Followers

Tuesday, August 31, 2010

Cari akai......

Nurul Izzah ada cabar Berahim berdebat mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Bila dengar saja cabaran itu, tiba-tiba datang pulak sakit perut, lidah nak kena asah takut-takut bila terkeluar cakap orang putih disangkakan orang cakap Jerman.

Peluh sejuk dah mula keluar berbutir-butir.......maka dicari akal nak ngelak.....tak de cara lain melainkan memperendahkan taraf Nurul Izzah kononnya, bukan lawannya. Dia mahukan ayah pada Nurul Izzah iaitu Anwar. Kah kah kah kah kah.....

Sila klik pada keratan berita untuk selanjutnya

Lagi cirit birit dibuatnya.

Yang layak berdebat dengannya kita serahkan saja pada adik Pasti Shah Alam atau pun Pasir Mas.....

Kalau panggil Larry King jadi pengerusi terus demam tak kebah......alahai.....setakat kwongk kwongk kwongk bolehlah.

Oh dah 53 tahun rupanya Malaysia......

53 tahun Merdeka, masih ada rakyatnya buang bayi?

53 tahun Merdeka masih ada rakyatnya amal rasuah?

53 tahun Merdeka masih ada rakyatnya kudung jari, mati terpelanting bermain mercun?

53 tahun Merdeka masih gagal memertabatkan Islam?

53 tahun Merdeka masih ada isteri pemimpin tak tutup aurat?

53 tahun Merdeka masih ada akhbar pembohong, penyebar fitnah, pembelit fakta, pendengki, penyiar keputusan judi 4-digit, dan banyak lagi?

Apa yang perlu dipijak......apa yang perlu dijunjung?

Segala kebatilan, ketidakadilan, kemungkaran, kepura-puraan perlu dipijak, dibuang dan dihapuskan melalui pilihanraya (PRU13 nanti). Segala keadilan, kebenaran dan segala yang hak perlu dijunjung.....dijulang.....dijuangkan dan dimertabatkan.

Monday, August 30, 2010

Kredibiliti Kerajaan pimpinan Najib tercalar

Kredibiliti Kerajaan pimpinan Najib tercalar apabila Kerajaan Kelantan memfailkan saman ke atas Petronas berkaitan dengan royalti minyak hari ini sehari sebelum Malaysia merayakan Hari Kemerdekaan ke53.

Soal menang kalah......itu soal kedua.....yang penting, Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya memayungi keseluruh Kerajaan-Kerajaan Negeri yang ada perlu ada kewajaran untuk mereka bermuhasabah apa yang mereka sudah sampai kepada negeri selaku negeri-negeri bersekutu.

Di mana slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?

Maka benarlah kata-kata dari YB Hanna Yeoh, Umno/BN bolehlah memiliki angka '1', tapi 'Malaysia'.....pulanglah kepada rakyat

'Katak Perkose' ibarat 'bom jangka'

Berkawan dengan 'katak perkose' diibaratkan seperti bermain dengan api. Membiarkan 'katak perkose' melompat ke hulu dan ke hilir ber'kwongk-kwongk-kwongk' dibaratkan seperti menyimpan bom jangka yang mana Umno sendiri sudah tahu jangka waktunya ia akan meletup.

Umno tiada pilihan......ditelan mati mak, diluah mati bapak.

Amat 'cerdik' bagi Umno jika masih mahu menyimpan sebuah 'bom jangka' yang mereka sendiri tahu jangka waktunya meletup.

Umno tidak perlu akan pakar pemusnah 'bom' untuk melupuskan 'bom jangka' tersebut.

Terpulang kepada Umno......menyimpan 'bom jangka' itu, sudah pastinya ia akan meletup pada PRU13 nanti yang akibatnya akan berlaku 'tsunami' yang lebih hebat dari PRU12 dulu.

Jika Umno 'melupus'kannya......sekurang-kurangnya ada sorang dua yang tinggal yang boleh dibuat baka kelak.......aduhai......

Tolong sikit......awak tu sapa?.....

Pihak yang mahu Namewee dibuang negeri hanyalah si-'Kambing UmnGoK' dan sepupu sepapatnya dengan si Katak Puru.

Kita ada undang-undang. Biarlah undang berjalan mengikut prosesnya tersendiri.

Nota:

Kau sapa nak tunjuk ajar Mahkamah?

Kau ingat Undang-Undang di Malaysia berkuatkuasa mengikut selera kau orang?

Kau orang ingat 'Pekose' boleh tunjuk-tunjuk jari kat Umno, kecualilah Umno dah jadi kuda tunggangannya.

Umno pula jangan berlagak Malaysia itu Umno dan Umno itu Malaysia.

Sunday, August 29, 2010

Kepala Otak Kamu lebih ber'geliga' dari Al-Quran?

Nazri (Umno) berkata: "Sudah sampai masanya Malaysia menghapuskan hukuman mati. Adalah menjadi kesalahan kita 'mengambil nyawa' orang lain (membunuh), maka dalam masa yang sama Kerajaan sepatutnya tidak melakukan perkara itu juga (melaksanakan hukuman mati)" [sumber .]

Manakala Al-Quran berkata sebaliknya.

Anda nak yakin kepada seorang 'pakar undang-undang' seperti Nazri atau anda nak berIMAN kepada ajaran Al-Quran iaitu Qalam dari Raja segala Raja, Pakar segala Pakar yakni ALLAH SWT Tuhan Yang Maha Mengetahui akan makhluk ciptaanNYA?

Bagi orang Umno sudah tertentu mereka akan yakin dengan 'kepala otak' Nazri tetapi bagi orang Islam selebihnya bagaimana?

Bahaya menimpa umat Islam apabila memilih pemimpin yang hanya bersandar kepada lojik aqal dan nafsu selera kepala otak mereka, kononnya kepala otak mereka 'genius' tanpa mereka sedari kepala otak mereka pun dukurniakan Allah SWT......bayangkanlah jikalau Allah me'mereng'kan kepala otak mereka.....

Nota:

Keuntungan kepada yang mempunyai otak mereng ialah hukum Taklif' diangkat keatas mereka......yakni tak yah solat dan seterusnya......alahai.....

Saturday, August 28, 2010

Umno......hanya jaga tembolok

Berdoa untuk orang bukan Islam dalam khutbah sudah.

Orang bukan Islam membaca Al-Quran pun sudah.

Orang bukan Islam memasuki Surau pun sudah.

Kesemuanya Umno 'flop'.

Markah 0/100 = F

Umno amat fobia kalau bukan Islam faham mengenai Islam. Umno akan mereng kalu bukan Islam mendekati Islam. Umno terus akan hilang aqal bila bukan Islam mendapat hidayah dan terus memeluk Islam.

Umno tidak fobia kalau pelancong bukan Islam mendekati Masjid kerana Umno tahu tujuan mereka datang hanya untuk bergambar......lagipun lagi ramai mereka datang, lagi banyak 'masyuuuk'.

Diandaikan pelancong asing mendapat hidayat hasil kunjungan ke Masjid sekalipun......tidak memberi apa-apa kesan ke atas undi ketika pilihanraya.

Menjaga kesucian Islam ialah dengan cara mengamal, mengsyiarkan, menyebarkan serta menjalankan segala titah perintah Islam dan meninggalkan segala tegahan dan larangannya.

Adakah Umno berminat ke arah itu?

Jangan kelentonglah Syeikh......jaga tembolok tu hingga besar.

Umno takkan sikit2 nak meroyan......alahai.....

Umno meroyan lagi.

Untuk nak meroyan tak payah ada ilmu. Bila ada sedikit saja ada perasaan benci, maka bila-bila masa seseorang boleh meroyan.

Untuk nak jadi 'giler' tak payah ada ilmu, bila hilang sedikit ke'warasan' dan disiplin ilmu yang ada maka seseorang boleh jatuh 'giler'.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan orang-orang bukan Islam boleh masuk ke ruang solat Masjid/Surah dengan syarat mesti beradab, yakni menutup aurat.

Naib Presiden PAS telah pun menegaskan seperti di bawah : Sila klikkan pada kerata untuk penjelasan selanjutnya.

Nota:

Kesalahan disini kerana Ahli Parlimen Serdang itu tidak bertudung.

Beliau tidak perlu dipersalahkan, mungkin beliau tidak mendapat nasihat daripada pengurusan Surau, tetapi itu bukan isunya atau 'subject matter'nya.

Samalah seperti kalau ada cerita 'seekor ular membelit mangsanya'......itu bukan cerita yang perlu mendapat perhatian ramai kerana almaklum sifat ular memang kerjanya membelit mangsa.....tetapi kalau ada peristiwa 'manusia membelit ular'......itulah cerita yang perlu mendapat perhatian orang ramai.

Nak senang cerita, kalau orang bukan Islam tak tutup aurat, itu bukan 'cerita'nya.....tetapi kalau orang Islam yang tak tutup aurat, itulah baru ceritanya...dan perlu mendapat teguran sana sini.

