menyaksikan pertunjukan yang dijangka hebat ini.....lagi sekali penonton ber'keriau' pada persatuan Mak-Bapak ni.....tiket melambung naik......untuk tempat duduk di atas bumbung reban ayam...harganya 50 perak. Penonton yang suka duduk ditangga-tangga reban ayam dikenakan 20 perak. Sesiapa yang mengada2 bawak anak dikenakan 5 perak. Dikatakan mengada kerana masalah keselamatan penonton.....manalah tahu kalau-kalau ayam serama tu terlepas atau penonton membakar reban atau pengadil mengelat dengan berpihak kepada ayam serama yang diminatinya atau pun diminati oleh 'penonton-penonton' tertentu yang berpengaruh.....dikhuatiri ada penonton yang marah akan melepaskan mercun dan bunga api.....atau membakar reban ayam.....

al-brangionline:

......alahai.....saya meminati ayam serama berbulu merah.....tapi yang berbulu kuning pun apa kurangnya.

Selamat menonton di arena Ayam Serama.....

Buat Lawak ke?......alahai.....

Lawak 1

Seorang Doktor, anak pada Pak Yatim kata......calon PAS adalah calon yang di'kilang'kan semula (pernah bertanding Parlimen Gua Musang...kalah kepada Ku Li, tapi untuk undi di Dun Galas, Ku Li kalah padanya.)

Yang berkata tu pun apa kurangnya......pernah 'rentung' ketika membakar jambatan zaman Madey dulu.....tetapi ntah camana jenis 'virus' yang tak 'rentung' diapi nih.....buat pembedahan plastik...sekarang hari-hari dok mengipas sate...menunggu habuan.

Lawak 2

Si-Mamat lembut 'Ya Auwww Auwww' diperiksa tiga jam oleh Doktor Pakar, tapi laporan dicatit hanya 2 barisan. Hebat sungguh kerjanya itu. Baiki ekjos motor pun tak sampai 1 jam. Saya pernah menghidapi ketumbuhan di'ekjos' dan memerlukan pembedahan segera keesokannya, pemeriksaan yang teliti dijalankan termasuk ujian darah......tak pun mengambil masa yang lama.....inikan 'ekjos' si-Mamat lembut 'Ya Auwww Auwww tu yang masih 'suci' tiada langsung kesan tusukan dan tak berkarat mahupun bersawang.

Lawak 3

Biar betul Bang. Harga asal setelah diubahsuai ialaah £86,000 (RM418,975). Tapi si-Mamat dari agensi penilaian hartanah ini ntah mana universiti dibelajarnya...hanya buat nilaian sebanyak £1 (RM4.78). Woi Bang harga sekotak rokok di Britain pun lebih pada £1 (RM4.78).Ini rumah Bang......ntah berapa ratusan ribu buah kotak rokok boleh diisi.

Teringat saya akan sebuah kereta yang anak saya pernah kemalangan dengan kempat-empat tayar ke atas.....ye macam 'ninja turtles'. Selepas membaikinya, saya pergi jumpa satu kedai 'used car' untuk jual. Si-tokeh tu kata....."haiyaaa lu bayar saya 2 libu...saya angkat".

Lawak 4

Tak larat nak tulis sini......terlalu banyak......dengan badutnya.....pembaca puisinya.....pengampunya.....pembodeknya.....penunjuk lengan yang bersarungkan emasnya.....anda mampu ketawa kalau tak muntah pun kalau anda ke Perhimpunan Sarkas Kebangsaan baru-baru ini.....barulah saya faham kenapa dalam filem P.Ramlee Alif Mim Nun Wau di'equate'kan dengan Sarkas...kah...kah...kah...

Saya jawab, "lebih baik saya timbang kati.....kalau ada balance ah....saya bagi lu 2 ribu". Terkejut beruk apek tu.

Akhirnya saya dapat jual dengan harga yang bolehlah tahan.....cukup untuk beri 'sedekah' pada apek tu.....tak pasal-pasal nak sedekah dia.?.....apa hal?.....lebih baik saya buat 'downpayment' beli kereta pada anak saya.....

Monday, October 25, 2010

Kes Liwat II: Karpal meng'gerudi habis......ber'sepai-sepai' keluar

Ooopppsss malunya.....terlebih sudah...gambar sebagai hiasan

Karpal Singh telah meng'gerudi' pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim.

Hasil daripada 'gerudi'nya itu ber'sepai-sepai' keluar berbagai-bagai 'rahsia' serta 'misteri' yang telah berlaku sebelum ini.

'Misteri' 1

Dr Razali Ibrahim mengesahkan bahawa doktor-doktor pakar HKL ada memeriksa Saiful antara 28 Jun sehingga 13 Julai 2008 selama 3 jam dan sepanjang pemeriksaan itu pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

Beliau juga berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

Dr.Razali juga mengesahkan memang wujud sebuah laporan pemeriksaan awal malah laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun ketiga-tiga berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

Apabila Karpal Singh menyoal sama ada laporan pemeriksaan awal itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab “ya”.

'Misteri' 2

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkejut dengan pendedahan Dr. Razali bahawa ada wujud sebuah laporan pemeriksaan awal terhadap pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi laporan itu tidak dibentangkan di mahkamah.

'Misteri' 3

Ketua pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak tahu menahu mengenai laporan pemeriksaan awal terhadap Saiful yang dimaksudkan oleh Dr Razali, malah inilah kali pertama beliau mendengarnya.

Perbicaraan kes liwat ini kemudiannya ditangguhkan sehingga esok bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan laporan perubatan awal berkenaan.

al-brangionline:

Kong Kali Kong......Kong...Kong...Kong Kali Kong

Doa orang-orang yang dizalimi tiada hijab. InsyaAllah kebenaran akan terserlah jua.
Banyak bersabar Bro. Anwar [sumber .]

Si Abang Ipar 'Penjenayah' Perang......si Adik Ipar peluk Islam




Menganugerah hidayat adalah hak Allah SWT......tetapi mencarinya sangat-sangat dituntut dengan cara memandang di sekeliling akan tanda-tanda kebesaran Allah, membaca, mendekati Masjid, mendengar ceramah agama, bergaul dengan orang-orang mikmin dan sebagainya.

Lauren Booth, wanita yang berumur 43 tahun ini telah mendapat hidayat langsung memeluk Islam setelah mengunjungi sebuah Masjid.

Abang iparnya Tony Blair, bekas Perdana Menteri Britain adalah rakan sekutu kepada Amerika ketika desert storm.....merupakan seorang 'penjenayah perang'......mana mungkin seseorang akan memperolehi hidayat kalau diri sendiri amat kuat memusuhi dan membenci Islam...

