Followers

Saturday, July 31, 2010

Antara 'Kepala Otak' dengan 'Kepala Lutut'

Esok, Ahad 1 Ogos, Khairy Jamaluddin akan berhadapan dengan Ibrahim Ali dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 yang berkemungkinan bertukar menjadi debat.

Pihak penganjur membuat 'kesilapan' yang amat besar kerana memper'laga'kan juara 'middle-weight' dengan juara 'flyweight'.

Juara 'middleweight' yang amat petah berbahasa inggeris dan memang seorang ahli pemidato akan menentang juara 'flyweight' yang kepetahannya ditahap kedai kopi......jenis 'keras-keng' yang jika berbahasa inggeris.....mat salleh bertempiaran lari kerana ingatkan ia sedang memaki dalam bahasa Perancis.

Debat itu juga akan menjadi 'anti-climax' kerana yang sorang tu menggunakan 'brain' dengan tinggi hujah ilmiahnya sesuai dengan 'brain' yang terletak tinggi di kepala sebelah atasnya.

Manakala yang sorang lagi menggunakan 'brawn' ala-ala 'keras-keng' yang terletak di kepala sebelah bawah (kepala lutut) dengan hujah ala-ala 'ilmiah kedai kopi'. Fikirannya hanya totok dengan perkauman yang sempit

Pendekkan cerita yang sorang lagi kalau kekal dalam PAS boleh jadi 'Ketua Keselamatan' Unit Amal, manakala yang sorang lagi, kalaulah beliau berada dalam PAS, banyak ideanya boleh diterap, tetapi sayang kedua-duanya mencari jalan mudah untuk berpolitik.

Berpolitik ala-ala 'secular' memang amat senang kerana ia banyak berpolitik mengikut perkembangan semasa tanpa dikawal oleh arahan Agama kerana ia hanya mengikut kehendak majoriti walaupun bertentangan dengan arahan Agama.

Dari jenis manusia, reptalia, jin dan benda tak bernyawa.....semuanya digunapakai.....

Kalau dari jenis manusia, semua dah digunapakai.

Digunakan dari Tok Lebai, Imam Kampong, Cik-Gu-Cik Gi, Pensyarah, Pak Profesor jenis kangkung, sawi, lobak, bloggers cari makan, bloggers kedai bundle, bloggers reject shop, artis dan selebriti, NGO berjalan kaki, NGO naik 50 buah bas, Ulamak Muda, Ulamak Tua hingga lah ke Mufti.

Dari yang jenis jin, apa kurangnya......semua menjadi khadamnya.

Digunakan 'hantu-raya' untuk tambah undi, hantu pocong serta hantu kubur untuk 'manipulate' undi hantu Pos, 'pelesit' dan 'polong' untuk menakutkan pengundi dan pembangkang.

Digunakan benda yang tak bernyawa untuk membantunya seperti menggunakan bas sekolah, bas kilang, bas pelancong, surat khabar, TV, kain pelikat, kain batik, 'kuda-kepang', 'kuda-kayu', 'terompah' kayu dll.

Dari jenis reptalia pun digunakan juga.

Binatang seperti 'katak, 'ular', keldai, baghal dll semua ditunggangnya.

Itulah tandanya orang yang terdesak kerana nak menyelamatkan nyawanya yang berada diambang 'sakaratul-maut'......alahai Umno.....

Menangkap pun senang......

Timbalan Presiden Umno yang bijaksana kata pendakwaan 'jerung' besar itu adalah bukti sistem perundangan dan kehakiman negara tidak berat sebelah.

Ia juga membuktikan sistem perundangan di negara ini adalah saksama dan telus kerana tindakan tetap diambil walaupun terhadap seorang bekas anggota Kabinet BN.

Yelah tu.

Hamba amat faham akan keikhlasan Umno/BN untuk mengakkan kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan.

Nota:

Tiga malam lepas saya buat operasi besar-besaran......operasi menangkap tikus. Saya gunakan perangkap sangkar besi ber'umpan'kan kelapa goreng.

Wow......berkesan sekali.....tiga malam berturut-turut tikus masuk dalam perangkap.....besar dan 'montel-montel'.....bermakna sudah tiga ekor tikus masuk perangkap.

Saya amat 'geli' dengan tikus.....jadi operasi mem'bunuh'nya dengan cara yang paling tidak kejam, kata orang mesti dengan sekali mati supaya tak menyiksanya.

Berbagai-bagai cadangan, ada yang kata celup dalam air panas, ada yang kata hentak dikepala dengan sekali hentak, ada yang kata lepas ditempat semak.

Perangkap sangkar besi yang ber'isi'kan tikus yang besar itu diletak di luar rumah sementara menunggu keputusan cara peng'hapusan'nya.

Bila tiba saat nak menjatuh 'hukum'......didapati perangkap sangkar besi sudah kosong.....tikus sudah terlepas bebas.....rupa-rupanya pintu perangkap itu sudah longgar.....masuk pun boleh...keluar pun boleh......aduhai.....menangkap pun senang...terlepas lagi senang.....

Friday, July 30, 2010

Ber'Kopiah'......kononnya semangat ke'Islaman'nya kental?

Kulim meroyan lagi.

Mungkin penyakit lama dia datang menyerang lagi setiap kali bulan penuh.

Tapi saya lebih yakin si Katak ni hanya membaca skrip. Selaku ahli bebas yang mesra BN......tapi bagi saya bukan mesra BN, tapi lebih kepada penjilat dan pencacai Umno. Kewarasannya terbang ntah ke mana, kebijaksanaannya (bijak ke?) hanya setakat aras lutut. Beliau dipacu ke mana saja oleh Umno. Beliau merelakan hidungnya dicucuk dan di heret sesuka hati Umno demi dendam kesumat kepada PKR, PAS dan Pakatan Rakyat itu sendiri

Hanya bertopengkan kopiah sebagai bukti ke'Islaman'nya masih menebal.

Cadangannya hendak menharamkan DAP menunjukkan beliau sudah sampai ke satu tahap 'bodoh-sombong' membabi pekak. Dia ingat ROS tu macam 'saudara-mara' dia punya.

Sila klik petikan di atas untuk mengetahui apa yang si Mamat ni merapu.

Oleh kerana si Mamat ini selalu dipanggil memberi 'kuliah' Agama serta membaca khutbah di Surau, sila perjelaskan apa tuntutan Islam kepada kaum lain atau dalam bahasa yang mudah apa hak orang bukan Islam dalam Negara Islam (kalaulah Malaysia ini Negara Islam) ?.....jangan bercakap macam samseng kedai kopi......kononnya semua bidang dia menguasai.

50 buah bas ejen makjun 'buang hangin'......alahai.....

Melayu PAS sudah berpadu dengan Melayu PKR dalam Pakatan Rakyat.

Kalau Melayu Umno terasa tersinggung kerana Melayu PAS dan Melayu PKR tak 'geng' dengan dengan Melayu Umno, maka jawabnya senang jer, marilah 'geng' dengan semua Melayu dalam Pakatan Rakyat.

Mulia sangat ke Melayu Umno, sehinggakan Mufti turun men'cemar' tarafnya merayu Melayu PAS berpadu dengan Melayu Umno......apahal dengan Melayu PKR? Melayu PAS tidak akan tinggalkan Melayu PKR semata-mata kerana nak ber'padu' dengan Melayu Umno.