Takkan selama 50 tahun lebih memerintah, perkara asas seperti ini Umno masih tak faham dan meroyan tak tentu pasal?

Friday, August 27, 2010

Kimma jadi sayap Umno......alahai.....

PAS telah memberi ruang kepada penyokong tegar yang bukan bersama Islam untuk bersama-sama berjuang dengan PAS dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS yang telah dilancarkan pada parti 23 Mei 2010.

Umno juga memberi ruang kepada penyokong tegarnya yang berlainan bangsa walaupun seAgama, seSyahadah, SeUmmah iaitu KIMMA untuk bergabung dengannya tetapi tidak boleh terlibat dalam pengurusan parti.

Nota:

Bukti jelas sebuah parti yang mengamalkan per'milihan' kaum (bahasa yang lembut bagi perkauman) yang sempit walaupun seAgama, SeKalimah, SeSyahadah tetapi dek yang sorang tu keturunan India dan yang sorang tu keturunan Melayu......mereka tak boleh bersatu dalam satu wadah......alahai Umno.....sumber.

Islam yang Melayu Umno faham......

Ulama tua dan muda dalam Umno tercabar dengan keilmuan mereka. Kekadang mereka datang keliru lebih-lebih lagi kalau dah terlampau lama duduk dalam Umno.

Kekadang mereka datang berfikir Islam ni untuk orang Melayu sahaja ke.

Apa hal orang-orang Cina dan India yang masuk Islam, mestikah mereka memakai baju Melayu ketika bersolat?

Orang-orang Umno serta para Ulamaknya, adakah hanya nampak Masijd/Surau hanya boleh didekati oleh orang-orang bukan Islam hanya dalam konteks melancong.

Selebih daripada itu mesti disekat.

Di mana ilmu setinggi gunung tentang uslub dakwah yang dipelajari?

Adakah uslub dakwah itu akan tersekat dengan permainan politik yang sempit?

Nampaknya Islam yang difahami oleh Umno ni terlalu banyak di'melayu'kan sehingga terlalu banyak sangat pantang larangnya.

Kalau tak ada berarak Maulidurrasul dah dikira tidak Islam, kalau terlupa baca Qunut sudah dikira semacam tak sah je solat subuh, kalau tak buat bubur Asyuraa kononnya sudah lupa perjuangan Nabi Noh, kalau tak pakai baju Melayu ketika Solat Idul Fitri sudah dikira kurang Islamik, kalau tak tunjuk muka untuk semalam dua solat terawih disurau semacam tak sah dan banyak lagi 'khurafat' moden Melayu Umno.

Bila Umno berada di Mekah mereka boleh menutup lingkup badan mereka macam orang Arab kerana Melayu Umno faham mereka mesti ikut 'Islam Arab' ketika berada di Mekah, walhal di mana kita berada Islam hanyalah satu yang diantaranya menyuruh umatnya menutup aurat walaupun di mana kita berada.

Sebab itu bila kembali ke Malaysia mereka boleh meng'karat'kan rambut, boleh bertudung jambul kerana mereka semua kuat berpegang pada 'sufi sesat' mereka......biar tak bertudung.....janji hati bersih......eh wah...

Thursday, August 26, 2010

Bila bengong jumpa bangang......sap sap soi

Bengong: Wa mintak maaf wo. Kita olang ingat itu baling cat talak sensitif. Itu kita orang punya anak wo ada sikit2 kepala musing......ada sikit-sikit minumlah. Lu faham-fahamlah, lu orang pun ada pernah minum jugakkan.....mesti ada tau itu kepala pusing.

Bangang: Kita orang terima lu punya maaf. Kita orang tak kisah punya. Sebelum lu punya anak baling itu cat, kita orang sudah maaf.

Bengong: Kita orang janji, lain kali dia orang tak bikin itu baling-baling cat lagi. Minggu depan kita orang kasi bikin jamuan buka puasa untuk lu orang. Kesian lu orang.

Bangang: Apa lu ulang lagi. Kita orang sudah lupa oh itu peristiwa. Pasal itu jamuan buka puasa, kita orang banyak terika kasih, banyak pahale lu orang dapat beri makan orang puasa. Kalau senang-senang boleh beri selalu......u help me, I help u......

Bengong: Apa cerita itu polis lipot? Sudah tarik ke?

Bangang: Haiyaaa......mana ada kita orang bikin report. Lu jangan bimbanglah. Itu kes bakar geleja......itu lain cerita......itu bakar oh......ini simbah cat saja....boleh cuci maa. sap sap soi.....

Bengong: Telima kasih......telima kasut....

FELDA: Kau menipu Peneroka ye selama ni.....aduhai.....

Tak sangka kerja kau selama ni perah keringat peneroka. Kau penipu rupanya. Kau pembohong. Kau sanggup kelentong bangsa kau sendiri. Jijiknya hati kau. Kau tak terasa apa-apa ke bersenang lenang di atas titik peluh bangsa kau?

Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka.

Satu pukulan yang tepat menyinggah ke dalam gelanggang Felda, bukan duit menjadi ukurannya kerana kalau kalau sekalipun peneroka sudah menang dari segi moralnya tetapi mereka ingin mendedahkan kepada umum bahawa pengurusan Felda adalah seperti harapkan pagar, pagar tak boleh harap......memalukan.....

Kalau ada setitis maruah, sesiapa yang termakan cili atau sengaja makan cili atau memang dah lali makan cili......dah tak terasa pedas lagi.....cuma sekadar terasa pedar sikit-sikit di hujung lidah sila berundur.

Selebihnya sila baca di SINI .

Sokong Umno baru di'kira' patriotik maa......alahai.....

Untuk menjadi patriotik kepada negara, tidak semestinya membalut kenderaan dengan bendera, lepas tu bila memandu melanggar pula undang-undang jalan raya.

Saya sempat menyaksikan sebuah lori memasang dengan sederet bendera bersaiz besar disaman oleh polis trafik kerana memotong cilok sebelah kiri yang dengan sendirinya membahayakan penunggang motorsikal. Jadi memasang bendera bukan mendapat tiket untuk melanggar undang-undang jalanraya.

Menggunakan bendera untuk membalut tubuh sebagai baju, adakah itu menunjukkan seseorang patriotik? Memakai baju berbentuk bendera, lepas itu merempit, adakah itu patriotik?

PAS Kawasan Serdang tentu masih ingat ketika PAS juga ingin menyambut Hari Kemerdekaan pada sekitar tahun 2000+ (maaf, tahun sebenar lupa) dengan mengadakan berbagai acara kekeluargaan di Bukit Mahkota seperti pertandingan tarik-tali, futsal, bola-jaring, mengukur kelapa dan berbagai lagi. Kami dihalau oleh polis kononnya kerana memakai baju berlogokan 'bulan'.

Ini membawa maksud seolah-olah kalau nak ber'patriotik' mesti bersama-sama dengan parti pemerintah iaitu Umno/BN.

Masuk Umno baru dikira patriotik?

Sesiapa yang tidak masuk Umno dikira penderhaka? Siapa yang tidak sokong Umno dikira pengkhianat?

Biarpun pemimpin itu korup? Biarpun pemimpin itu menghina Islam?

Namun atas nama patriotik, Umno mesti disokong?

Di Malaysia nampaknya patriotik memang didefinasikan begitu......alahai.....

Wednesday, August 25, 2010

Bebal lagi......aduhai.....

Kalau DAP tak terima Hudud, PAS tak rugi apa-apa pun.

Begitu juga kalau PKR tak terima pun, PAS tak rugi apa-apa.

Kalau Umno dan rakan sekutunya tak terima, malah mempersendakannya pun PAS tak rugi apa-apa pun.

Jadi kalau pengutuk-pengutuk Hudud memikirkan, untuk menjatuhkan PAS dengan main isu Hudud, itulah hasil pemikiran yang bebal lagi beserabut.

Kalah menang dalam sesuatu pilihanraya adalah biasa......tapi kalau kalah dari hasil berpakat secara bebal.....yang ruginya siapa......yang untungnya siapa?

Takkan itu pun tak boleh berfikir......tak semudah itu untuk ke Putrajaya maa......

Bebal dari yang bebal?......alahai Umno.....

Melaka akan bina sekolah khas untuk mereka yang ter'mengandung', agar bila terlahir bayi yang tak berdosa itu tidak dibuang hasil dari pemikiran kepala otak orang besar Melaka.

Kahkahkahkahkah

Kalaulah yang perempuan yang termengandung itu seorang penjawat awam, bagaimana pula? Kalau ikut lojik kepala otak yang bergeliga orang besar Melaka tu, sudah tentu akan dibuat Pejabat Khas untuk yang termengandung.

Kahkahkahkahkah

Kalau wakil rakyat yang terlibat bagaimana pula? Oh......itu sonang bos.....wujudkan Dewan Rakyat Termengandung atau Dewan Undangan Termengandung.

Kahkahkahkahkah

Sekarang saban hari kita dengan ada kanak-kana hilang jari, mata nyaris buta......malah ada yang dah menjadi arwah terpelanting atas pokok.