Lauren Booth selepas memeluk Islam telah memakai tudung, bersolat 5 waktu, ke Masjid bila berkesempatan, tidak memakan babi lagi dan tidak meneguk arak lagi (sebelum memeluk Islam meminum sekurang-kurang 2 gelas setiap hari) dan membaca al-Quran setiap hari.

Sebelum memeluk Islam, beliau amat bersimpati dengan umat Islam dan banyak menghabiskan masa membantu umat Islam di Paletin.

al-brangionline:

Kita amat bersyukur kerana mendapat Islam melalui keturunan.....pun masih ramai yang tak menutup aurat...masih ramai yang tak bersolat, minum arak, berzina dan berbagai lagi.

Tetapi jikalau kita menjauhi daripada segala perintah Allah sementelah lagi melawan perintah Allah.....menderhakai Allah...dikhuatiri hidayat yang adaakan terbang lepas. Mintak dijauhkan oleh Allah daripada itu semua.

Amat menyedihkan apabila ada segelintir orang bukan Islam mendekati Masjid di Malaysia......1Malaysia 'ribut taufan' membuat 'gempar'.

Marilah kita semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dengan mengerjakan segala perintah dan suruhanNYA serta menjauhi dan meninggalkan apa-apa yang ditegah dan dilarang olehNYA. [sumber .]

Artis di'sensasi'kan......alahai.....

Puak-puak ni memang minat tersangat-sangat dengan puak Artis.

Pertamanya, puak Artis akan disensasikan dalam media pencacai umngok dengan pakaian seksi agar media mereka laku dan juga memberi remaja satu rasangan 'minda biru' agar sentiasa berada dalam seronok dan riang ria.

Keduanya, media pencacai umngok ini akan mempromosikan Artis ini agar menjadi medan untuk pemimpinnya, anak-anak pemimpinnya.....kaum kerabat yang sekutu dengannya memilih untuk dijadikan orang 'Wanita Kedua' dengan bermodalkan kedudukan dan wang ringgit.

Sebab itu golongan Artis menjadi glamour dan rebutan media kerana masing-masing memang memasang 'serampang dua mata.'

al-brangionline:

Tapi bukan semua semurah itu, seperti yang diperkatakan di atas.
Seruan kepada artis......jaga batasan adat dan larangan Agama.

Sunday, October 24, 2010

umnGoK......patutlah pun.....

Tak sangka rupa-rupanya parti yang memerintah setengah abad lebih ni masih lagi dipenuhi passengers yang pelbagai.

Ada yang dinamakan golongan Pak Pandir.

Sebagai buktinya si Mamat Kok Lanas kata umngok masih dipenuhi dengan Pak Pandir-Pandir. Biasanya Pak Pandir bergantung harap atau menerima nasihat dari Mak Andir-Mak Andir......patutlah pun.....

Ada juga golongan Abu Lahab.

Gelaran ini dinyatakan sendiri oleh si Mamat Bagan Datoh. Samada disedari atau sebaliknya si 'Ustaz' ini bahawa gelaran itu membawa impa yang sangat mendalam kepada batu kepala yang digelarnya itu. Allah SWT merakamkan khas akan kecelakaan ke atas Abu Lahab. Patutlah banyak keputusan-keputusan yang diambil bertentangan dengan hukum Islam seperti aurat wanita, judi bolasepak, konsert hiburan......rupa-rupanya 'Abu Lahab punya angkara......patutlah pun.....

Ada juga golongan yang menentang keputusan Raja-Raja, yakni tidak mempolitikkan Masjid.

Ada seorang Mamat yang diberi gelaran 'lanun' oleh bosnya sendiri mencadangkan Masjid menjadi tempat mendaftar undi untuk golongan umngok. Apa hak umngok untuk dikecualikan dari arahan Istana? Kita amat faham memang perangai 'lanun'......hak orang akan jadi hak dia.......harta orang akan jadi harta dia.....tapi Malaysia ada Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan untuk dijunjung tinggi......patutlah pun.....meroyan tak tentu hala dan arah.....rupa-rupanya Pakatan Rakyat sudah meninggal jauh puak-puak umngok ini dalam pendaftaran undi......patutlah pun.....

Ada golongan juhala dan ularmak kentut.

Ini dibuktikan oleh ularmak kentut yang bercadang ditubuhkan Majlis Ulamak dalam umngok. Ini menunjukkan betapa ramainya juhalak-juhalak dalam bahtera yang hampir karam itu. Ularmak itu sendiri banyak menghentam Pakatan Rakyat yang tak tahu adab menegur pemimpin. Kamu sebagai ularmak udah berapa kali menegur pemimpin kamu......usah nak pergi kepada perkara-perkara yang heavy seperti hukum hakam Islam dalam pentadbiran, ekonomi, jenayah dan sebagainya......dalam bab aurat wanita bagaimana?......kekalah kamu jadi pegampu nombor wahid......lama kelamaan kamu akan ditunjuk jalan keluar dengan 'penyapu......patutlah pun.....

Salun rambut di rumah sendiri?......alahai.....

Gambar hiasan diambil ketika saya berada di Kota Kinabalu. Saya kurang ariff samada saloon rambut khas untuk muslimah seperti itu wujud di Semenanjung......fikir2kanlah kebaikannya.

Phewwwww mengalahkan Menteri. Mengalahkan orang politik......kata orang rumah

al-brangionline menempa sejarah apabila bergunting rambut dirumah.....ye di rumah sendiri.....tukang gunting datang ke rumah. Bukan pasal tak ada masa nak ke kedai.....bukan pasal berlagak macam sesetengah Menteri atau pun bekas Menteri atau pun Datuk-Datuk dimana tukang gunting khas datang ke rumah.

Saya menjawab.....alah mereka tu lebih suka ke saloon unisex.....berhawa dingin dengan tangan amoi membasuh dan memicit2 kepala.....dengan bayaran berpuluh-puluh ringgit.....siap beri tips lagi tanda seorang dermawan dan budiman......alahai.....

Yang datang menggunting rambut saya ialah ahli usrah. Beliau telah bukak kedai gunting rambut dan serah kepada abangnya menggendalikan. Saya selalu bertanya kenapa setiap kali saya pergi ke kedainya dia tak ada.....dia jawab ok hari Ahad, jam 2.00 petang.