Murni sangat ke niat Melayu Umno sehingga sanggup menghantar 50 buah bas membawa pencacai-pencacai Umno untuk merayu Tok Guru Nik Aziz agar memujuk Melayu PAS meninggalkan Melayu PKR dan ber'padu dengan Melayu Umno?

Inilah bukti yang terang bahawa Melayu Umno adalah ejen berpecah-belah.

Melayu PAS tidak akan sekali-kali terjun dari kapal Pakatan Rakyat, meninggalkan Melayu PKR untuk melompat masuk bersama kapal Melayu Umno yang sudah hampir karam.

Islam melarang keras umatnya berpuak-puak (atas sifat berbangsa-bangsa) untuk menjadi kuat lagi dominan sehingga boleh ber'lagak' ke atas puak-puak (bansa-bangsa) yang lain sehingga berkemungkinan ke satu peringkat menafikan hak kewarganegaraan puak-puak (bangsa-bangsa) yang lain.

Alangkah murninya jika puak-puak (bangsa-bangsa) tadi bersatu melaksanakan serta mendaulatkan Islam untuk sama-sama melindungi Melayu Umno, Melayu PAS, Melayu PKR, Cina MCA, Cina DAP, Cina Gerakan, Cina PKR, India MIC, India PKR, India DAP dan berbagai-bagai bangsa lagi daripada berbagai parti.

Kenapa tiada suara-suara sebegitu terutama NGO-NGO Islam?

Apakah anda tidak yakin Islam boleh menjadi ejen perpaduan?

Kickdebootlah dengan idea nak hantar 50 buah bas ke Pulau Melaka

Kisah Tun yang dulu dengan Tun yang ini.

Seorang Tun dihadapkan di Mahkamah berkaitan kes penipuan dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dalam Malaysia, tak ramai yang berpangkat Tun terutama dikalangan orang-orang politik. Mungkin dalam lingkungan 'under 5'.

Kalaulah dua orang Tun dihadapkan ke Mahakamah, maka sudah tentu akan disebut Tun-Tun.

Maka kalau tiga orang dihadapakan ke Mahkamah, sudah pasti akan disebut Tun-Tun-Tun......kalaulah ramai yang berpangkat Tun ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah, maka sudah semestinya akan disebut berTun-Tun.

Itulah bukti Barisan Nasional gagal mentadbirurus negara......sudah sampai masanya Malaysia ini diserah kepada Pakatan Rakyat.

Kita tak mahu negara ter'gadai' dek rasuah 'pentadbir'nya.

Barang diingat, Tun yang ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah semalam, adalah Tun yang sama juga yang berkhidmat di dalam Kabinet mantan Tun yang sorang lagi.

Amat mustahil Tun yang sorang lagi itu tidak perasan Tun yang satu ini buat 'kerja' busuk ini dahulu.

You know, I knowlah Tun.

Tun......Tan......Tun.....Tan.....Tun......alahai.....

Thursday, July 29, 2010

Siapa yang pandai tadbir urus?......kliklah pada giginya.....alahai.....

Ketika Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak Darul Ridzuan, selama lebih kurang 10 bulan sebelum di'rampas-heret' kuasa, Pakatan berjaya meningkatkan revenue negeri sebanyak RM103.

Dalam rangka masa yang sama, yakni selama 10 bulan Umno/BN memerintah setelah me'rampas-heret' kuasa, Umno/BN telah mem'pokai'kan revenue negeri dengan defisit sebanyak RM104 juta.

Nota:

Siapa yang pandai dan bijak membelanjakan wang rakyat serta menjalankan segala tadbir urus?

Sudah tentu dikatakan Kerajaan Pakatan "tidak pandai" membelanjakan wang rakyat kerana tidak pandai 'mengira' wang......habis tu sapa yang pandai tadbir urus?.....oh itu kena tanya pada orang ini dengan meng'klik'kan pada giginya......alahai.....

'Kertas' pembalut nasi lemak yang amat sensasi

Sekumpulan murid dan sepasukan Cik Gu di sebuah sekolah di sebuah bandar yang amat terkenal dengan pasirnya yang bersinar kuning keemasan telah dikesan mengalami loya, mual dan termuntah-muntah biru keladak diikuti cirit-birit.

Para bio-chemist berlumba-lumba mengambil sampel untuk dibuat kajian.

Para Doktor sibuk memberi ubatan dan keseluruh pelajar dan Cik Gu tersebut ditahan di Hospital.

Lebih menggempar lagi apabila Guru Besar sekolah tersebut mendapati segerombolan anak-anak katak berderet melompat-lompat keluar daripada tandas sekolah menuju ke kantin dan mengurumuni sebuah tong sampah.

Guru Besar telah panik lantas menelefon bomba, jabatan kimia dan pakar pengesan bom serta tidak lupa pemberita.

Bila disiasat, didapati tiada apa-apa bahan letupan atau apa-apa bahan atau kehidupan yang membahayakan orang ramai, tetapi para saintis yang mengambil beberapa sampel bahan didapati ia 'tally' dengan najis serta muntah daripada pelajar-pelajar dan Cik Gu-Cik Gu yang terlibat.

Para saintis mengesahkan sebab musabab muntah-muntah dan cirit-birit itu ialah berpunca daripada pembalut nasi lemak.

Sila klik kertas di bawah......kertas yang amat sensasi yang menjadi pembalut kepada nasi lemak tersebut.

Bila 'Bunga-Bunga' naik harga

Hari Pahlawan tahun akan disambut tanpa tafakur dan kalungan bunga kerana mematuhi Majlis Fatwa Kebangsaan.

Boleh pun.

Bagaimana dengan arahan lain yang memang sudah termaktub seribu empat ratus lebih dahulu dalam Al-Quran.?

Walaupun Al-Quran ada 30 juz, janganlah pulak pilih-pilih......juzuk yang berkepentingan saja yang diamalkan seperti arahan membayar zakat.....arahan mengutip zakat.....arahan mengagih zakat macmana?.....Dah sempurna belum pengagihannya?

Bagaimana pula dengan arahan-arahan yang lain yang mana Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yang merupakan 'Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam'

Bercuti ke luar negara......mencari ilham PRU13?

Apa maknanya keindahan dalam negara jika tidak dapat diapreasasi oleh rakyatnya sendiri.

Apa maknanya menghabiskan wang berjuta mempromosikan Malaysia di serata dunia......Malaysia destinasi pelancongan.....pemimpinnya sendiri melancong ke luar negara.

Apa maknanya rakyat sengsara, menderita dengan harga barang naik......pemimpinnya beristirehat di luar negara.

Apa maknanya rakyat dianjurkan berhemah dalam berbelanja, pemimpin berbelanja berlimpah-ruah.

Walau apapun, PM akan bercuti ke luar negara mulai hari ini sehingga 10 Ogos.

Nota:

Menteramkan diri, bermunajat agar diberi 'ilham' tarikh sesuai PRU13.

Ramai orang berkata Sarawak akan tumbang dalam pilihanraya umum negeri nanti.

Ramai orang berkata Umno/BN akan menempuh 'sakarakutl-maut' yang menyiksakan dalam PRU13 nanti.

Sesungguhnya memang ramai orang berkata, Umno berada dalam keadaan yang teramat tenat sekarang dan ramai orang berkata, jika 'snap election' diadakan pada bulan Ramadhan......alangkah baiknya Umno/BN meng'hembus'kan nafasnya yang terakhir pada bulan yang sungguh mulia (bulan di mana Al-Quran diturunkan) walaupun tiada nas berkata demikian.