Mungkin selepas ini tercetus pula pemikiran kepala otak bebal yang mencadangkan sekolah khas untuk murid-murid meletup mercun secara terkawal.

Kahkahkahkahkah.

Habis tu......apa citer dengan kes baca doa untuk bukan Muslim dalam Khutbah? Oh itu beres......sonang bah.....Sediakan satu Masjid, untuk bacakan doa untuk semua pemimpin Umno, MCA, MIC dan yang sewaktu dengannya.

Belum beres lagi weh......siapa Khatibnya?

Siapa lagi......Nazir Sekolah Termengandunglah. Siapa Nazirnya?

Tak tahu lagi? Siapa yang mencadang Sekolah Termengandung tu dulu.

Kahkahkahkahkah.

Terhutang budi......tergadai UNDI?.....

Apabila anak 'tiri'nya di Pulau Pinang umumkan akan beri 'bonus' raya sebanyak RM400 kepada penjawat awam, si bapak tiri tersentak mendengarnya.

Segala minuman tersembur keluar. Masa tulah datang memulas perut, dahi keluar peluh, kaki tangan dah terasa macam nak kejang.

Ini tak jadi nih, aku mesti mengumumkan sesuatu satu. Aku kena ambik hati penjawat awam di seluruh negara, samada mereka menyokong Pakatan Rakyat atau menyokong Umno, aku mesti tunjuk yang aku ni dermawan dan pemurah.

Maka diumumlah penjawat awam termasuk pesara akan menerima 'dut raya' sebanyak RM500 seorang sebelum 1 Syawal.

Nota:

Barang diingat, duit itu bukan duit keluarga sesiapa atau dari mana-mana syarikat sendirian berhad, duit itu adalah duit dari hasil negara......jadi sesiapa yang menerimanya tidak perlu terasa terhutang budi......nanti tergadai pulak UNDI.....haha...

Tuesday, August 24, 2010

Usahkan nikah gantung......baju pun tak sempat gantung.....

Mintak maaf Ustaz, bukan nak tunjuk pandai tapi saya rasa kurang setuju dengan cadangan Ustaz tentang nikah 'gantung' tu untuk mengelak gejala buang bayi.

Mereka ni buang bayi bukan pasal tak mampu nak kahwin, masalahnya mereka tak mahu kahwin, mereka cuma mahu seronok-seronok je.

Jadi dalam dok seronok-seronok tu, berlakulah terlebih seronok......bila terlebih seronok, maka akan berlaku terlebih umph.....bila sudah terlebih umph maka terlebihlah lajaknya Ustaz......diketika itu, usahkan nak bincang pasal nikah gantung.....baju pun tak sempat nak gantung lagi Ustaz.....maka 'lemas'lah mereka dalam lautan 'madu'.

Bila dah terlebih lajaknya Ustaz......maka faham-faham sendirilah.....akibat malu mengusung 'buyung'.....maka apabila tiba masanya, berlakulah perangai 'jahiliah' dahulu yakni pembuangan bayi tu.

Kalau ber'nikah gantung' sekalipun.....akan wujud pula perceraian remaja.....tidak menyelesaikan masalah jugak.....jadi kita kembali saja ke kaedah Al-Quran.

Selagi tak ikut apa yang Al-Quran cakap, gejala itu gejala ini tetap berterusan.

Sebagai langkah pertama, segala pintu yang menjuruskan kepada maksiat hendaklah ditutup. Kita harus berjuang ke arah itu dengan mendesak semua Kerajaan Negeri.

Langkah kedua, kita berjuang untuk mendapat majoriti yang amat selesa......ketika itu semua warga yang cintakan demokrasi akan akur dengan Hudud yang akan kita bawa selepas itu.

Jangan taik dibalas taik

Menunggu kenyataan dari pemimpin tertinggi Malaysia.

Harap-harap janganlah kenyataan itu sama wangi dengan yang dilontarkan oleh Wak-Wak Indon tu.

Nota:

Dah pandai main taik pulak Wak ni.

Jangan-jangan kerana tak puas hati gaji upah minima 'maid indon' kot.

al-brangi: Taik-taik tak mainlah......kecuali dalam sesuatu hal hanya taik dibalas taik......alahai.....

Kalau tak 'double-standard', bukan Umno

Dengar ceritanya, satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat isu 'khas' Umno, kononnya khatib tidak membaca doa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa khutbah kedua solat Jumaat, bahkan digantikan dengan doa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng.

Bila masa pulak Umno tiba-tiba tunjuk terlebih sayang pulak kepada Baginda nih. Tak malu kediri ke?

Kenapa dah dua tahun berlalu isu penyokong kepada seorang Menteri Besar negeri tumpahnya darah ku, merentang sepanduk seperti dibawah terlepas begitu sahaja.

Biar betul Umno, budak Tadika Kemas, bolehlah mu goreng......alahai.....itulah dasar 'double-standard' Umno, dan mereka memang sangat suka menangguk dalam air yang sangat keroh kerana memang hati mereka sentiasa keroh dan dalam hati mereka ada penyakit.....penyakit hasad dengki.

Monday, August 23, 2010

Mengimbau......zaman air batu habuk gergaji.....

Bila teringat berpuasa pada zaman kanak, bermacam-macam kenangan boleh diimbau kembali.

Kalau bersahur, sayalah orangyang paling akhir sekali bangun, bukan kerana nak ambik sunat mentakhirkan sahur......masa tu, mana tahu lagi pasal sunnah Nabi SAW. Saya masih lagi ingat, arwah nenek sanggup hantar minuman dan sepinggan nasi ke tempat tidur kerana nakkan cucunya berpuasa.

Ketika berbuka, saya akan pastikan Cik (panggilan Mak) mesti sediakan air sirap ais. Dirumah tak ada peti ais......ketika itu mana-mana rumah yang ada peti ais dah dikira kaya. Maka sayalah orangnya yang akan berlari kedai Mak Lenon untuk membeli ketulan ais yang disimpan dalam tong kayu penuh dengan habuk kayu (di panggil habuk gergaji). Ketika itu harganya hanya lima sen seketul.

Makanan kegemaran ketika berbuka ialah puteri mandi susu dan bubur lambuk. Bubur lambuk di Terengganu khususnya di Kuala Berang amat berbeza dengan bubur lambuk Kg.Baru. Bubur lambuk Cik sangat istimewa......dicampur pucuk paku midin (pucuk paku merah), lada hitam dan ikan panggang yang dihancurkan dan beberapa bahan lain yang saya tak ingat. Buah tamar ketika itu termasuk dalam kategori harga yang 'boleh tahan'......kami hanya makan sebiji berkongsi dua adik beradik. Sekarang baru saya faham apabila Ustaz membaca Hadith, digalakkan bersedeqah walaupun separuh biji tamar.

Masa yang ditunggu telah tiba......janji arwah ayah untuk menempah seluar panjang dengan kemeja dan sepasang baju melayu untuk buat raya sebagai 'balasan' berpuasa. Saya amat teruja dapat memakai seluar panjang kerana dah rasa jemu berseluar pendek ketika ke sekolah. Ketika itu peraturan sekolah ialah memakai seluar pendek dan Ustaz tidak pernah menekankan had aurat lelaki.

Masa untuk menyambut raya sudah dekat. Pada malam tujuh likur (malam 27 Ramadhan) kami sibuk membuat lampu pelita. Sebelum tujuh likur lagi kami sudah mengumpulkan tin susu untuk dibuat pelita.

Sebaik sahaja balik dari solat terawih, kami akan pastikan minyak dalam lampu tin itu ditambah. Bermain bunga api ketika itu termasuk dalam 'permainan' yang mewah. Maka kami akan pergi mengendeng dengan mereka yang 'berada' untuk mendapat sebatang dua.

Pada malam raya Cik dan arwah nenek sebuk di dapur, saya sudah terbongkang tidur kerana keletihan bermain di halaman rumah berkejaran di sana sini dalam suasana kampong.

Di pagi raya saya diajar untuk mandi sunat Idul Fitri oleh arwah bapa saya. Sebelum ke Masjid menunaikan solat, saya akan pastikan saya akan makan nasi dagang sepinggan, nasi himpit kuah kacang sepinggan dan ketupat daun palas empat biji. Arwah ayah selalu marah kerana saya terpaksa keluar masuk bilik air kerana qadar hajat kerana takut terlewat solat sunat hari raya......almaklum makan untuk meng'ganti'kan sebulan berpuasa.

Sekian catatan ringkas......kurang menarik tetapi cukup mengisafi buat diri ku.....

Orang Bagan Datoh tak risau ke?

INILAH rumah simpan mercun yang meletup dan mengorbankan seorang kanak-kanak di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, Kuala Terengganu semalam. (sumber .)

GAMBAR yang bertarikh 22 Ogos lalu menunjukkan pesawat pengebom tanpa juruterbang dilancarkan dari sebuah lokasi rahsia di Iran. (sumber .)

Dua senario berbeza.