Jadi tepat jam 2.00 petang tadi dia datang dengan segala peralatannya. Memang nampak profesional. Jadi petang Ahad ni memang tak ada apa program jadi beliau mengambil masa yang lama, membelek, menggunting.....membelek...menggunting. Kira-kira jam 3.30 ptg. tadi baru siap.

Kebetulan orang rumah ada siapkan nescafe' panas dan kek pisang.....orang politik tak sembang politik tak sah......kalau kat kedai mana boleh sembang politik.....nak jaga 'ketenteraman' pelanggan lain katakan......alahai.....

Sejarah Malaysia ke Sejarah Umno?......

Apa rasionalnya subjek Sejarah dijadikan subjek lulus dalam SPM (mulai 2013)?

Oh sebab ramai remaja tak sokong Umno?

Oh sebab ramai remaja kononnya dek buta sejarah, maka mereka tak sokong Umno?

Oh kononnya Umnolah segala2nya di bumi Malaysia ini maka subjek Sejarah diwajibkan lulus?

Kalau setakat nak 'hafal' subjek Sejarah......'sap-sap soei'......matematik tambahan lagikan mereka boleh score......inikan nak hafal kononnya Umno membanting tulang 4 kerat membangunkan Malaysia......alahai.....murid sekolah dijadikan guines-pig.?

Ingat ,manusia ingin menipu sejarah tapi sejarah tidak pernah menipu manusia.

Saturday, October 23, 2010

Teresa Kok yang menjolok mata

Si-Putat kononnya nak tunjuk 'lebai', menegur cara Teresa Kok berpakaian di Parlimen.

Dia sendiri mesti arif dengan peraturan tetap Parlimen dalam bab adab berpakaian dan agamanya pun tidak menegah cara berpakaian begitu tapidek kerana ingin mencari publisiti murahan......bukan senang dapat peluang masuk TV......biar semua orang kampong nampak mukanya dan dengar suaranya.

Sepatutnya si-Putat ini lebih serius berbahas pasal kemudahan infrastruktur di kampongnya yang jauh ketinggalan dengan apa yang ada di Semenanjung.....tapi apakan daya pengundinya memang memilihnya dan BN untuk berada ketinggalan jauh......teruskan mengundi BN. [sumber .]

Saya ada terbaca satu komen dalam facebook dari penyokong BN 'totok' dari Sabah, 'kami rela memilih wakil kami samada ia rasuah atau sebaliknya......sekurang-kurangnya duit mengalir dalam negeri Sabah.....tidak mengalir keluar kepada Semenanjung'.

Saya percaya komen seperti itu tidak mewakili kesemua penduduk Sabah yang cintakan keadilan dan demokrasi.....suara-suara seperti itu biasanya datang dari 'mereka' yang sudah 'kenyang' dan hanya membesar 'tembolok'nya sahaja'.

Bangkitlah Sabahan......bila lagi?

Menara Warisan Merdeka dibawa ke Kg.Bantal, Hulu Tembeling?

Kewajaran membina Menara Warisan Merdeka 100 tingkat yang bakal menjadi menara tertinggi di Malaysia, bernilai RM5 bilion dipersoalkan oleh Pakatan Rakyat.

Manakala Umno Wilayah Persekutuan pula cuba mengalihkan sedikit isu pembinaan itu dengan mendesak dibina di Kampong baru.

Isu sekarang adalah adakah wajar pembinaan menara tersebut......bukannya pemilihan tempat.

Bagi saya......saya mengambil jalan yang berlainan.....apakata Menara Warisan Merdeka itu di bina di Kampong Bantal, di Mukim Hulu Tembeling, Pahang. Sila baca DI SINI.

Saya sempat merasai 'kedamaian' menyusuri Sugai Tembeling dan sempat bermalam dalam khemah di tepi tebing sungai di Kampong Bantal, Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Sungai Kuching, Kampung Mat Daling dan Kampung Gusai semasa masih lagi dalam perkhidmatan dulu.

al-brangionline:

Saya rasa Tok Empat serta boat-men yang membawa dan memandu kami buat kerja-kerja ground-truth dulu tentu tersenyum bila membaca ini.

Sesungguhnya kampong-kampong di sana masih sangat-sanagat memerlukan kemudahan asas!!!!!

Friday, October 22, 2010

Menghalusi Alif Mim Nun Wau=Sarkis

Mendalami dan memperhalusi gerakhati Allahyarham P.Ramlee (Al-Fatihah) memperkatakan Alif Mim Nun Wau + Sarkis.

Kenapa Allahyarham berkata demikian ya?

Kalau arwah masih hidup, adakah beliau masih mempertahankan ungkapan itu atau menarik balik?

al-brangionline:

Selayaknyalah di katakan SARKIS






Thursday, October 21, 2010

SAPP lebih otai......sama2 kita tumbangkan BN di Batu Sapi

Bila baca Pak Pandir bercakap, rasa macam banyak benda nak komen......tapi bila klik new post tiba-tiba hilang idea......ni semua pasal banyak sangat Pak Pandir jual ubat kat PWTC.

Apa cerita Batu Sapi nih?

Pakatan Rakyat perlu berusaha agar jangan jadi pertandingan tiga penjuru.

Ini bukan pasal kalah menang.

Kita tak mahu rakyat nampak PR ni sebagai satu pakatan yang tamak.

Kenapa kita susah nak mengalah pada SAPP?

SAPP adalah lebih otai dari Pakatan Rakyat.....maka mereka mengharapkan kita mengalah sebagai langkah permulaan bekerjasama dalam PRU13 nanti.

Jika ini pun kita tak boleh selesaikan.....bagaimana pembahagian kerusi di PRU13 nanti?

Biarkan SAPP bertanding dan kita tunjukkan kesungguhan kita untuk menjatuhkan BN dan seterusnya menyakinkan SAPP dan parti-parti yang lain bahawa Pakatan Rakyat boleh bersatu.

Prioriti kita bukan di Batu Sapi.....ingat prioriti kita adalah PRU13.

Jika ini pun kita gagal berkompromi maka kita boleh ucapkan 'Selamat Tinggal PRU13' in advance.[sumber .]

Tak yah lah nak berseloka, sapa menang PRU13...Putrajayalah kita

[sumber .]

Janganlah bercakap dengan penuh emosi dan sensasi Bang.

Pakatan Rakyat bukan nak berperang. Kita orang bukan guna penumbuk dan sepak terajang. Kita orang semuanya gentleman. Kalau kami menang dalam PRU13, maka pergilah kami secara terhormat. Kalau kami kalah......kami pun ada maruah.....kami tak akan pergi dengan menipu daya Ahli Parlimen lain.