Wednesday, July 28, 2010

'Kod Etika' yang Maha sempurna pun dilanggar orang.....

Untuk bercakap, men'jual' air-liur memang senang. Yang mendengar pun ikut sama meleleh air-liur, sementelah lagi yang men'jual' airl-iur' adalah mantan Perdana Menteri yang memang petah men'jual' airl-liurnya. Berilah apa topik sekalipun......Agama.....gejala sosial.....ekonomi.....dan berbagai-bagai 'jenama' lagi untuk di'jual'nya.

Beliau mencadangkan penulis blog dan pengamal media sosial menggunapakai kod etika sendiri secara sukarela agar media baru tersebut dihormati.

Media massa seperti surat khabar dan TV yang sudah pastinya mempunyai kod etika kewartawanan......adakah sudah mematuhi kod etika tersebut? Kenapa hanya 'bloggers' dan pengamal media sosial ada keperluan kepada kod etika, walhal pendedahan media baru tidak sehebat media massa yang dimonopoli oleh Umno sekarang?

Saban hari fakta diputar belit, berita disensasikan, pemimpin diadu-dombakan agar berpecah-belah, fitnah disebarkan.....demi mempertahankan kuasa dan mengaut balik sedikit kuasa yang telah hilang kepada Pakatan Rakyat.

Yang paling penting bagi mereka yang berimankan Al-Quran.....di sana kod etika seorang Muslim, seorang pemimpin keluarga, masyarakat dan Negara telah digarispandu oleh Wahyu kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh Alam.....semuanya terkandung di dalam kitab Agung Al-QurannulKarim. Itulah kod etika yang paling sempurna yang merangkumi segala2nya.....kenapa masih ada yang melanggarnya? [sumber .]

'Mangsa' Liwat ber'ganding' dengan Farah Azlina, Timb. Pendakwa Raya......bakal meng'gegar' panggung?

Gambar hanya sebagai hiasan

Dalam kes liwat I dulu, si'mangsa' yang bernama Azizan ditangkap berkhalwat dengan seorang pelajar.

Kedua-duanya kemudian mengaku telah berzina.

Dalam kes liwat II ini pula, si'mangsa' didapati ada hubungan intim dengan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif yang merupakan salah sorang ahli dalam pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat II tersebut. [sumber .]

Apa makna semuanya ini?

Nota:

Kalau tak silap, siMamat tu sudah bertunang......sempat lagi ber'main mata'.....apa 'pemakai' siMamat ni......tang matanya ke?.....tang dahi ber'titik-hitam' ke?.....atau tang lenguk jalannya ke?.....auuuuuuwwwww

Ingat saudara ku fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh......bertaubatlah.....

Harusskah paling cerdik di antara Khalid dan Hassan?

"Stupidity is not a crime." (kebodohan bukanlah satu jenayah).

Begitulah perumpamaan yang dinukilkan oleh Khalid Samad kepada Datuk Hassan Ali.

Saya amat tertarik dengan para-para 4 terakhir dalam posting Dr.Hamirdin yang berbunyi

"It is clear that some of those who hold high offices in PAS Selangor belong to the dented medulla oblongata club. The one who is trying to correct is no smarter than the ones who he's trying to correct.

True, stupidity is not a crime

But being bebal is a ripe recipe for being manipulated

That's a leadership crime"

al-brangi:

Yang pastinya Harusslah yang paling bijak diantara kedua-duanya, bermakna kedua-duanya kurang bijak.

Nota:

Di sebuah PASTI, seorang Ustazah bertanyakan anak-anak muridnya sambil menunjuk gambar, "Ini gambar apa?"

"Itu anjing," jawab anak-anak murid.

Ustazah bertanya lagi, "Ini gambar apa?"

"Itu kucing," jawab anak-anak murid.

Ustazah sambil memuji anak-anak muridnya sambil bertanya lagi, "Bagus. Apa mereka buat?"

"Anjing mengejar kucing, Ustazah,"

"Baik, ini soalan terakhir. Di antara mereka, siapa yang paling cerdik?" Ustazah bertanya.

"Yang paling cerdik, orang yang melukis gambar itu Ustazah," anak-anak murid menjawab.

Ustazah tersenyum keseorangan......aduhai.....

Tuesday, July 27, 2010

Makin berlagaklah Cik Gu-Cik Gu Umno selepas ni......

Aiiiiiikkkkk? Baru sekarang Cik Gu-Cik Gu Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan melibatkan diri dalam politik mulai 1 Ogos nanti, yakni dalam bahasa ke'samaran', mereka diizinkan menyokong Umno secara resmi......ha ha ha.

Habis tu, selama ni mereka bukan main lagi bergerak, bebas sebebasnya......alah.....kan Malaysia mereka perintah. Mereka ni lupa yang mereka tu penjawat awam. Sanggup dipacu seperti 'jockey' dengan kuda pertaruhannya.

Sebab tu bila berhadapan dengan Cik Gu-Cik Gu yang memakai 'topi SPR' ni di saluran-saluran mengundi pada setiapkali PRU, letih kita dibuatnya......asyik bertengkar minta 'Borang 14'.

Tapi tak apa, dalam ramai-ramai Cik Gu tu, orang Pakatan Rakyat pun ramai jugak. Jangan selepas ini bila ditolak campur, didapati lebih ramai pulak Cik Gu-Cik Gi dari Pakatan terlibat......jangan terkejut bila keluar kenyataan....."Oleh kerana profesion perguruan ini amat penting dalam mendidik negara bangsa......lebih penting daripada mereka berpolitik.....maka keizinan beraktif dalam politik yang diberi kepada mereka di tarik balik kecuali dengan izin khas."

Malaysia boleh, PRU13 didahulukan......Umno diutamakan.....

12 Hero 'Kepala Lembu' dapat 'imbuhan' RM1000 seorang

12 orang 'samseng taik minyak' yang kononnya 'juara Agama' yang berpakat untuk membawa 'kepala lembu' sebagai membantah membantah pembinaan kuil Hindu di kawasan kediaman mereka pada Ogos tahun lalu didenda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen.

2 orang daripada mereka yang ter'samseng' daripada yang 10 orang lagi yang 'samseng' iaitu Mohd. Azmir Mohd. Zain dan Eyzva Ezhar Ramly didenda; masing-masing RM3,000 bagi kesalahan membawa dan memijak kepala lembu dalam perhimpunan itu.

Salah sorang daripada 2 orang yang ter'samseng' itu iaitu Eyzva Ezhar Ramly rupa-rupanya 'hero' daripada segala 'hero' sedang merengkok dalam penjara selama 10 bulan kerana memiliki dadah diarahkan oleh Mahkamah dipenjara seminggu sebaik tamat hukuman itu pada 4 Ogos ini. [sumber .]

Nota:

Inilah 'juara Agama' konon, akhirnya mengaku salah.

Yang ironinya, 'juara Agama' boleh terlibat dengan dadah?

Berkemungkinan 'samseng taik minyak' yang jadi 'juara sorak di luar' akan 'sponsor denda tu, tolak campur lebih kurang 1 atau 2 lori pasir kot, bolehlah beres denda tu.

Insaflah wahai saudara ku, Islam melarang kita menghina sebarang anutan atau kepercayaan penganut agama lain, usah membiarkan kita diperkudakan oleh 'mereka' yang sengaja berniat untuk mengeruhkan suasana.