Alangkah bangganya jika 'kepakaran' menggunakan bahan api digunakan untuk sistem pertahanan negara.

Alangkah mulianya jika nyawa terkorban untuk syahid di medan perang untuk menyelamatkan Malaysia.

Ada sesuatu tidak kena. Tidak mungkin saban tahun penyeludupan mercun begitu licik sekali.

Anda bayangkan jika musuh atau negara jiran dapat menyelinap masuk ke Malaysia dengan semua bahan api untuk memusnahkan negara, sama dengan kaedah penyeludupan mercun sesenang hati setiap tahun.

Apa akan terjadi?

Orang jaga askar dari Bagan Datoh tak risau ke?

UmnGoK terkejut beruk

Satu lagi soalan umnGoK dari si 'kambing' umnGoK.

Jawapannya di dalam soalan ini, "Kenapa Portuguese dapat serang Melaka pada 1511, sedangkan ketika itu mereka tidak tahu rupa bentuk bumi Melaka?'

Sunday, August 22, 2010

Siapa kata di Malaysia berbuka puasa makanan tak habis?

'Mereka; seronok ber'buka' di hotel ber'taik' bintang (makanan masih lagi samar hala/haramnta), walhal masih ramai lagi yang berbuka dengan air sejuk dan nasi tak berlauk

Kenapa ini masih lagi berlaku?

Adakah kita beramanah dengan Allah SWT.?

Saturday, August 21, 2010

Ulat gogok ke ulat taik?

Promosi pelancongan untuk menarik pelancong dari China untuk melawat Malaysia telah berjaya menarik ulat gogok datang untuk melancong (disebut dengan bunyi melacur) ke Malaysia. [Baca juga di sini .]

Oh macam tu......banyaaak cantiiik.....

Umno ajak PAS bersatu, malah sorang Mufti kononnya sanggup jadi orang tengah untuk tujuan itu.

PAS kata tak mahu, tapi Umno kata mahu.

PAS kata tak boleh, tapi Umno kata boleh.

Kenapa PAS kata tak boleh dan kenapa Umno kata boleh?

Ramai orang kutuk PAS, termasuk ahli Agama, NGO Islam kerana mereka berhujah PAS dan Umno adalah dari keturunan yang sama, dari bangsa yang sama, mengucap Syahadah yang sama, dari Agama yang sama yakni Islam, pakai samping songket yang sama, minum cendul yang sama, makan lemang-rendang yang sama, makan dodol yang sama dan berbagai-bagai hujah lagi.

Tak payah nak berhujah panjang lebarlah sampai berbuih-buih air-liur. Tak payah panggil lulusan pondok ke, lulusan Azhar ke dll.

Kami bukan apa, nanti bila kami bersatu dengan Umno, bila tangan-tangan lembut puteri-puteri Umno menghulur salam, bila kami tak sambut nanti aib mereka pulak.

Bila orang Umno ajak pergi kedai 'ekor', rumah urut, dangdut, konsert tahun baru, sambut hari kekasih, konsert merdeka......kami menolak, nanti mereka kata kami ni 'tok lebai' pulak.

Bila pemimpin Umno ajak masing-masing mencalonkan kroni dan ambil wang pengkhidmatan serta 'pelincir', nanti kami menolak, pastu dituduh kami tunjuk 'alim pulak.

Bila pemimpin Umno ajak mem'faraid' 'harta pesaka' hanya sesama Umno sahaja tanpa mengira hak kaum lain dan ketika itu kami tak setuju, nanti dikatakan kami ni kaki 'zuhud pulak.

Bila pemimpin Umno kata, undang-undang sekarang biarlah ia kekal, tak payah nak susah-susahkan diri digantikan undang-undang lain, nanti bila kami tak setuju, akan dikatakan kami ni jenis penderhaka pulak.

Habis dengan semua masalah di atas, kalau PAS dan Umno bersatu, di mana letak tempat duduk PAS?
......Tiba-tiba ada suara berbunyi.....tempat PAS hanya di Masjid, pemerintahan negara serah pada Umno.

Oh......macam tu.....banyaaak cantiiik.....

Batu Api UmnGok

Di antara syarat2 untuk nak buat Aqiqah kambing mesti cukup umur dan tidak cacat.

Maka sedarlah oleh kami penduduk bom (ba wau mim) ooooooppppps bumi, bawa kambing jenis UmnGoK tak boleh buat Aqiqah kerana tanduknya dan aQalnya cacat.

Woit kawan......memang boleh nampak tanduknya cacat......yang sebelah kanan terkulai.....yang sebelah kiri patah...badan luka2...kaki depan kudung sebelah.....tapi camana tahu aqQalnya cacat weh...

Tak nampak ke hari-hari dia melompt dua langkah ke depan...pastu undur satu langkah ke belakang.......bila beri makan daun nangka segar digeleng2 kepala.....bila diberi rumput kering yang dikencing kucing dimakan dengan lahapnya......aduhai.....

Nota:

Jangan cakap banyak, Enakmen Islam negeri2 Kelantan dan Terengganu (semasa PAS memerintah) telah pun dipinda dan dimasukkan Peruntukan Hudud.....kenapa Pusat sekat?

Friday, August 20, 2010

Ramai ke 'dalam'......satu mimpi 'ngeri'.....

Selepas Solat Asar tadi, mata terasa teramat berat......apa lagi, terus ambik bantal dan melabuh di bawah kipas.

Dapatlah lena dalam sejam lebih......bila jaga.....ingatan ku masih segar bertumpu pada mimpi tadi.....walaupun hanya sejam lebih memejam mata tapi sempat lagi bermimpi......haha.....

Dalam mimpi 'ngeri' itu aku nampak beberapa tokoh politik tanahair seperti Datuk Seri Anwar, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Tony Pua, Chua Soi Lek, Ibrahim Ali, Mahfuz, Salahuddin dan beberapa orang lagi yang memakai kopiah, berkemungkinan pimpinan tertinggi PAS berada di dalam bilik yang suram sedang merenung jauh ke luar. Ibrahim Ali juga kelihatan dalam bilik itu tapi wajahnya bersahaja dan cuba buat lawak tapi tak sorang pun melayannya.

Di luar kelihatan Mahathir, Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi dan Harussani datang menjenguk kedalam bilik itu, sambil tersenyum dan bercakap-cakap sesuatu di antara mereka. Sambil gelak besar, kelihatan mereka beredar selepas itu.

Nota:

Boleh sesiapa tolong tadbirkan mimpi ku itu?

Setuju tak?......tak salahkan?.....

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor secara terbuka menghamburkan ucapan rasis pada pelajar seperti dilaporkan di sini.

Nota:

Saya mencadangkan pasukan petugas itu memikirkan untuk mengesyorkan kenaikan pangkat dan bonus sebulan gaji dengan serta merta dengan syarat pasukan petugas memastikan beliau sudah menjadi ahli Umno dan mengundi dengan memangkah Umno untuk 3 kali pilihanraya berturut-turut......oooooppps mana nak tahu, kan undi anda rahsia...haha...

Tetapi kalau didapati dia menyokong Pakatan Rakyat, tukarlah ia ke suatu pulau yang hanya dia dan papan hitam saja yang wujud......lawak ke?.....Tak nak ketawa pun tak apa......aduhailah sayang.....

Timbalan Presiden Umno setuju ke tak setuju hingga herot mulut dengar cadangan saya?

Ini baru cadangan, bukan desakan......bolehkan?.....tak salahkan?.....

'SENDIRI' punya hal maka jadilah AUTA No.1.....alahai.....

  • Semua orang tahu Datuk Seri Anwar di 'lepuk' oleh bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor sehingga lebam matanya, tapi cuba dilindungi oleh Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) dengan mengatakan Datuk Seri Anwar SENDIRI mencederakan matanya......BOHONG No.1.
  • Dr.Pornthip kata mendiang Teoh Beng Hock bukan membunuh diri, tetapi dibunuh, tapi Peguam SPRM kata mendiang Teoh Beng Hock mencekik diri SENDIRI......AUTA No.1 (kerana katanya 4 Doktor lain kata Teoh Beng Hock bunuh diri kerana kononnya atas dasar majoriti......undang-undang rimba mana nih).
  • Bekas ADUN Permatang Selangor didapati mati bersama-sama pembantu peribadi (seorang wanita) dalam kereta yangsedang dipandunya, tiada kesan ditembak dari luar oleh pihak ketiga seperti dilaporkan oleh polis......ye yang ini baru diri SENDIRI yang tembak (itu pun polis tidak melaporkan, siapa tembak siapa......alahai.....)......aksi NGERI No.1
  • Hari ini Peguam Karpal Singh memfailkan memfailkan aduan terhadapBulleted List Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi - kes pertama di bawah Akta Kod Etika Hakim 2009 dan Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2009 yang mula berkuatkuasa Mac lalu. Berita selanjutnya sila klik pada keratan berita.
Nota:

Kalau le SENDIRI kena adu SENDIRI pula yang dengar kes......adesssssh.....maka jadilah ia AUTA No.1.....haha...