Demokrasi membenarkan keadaan menjadi begitu......kenapa mesti takut dan menakut-nakutkan orang lain.

Kami pergi ke sana bukan dalam keadaan terkocoh-kocoh jauh sekali dalam darurat. Kami bukan tentera baju merah seperti di Thailand......maka janganlah menakut-nakutkan orang ramai akan kekuatan Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat naik ikut jalan demokrasi bukan jalan membuta-tuli yang lari dari lunas-lunas demokrasi.

Nak mempertahankan Putrajaya.....itu tidak salah.....tak payahlah nak bermadah dan berpuisi sampai bercerai tulang dengan isi, sampai bercerai jasad dari nyawa......kerana Umno/BN yang mempertahankan kemenangan tiada apa-apa istimewa di sisi Perlembagaan. Sesiapa yang menang dan mendapat mandat dari rakyat, merekalah yang berhak 'menguasai' Putrajaya.

Mak Cik-Mak Cik 'kepala merah' sanggup jadi perisai

Nasib baik puak-puak Mak Cik tu yang nak jadi perisai......ye jadi perisai.....barisan hadapan.....'over my dead body'.....jadi kereta perisai untuk jaga ke'mulia'an Melayu

Kalaulah yang nak jadi perisai tu puak-puak Puteri.....rasanya ramai geng-geng muda berbondong-bondong masuk Umno.....tapi masuk Umno apa maknanya.....semuanya dah 'cair' di tengah jalan.

Apa hal dengan geng Pemuda......nak jadi apa ye?......kata orang jadi itik seperti di sini.

Jadi itik hebat apa.....nak disembelih diorang...bukan main liat nak mati. Bila pulang petang semua dalam 1Barisan......berlengang senang hati sebab tembolok dah penuh.

Bercakap pasal berbaris dalam 1Barisan.....teringat akan Mat Bangla bila pergi ke pasar malam......semuanya dalam 1Barisan.....kalau kepala sesat.....ekor pun ikut sesat.

Tapi rasa-rasanya Pemuda ni.....bukan Pemuda je, 'Penua' pun......dia orang suka jadi perisai pada puak-puak Puteri.....tak caya?.....tengoklah 'Penua-Penua' yang kat dalam tu.....mereka jadi perisai kepada Puteri yang sebaya dengan umur anak bongsunya.

Mak Cik-Mak Cik tu mintak sudah sampai saat dan ketika, kaumnya dilantik jadi Menteri Besar dan Ketua Menteri. Harap-harapnya Selangor kekal di bawah Pakatan Rakyat kerana aku tak ingin duduk di negeri yang berMenteri Besarkan Mak Cik-Mak Cik tu.....(dah tentu banyak songelnya.....lainlah kalau Nurul Izzah jadi MB Selangor.....sudah tentu ramai AMK yang sanggup jadi perisai) kerana dikhuatirkan siapa pula yang nak jadi 'outrider' dia orang......dah tentu 'out-rider' pompuan kerana Mak Cik-Mak Cik tu berpegang kepada prinsipnya.....wanita sanggup jadi perisai.

Selepas ini berkemungkinan besar Perkida dan Perkasa akan dibubarkan.

al-brangionline:

Melayu menjadi mulia apabila Imannya mantap dan tinggi keTaqwaannya.

Hakikat sebenar rambut dan gigi palsu......tak kekal.....

Bagi sesetengah wanita, rambut dianggap sebagai mahkota. Sebab itu kebanyakan wanita......mereka menjaga rambut seperti menjaga bayi. Mereka sanggup meng'habis'kan duit beratus-ratus ringgit untuk penjagaan rambut. Mungkin kerana sebab itu sesetengah daripada mereka tidak bertudung.....ntah apa sebabnya.....nak men'jaga' rambut atau nak me'nayang'kannya. (nak tunjuk kat orang ramai rambut aku cantik?)

Bagi mereka yang mempunyai rambut yang kurang menawan......kurang dari segi bilangannya (nipis dan botak), banyak uban, berminyak dan sebagainya sehingga menempuh jalan buntu untuk merawatnya mengambil keputusan memakai rambut 'palsu'......itu pun masih berdegil tak nak bertudung.

Kumpulan yang memakai rambut 'palsu' ini, hati mereka sentiasa runsing.....cemas.....risau.....dirundung malang.....bimbang suami hilang 'selera' ketika berdua-duaan.....maka mulalah sifatnya nak mengongkong suami kerana perasaannya sentiasa curiga......aduhai.....yang bernasib begini khabarnya ramai dari isteri pembesar......ye ke?.....ntah...maleh nak ambik tahu.

Ada jugak dengar kes rambut palsu diterbang diangin......waduh...waduh...punyalah besar - - malu - -nya

Bagi golongan lelaki, kebanyakan mereka kurang memberi perhatian pada rambut.....kerana telah terbukti ramai lelaki botak mendapat perhatian ramai dari golongan wanita......seksi katanya.....ntah apa yang seksi berkepala botak.

Tetapi ada satu lagi ke'lengkap'an anugerah Allah SWT di mana kebanyakan lelaki dan perempuan menjaganya.....iaitu gigi.

Apalah maknanya bagi perempuan yang cun melencun mahupun lelaki yang segak-kacak-berlagak tetapi bila memberi senyuman......senyumannya tawar hambar.....'pagar' tak ada.....lompong je.....terus hilang selera makan terutama jika mereka menghadiahkan senyuman dalam suasana malam yang suram.....ala-ala misteri nusantara.....mahu cabut lari rasanya.

Kumpulan ini biasanya akan menghabiskan beratus ringgit untuk membuat gigi palsu atau membuat 'implant' agar senyuman sentiasa menawan.....tidak tawar hambar malah menarik lagi kelihatannya.....waduh manis sekali...

Tetapi setelah berbagai usaha dijalankan untuk menjaga gigi, apa hal pulak kalau ia berlaku seperti Di SINI.....hilang segala manisnya.....luput segala cun melencunnya.....musanah segala tarikannya......malu...hampa...sugul...sebulang ambik cuti 'rehat'.....aduhai malang nasibnya.....sudah jatuh ditimpa tangga tercium pulak taik ayam candu.....

Wednesday, October 20, 2010

S.O.S Mana si Mamat ni menghilang?

1Sarawak dah kecoh......mana si-Mamat ni hilang.

Takkan makan gaji buta je.....atau kesihatan 'misteri' menggangunya.

Setelah meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancong pada tahun lepas, langsung kelibatnya tidak kelihatan.