Monday, July 26, 2010

Penjawat Awam hanya tunduk layu pada 'hanturaya' Umno

Sesetengah penjawat awam (bukan semua) terutama golongan pegawai PTD hanya berani berkokok seolah-olah 'ayam jantan' di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Mereka berani tunjuk 'gedebe' kerana merasakan seluruh 'hanturaya' Umno membela mereka jika ada apa-apa perselisihan dengan 'government-of-the-day'.

Sebaliknya mereka akan tunduk layu (bukan semua) seperti kuntuman ros yang kering......patah layu. Mereka tak berani untuk mengangkat muka, jauh sekali bertentang mata seolah-olah batang leher mereka sudah kebas......berkematu dek akibat sehari suntuk kena pacu seperti kuda dipacu oleh tuannya.

Di mana keprofesionalisme kamu? Di mana intergriti kamu? Di mana kamu simpan maruah kamu? Di mana kamu rendam 'malu' kamu?

Kemelut ini akan berterusan selagi Malaysia tidak diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kesemua Agensi Kerajaan perlu di'revamp' secara drastik agar Agensi Kerajaan dapat berfungsi tanpa terkongkong dengan 'hanturaya' Umno yang memegang tali cemeti secara 'remote'. [sumber .]

'Pelacur politik' dan pelacur tua......nasibnya sama saja.....

Kesian pada si Mamat ni.

Badannya di'jaja' ke hulu-ke hilir. Apa nak dikatakan lagi, dia sendiri yang memilih jalan begitu.

Dia sendiri sanggup mem'perdagang'kan 'badan'nya seperti seorang 'pelacur' tua. Dia sendiri sanggup me'lunyai'kan badannya. Amat menjijikkan.

Hanya 'pelanggan' yang sejiwa dan selari dengan perbuatan serta tingkah-lakunya sahaja yang percaya kepada segala 'rengekan'nya.

Si-Mamat ini akan cuba memperdagangkan dirinya sehingga 8 Ogos dalam kempen 'Selamatkan Selangor'.

Sesungguhnya Umno Selangor diibaratkan seperti 'ayam dalam bakul' yang meronta-ronta menghulurkan leher sanggup untuk disembelih dek 'kepanasan' dan 'kelaparan', kerana 'tuan'nya sudah kehabisan 'dedak' untuk ditabur kerana kesukaran mendapat dedak-dedak.

Dedak-dedak sudah sukar untuk bertukar-beli dengan pasir, kerana pasir sudah menjadi milik orang. [sumber .]

Sekolah 'Penzinaan Terbela' akan diwujudkan?......alahai.....

Saya sokong penuh, tak mainlah sokong suku atau setengah-tengah.

Idea daripada seorang pemimpin yang kepala otak 'kurang suku-jadi seringgit' tu patut disokong.

Pemimpin itu nak buat satu sekolah khas untuk pelajar yang hamil dari hasil zina.

Mana-mana Cik Gu-Cik Gu yang sedang berkhalwat dan sudah terlajak dan termengandung hasil berzina bolehlah mohon untuk mengajar disitu. Begitu juga keraninya, pembantu makmalnya, tukang cuci sekolah, tukang kebun dan Guru Besarnya berkemungkina yang ter'mengandung'.

Di sekolah ini tak perlukan Guru Disiplin lagi, kerana almaklum disiplin murid-murid, Cik-Gu-Cik Gu dan semua kakitangan sekolah ini adalah di paras 'par' yang sama dengan pelajar-pelajar yang hamil.

Sekolah ini bila diwujudkan nanti berpotensi akan melahirkan lebih ramai bayi-bayi 'pintar' hasil dari 'penzinaan' yang terbela ini.

Tidak mustahil pula akan diwujudkan seorang Exco yang ber'penyakit-pagi' (morning sickness) sama dengan penyakit yang dialami oleh pelajar-pelajar di sini khusus menjaga hal kebajikan pelajar-pelajar ini

Dan jika Exco itu kuat pengaruhnya, tidak mustahil akan jadi Ketua Negeri itu.

Maka ketika itu Negeri itu akan bergelar Negeri Kerajaan Zina......oh 'glamour giler'.... [sumber .]

Sunday, July 25, 2010

Bukan tak pandai urus......tapi terlalu banyak 'taik' terapung dan tertimbus

Apa yang nak disedihkan, kalau kita ikhlas derma dari poket kita, kita akan di'ganda'kan lagi rezeki kita dari Allah SWT.

Pemberian dari apa yang paling kita sayang (duit), itulah yang paling dituntut.

Banyakkan bersabar Tan Sri, jangan bersedih dan kesal, tapi janganlah beri semua pulak apa yang kita ada nanti anak buah nak 'makan' apa pulak, pasir pun dah susah sekarang.

Tan Sri pun dengan nada yang perli amat ada kedengaran dalam berita pagi tadi dalam TV, dengan nada penuh emosi Tan Sri berkata, Selangor tak pandai nak urus pasir dan air.

Bukan tak pandai urus Tan Sri, terlalu banyak sangat 'taik' terapung dari hulu ke kuala sungai dan juga terlalu mem'busuk' 'taik' terkambus dalam pasir setelah orang-orang Tan Sri berak hampir 50 tahun lebih......aduhai.....sedihnya...InsyaAllah kami akan urus sebaik mungkin dalam PRU13 nanti.

Jakim......oh Japi-tiam.....

Amat jelas Jakim telah menelanjang kegagalannya membuat pemantuan serta pengesahan sijil Halal.

Pembongkaran Jakim bahawa kebanyakan 'Kopitiam' diseluruh negara diragui ke'halal'annya tidak mengejutkan kerana perkara yang sudah jelas haramnya seperti judi, arak, rasuah, mengadu-domba, memfitnah......dll pun ter'lepas-pandang'.....inikan perkara yang samar-samar.....alahai.....

Saturday, July 24, 2010

Bila 'Chameleon' bertukar warna......boleh caya ke?.....

Kes Satu

Jikalau satu geng kongsi gelap, saban hari datang ganggu penduduk setempat, merompak, buat aniaya orang tiba-tiba satu hari datang buat penguman, kami dah tak buat jahat dah, kami sekarang dah tak samseng dan gedebe lagi.....kami sekarang bila berjalan, pijak semut pun semut tak mati.

Agak-agak orang ramai boleh percaya tak?

Kes Dua

Jikalau satu orang hamba Allah pada satu hari bila dipelawa makan, tiba-tiba dengan nada selamba dia berkata, "Aku berpuasa sunat" sedangkan sudah bertahun-tahun di bulan Ramadan dia tak berpuasa dan sepanjang minggu sebelumnya pun orang nampak dia makan, malah tidak bersolat.

Agak-agak orang ramai boleh percaya tak?

Kes Tiga

Jikalau satu orang hamba Allah yang amat terkenal akan kedekut 'pahit'nya......harta orang harta dia.....harta dia...harta dia. Disebelah pagi ada orang kesempitan dan terdesak akan bantuan, malah mahu meminjam (bukan mintak percuma).....tiba-tiba sebelum Zohor dia berkata aku seorang hamba yang bersyukur, aku seorang hamba yang pemurah......aku seorang dermawan.

Agak-agak orang ramai boleh percaya tak?