Fitnah wujud zaman berzaman

Kerjanya tak habis-habis buat fitnah. Jenis pedengki, busuk hati dan 'modal' terakhirnya mewujudkan perasaan gelisah di antara rakyat.

Mahu tunggu suatu masa penyebar fitnah ini menjadi muflis. Bila agaknya?

Tidak berhajat nak mengulas panjang, kerana penjelasannya amat jelas dikeratan berita ini. Untuk penerangan selanjutnya, sila klikkan pada keratan berita di bawah.

Thursday, August 19, 2010

Adessssss Rezeki di bulan Puasa, dapat RM15,000.00......TOLONG BACA.....

Selepas Zohor tadi ada terima satu SMS yang seperti tertera di bawah:

Saya terfikir jugak, takkan semudah itu saya menang, tapi peraduan semasa isi borang dulu.....pejam mata pun boleh jawab soalannya.

Wow! Ini mesti rezeki dibulan puasa. Dalam kepala dah berangan-angan, kali ni duit raya anak-anak buah akan dapat RM100 sorang.

Kalau anak-anak buah RM100, anak sendiri sudah tentu RM1000......habis tu isteri?.....sudah tentulah isteri dapat lebih dari itu.....waduh.....

Tapi kata orang 'Nothing is free in this world'.

Saya cuba jadi seorang 'penyiasat' kerana sebelum ini pernah tetipu dengan 'gores n menang'......ades.....pilu hati ku mengenangkannya.

Dalam hati saya SMS itu hanya 0.001% saja yang saya percaya, lantas saya terus menelefon nombor 0148662838. Yang menjawab menanyakan nama saya. (kalau betul nama saya naik, sudah tentu nama saya ada dalam senarainya.)

Saya memberi nama saya dan menanya namanya. Namanya ialah Abdullah bin Ismail dengan bersuarakan macam cina muallaf.(maaf, bukan menghina muallaf)

Dia membenarkan yang saya dipilih seramai 30 orang daripada beribu-ribu yang memasuki pertandingan dulu.

Dia kata saya tidak perlu membayar cukai dan hanya perlu memberi nombor akaun bank. Saya bertanya, kenapa tak bayar pakai cek je.....lagi senang. Dia kata tak boleh.(lagi membuat saya syak)

Saya kata, nanti saya pastikan dulu, selepas itu baru saya hubungi semula. Dia kata ok je.

Saya pun terus hubungi Shell Customer Service Centre di talian 1-300-88-1808.

Pegawai Shell itu mengesahkan setiap pemenang akan dimaklumkan sendiri oleh Ibu Pejabat Shell, pemenang hanya perlu menunggu penerimaan cek dari posmen sahaja dan SMS yang saya terima tadi adalah PALSU

Haha. Orang macam itu memang ramai sekarang......lebih-lebih lagi dizaman 'penyelarasan harga' sekarang ni.

Lepas itu saya menghubungi talian itu sekali lagi (dalam hati ingin memakinya......tapi nasib baik 'puasa' menjawab.....'aku berpuasa'...), saya kata, "Pasal duit RM15,000.00 itu, terima kasih sajalah." Dia terus mematikan panggilan saya.

Hahahahaha. Itu macam punya orang ada kaa?

Nota:

Tujuan saya masukkan entry itu agar jangan senang2 terpedaya dengan tawaran palsu seperti ini.

Sebelum ini berapa ramai yang terpedaya dengan bomoh.....pastu kena cabul dan rogol lagi.

Berapa ramai yang terpedaya dengan perpindahan wang juta2 dari Mat Itam Afrika.....

Berapa ramai yang hilang puluhan ribu hanya tergoda dengan teman kenalan dari internet.

Nasib baik bagi al-brangi, puasa menjadi benteng penipuan.

RM15,000 bukan kecik duit woh.....tak apa mungkin selepas ini akan dapat betul2 punya duit dari rezeki yang tak tahu dari mana.....

Apa beza Zoo dengan Safari ye?......alahai.....

Betul tu, Mahkamah bukan Zoo.

Inilah kali pertama saya bersetuju dengan si Kambing UmnGok.

Kalau bukan Zoo, mungkin Safari kot.

Tapi apa beza antara Zoo dengan Safari?

Entah, masa kecik-kecik dulu, bila pergi Zoo, kita kat luar, Singa kat dalam sangkar.

Tapi bila tengok kat National Geographic, Singa kat luar, penonton (pemburu) kat dalam kereta.

Terbalik pulak ya......alahai.....

Wednesday, August 18, 2010

Betul ke kerana mulutnya 'badan'nya binasa?....alahai.....

Orang tua-tua kata 'Kerana pulut santan binasa'

Masa zaman kecil2 dulu, pernah gak tanya Mak, apa makna tu. Kalau masukkan beras pulut dalam santan......apa terjadi.....meletup macam masukkan mercun dalam batang paip ke?

Mak kata, bila dah besar......bila dah kahwin.....suruh isteri masukkan pulut dalam santan.

Sekarang pulak durian di sana sini. Ada durian 'Musang King', D24, 3-biji RM10, 4-biji RM10 dan bermacam-macam lagi. 'Musang King' diibarat macam Mechedihlah, D24 macam Kamerilah, 3-biji 10 macam Proton dan 4-biji 10 macam Maibi......haha.....

Apalagi sehari sebelum puasa hari tu, orang rumah beli yang 3-biji 10 je......dimasukkan santan pekat, ditambahkan gula merah, durian dimasukkan seulas demi seulas......diletakkan di ats api yang sederhana dan dikacau perlahan sehingga masak......pekat dan harum aromanya.

Di dapur sebelah lagi (hahaha rice cookerlah) dimasak pulut yang bercampur santan cair.

Disejukkan dan dihidangkan......memang betul kerana pulut santan binasa. Saya nak buat pembetulan kepada peribahasa itu......'Kerana pulut Santan Durian binasa'.....semuanya 'binasa',,,,,errrrrght...

Disambung balik peribahasa tadi, 'Kerana Mulut Badan Binasa'. Saya tanya lagi Mak saya.

Macam biasa, Mak hanya berkata, jangan cakap lebih2, jangan cakap sombong, jangan sakiti orang lain......nanti badan binasa.

Saya naik takut bila Cik Gu bertanya soalan, saya hanya jawab sikit je, takut badan jadi binasa. Cik Gu hanya senyum bila saya kata begitu.

Rupa-rupanya memang betul kata Mak saya dulu......kerana 'Mulutnya'.....Nanti 'Badan'nya 'Binasa'.

Kerana 'Mulut'nya nanti kerjanya 'melayang' .....tu baru betul-betul 'badan' 'binasa'.....alahai.....apa yang dikata dari 'Mulut'nya itu?.....Sila baca di SINI .

Mana gua bunuh dili......maa.....hayya...

Gua sudah bilang dia bukan bunuh diri sendiri. Lu bilang gua punya Universiti, Malaysia tarak iktiraf. Itu gua tarak tau, tapi gua punya Universiti, 'top 5' di Asia, dunia iktiraf maa.
Lu orang kata dia cekik diri sendiri?

Hayya maa.

Gua macam pernah dengarlah itu ayat, ada orang kata mata itu orang lebam pasai dia hantuk dia punya kepala di kepala lutut.....lepas siasat punya siasat.....hayya ada orang kasi tumbuk dia punya mata.....hayya.....mahu tipu mesti profesional maa.....hayya.

[sumber .]
Nota:

Kita serah kepada kebijaksaan dan keamanahan serta ketakwaan Hakim untuk memutuskannya

Tuesday, August 17, 2010

Se'biji' diberi Soi Lek pada Muhyiddin

Presiden MCA, Chua Soi Lek telah beri satu "tamparan" kepada Timbalan Presiden Umno. "Tamparan" itu amat pedih bagi seorang Timbalan Presiden parti Melayu terbesar di dunia.
Untuk makluman, kesan lebam di pipi itu bukan dari "tamparan" Soi Lek sebenar, malah kesannya lebih dari itu. Baca SINI kesan "tamparan"nya.

Amat memalukan Presiden MCA yang sudah tidak popular lagi (hanya 9% saja mengundinya dalam satu KAJIAN) berlawan dengan Timbalan Presiden yang juga tidak .

Buang masa saja melayan kedua-dua 'pemain' itu, kerana mereka hanyalah melakonkan watak 'superhero' hanya semata-mata nak memulihkan imej masing-masing, samada secara individu atau parti masing-masing yang memang sudah tercalar pun.

Nota:

Rasa2nya orang ini sudah hampir pasti bertanding Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.

Timbalan Menteri......itu orang busuk jugak.....

Diam-diam duduk Datuk. Janganlah gundah bergulana, kita tidak perlu takut, sebab kita tidak bikin itu kerja banyak busuk.

Kalau dia orang repot sama polis, kita tarak hal punya, pasal kita tidak bikin itu kerja busuk.

Dulu punya orang adalah bikin itu kerja......apa nama.....sudah lupa...apa itu V - J I - - R A N ke...lebih kurang itu macamlah...tapi saya bersih jugak.....dia busuk jugak.