Beliau yang disebut-sebut bakal menggantikan bapaknya......macamlah jawatan itu boleh dipusakai.....suka hati dia je.

Selebihnya sila baca DI SINI.

'Nyah'kan 'Awang Import'?

Peminat bolasepak tanahair gesa FAM selitkan 'Awang Import' dalam liga tempatan. Kalau tak silap FAM kata tahun 2012 akan buka gelanggang pada 'Awang Import'

Kenapa mesti tunggu 2012? Ntah......FAM mesti ada jawapan ajaib......mungkin nak tunggu dapat pingat emas Sukan Asia kot. Tahun lepas dapat pingat emas Sukan Sea......riuh 1Kampong......kononnya tanpa 'Awang Import' bolasepak Malaysia sudah maju. Maju???

Yang lepas2 dengan adanya 'Awang Import'......serinya jadi lebih.....penonton banjiri stadium.

Sekarang Pemuda Umno Kedah tak mahu 'Awang Import' terajui negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Kenapa? Tak banyak membantu negeri-negeri tersebut kot?

'Penonton' (pengundi) lari ke?

Mereka lupa 'Awang Import' itu termasuk Presiden dan Timbalan Presiden mereka sendiri.

Ini bermakna 'Awang Import' yang mereka sanjung dan puja-puja gagal menjalankan tugas.....gagal menyakinkan 'penonton' (pengundi).....gagal memainkan peranan mereka.

Kalau begitu 'nyah'kan 'Awang Import' di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat sepertimana dilakukan oleh FAM. [sumber .]

al-brangionline:

Sokong 'Awang Import' main bolasepak sahaja.

Serinya lebih......tapi jangan 'Awang Import' yang kaki kengkang.....

Kalau Umno, semuanya boleh

Double standard......Double standard......Double standard
Kalau Umno semua boleh.

Kalau Umno semua lebih.

Umno ingat depa ni above the law ke?

Seterusnya sila baca DI SINI .

Sebab tu mana-mana penjawat awam samada pegawai tinggi atau pun rendah.....lagak depa macam pejabat tu atuk mereka punya.

'Budaya politik masyyyyyuuukkk'

Apa ke benda 'budaya politik baru', pakai 'baju' lama.....pakai 'topi' lama.....ber'kepala-otak' lama jugak.

Bila tiba musim pemilihan......'budaya lama' pun subur semula......politik wang sudah diibaratkan lagu dengan irama......jika dipisah maka sumbanglah lagu.

Mereka yang tak layak dari segi populariti dan keupayaan memimpin akan menggunakan wang sebagai pengganti diri.

Dalam Umno......semua orang nak rebut jawatan.....paling koman pemeriksa kira-kira dalam cawangan.

Ada jawatan bermakna ada 'masyyyyyuuukkk'.

Ada 'masyyyyyuuukkk' bermakna tak payah buat kerja berat-berat.

Janji ada kereta besar, rumah besar......isteri?.....oh nak kena tanya......Pak.......

Itulah 'budaya politik' kebanyakan orang-orang Umno.

Nak bela bangsa? Payyyyyraaahh.

Nak bela Agama?

Jauh sekali bang woi.

al-brangionline:

Nak bersatu dengan PAS untuk jadi 'kaya' seperti itu.....'kaya'lah kau sorang-sorang.....

Pertandingan 'heavy-weight'

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) agar “tunggu tumbukan kami” di gelanggang pilihan raya umum ke-13.
[sumber .]

Amboi dah nak bertinju pulak puak-puak Umno/BN nih.

Kalau dalam politik banyak tipu muslihat dan mengelatnya.....ni kalau bertinju.....mesti lebih dari mengelat nih.....silap-silap kita sudah beri pukulan TKO.....tiba-tiba 'loceng SPR' berbunyi nyaring menyelamatkannya.

Bercakap pasal bertinju nih.....kita kena baca dua lapis......lapis nombor satu...kejutan dari Umno/BN dan lapis nombor dua adalah tinju.....betul-betul punya tinju...ye lepuk-melepuk.....tumbuk-menumbuk orang.....sudah banyak kes Umno dengan 'pemuda tahan lasak'nya menggangu petugas kita dalam setiap pilihanraya.

Teringat akan PRU11 pada tahun 2004, apabila petugas kita dipukul curi oleh pemuda bacul lagi dayus......antaranya mahasiswa jurusan Undang-Undang anak kepada Al-Ustaz I - - - - - S - - M.
dan kutu rayau Sg.Ramal. Bila si mangsa itu nak carinya sampai ke lubang cacing......nah engkau menggeliat macam udang kepanasan dibakar.....punyalah takut. Puak-puak hanya berani di belakang.....tu pun kalau mereka ramai.....kalau sorang-sorang.....semuanya kecut.

al-brangionline:

Pakatan Rakyat seharusnya bersedia secara fisikal dan mental untuk menghadapi 'pertandingan' heavy-weight ini.

Tuesday, October 19, 2010

Jin sangat suka ganggu gadis......kenapa?.....

Kes 1

Tak beberapa hari yang lalu, negara dikejutkan dengan seorang gadis bernama Siti Balqis di'ghaib'kan oleh beberapa ekor jin.

Secara kebetulannya, dizaman Nabi Allah Sulaiman, para-para jin juga di'engage' untuk memindahkan Istana Balqis......hanya sama pada nama.....jangan kaitkan apa-apa...

Bagi mereka yang berkawan dengan jin, maka ramai yang datang menawarkan diri untuk menangkap jin-jin yang jahat lagi nakal itu.

Jin itu cuba memikat gadis tersebut dengan menabur beberapa biji batu permata daripada siling rumah.....tapi gadis itu tak layan dan tak berapa hari batu permata itu turut 'ghaib'.

Hakikatnya, jin memang wujud. Dalam Al-Quran sendiri ada satu surah yang bernama 'Surah Al-Jin'. Jin dan manusia berada di dalam alam sendiri dan alam masing-masing.....alam yang berbeza dalam semua hal. Ada manusia yang berkawan dengan jin dengan harapan hendak memperkudakan jin.....tetapi akhirnya jin yang memperkudakan manusia. [sumber .]

Kes 2

Semalam seorang gadis yang merupakan tunangan orang bernama Rozaliya tiba-tiba 'ghaib' ketika membeli-belah barangan perkahwinan. Seluruh kaum keluarga dan sahabat handai menjadi terkejut dan gempar. Tetapi keluarga simangsa percaya besar kemungkinan 'jin' men'ghaib'kan anaknya bila diselidiki dengan tunangannya dan besar kemungkinan 'jin' itu adalah tunangannya sendiri......macam-macam hal.....harap semuanya selamat dan selamat berijab-qabul sebelum berbulan madu di alam 'jin' yang indah-indah berlaka......aduhai.....[sumber .]