Kes Empat

Jikalau pada satu hari datang satu makhluk yang sombong, angkuh, 'aksen', suka ganggu orang, suka ngadu domba, suka perlekeh orang, tidak menghormati orang, berlagak kuat, merasakan 'dunia' ini dia yang punya......tiba-tiba angin tidak, ribut pun bukan, tsunami pun jauh sekali.....di satu hari yang tenang, matahari terang benderang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.....tiba-tiba makhluk ini berubah warna...wajah bertukar rupa...suara yang tinggi tiba-tiba menurun, baju yang selama ini disingsing sudah diturunkan...kain yang tinggi sudah dilabuhkan...makhluk ini mendabik dada dan mengisytiharkan, "Aku sekarang tidak aksen lagi".

Agak-agak orang ramai boleh percaya tak?

Nota;

Seseorang apabila mendapat 'hidayat' dalam sekelip mata boleh buat 'U-turn' atau berubah 180 darjah......tapi kebiasaannya seseorang itu akan bertaubat dan melakukan akan suruhan yang 'wajib', meninggalkan segala perbuatan yang di'larang', memulangkan segala 'hak' orang lain, memohon maaf dengan orang dia buat 'salah' dan memang nampak akan perubahan ke arah menjadi 'baik' dan banyak lagi.....boleh rujuk Al-Ulamak yang tua-tua dan yang muda-muda.....

Kalau betul-betul dah tak 'aksen' lagi, sila buktikan di sini.

Syabas Mary Shanthi Dairiam!

Syabas kepada Malaysia khusus kepada Mary Shanthi Dairiam kerana dipilih menganggotai panel pakar antarabangsa yang dibentuk oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB bagi menyiasat serangan komando Israel ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza, Mei lalu bersama dua lagi anggota lain iaitu Sir Desmond de Silva (Britain) dan Karl Hudson-Phillips (Trinidad dan Tobago). [sumber.]

Nota:

Persoalannya, sebarang rumusannya nanti 'Uncle Sam' 'bapak saudara' Yahudi nak terima ke?

Sekali Yahudi batuk, orang lain pulak yang terkencing.

Friday, July 23, 2010

Memang dah jadi dasar si 'Kambing UmnGok'......kerjanya tak ada lain, mensensasikan kisah khalwat, zina, rogol, memaparkan gambar selebiti seksi, mensensasikan kisah anak dara orang, janda orang, balu kaya dan sebagainya.

Dalam politik pun sama perangainya......kerja-kerja mengadu-domba sudah sebati.....seperti meratib dan ber'zikir'.

Macamana nak mem'bangun' minda bangsa melayu......kononnya pejuang melayu tulin.....yang pasti tulinnya ialah 'songkok hitam' 8 inci tinggi.

Dalam bulan Ramadhan nanti, perkara pertama yang akan di'highlight'kan ialah Bazaar Ramadhn', 'Buffet Ramadhan', Artis menyambut Ramadhan dan ber'baju raya......gadis mendedah dan terdedah sudah jadi bagaikan makanan ruji bagi mereka walaupun dalam bulan Ramadhan......alahai.....macaman ni ke 'penyebar fikiran rakyat'.....ingat jika kamu menutup aib orang, Allah SWT akan menutup aib kamu kelak.

PAS dan Umno bubar?......kesian dia.....

Ada orang kata 'screw' longgar. Ada pula yang kata fius terbakar. Sesetengahnya pula kata tatkala bulan mengambang dia akan mendepakan tangan ke atas dan berjengkit-jengkit berjalan seperti mahu terbang. Ramai juga yang kata seperti tok selampit ber'main puteri'......syok dan khayal sesorang. Tak kurang pula yang kata seperti orang memacu kuda kepang.....kesorangan 'mengerang' bila sudah naik 'syeikh'.

Lain tempat lain sebutan, lain tempat lain istilah, lain tempat tak sama 'maqam'nya. Ada orang kata jaguh kampong, ramai juga yang kata 'gedebe' tahi minyak. Ada orang kata ini sejenis penyakit turun temurun iaitu ia merasakan hanya dia sorang yang betul dan layak kedepan.

Walau apapun sebutan, gelaran dan cemuhan, yang pasti spesis ini tak banyak di Malaysia, bahkan di dunia pun jarang-jarang kedengaran.

Kot-kot kalau ada pun mungkin semasa zaman Roman,......itu pun kalau ada.....sudah pasti Maharaja Rome akan menyumbatkannya ke dalam sangkar singa.....berkemungkinan sebelum singa membahamnya, singa itu mengeleng-gelengkan kepalanya sebagai tanda kehairanan.....ini macam punya orang pun ada ke?

Yang pastinya, orang jenis itu memang ada di Malaysia......dia mencadang dan mengharapkan Umno dan PAS dibubarkan.....bila sudah dibubarkan, maka dia pun pasang angan-angan hendak jadi Presiden dan seterusnya jadi Perdana Menteri.

Dah tak larat dah nak komen......badan tiba-tiba rasa seram sejuk kerana memikirkan 'Perkasa' berada di kedudukan mana setelah Umno dan PAS dibubarkan?......alahai.....'Perkasa' pun turut dibubarkan jugak ke?.....kesian dia.....

Thursday, July 22, 2010

Tengah asak-mengasak......Umno 'tangguh' dulu

......akhirnya Umno terpaksa tangguh dulu idea 'perpaduan' yang sangat-sangat penting dan ter'desak' itu.

Ini kerana dua Bahagian ini kacau daun......rosaklah Umno punya program.

Umno terpaksa 'settle' yang ini dulu......lepas itu barulah cuba sekali lagi ganggu PAS.....sekali ini tak boleh pakai orang 'Peghak'.....kali ni mungkin pakai budak-budak muda pulak.

Budak-budak muda mungkin lebih bertenaga dan mungkin banyak idea atau terus di uli oleh oleh penyokong PAS terus jadi kuih keria.....

Nota:

Kenapa tak kembali kepada Al-Quran dan Assunnah untuk menyelesaikan 'kemelut'ini.

Kemelut?

Ya, 'kemelut' ciptaan Umno.

Pasir Roboh......satu 'nostalgik'?

Lagu Pasir Roboh dendangan Tan Seri S.M.Salim / Datuk Sharifah Aini

Pasir Roboh

Pasir Putih dipinggir kali Pasir Roboh
Pasir Putih dipinggir tempat menyabung
Tempat menyabung ayam berlaga sayang
Pasir Roboh tempat menyabung
Tempat menyabung ayam berlaga sayang

Kasih tak boleh dijual beli Pasir Roboh
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda bukannya benda buat berniaga
Sayang Pasir Roboh
Bukannya benda buat berniaga sayang

Pasir Putih pantainya indah Pasir Roboh
Pasir Putih pantainya indah
Tempatlah orang tempatlah orang bersuka ria
Sayang Pasir Roboh
Tempatlah orang bersuka ria sayang

Bercerai kasih bukannya mudah Pasir Roboh
Bercerai kasih bukannya mudah Pasir Roboh

Sampai mati sampailah mati terkenang juga Sayang Pasir Roboh
Sampai mati terkenang juga sayang Pasir Roboh


Hayatilah senikata lagu di atas.

Rupa-rupanya pada bait terakhiryang berwarna merah menjadi 'nostalgia' pada dua individu ini yang dilihat semacam bertelagah, almaklumlah tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat ber'tatih'.

'Bersatu' bersama RM11 juta?......payyyyyyraaaaah.....

Payyyyyyraaaaah perpaduan.