Sila check saya punya badan.....bersih jugak.....saya langsung tarak kudis.....sila test saya punya kencing.....bersih jugak.

“Mereka melakukan macam ini sudah lebih 10 tahun, saya percaya mereka akan terus buat seperti ini. Jadi saya tidak risau...,” kata Ahli Parlimen Tapah ini. [sumber .]

Sudah lama dia orang bikin itu cerita.....sudah 10 tahun.....sekarang umur saya berapa tahun.....you orang fikirlah sendiri.....dia orang busuk jugak.

Dia orang tarak fikir ke.....fitnah itu lebih teruk dari bunuh......aduhai.....apalah you orang.....busuk jugak.

Aduhai...... nasib si 'kuda kepang'.....

Gambar tiada kaitan dengan yang masih hidup atau pun mati

Al-Kisah


Ada orang menjadi orang gaji untuk menyara anak. Ok tu, rezeki yang halal lagi berkat.

Ada orang menjadi ahli korporat. Ok jugak tu, dapat duit banyak boleh bayar zakat, dapat bantu orang miskin.

Ada orang menjadi pegawai keselamatan. Lagi2lah oknya, ketika orang nyenyak tidor, mereka bersengkang mata menjaga orang yang nyenyak tidur.

Ada orang jadi pendidik. Oh bagus tu, menyampai ilmu yang bermanfaat sangat2 dituntut.

Ada orang menjadi peniaga barangan halal. Bagus juga kerana melaksanakan fardhu kifayah untuk kesejahteraan orang lain.

Ada orang menjadi ahli politik. Itu sangat2 dituntut untuk memperjuangkan keadilan.

Tetapi amat malang......ada orang sanggup jadi 'kuda kepang'......tuannya melompat, dia ikut melompat, tuannya men'cemetinya, dia 'redha' dan menyerah diri untuk di'cemeti', tuannya melompat macam orang hilang akal, dia pun sama melompat macam orang tak waras......akhirnya tuannya tumbang keletihan, dia pun jatuh lonlai ke tanah......aduhai.....

Monday, August 16, 2010

Teramat semput Umno sekarang

Umno semakin hari semakin semput.

Terasa semacam dicekik-cekik lehernya.

Dulu mintak talian hayat dengan PAS. Disuruhnya Tok Peti menyeru PAS agar diberi talian hayat itu tapi tak berjaya, bahkan makin semput

Sekarang MCA pulak semacam mencekik-cekik, merobek-robek leher Umno macam anjing gila mengamuk, maka tiada siapa yang sudi menolong...... 'Perkasa' pula makin membuat keadaan menjadi parah.....MCA hanya senyum sumbing pada 'Perkasa'......alahai.....

Nota:

Sepatutnya Umno suruh Tok Peti mentalkin saja......dah tak larat Umno nak menunggu PRU13.

PANAS!!! Timbalan Menteri......mengedar 'pelacur kelas atasan pd VIP?'

Apa? Seorang Timbalan Menteri? Mengedar pelacur ? Salah laku seks? Mengedar?

Timbalan Menteri yang mana satu? Siapa yang jadi pelacur......edar pada siapa? Buat seks dengan siapa? Mengedar apa? Air Ketum ke? Mengedar gula ke? Mengedar buah tamar ke? Ke.....mengedar dadar?

Ya, memang benar seorang Timbalan Menteri telah dilaporkan ke polis kerana beberapa salahlaku dan kegiatannya.

Siapa ya?......BNlah.....mana ada lagi Pakatan Rakyat memerintah.

Dalam laporan kepada polis itu......Timbalan Menteri itu dikatakan mengedar pelajar kolej sebagai pelacur kelas atasan kepada beberapa VIP.

Untuk keterangan lanjut sila baca SINI .

Untuk dirinya sendiri....beliau mana boleh lupa.....orang Umno/BN tak akan lupa pada diri sendiri punya.....dia juga terlibat beberapa kes salah laku seks.

Salah laku seks tu apa?......Woitttttt berzinalah.....dengan siapa?.....Mana aku tahu.

Beliau juga dikatakan ada juga mengedar dadah.

Aduhai.....rakyat pilihnya untuk jadi wakil kepada rakyat.....bukan wakil kepada penggila seks...dan wakil kepada penagih dadah.

Nota:

Umno/BN wajib ditolak dalam PRU13......terlalu banyak kemungkaran kepada Agama dan rakyat.

Insaflah wahai rakyat......cukuplah.....jangan turut bergelumang dalam najis maksiat ini.

Usah lagi beri peluang terakhir kepada Umno/BN......kerana banyak lagi punah ranah kepada orang Melayu khususnya.....kerana bangsa yang amat dimegah-megahkan.....bangsa juga yang dihancurkan......aduhai.....

Sudah banyak petanda Umno/BN akan tumbang dalam PRU13 nanti.

Umno Terengganu 'gocoh'......rakyat dah naik 'cika'

Umno Terengganu masih lagi berkelahi sesama sendiri, mereka masih lagi berbalah sesama sendiri walaupun pimpinan Umno Terengganu menafikannya. Ini di 'pecah-rahsia' sendiri oleh Ketua Perhubungan UMNO Terengganu seperti di sini .

Umno Terengganu berkelahi bukan pasal berebut bubur lambuk, jauh sekali berebut air tebu. Mereka berkelahi kerana makan 'bubur lambuk' tak 'kenyang', mereka berbalah kerana minum 'air tebu' tak hilang 'haus'.

Umno Terengganu berkelahi bukan pasal berebut ikan kembung, jauh sekali berebut sotong. Mereka berkelahi kerana 'harga' ikan kembung di 'Besut' tak sama dengan 'harga' ikan kembung di Kemaman, mereka berbalah kerana 'Tok Peraih' di Besut tak ngam langsung dengan 'Tok Peraih di Kemaman.

Eloklah mereka bercakaran kerana rakyat Terengganu dah 'puas' dah makan ikan kembong dari Besut, malah dah 'cika' dah makan sotong dari Kemaman.

Sunday, August 15, 2010

Setahun berlalu.....

Hari ini, genaplah satu tahun saya bersara daripada perkhidmatan, bermakna hari ini hari ulangtahun kelahiran saya, bermakna usia saya bertambah satu tahun lagi dan ini menjadikan baki usia saya makin berkurangan. Apabila berkurangan bermakna makin dekat dengan kematian

Saya amat bersyukur masih lagi bertemu Ramadhan yang mulia ini.

Langsung saya tiada menyesal mengambil keputusan membuat 'optional retirement' kerana terlalu banyak perkara yang saya tidak sempat mengerjakannya terutama dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan Ibadat khusus atau yang berkaitan dengan Agama, walaupun berkhidmat sebagai seorang Pegawai Kerajaan itu pun dikira sebagai sebahagian daripada ibadah.

Kerana kehidupan kita tidak cukup dengan hanya berhubung dengan manusia, tapi kita juga amat dituntut menjaga khidmat kita serta hubungan kita dengan Allah SWT.

Perjuangan menegakkan Agama Allah amat dituntut dan ini hanya dapat dilakukan melalui siasah (politik) dan ini amat terbatas semasa di dalam perkhidmatan dahulu dengan kekangan masa dan 'General Order'.

Bercakap pasal siasah (politik) saya juga tidak menyesal memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

Di Malaysia, dengan demografinya (ada tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina, India dan beberapa kaum lain di Sabah dan Sarawak) sebegitu rupa, PAS tidak boleh ber'seorangan' meneruskan perjuangan. Di situlah lahirnya Pakatan Rakyat.

Saya amat yakin dengan langkah yang diambil oleh PAS melalui bersatu dalam Pakatan Rakyat melalui pendekatan 'Tahalluf Siasi' (terlalu akademik untuk berhujah di sini), yang secara kasarnya bersatu untuk tujuan yang satu, sama-sama menyusun langkah ke Putrajaya dengan memenangi pilihanraya secara demokrasi untuk menyediakan satu lanskap politik baru di mana keadilan akan tertegak dengan rasuah dihapuskan serta kebajikan rakyat ditentubereskan dahulu sebagai asas.

Saya berkeyakinan beberapa institusi dan agensi Kerajaan yang lain akan mengalami beberapa proses 'revampment'. secara berperingkat-peringkat, kearah mem'baik-pulih' apa yang sudah 'rosak' apabila sudah bertapak di Putrajaya nanti.

Bubur Lambuk 1Malaysia?......alahai Melayu kaum ku.....

MENTERI Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (lima dari kiri) dan Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Samad (lima dari kanan) mengacau bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk 1Malaysia Amal Media di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, semalam. Ia adalah program kali ketujuh anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Pengarang Kumpulan NSTP. - Foto Surianie Mohd Hanif. Gambar hanya sebagai hiasan.