Kes 3

Sukan Komanwel baru saja berlalu dengan Malaysia berjaya meraih 12 pingat emas, walaupun MSN hanya menjangkakan 10 emas...tapi saya mengharapkan lebih dari 12 emas berdasarkan kebolehan atlet kita.

Siti Zalina, atlet boling padang rangking no.3 dunia membuat pengakuan bahawa beliau di'ganggu' sehingga hilang konsentrasi dan fokus untuk mempertahankan emas untuk Malaysia.

Memang benar, jin berada di mana-mana di dunia ini.....sebab itu di akhirat besuk neraka dipenuhi dengan jin dan manusia. Rupa-rupanya 'jin' Malaysia sudah melanggar sempadan India.....nasib baik 'jin' India tak mengamuk...kalau tak, Malaysia balik hampeh...[sumber .]

Kes 4

Tetapi kes ini lagi hebat......kesnya berlaku di Pakistan.....mengalahkan 'jin-jin' di Malaysia yang inginkan keindahan...kedamaian...cinta-cintan...pahlawan Borneo tentu senyum bila membaca ini...silap-silap haribulan siap beri petua lagi...ha ha ha...

Bayangkan dalam masa 24 jam bernikah dengan dua orang gadis berlainan dalam keadaan aman.....syahdu...cinta-cintan...rela-me'rela'...redho-meredhoi...penuh glamour dengan mendapat coverage dari beberapa stesyen TV. Seterusnya sila baca di sini .

al-brangionline:

Tunai segala suruhanNYA dan hindari segala laranganNYA, InsyaAllah akan terlepas dari gangguan jin dan manusia.

Hidup Umno.....biarkan...biarkan...biarkan

Umno dan BN akan merudum jika mereka mendahului parti melebihi daripada kepentingan rakyat.

Kata-kata 'keramat' itu diutarakan oleh Fellow Kanan Universiti Yale, Encik Kotaro Tamura.

Tamura adalah bekas Menteri semasa LDP memerintah Jepun.

Beliau berkata Umno dan LDP mempunyai banyak persamaan...lebih kurang setengah abad masing-masing memerintah negara.

LDP dan Umno memenangi PRU11, 2004 dengan bergaya landslide victory.....tetapi dalam PRU12, Umno hilang 2/3 majoriti, manakala LDP terus merudum.

Tamura berkata selepas memenangi dengan bergaya pilihanraya 2004, LDP sudah menjadi bongkak dan 'berlagak'.

al-brangionline:

Saranan Tamura ialah mendahului kepentingan rakyat daripada kepentingan parti......tetapi apa yang diamalkan di Malaysia.....rakyat yang menjaga kepetingan parti yakni pemimpin.....bukannya pemimpin yang jaga kepentingan rakyat...rakyat yang membangkang parti mereka jangan haraplah akan dipeduli.

Rakyat telah memberi mesej dalam PRU12 lalu dengan menafikan 2/3 majoriti.....tapi Umno/BN masih lagi dengan lagak sombong-cerdik mereka.....biarkan...biarkan...biarkan

Umno/BN asyik mencari pasal dengan pembangkang.....bukannya menyahut kehendak rakyat.....Umno/BN asyik menegakkan benang basah....kononnya aku buat itu...aku buat ini...tapi tidak sampai kepada keseluruhan rakyat Malaysia....hanya di tangga-tangga rumah ahli Umno sahaja.....biarkan...biarkan...biarkan

Rasuah masih berleluasa.....banyak jerung ditangkap.....dalam masa yang sama banyak juga jerung-jerung tersebut terlepas.....yang lebih anih lagi ajaib.....banyak juga jerung yang tak tersentuh dan terhidu langsung pukat.....biarkan...biarkan...biarkan [sumber .]

Perihal bajet 'harga-runtuh' dan 'cerdik-sombong' Umno

Penjawat awam hanya layak mendapat bantuan khas RM500. Sekali dengan bantuan khas itu semacam menyamai bantuan khas mangsa banjir.....bantuan khas rumah terbakar.....bantuan khas orang kurang upaya.

Begitulah taraf seorang penjawat awam termasuk yang sudah bersara.

Ada orang Umno totok berkata dengan nada tinggi.....dengan 'gong' (tanya orang Terengganu), "buat apa beri bonus pada dia orang.....padan muka.....ajar sikit muka tak sokong Umno.....sekarang sapa tokeh?.....bagi duit tak undi kita pun...."

Yang sorang lagi menyampuk, "baik beri ke puak kita.....dah tentu undi kita.....yang pasti kita dapat minum free setiap malam.....kesian pengerusi JKKK setiap malam belanja kita....."

Ini masalahnya bila memerintah terlalu lama......harta negara disangkanya harta mereka.....harta Kerajaan disangkanya harta Umno. Itulah pasal Balairaya, Sekolah, Universiti disangkanya harta Umno.....bebas menggunanya kerana disangka harta 'atuk' dia.

Ada pihak kata bajet 2011 adalah bajet PRU.....ada yang kata bajet 'harga runtuh'.

Apa yang 'runtuh'?

Yang 'runtuh'.....cukai telefon bimbit.....yang 'runtuh'.....cukai seluar dalam...tas tangan...minyak wangi...kelambu...baju tidur...pewarna rambut dan beberapa aksesori lagi...aduhai...kenap cukai susu formula untuk bayi tak 'runtuh'?...walhal orang kaya. orang pertengahan dan orang miskin semua perlukannya.

Yang paling 'kartun' ialah apabila Timbalan Presidennya berkata

Perhimpunan kali ini merupakan kesempatan untuk ahli-ahli parti membahaskan perkara-perkara yang penting bukan sahaja demi masa depan parti malah untuk bangsa, agama dan negara.

“Seluruh rakyat pastinya menunggu dengan harapan baru, hala tuju yang hendak dibawa terutama oleh Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) melalui ucapan dasar Presiden yang akan disampaikan nanti.[sumber .]

Bila masa pulak orang Umno pandai berbahas. Yang mereka tahu mereka datang di'sponsor' oleh Ketua Bahagian.....turun ke KL untuk ber'shopping'......makan 'free'...'enjoy....