Ni apa cerita Umno?

" Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyoal-siasat seorang usahawan negara ini berhubung komisyen RM11.3 juta yang diterimanya daripada dua firma Australia sebagai usahanya membantu mereka memenangi kontrak bagi mencetak dan membekalkan wang negara."

"Usahawan Malaysia yang tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen yang dibayar oleh firma RBA."

Bersatu bersama penyelewengan......alahai.....? [sumber .]

Wednesday, July 21, 2010

Istana Pasir......Istana Idaman

SPRM telah menutup siasatan kes ber'profil' tinggi yang melibatkan
  • Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai - Hadiah kereta jenis Alphard kepada isterinya
  • Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat - menerima derma RM10 juta daripada Tion King Sing dari Kuala Dimensi
  • Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - Jamuan Aidilfitri
Dalam sidang media, SPRM menyatakan untuk kes petama dan kedua oleh kerana tiada bukti, manakala untuk kes ketiga, perkara jamuan adalah majlis biasa yang melibatkan orang ramai.

Anda masih ingat lagi 'Istana Pasir' oleh Kumpulan Alleycats?......alahai.....u know I knowlah...dah lupa ke?

Macam pernah tengok 'Istana' itu.....tapi di mana ye.....

Hasrat Perpaduan Tercapai sudah......rezeki saya

Akhirnya tercapai juga cita-cita murni disertai dengan niat yang ikhlas, PAS dan Umno sanggup bersatu.

Mereka telah membuat MoU di salah sebuah restoran tersohor di Cyber Jaya sambil makan nasi Arab yang amat tersohor di situ.

Bila ditanya oleh media, apa bentuk persefahaman yang tercapai......adakah diakhirnya PAS dan Umno akan 'merge'?

Kedua-dua pemimpin kanan serentak menjawab, 'YA'.

Persefahaman yang tercapai ialah......seperti di bawah

i. akan membahagi samarata lot niaga bazaar ramadan

ii. akan hanya ada satu jenis cendol, akok, baulu, lompat tikam, puteri mandi, taik itik, jala emas, batang buruk dll

iii. akan hanya ada satu jenis songket

iv. akan hanya ada keris yang berulukan batang nangka

v. akan hanya ada satu jenis songkok yang 8 inci tinggi

vi. akan memasarkan ke negara Arab

vii. akan membahagi sama rata akan segala keuntungan

viii.akan bila-bila masa dan tempat 'Cop Melayu Tidak Hilang Di Dunia' hendaklah di letak di atas penjuru kanan pada setiap bungkusan

Nota:

"Bang, bang, bang. Dah masuk waktu!" Mak Harus mengejut Pak Harus.

Dalam keadaan mamai, sambil meneguk air kosong dan mengunyah buah tamar, Pak Harus menjawab, "Oh, dah berbuka kita ye Mak Harus."

Sambil mengilai dan 'blurr', Mak Haruss menyergah, "Masuk Subuhlah Pak Harus."

Pak Harus dengan muka selamba tapi penuh yakin lantas menjawab, "Tak pe Mak Haruss, rezeki saya!"

Keperluan 'Pelan Damai': Begitu terdesak?

Orang Umno dengan orang PAS tidak pernah bergaduh. Pemimpin Umno dan pemimpin PAS pun tidak pernah bergaduh. Anaka orang Umno dengan anak orang PAS pun tidak pernah bergaduh.

Kita sembahyang dalam satu Masjid......satu surau. Kita beriadah dalam satu taman. Kita minum dalam satu warung.

Umno dan PAS nampak 'bergaduh' hanya dalam conggak politik. Umno dan PAS nampak bergaduh' hanya dalam dasar perjuangan. Umno dan PAS nampak bercanggah dalam soal pokok......Umno dengan kebangsaan kemelayuannya.....manakala PAS dengan Keadilan Untuk Semuanya.

Jadi saya tidak nampak di mana keperluannya......di mana kewajarannya.....di mana 'urgency'nya sehingga satu 'Pelan Damai' perlu diwujudkan.

Saya tidak nampak PAS amat terdesak kepada apa yang dinamakan 'perpaduan' dan saya juga tidak nampak Umno amat terdesak kepada apa yang cuba di'main'kan oleh sesetengah pihak iaitu laungan suara keramat 'perpaduan' kecuali Umno ada agenda tersembunyi disebalik laungan 'perpaduan'.

Bertelagah dalam soal ranting atau cabang memeriahkan lagi serta menyuburkan lagi demokrasi kecuali dalam hal-hal pokok seperti hak seorang warganegara didakwa di Mahkamah dalam apa jua pertuduhan, hak semua warganegara selama mana ia masih menumpahkan taat setia kepada negara, hak mendapat peruntukkan yang sewajarnya di bawah Perlembagaan Negara kepada mana-mana negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat serta hak ADUN dan Ahli Parlimennya mendapat segala peruntukan seperti mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen Umno/BN.

Soal Umno/BN mahu mengekalkan ke'sekularan'nya dalam pemerintahan, mahu menyemarakkan lagi hiburan melampau, mahu mendewa-dewakan kehidupan artis mahu memilih-milih perlaksanaan hukum hakam Islam, itu ter'pulang' kepadanya......yang pasti PAS akan tetap bangkit menentangnya.

Jadi di mana letaknya keperluan, kewajaran sehingga PAS pun ikut sama 'lemas' dalam laungan 'perpaduan'?

Kenapa Umno tidak melaungkan semua bangasa Melayu, cina, india dan semua suku kaum dan etnik bersatu di dalam 'Keadilan Islam' untuk semua warga Malaysia sehingga wujud satu Malaysia yang betul-betul dalam satu 'PERPADUAN'?

Kaki membengkak

Kepada sahabat-sahabat serta pengunjung setia blog yang tak seperti ini, saya mohon berbanyak maaf kerana tak dapat 'update' atau keluar posting baru kerana ketika bangun dari tidor pagi tadi, kaki kanan saya sakit teramat sangat di sebelah hujung tumit......berdenyut-denyut sehingga hilang tumpuan apabila nak buat posting baru terutama apabila memikirkan hal Tok Peti Perak yang masih 'meroyan' .

Saya tak pasti samada kaki saya ni kena 'gout' atau sebagainya, tetapi ia bengkak.....saya pernah merasainya tak berapa lama dulu, tetapi bila Doktor beri ubat tahan sakit dan pil 'kecut urat', keadaan kaki sembuh dengan cepat sekali.

Sekarang menunggu jam 9 untuk ke klinik......tak pasal-pasal orang rumah kena cuti kerana saya terpaksa dipapah untuk berjalan.

Jumpa lagi semua.

Tuesday, July 20, 2010

Memang Umno ber'gelumang' taik seperti diceritakan oleh Umno sendiri

Kalau posting yang memburukkan orang Umno, semuanya dikatakan fitnah kerana orang-orang Umno amat kebal daripada sebarang bentuk fitnah.

Cerita ini datang dari orang Umno sendiri.

Mereka yang sendiri yang berkokok, mereka sendiri yang ber'main' 'taik'.

Di setiapkali datang musim pemilihan maka mereka yang ghairah memegang jawatan akan ber'gelumang' dengan 'taik'.

Anda boleh baca sendiri di posting asal di sini dan di terjemahkan di sini .

Kurang Se, 6 'Jahanam'

5 ekor katak akan panggil hujan di tempat anda.

Wongk, Wongk, Wongk.