Aduhai......orang Melayu.....bubur lambuk dikaitkan dengan Ramadhan, bulan yang paling mulia dalam Islam. Tsk habis di situ.....bubur lambuk dikaitkan dengan 1Malaysia...maka diberi nama Bubur Lambuk 1Malaysia

Alahai.....jangan pulak bulan yang mulia itu di mana Al-Quran diturunkan dan setiap amalan mereka yang sudah beriman dilipat-ganda ganjaranya oleh Allah SWT satu masa diretorikkan menjadi Ramadhan 1Malaysia atau diringkaskan menjadi 1Ramadhan.

Jangan terkejut kalau satu hari nanti ia difatwakan boleh walaupun Ayat Al-Quran, Surah Baqarah : 183 – 185) yang bermaksud seperti di bawah amat jelas untuk orang-orang Islam :

“Hai orang-orang yang beriman diwajbkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa, (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) : memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan bulan yang didalamnya diturunkan Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil). Karena itu, barang siapa diantara kalian hadir (dinegeri tempat tinggalnya) dibulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.

Nota:

Rasa-rasa tak lalu nak makan bubur tu kalaulah diberi percuma pun, bukan apa, dikhuatiri rambut-rambut ber'karat' itu jatuh berhelaian dalam bubur.

Apa macam Jakim, ada harapan dapat sijil HALAL tak?

Yang ini baru 'ADA TULUR'......alahai.....

Kalau Tony Pua di'hadiah'kan sebutir peluru hidup kerana beliau baru mencadangkan pembelian rumah mewah (kalau mewah sudah tentu lima-enam ratus ribu ringgit ke atas) ditiadakan 'discount' harga kepada bumiputra (hanya mereka yang berkemapuan sahaja yang mampu beli).

Mungkin 'desakan' yang pemuka-pemuka Umno seperti Pemuda kepada parti yang kononnya parti terbesar Melayu di dunia, 'Perkasa?', Pekida, GPMS, PPIM akan ber'musyawarah' untuk memberi 'hadiah' melalui khidmat pos laju yang berupakan sebiji roti 'TULUR ADA' sebagai tanda hormat kepada jaguh 'akrobatik' negara ini.

Seterusnya sila baca di sini .

Saturday, August 14, 2010

Dinar Emas untuk 'aksi akrobatik'......OK?

Saya daripada dulu lagi tidak percayakan tahyul atau perkara yang sewaktu dengannya.

Ada orang berkata kalau rupa bibir nipis di atas, awas dan berhati-hati bila berbicara dengannya.

Didepan kita dia mungkin kata OK, tapi dibelakang kita, sifatnya telunjuk lurus, kelingking berkait.....dia akan tikam belakang.

Cakapnya tak boleh pakai kerana lidahnya ber'cabang dua'.

Sekarang sifat sebenarnya sudah mula terserlah, tak percaya? Baca di sini seterusnya.

Nota:

Dulu dia pernah berkata PAS, satu-satunya yang boleh dominan dalam PR dan terus menjadi pemain utama.

Ramai yang syok sendiri dan mula perasan, pada hal (walau pun betul bacaannya) kenyataannya itu bertujuan melaga-lagakan di antara PAS dengan PKR.

Sekarang kenyataannya berkaitan dengan dinar emas, ia cuba melaga-lagakan di antara PAS dengan DAP pula.

"Abah, dia pegang tangan kita......"

Dua tahun yang lalu ketika pulang berHari Raya di Kuala Berang, saya sempat mengunjungi 'Bazar Kuih Muih' di sekeliling Padang Astaka.

Ketika sedang berputar-putar mencari juadah kegemaran iaitu kuih 'Qasidah' dan 'rojak kateh', saya mendengar suara orang muda sedang memujuk seseorang untuk bersiar-siar menaiki motorsikal dengannya. Suaranya amat 'daring' sekali......mungkin ia merasakan ia tak rugi apa2 kalau pun bakal simangsa menolak pelawaannya.

Saya masih ingat dia memujuk, "Nah Dik, topi keledar, jom kita naik motor."

Saya tak ambil peduli dengan siapa si Mamat itu pasang perangkap kerana masih leka mencari kuih istimewa itu, tapi kalau mangsanya dipaksa.....sudah semestinya saya masuk campur.

Tiba-tiba saya terdengar suara yang diajukan itu menjawab, "Bawak dua topi keledar, bapak saya....."

Saya semacam perasan dengan suara itu, belum sempat saya menoleh, anak perempuan saya mencuit saya dan berkata, "Abah, dia pegang tangan kita....."

Bila saya toleh, si Mamat tu terkejut beruk, belum sempat saya nak habiskan ayat 'pembaik-pulih' mukanya, "Mu nak......", mencecet si Mamat tu lari.

Nota:

Bukan semua pengunjung 'Bazar Kuih Muih' ingin mencari kuih, malah ada sesetengah daripada mereka mencari lebih dari itu.

Bayangkan kalau anak saya atau anak anda berseorangan, apa akan terjadi?

Apakah bumi Malaysia ini sudah tidak selamat untuk warganya?

'Puteri-Mandi' bergelimpangan......cendul bercucuran

Kta berharap para peniaga banyak-banyak bersabar dalam peristiwa di'pukul' ribut semalam.

Mungkin pakar kaji alam boleh membawa berbagai tiori berkait dengan fenomena alam, tetapi janganlah anda lupa, segala tiupan angin dan sestiap sesuatu di dunia ini, segala pergerakan adalah di dalam ilmu Allah dan setiap Malaikat ada tugas masing-masing.

Para peniaga serta pengunjung berbanyaklah bermuhasabah diri. Pastikan solat Asar tidak luput serta ditinggalkan, peniaga dan pengunjung menutup aurat dan menjaga adab2 dan sebagainya.

Kalau boleh jangan kaitkan Ramadhan dengan pesta juadah. Ramadhan terlalu suci untuk dikaitkan dengan cendul, tahi itik, jala mas, ayam percik, baulu berinti, puteri mandi dll.

Tak boleh ke 'bazar Ramadhan' ditukar nama kepada Bazar Kuih-muih atau seumpamanya?

Nota:

Saya tidak boleh membayangkan kalaulah 'sekolah bunting pagi' itu menjadi kenyataan, jika kejadian semalam berulang......bayangkan bumbung 'sekolah bunting pagi' berterbangan, ibu muda 'bunting pagi' berteriakan, bayi berselerakan.....aduh.....ini tidak mustahil berlaku.....insaflah wahai saudara ku.....campaklah ego tuan ke tepi sebelum ribut datang tidak berperi.

Antara 'kencing' Malik dan Malik di'kencing'......mana bisa.....?

Kes 1

Pada PRU10, tahun 1999, Sdr. Abdul Malek Hussin telah 'kencing'kan PAS. Beliau dicalonkan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak pada penamaan calon pada siangnya, tetapi disebelah malamnya tup tup keluar berita, beliau telah menarik diri.....beri menang percuma pada calon BN.

Ketika itu kami sedang memasuki Bilik Gerakan PAS Bandar Baru Bangi II untuk mulakan tugas, tiba2 ketika melangkah masuk kami ternampaka gambar Abdul Malik Hussein diletak di atas alas kaki. Setiap yang masuk ke Bilik Gerakan akan memijak gambarnya.

Itulah hukuman paling ringan bagi sorang yang suka 'kencing'.

Kes 2

Pada 18 Oktober 2007, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meng'anugerah'kan beliau RM2.5 juta kerana beliau mendakwa disiksa semasa dalam tahanan ISA.

Semalam Mahkamah Persekutuan membuat keputusan sebaliknya, malahan beliau dikehendaki membayar kepada Mahkamah sebanyak RM20,000.00 kepada Mahkamah.

Dalam lain perkataan beliau di'kencing' sebegitu rupa......begitulah Qadar dan Qada'.....

Nota:

'Kencing' siapa yang paling bisa?

Friday, August 13, 2010

Apakah kita sudah lupa......?

Kita yang masih dikekalkan iman serta dikekalkan sedikit perasaan sayang, tentu sekali merasa sedih dan marah kepada mereka yang masih lagi sanggup membuang bayi.

Saya percaya mereka yang membuang bayi itu masih ada perasaan sayang serta penyesalan yang amat.....tapi apa boleh buat.....keadaan memaksanya bertindak di luar batas manusia yang masih berakal dan berperasaan.

Hukuman yang berat seperti menjatuhkan hukuman mati memanglah sekali fikir, itulah hukuman yang paling sesuai kerana betapa marahnya kita kepada pelaku yang tidak berperikemanusiaan.

Persoalannya, adakah ia boleh menyelesaikan segala masalah gejala remaja yang menjurus ke arah melakukan seks secara bebas yakni berzina di mana di akhirnya bayi dibuang untuk mengelak malu kepada kekawan, masyarakat dan sudah tentu kepada keluarga sendiri.

Sekali fikir amatlah tidak "adil" kepada mereka, setelah persekitaran yang 'sedia' "terhidang"seperti pergaulan bebas, bahan rangsangan seperti dadah, VCD/DVD lucah, pengaruh internet, tempat hiburan, konsert, pendedahan gambar2 serta cerita-cerita sensasi selibriti di TV, akhbar dan majalah sudah cukup untuk merangsang remaja yang sememangnya ingin mencuba apabila berpeluang.