Kepala otak mereka tak sampai ke satu tahap ke'intelektualan' minima kerana yang 'cerdik' semuanya dah jadi 'Hang Nadim'.....yang tinggal berbaki hanyalah yang 'hardcore' yang hanya pandai ber'hujah' menggunakan 'air-liur'.

Mereka tak boleh dipersalahkan kerana Tok Guru mereka yang 3/4 nyanyuk masih lagi laku air liurnya.....bercakap dalam bab apa pun semuanya dia perasan tahu sehingga yang mendengarnya pun turut terhakis ke'intel3ktualan' mereka, hatta mereka seorang profesor sekalipun.....kalau yang jenis profesor kankung lagilah melelh air-liurnya......alahai.....

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia tak puas hati banyak kes 'jerung' terlepas

Orang ramai tidak boleh pertikaikan sebarang keputusan Mahkamah kerana dikhuatiri 'jatuh' dalam bab menghina Mahkamah.

Tapi ini dibangkit sendiri oleh Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Robert Phangyang juga merupakan anggota Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini banyak 'jerung' yang menghadapi berPULUH-PULUH kes terlepas bebas ber'nafas' semahu-mahunya.

al-brangionline:

Apa implikasinya?

Rakyat melihat seolah-olah pihak pendakwaan tidak serius dalam menangani rasuah.

Berbagai-bagai persepsi timbul tentang terhadap SPRM dan badan kehakiman negara.

“Rakyat hendak tahu sama ada Peguam Negara sudah melakukan siasatan menyeluruh dengan memastikan segala bukti lengkap dikumpul dan diletakkan di hadapan sebelum dibawa ke mahkamah.

“Saya harap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang dipertanggungjawabkan bagi tujuan itu mencari jalan penyelesaian segera bagi masalah ini,” katanya.[sumber .]

Monday, October 18, 2010

GRO 'melancong'

Kerajaan berbelanja sebanyak RM460 juta untuk sektor pelancongan dan pulangannya sebanyak RM53 billion dikutip......fuuuhhh banyak tu.

Tetapi pelancong yang datang bukan semuanya pelancong 'tulen'. Saban hari kita dengar pelancong cum GRO di'berkas' oleh penguasa tempatan.

Mungkin jawapan yang diberi adalah.....oh itu kes terpencil.

Maka gejala sosial akibat 'pelancong tidak tulen' ini pun mungkin dianggap kes terpencil juga.

Apalah ada pada RM53 billion tapi akhlak rakyatnya rosak.

Tidak adakah satu kaedah pihak berwajib seperti Imigresen dapat menapis ke'tulenan' seseorang pelancong?

Yang kita khuatirkan......harapkan pagar.....pagar makan padi. [sumber .]

Umno/BN tumbang di PRU13: Mahathir cakap 'berlapik'

Seseorang yang nyanyuk akan berkata apa saja yang terlintas dalam hatinya.

Seseorang yang ego akan sentiasa melihat akan kelebihan dalam dirinya sehingga ia mendapati tiada langsung keburukan dalam dirinnya.

Seseorang yang sombong tidak akan sesekali memaafkan orang lain kerana dia hanya nampak dirinya sahaja yang betul.

Kehilangan 2/3 majoriti pada PRU12, 2008 bukan berpunca penolakan rakyat untuk tempoh Pak Lah sahaja, malah ia adalah kesalahan yang bersifat kumulatif semenjak dari zaman Tunku hingga ke zaman Pak Lah hasil dari pengamalan sekularisme, nationalisme melampau, kronisme, nepotisme, rasuah serta pen'cabul'an ke atas agensi Kerajaan demi menjaga gerak nadi Umno.

Orang melayu melihat Umno selaku tunggak dalam Barisan Nasional telah gagal menjaga kebajikan mereka apatah lagi pandangan kaum lain.

Begitu juga halnya dengan kaum-kaum lain, mereka dapati MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain telah gagal memainkan peranannya, maka mereka berpaling kepada Pakatan Rakyat yang kian hari menyerlah kebolehannya......itu pun saban hari di'ganggu' oleh media dan agensi yang nakal yang kerja buatnya hanya menidakkan apa usaha Pakatan Rakyat.

Sebenarnya Mahathir menggunakan bahasa yang paling halus lagi berlapik. Beliau hanya menggunakan kalimah 'sukar' untuk Najib memperolehi 2/3 majoriti dalam PRU13 nanti. Beliau seolah-olah memberi harapan kepada Najib dan juga kalimah 'sukar' itu sebagai memujuk orang Melayu menolak Pakatan Rakyat.

Selaku ahli Umno yang 'totok' yang segala urat sarafnya dipenuhi dengan kemerahan Umno yang telah mengalir begitu sebati sekali......tidak sampai hatinya untuk berkata...Kerajaan pimpinan Najib akan tumpas kepada Pakatan Rakyat yang telah lama bersedia. Gerak hatinya mengatakan begitu. Hati kecilnya berkata begitu......tetapi dek cintanya kepada Umno......terlalu berat untuk beliau berkata begitu......alahai.....[sumber .]

Puas sudah menabur budi......tuba jugak dibalas orang...

Berapa kali aku dah cakap, cerita kat orang kampong akan jasa kita......budi baik kita.....keikhlasan kita.

Banyak sudah kita menabur budi......kain batik sudah berkoyan-koyan, bukan berkudi-kudi lagi. Rokok ntah berapa kontena kita beri supaya dia orang tak ngantuk masa hari mengundi. Kita dah beri duit ihsan (upah undi) untuk belanja sepanjang 5 tahun......apa lagi?

Topi 'sudu'.....baju-T.....nasi bungkus...lauk ayam lagi untuk pemuda kita agar mereka tak lapar...kerana orang lapar akan sentiasa marah...akhirnya tak mengundi kita.

Kita sudah hidangkan berbagai jenis hiburan......konsert tahun baru.....konsert malam merdeka......bagi golongan warga emas kita dah buat musabaqah.....perarakan Maulidurrasul.....takkan mereka boleh lupakan kita. Bagi mereka yang dah terlebih 'dose' kita dah sediakan sekolah termengandung...apa lagi yang mereka mahu?

Kita dah cakap pada artis-artis.....ulamak kita amat terbuka dalam bab pakaian.....nak dedah...dedahlah semahunya...cuma jangan bogel dikhalayak ramai je...biarkan remaja kita terhibur dan teransang.

Terlalu banyak kita menabur budi.....tuba jugak dibalas orang......alahai.....

Sunday, October 17, 2010

Minum secawan.....mabuk sekole...siapa bakal TPM Malaysia?