Harap-harap hujan tak turun agar kita dapat mendengar katak-katak ini meraung sehingga serak. Berkemungkinan, masing-masing dah dapat 'skrip' dan 'not lagu' yang nak diraungkan dan yang pasti 'sampul raya' pasti menyusul.

Permit?

Ah beres, janji siapa yang mesra Umno/BN akan bebas meraung sana sini.

Norta:

Sedang tertunggu si-katak ini berkhutbah Jumaat, terutama di Selangor.

Kenapa di Selangor?

Ah......you know, I knowlah. [sumber .]

Umno lumba lari atas pasir

Patutlah hari-hari, sorang menyalak dan yang sorang lagi palu tin kosong manakala yang sorang lagi 'ghaib' entah kemana.

Rupa-rupanya kau orang saling 'cas keting' antara satu sama lain.

Dah puas makan 'bubur' pasir, kau orang 'berak' pulak dalam pasir.

Itulah, jangan tinggal dalam 'Istana Pasir', bila-bila masa akan runtuh......tak selamat.....

Sekarang kau orang berlawan sapa boleh menang bila berlari atas pasir......jangan.....nanti keletihan.....terus disedut 'pasir jerlus' (quicksand)......alahai.....

Nak tahu sapa pemenang lumba lari atas pasir? Sila baca di sini .

Monday, July 19, 2010

'Makhluk halus' sedang meracau-racau Umno?

Sekarang musim 'penyakit' baru me'landa' negara. Lama kelamaan ia akan jadi pandemik.

Sejurus redanya H1Ni, penyakit baru dah muncul. Penyakit yang dimaksudkan ialah yang berkaitan gangguan makhluk halus.

'Makhluk' halus memang wujud, tetapi kita dilarang keras bersahabat dengannya seperti menjadinya sebagai perantara. Kita dianjurkan berdoa secara langsung kepada Yang Maha Mendengar.

'Makhluk' halus sangat licik sifatnya, pada awalnya mungkin kita boleh memerintahnya, tapi lama kelamaan 'makhluk' halus ini akan memperkudakan kita.

Sekarang heboh diperkatakan ada 'makhluk' (tak tahulah pulak kasar ke halus) yang sanggup dan berkeinginan jadi per'antara' kepada perpaduan antara PAS dengan 'makhluk' bernama Umno.

Manakala PAS, dari awal lagi tidak memerlukan per'antara' untuk menaut antara PAS dengan 'makhluk' Umno. PAS dengan 'makhluk' Umno, walaupun dari rumpun yang sama, tidak mungkin dapat bertaut atau bersatu selagi Umno tidak keluar dari kepompong 'makhluk' asing itu.

Satu lagi berita yang tak kurang hebatnya, sungguh sensasi dan lama kelamaan akan menjadi seram. Tak tahulah pulak samada ia menyeramkan Umno atau Pakatan.

Dikhabarkan satu 'makhluk' yang amat perkasa suatu ketika dulu telah dipercayai di'sembunyi'kan atau di'lari'kan oleh 'makhluk' halus. Kelibatnya jarang kelihatan lagi di Kelana Jaya. Berkemungkinan besar 'makhluk' ini balik ber'tapa' di kampong halamannya di Batang Kali atau di mana-mana gua yang berdekatan di Selangor.

Bila dirisik-risik, kononnya 'makhluk' ini merajuk kerana 'tuan'nya sudah melupakan segala jasa-jasanya yang lampau. Nasib baik 'makhluk' ini mendiam diri, sesetengah 'makhluk' lain, jika tak cukup makan, biasanya ia akan berlegar-legar di kala senja dan hujan gerimis mencari makan.

Satu lagi kisah ialah mengenai 40 'makhluk' halus yang senyap menyepi apabila masuk ke rumah 'makhluk' Umno. Tak tahulah pulak samada senyap, sunyi sepi itu, 40 'makhluk' ini sedang meng'hafal' beberapa 'ayat' atau 'skrip' wayang kulit untuk mengacau-ngacau ketenteraman PAS, agar PAS akan meracau-racau bila terkena sumpitan dari 'makhluk' yang amat muda itu nanti. Kebiasaannya 'makhluk' yang muda-muda amat patuh pada arahan tuannya.

Nota:

Jauhilah anda dari makhluk halus samada berkawan dengannya atau menjadikannya khadam. kerana selain ia itu satu perbuatan khurafat, ia juga suatu hari akan menerkam kita......alahai.....

Surat rujukan, di sini .

Sunday, July 18, 2010

'Program realiti': 'Mencari populariti'?......kantoi lagi.....

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikalungkan selendang oleh adik Muhammad Syukri Aris, 8, murid Sekolah Kebangsaan Unggun Jaya, Menggatal, Sabah pada majlis perasmian Persidangan UMNO Bahagian Sepanggar di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Datu Ruslan Sulai [bharian .]

Apa kena mengena kanak-kanak sekolah berumur 8 dengan Timbalan Presiden Umno yang dalam majlis perasimian Persidangan Umno?

Kenapa menggunakan kanak-kanak sekolah dalam politik Umno?

Atau kanak-kanak tersebut merupakan ahli yang ke - - juta?

Takkan guna kanak-kanak sekolah untuk meraih simpati agar Umno dikenang......diingat oleh golongan dewasa kot ?

Atau memang Umno Sabah meletakan taraf Timbalan Presiden hanya setaraf dengan kanak-kanak sekolah?

Aduhai......kantoi lagi.....

Meraikan kenaikan harga barang cara 'melayu'?

Sempena kenaikan harga minyak, gas dan gula, marilah sama-sama kita meraikannya.

Menangis air mata darah sekalipun pemimpin 'melayu' tak akan menukarkan fikirannya untuk mengubahkan tindakkannya walaupun yang ramai terasa dan tertekan adalah kaum melayu.

Apa kata kalau sehari dalam seminggu anda pergi ke tempat kerja dengan berjalan kaki sebagai meraikan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

Apa kata kalau sehari dalam seminggu anda tidak makan makanan manis atau minum minuman bergula sebagai langkah meng'hormati' pemimpin 'melayu' yang amat sayang dan prihatin kesihatan serta gaya hidup sihat rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu.

Sesungguhnya hanya golongan menengah ke atas yang tidak merasa, terasa atau tertekan apa-apa dengan kenaikan harga barang-barang itu.

Golongan menengah ke bawah tetap merasa, terasa dan tertekan dengan kenaikan barang-barang itu walaupun mereka adalah penyokong tegar kepada pemimpin 'melayu' yang budiman itu.

Walaupun mereka susah, hidup melarat, miskin papa kedana sekalipun, mereka tetap menyokong kenaikan harga barang-barang ini, demi perpaduan melayu seperti dianjurkan oleh cerdik pandai Agama...yang bertaraf Mufti lagi, demi keutuhan melayu, demi bangsa melayu tercinta, demi pemimpin melayu yang Perkasa yang sentiasa gigih memerahkan kepala otak untuk menjulang bangsa melayu ke persada dunia.

Walaupun mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, mereka tidak sanggup menggigit jari yang menyuap mereka.....tidak mampu men'derhaka' kepada pemimpin 'melayu' yang banyak berkorban menyediakan berbagai-bagai hiburan kepada mereka, pemimpin 'melayu' yang banyak menyediakan berbagai-bagai pinjaman pelajaran walaupun kena bayar berlipat ganda, pemimpin 'melayu' yang banyak menyumbangkan kain pelikat, telekong, ikan sardin, beg sekolah, basikal walaupun 5 tahun sekali kerana pantang melayu budi tidak dikenang.

