Saya amat setuju dengan kenyataan itu......bukan setakat terbakar jari tapi boleh terbakar muka woh.
Teringat saya semasa dalam darjah lima dulu, ada satu jiran bernama Pak Jusoh telah menghadiahkan sepotong buluh yang agak-agak ukuran 'diameter'nya lebih kurang 4-5 inci untuk dibuat meriam buluh.
Ketika itu malam tujuh likur.
Cara bermainnya amat senang.....masukkan seketul 'ubat beca' (carbide) yang dibeli dengan harga 30 sen sekilo dari kedai Ah Kong kedalam meriam buluh tersebut yang telah diisikan dengan air. Ambilkan sebatang kayu.....hujungnya dibalut dengan kain dan direndam dalam minyak tanah...lalu dicucuh dengan api dan dibawa kelubang kecil meriam tadi.....sekelipmata satu dentuman yang kuat kedengaran.
Dentuman...demi dentuman...tiba meriam itu tidak berdentum.....maka tanpa rasa gerun atau sedar akan bahayanya.....maklumlah masa tu mana lagi terdedah kepada OHSAS.....NIOSH pun wujud lagi...saya terus terpa dan mendekatkan muka pada lubang kecil itu.....tiba api keluar dan nyaris-nyaris menyambar muka saya...nasib baik saya sempat melompat ke belakang...tapi muka saya terasa panas dan pedih. Arwah Nenek saya sempat memecahkan dua biji telur ayam dan melumurkan keseluruh muka.
Keesokannya arwah bapa saya meng'kapak'kan meriam itu.....nasib baik muka saya tiada kesan apa-apa.
Itulah kisahnya betapa bahayanya bermain dengan api.
Tetapi kumpulan ini amat suka bermain dengan api.....amat bangga bermain dengan api.....tanpa rasa gerun bermain dengan api.....tanpa rasa gentar dan takut bermain dengan api.....kenapa tiada sesiapa melarang mereka...tiada siapa menahan atau menegah mereka.....?
Apa ilmu yang di amalnya? Sila ikuti kisahnya DI SINI .















