Sekitar selepas Zohor tadi, pegi ke farmasi nak beli ubat sakit kaki.....terasa nak singgah pekena teh tarik kat kedai mamak yang hanya terletak berhadapan dengan farmasi.

Sebaik masuk kedai.....saya tinjau dulu kot-kot ada sahabat-sahabat......boleh gak bersembang panjang sikit.

Tak ada langsung kelibat sahabat.....mungkin cuaca panas terik.....mereka lebih suka berehat di rumah.

Tetapi meja yang selang hanya dua meja ada dua-tiga orang Umno totok dan 2 orang PKR. Kami hanya mengangkat kening kerana tak pernah bersembang dengan mereka tapi hanya kenal pada muka semasa musim pilihanraya sahaja.

Orang Umno bersembang biasalah.....dengan iringan ketawa berdekah-dekah.....hisap rokok tak menghormati pengunjung lain.....asap berkepol-kepol sambil mengetuk-ngetuk meja.....minum secawan 'mabuk' sekole......alahai.....

Saya mendengar dengan amat jelas topik perbincangan mereka.

Saya sekadar mampu senyum sendirian dan dengan cepat menghirup teh tarik......wow kaw kaw kurang manis...

Saya tak berhajat nak mengulas di sini.....tapi memadailah disiarkan gambar mereka yang menjadi 'tajuk' perbualan itu, agar anda dapat membuat penilaian sendiri. Daripada perbualan mereka.....saya dapat buat rumusan...salah seorang daripada mereka dalam gambar itu akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13 kelak.

Dengan tersiarnya gambar itu tidak bermakna saya menyokong salah seorang daripada mereka menjadi Timbalan Perdana Menteri.....cukuplah sekadar menjadi hiasan untuk anda membuat pernilaian sendiri.

UTerM......Universiti Ter- - - - - - - - - - Melaka

Sebaik sahaja habis kerja-kerja merisik semalam, saya sempat menghadiri satu majlis kenduri kahwin.....sepatutnya dua majlis kenduri kawin tapi apakan daya.....terpaksa bergegas ke Melaka untuk menjemput anak yang baru habis kursus.

Apa yang cuba ditonjolkan disini ialah disetiap tiang letrik kiri dan kanan jalan sebaik saja memasuki tol Ayer Keroh tergantung banting, 'Pelancaran Melaka Maju pada 20.10.2010, jam 20.10.

Melaka Maju? (Malaysia maju 2020)

Apa yang maju?

Sesuka hati je lancar?

Apa kriterianya?

al-brangionline:

Takkan baru ada satu 'Sekolah Termengandung' dah istihar negeri maju......tunggulah tertubuhnya UTerM (Universiti Termengandung Melaka) dulu.....barulah boleh beri gelaran 'Melaka Maju'......alahai.....

Saturday, October 16, 2010

Merisik 'Khabar'

Di rumah al-brangi malam tadi riuh rendah dengan ketawa dan diselangi dengan tangis bayi. Riuh bukan kerana menyambut bajet 'seluar dalam' tetapi kerana berhimpun untuk hajat yang besar hari ini.

Anak bongsu kami yang di asrama pulang. Yang nombor 4 di UTHM, Johor pun pulang. Anak menantu serta cucu kami pun pulang. Yang nombor 3 tak dapat pulang. Yang bujang tunggal hanya berkirim salam kerana terlalu jauh. Tetamu istimewa satu keluarga dari Teluk Intan yang tiba petang semalam melengkapkan menjadi satu keluarga yang besar.

Hajat yang besar yang dimaksudkan ialah majlis merisik untuk anak lelaki bongsu kepada Mak Angkat kami dari Teluk Intan. Kami pernah berjiran selama 7 tahun semasa saya berkhidmat di Teluk Intan tak berapa lama dulu.

Dalam sekejap masa lagi kami akan berangkat ke rumah bakal pengantin perempuan yang secara kebetulan tak berapa jauh dari rumah kami.

Masa berjalan sungguh pantas.....kalau dulu orang lain tolong buat kerja-kerja merisik untuk saya.....hingga saya bekeluarga...memiliki anak...dapat menantu...dapat cucu.....nah sekarang tiba masanya saya pulak buat kerja-kerja merisik. Kalau dulu sebentuk cincin belah rotan sebagai 'tanda jadi' hanya berharga dalam RM90......tapi sekarang......wow.....dah melambung ke RM500...cincin bertunang dan nikah nanti...ntah berapa pula harganya.

Harap semuanya memanjat doa agar dipermudahkan usaha yang murni ini......satu usaha 'membina Masjid'.

Ameen.

Friday, October 15, 2010

Mak Cik-Mak Cik diperdalaman sudah mampu berambut kuning dan berwangi-wangian.....

Bila Pak Cik-Pak Cik, Mak Cik-Mak Cik dan anak-anak dara di Hulu Tahan, di pendalaman Sarawak dan Sabah......cukai telefon bimbit dimansuhkan, 300 cukai pelacongan dimansuhkan
seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu......wah bukan gelak besar sambil melompat-lompat.....ada yang berguling-guling gembira......ramai dah menempat bot sungai untuk datang 'shopping' di KLIA, Lot 10, Sogo.....

Mak Cik-mak Cik tu dah berangan-angan akan memerahkan...menguningkan dan mengkaratkan rambut mereka untuk menarik perhatian Pak Cik-Pak Cik apabila balik dari bercucuk tanam di kaki bukit dan gunung.

Mereka tak boleh bayangkan setiap malam akan berwangian dan berbaju malam jarang. Setiap kali menugal jagung tatkala badan berpeluh-peluh akan disembur minyak wangi.

Setiapkali turun ke huma mereka akan membawa beg tangan yang diisikan dengan minyak wangi, gincu, pewarna rambut dan akan membentang kelambu kerana takutkan gigitan nyamuk. Mereka tidak lagi berkaki ayam.....malah mereka akan memakai kasut tumit tinggi supaya memudahkan kerja-kerja menugal dan bercucuk tanam.

Mereka akan sentiasa membawa telefon yang siri terkini walaupun 'coverage'nya menyedihkan sebagai lambang kemegahan.

Sekali lagi mereka bersyukur sangat dengan Kerajaan BN yang amat perihatin......kerana selama ini barang-barang tersebut hanya mampu dipakai oleh Mak-Mak Datin.....tetapi tidak lagi sekarang...kami dipendalaman pun sudah mampu memilikinya kerana semua cukai sudah dimansuhkan, kata mereka bila diminta respon sebaik saja Bajet 2011 dibentangkan......alahai.....[sumber .]