Apakah pihak yang berkuasa sudah berputus asa sehingga lupa, bahawa kita ada Agama yang boleh menyelesaikan segala masalah manusia kerana kita ada Penjaga Yang Maha Mengetahui akan manusia ciptaanNya?

Kembalilah kepada Al-Quran.

'Hang Nadim' dengan Dirham Emas...Perak

Kalau tak berdaya dan berupaya nak lakukan benda yang sama, kalau tak terfikir atau jahil dalam bidangnya......jangan berhasad dengki dan mem'bunuh' idea pintar ini.

Teringat akan kisah Pulau Tumasek dilanggar sang todak suatu waktu dahulu. Seluruh cerdik pandai dan pencacai pemerintah kekeringan idea. Beribu-ribu rakyat mati setiap hari kerana arahan yang kurang cerdik dari pemerintah......menyuruh rakyat menahan betis masing-masing.....maka matilah rakyat dilanggar todak.

Suatu hari muncul seorang kanak-kanak pintar bernama Hang Nadim......beliau mencadangkan ditanam pokok pisang di sepanjang pantai.....idea yang baik.....bergelimpangan todak mati tercucuk muncungnya di batang pisang.

Patut atau adilkah Hang Nadim di'hukum bunuh'?

Thursday, August 12, 2010

'Tulur Tarak'

Ada satu pertubuhan politik, mereka amat terkenal kerana mahir bermain dengan senjata.

Namakan ia keris, lembing dan beraneka jenis senjata tradisional lagi......dalam pada itu, mereka juga amat terkenal kerana mereka juga handal dengan senjata moden.

Tapi, sehandal mana pun mereka......mereka hanya mampu tunduk......tidak melawan.....terkedu.....melopong.....dengan karenah mamak kedai kopi.

Ada sorang yang dipercayai berasal dari spesis yang amat tegar 'gedebe'nya melaung dengan garang, "Mamak! Roti telur satu."

Mamak menyergah balik,"TULUR TARAK (tak ada telur)"

Tercengang orang itu sambil meraba-raba akan sesuatu pada seluarnya sambil mulutnya terkumat-kamit, menyebut2 akan dua perkataan itu, "TULUR TARAK (tak ada telur)?"

Dalam kepalanya, terfikir2 olehnya, "Betul ke aku tak ada telur?" (pada hal mamak tu bermaksud telur di restoran sudah habis)

Kenapa mesti dia perasan?

Selanjutnya sila baca SINI .

Sifat Hipokrit......biasalah.....

Inilah sifat talam dua muka......hipokrit.

Dalam satu masa kamu membuat liputan yang meluas akan kehebatan bazaar Ramadhan, siap mengadu-domba lagi apabila peniaga bazaar Ramadhan buat kecoh di KOMTAR, Pulau Pinang kerana menangguk di air keroh agar Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sentiasa 'keroh'.

Di masa yang lain pula kamu seolah khuatir akan matlamat puasa pengunjung yang berpesata membeli juadah di bazaar Ramadhan.

Di dalam bulan Ramadhan umat Islam dianjurkan beramal kerana berbagai-bagai fadilat yang di limpah-kurnia oleh Allah SWT.

Manakala di dalam ibadat puasa, matlamat hanya satu, yakni untuk mencapai ketakwaan.

Bila sudah mencapai ketakwaan, dengan sendiri seseorang itu akan tunduk patuh dan menunai akan segala perintah Allah SWT dan akan meninggal akan segala larangan Allah SWT.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung (104). Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat (105).”
[Al-Quran: Surah Ali ‘Imran, Ayat: 104-105]

Wednesday, August 11, 2010

Anak bulan dah nampak......ungu warnanya.....

Ada si mamat tu macam tak nak raya tahun ni.

Beraya hanyalah bagi orang yang berpuasa.

Buat fitnah di bulan puasa, apa hukumnya......mungkin dah nampak anak bulan kot.....berkeping-keping dan hanya ungu warnanya......banyak bersabar Kak Wan.

Rindu seorang ibu...........

Semalam anak saudara hantar SMS, "Tok Wan tanya, Raya bile balik?"

Aik, belum pun puasa lagi......tapi bila difikirkan sedalam-dalamnya, baru saya faham.....begitulah rindunya seorang ibu kepada anak-anaknya, kepada menantu-menantunya dan kepada cucu-cucunya.

Sebenarnya emak saya seorang yang bertimbang-rasa. dia tidak 'demanding'......dia amat faham dengan kedudukan anak-anak menantunya serta cucu-cucunya yang tinggal nun jauh di Selangor.....dia amat faham akan perbelanjaan yang tinggi untuk berulang-alik setiap bulan ke Kuala Berang.....cukuplah sekadar balik beraya setahun sekali sekurang-kurangnya.

Tapi saya tetap menguatkan semangat untuk pulang ke Kuala berang sekurang-kurangnya 4 kali setahun. apalah ada dengan wang ringgit berbanding dengan redha seorang ibu.

Saya masih beruntung kerana masih lagi memilik ibu kandung, ibu tiri dan ibu mertua.

Kata Ustaz, amat malang seorang anak yang masih memilik ibu kandung, ibu tiri dan mertua tapi tidak dapat memberi khidmat kepadanya.

Khidmat disitu amat luas maknanya.....termasuk menziarahinya, menghulurkan bantuan kepadanya walaupun tidak terlintas dari hati seorang ibu atau bapa untuk meminta balas akan apa-apa yang diberi semasa proses penjagaannya semasa kecil hingga besar, sentiasa menelefon menanya khabar berita darinya.....dan berbagai cara lagi untuk menyukakan hatinya.

Kata Ustaz lagi taraf ibu kandung, ibu tiri dan mertua adalah sangat tinggi dalam Islam.

Ketiga-tiga mereka tidak batal wuduk bila bersentuh dan tidak boleh mengawini mertua dan ibu tiri apatah lagi ibu sendiri.

Kata Ustaz lagi, jika kita mahu anak-anak kita, menantu-menantu kita serta cucu-cucu kita menyayangi kita kelak.....maka sayangilah ibu kita, sayangilah mertua kita dan sayangilah ibu tiri kita.

Alhamdullillah, saya tidak pernah menderhakai ibu tiri saya yang 'sangat' ramai.

Malah saya masih menziarahi satu-satunya ibu tiri yang masih hidup. Hikmahnya saya sangat rapat dengan cucu serta cicitnya iaitu anak saudara dan cucu saudara saya.

Saya juga terasa amat bangga apabila suatu hari saya menziarahi salah seorang daripada ibu-ibu tiri saya untuk mencium tangannya ketika hendak menunaikan fardhu haji suatu ketika dahulu.

Ibu tiri itu berkata, "Cik (gelaran emak bagi sesetengah orang Terengganu) tidak pernah berasa hati dan Cik tidak pernah diderhakai seperti mana sesetengah adik berdik yang lain."

Menitis air mata saya bila mengenangnya. Semasa pemergiannya ke Rahmatullah dahulu, saya hanya sempat balik semasa majlis tahlilnya sahaja, tetapi itu sudah cukup untuk merapatkan perhubungan dengan adik beradik saya hasil perkahwinan ibu tiri itu dengan arwah bapa saya.

Justeru itu, semasa kita masih lagi diteruskan hayat oleh Pemilik Hayat ini, semasa kita masih lagi dan akan sentiasa menikmati rezekiNya setiap detik ini, sayangilah kedua-dua orang tua kita, sayangilah mertua kita, sayangilah ibu-ibu tiri kita......InsyaAllah kita akan disayangi oleh anak-anak menantu dan cucu kita suatu hari nanti InsyaAllah.

Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala kesalahan dan dosa-dosa ibuku, bapaku, ibu mertuaku, ibu-ibu tiriku, kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani kami semenjak kami kecil lagi sepertimana aku ingin anak-anakku, menantu-menantuku dan cucu-cucuku mendoakan aku kelak setelah aku tiada lagi di bumi Mu ini.

Ya Allah janganlah Engkau membalas kepada ku akan kealpaan ku menziarahi mereka dengan mendorongkan anak-anakku, menantu-menantu ku, cucu-cucuku kelak melupaiku, tidak menghormati ku kelak, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui., Maha Lemah Lembut, Tuhan yang tidak Pendendam.

Ya Allah Engkau peliharalah dan Engkau jagalah ibuku, bapaku, mertuaku dan ibu tiriku sekiranya aku alpa dan gagal menjagai dan memelihara mereka sepertimana aku tidak ingin anak-anakku, menantu-menantu ku serta cucu-cuku melupaiku kelak, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Adil dan Maha Pendengar lagi Maha Penimbang-rasa.

Ameen Ya Rabbal 'alameen.

Beres Bung

Beres Bung.

Apalah sangat dengan duit RM1000.00 berbanding dengan ribu-ribuan yang ada.

Tapi maruah tidak boleh digalang-ganti walaupun dengan 5 sen......alahai.....