Syabas kepada bangsa melayu dan pemimpin 'melayu' yang gagah 'Perkasa' yang banyak ber'korban.

Nota:

Sesungguhnya melayu masih keliru. Mereka masih mamai bahawa melayu itu Umno dan Umno itu melayu.

Mereka masih keliru, Umno itulah negara dan negara itulah Umno.

Mereka masih jahil politik......mereka lupa bahawa PAS itu juga melayu Islam yang bangkit memperjuangkan keadilan semua bangsa dan warganegara Malaysia.

Wanita sensasi turut meng'hiasi' peringatannya

Umno amat takut kepada kekalahan. Umno seolah-olah terbayang kekalahan telah berada di ambang pintu. Kehadiran PRU13 seolah-olah sakaratulmaut telah hampir sangat mendekatinya.

Kenapa Umno amat takut kepada kekalahan?

Kekalahan bermakna hilang segala kuasa. Kekalahan bermakna terbang segala kenikmatan, pangkat dan darjat. Kekalahan bermakna melayang segala kemewahan. Kekalahan bermakna 'ghaib' segala impian untuk berkuasa selama-lamanya.

Seperti seseorang yang takut akan sakaratulmaut......seseorang yang gentar kepada kematian.....seseorang yang gerun akan siksa kubur serta azab padang mahsyar dan siksa neraka.....sudah semestinya seseorang itu akan berusaha melipat gandakan akan amal ibadat serta segala suruhan Penciptanya dan meninggalkan segala larangan Penciptanya.

Begitu halnya dengan Umno......mereka berusaha membuat persiapan sebelum menghadapai 'sakaratulmaut' PRU13.

Amal yang paling ampuh ialah tak lain dan tak bukan beratib dengan "Jikalau Umno dan PAS tidak bersatu, Melayu akan hilang kuasa pada PRU13".

Kalau boleh 'ratib' ini disebut berulang-ulang kali dengan lidah yang fasih, dengan suara yang terang lagi garang tanpa rasa syak dan ragu lagi. Jika tidak mampu beratib secara lisan seboleh-bolehnya disebarkan melalui akhbar dan segala bentuk media massa.

'Ajaran' ini disebarkan agar rakyat mudah melekat di hati......agar rakyat mudah ber'amal'.....agar rakyat mudah memahami, maka seorang Mufti digunakan untuk ber'dakwah' menyeru alunan gemersik assobiyah ini setelah 'Perkasa' gagal menambat hati orang-orang Melayu yang berpegang kepada ajaran Islam untuk semua, kecuali mereka yang memang sedari dulu, kini dan selama-lamanya berdiri di atas fahaman perkauman yang sempit.

Apakah dengan kuasa yang ada kepada Umno sekarang (sebelum hilang kuasa pada PRU13), Islam telah didaulatkan?

Nota:

Sebelum Mufti itu beretorik, beratib di atas kemelayuan-nya, sila tegur dulu 'pemangkin-pemangkin' kepada segala maksiat hari ini yang menghiasi dada-dada akhbar 'cetusan hati nurani rakyat' yang meng'hiasi' peringatannya seperti tertera dalam gambar.

Dengan Adun sendiri pun kantoi......macamana syeikh?.....

Kalau ahli sendiri dah tak ada hormat, jangan harap orang lain akan hormat. Itulah pasal, penyakit yang menimpa orang Umno, tak tahu pilih pemimpin.

Tetapi sekali fikir, mereka tak boleh dipersalahkan......mereka tiada pilihan......itulah yang 'terbaik' daripada tiga calon Timbalan Presiden dulu.

Sudah Qadar dan Qadak Umno dapat Timbalan Presiden yang 'kureng' 'gula' berbanding dengan Timbalan-Timbalan terdahulu seperti Allahyarham Tun Dr. Ismail, Tun Musa Hitam dan sudah tentu kita punya Datuk Seri Anwar (semasa beliau berada di 'dalam').

Sepanjang beliau menjadi Timbalan Presiden, banyak kenyataan-kenyataan yang tahap pengetua tadika bercakap pada anak-anak kedengaran. Kalau setakat nak hapuskan UPSR dan PMR, tak perlulah orang no.2 bercakap, serah saja pada Ketua Pengarah Pelajaran pun dah memadai......banyak lagilah kenyataan yang hambar......kalau hangat sedikit pun setakat suam-suam kuku je.

Saingan politiknya tentu senyum kalaulah terbaca komen yang tak seperti ini.

Pemilihan Umno yang akan datang, Hishamuddin atau Zahid senang-senang dapat melabuhkan terus tabir politiknya......sementelah lagi ketika itu Pakatan Rakyat telah mengambil alih. (InsyaAllah)

Amat memalukan jika ahli Umno bertaraf ADUN tidak memberi hormat kepada orang no.2 dalam parti......mana nak sorok muka.....besar malunya woh. [sumber .]

Saturday, July 17, 2010

'Perkara' khurafat haruuuuus ditegur

Terima kasih banyak-banyak Sahibul Samaah Tan Sri Harussani Zakari yang beria-ia mahu menjadi perantara jika UMNO dan PAS mahu bekerjasama dalam perkara perpaduan masyarakat Melayu serta umat Islam.

Adalah diharapkan Sahibul Samaah hapuskan dahulu beberapa 'khurafat' yang masih bertapak, bahkan menunjang sebegitu lama di negeri Perak.

Rasa-rasanya Sahibul Samaah lebih arif dan maklum akan 'perkara' itu kan.

Jikalau Sahibul Samaah tak perasan atau buat-buat tak perasan, dikhuatiri 'perkara' yang jelas khurafat itu akan diamalkan zaman berzaman sehingga masyarakat nampak ia sebagai haruuuuuus kerana tidak ditegur. [sumber .]

Melaka bumi ber'TUAH' atau ber'BUAH'?

Kesahihan tuntutan "Raja Noor Jan" (gambar di atas) hanya boleh di'sah'kan atau di'peraku'kan oleh dua makhluk yang amat 'arif' dalam bab-bab "pertabalan".

Sila rujuk gambar di bawah. Masihkah kau ingat......aduhai.....


Serbu jangan tak serbu

Apa makna semuanya itu?

......alahai.....you know.....I knowlah

Friday, July 16, 2010

'Barang tak naik' harus disebut......kenapa?.....pondan ke?

Maruah...keintelektualan....bangsa sendiri dan rakyat keseluruhannya......terlondeh ke paras lutut. Sekali tertipu......sampai bila-bila tertipu? Atau, sampai bila nak ditipu?

Tak kuasa nak ulas lagi.....sila baca di sini .

Kematian pasti berlaku......ia tiada kaitan dengan kempunan jeruk petai

Apabila sampai masanya seseorang dijemput pulang untuk menghadap Allah Rabbulljalil, sedetik pun masa tidak dilengah atau dicepatkan.

Yang pastinya seseorang yang mati, sudah semestinya dia akan meninggalkan segala harta kemewahannya, isteri dan anak-anaknya, pangkatnya, namanya samada baik atau buruk dan berbahagialah sesiapa yang meninggalkan ilmu yang bermanfaat serta dimanfaat oleh orang lain, sedekah jariahnya dan anak-anak soleh/solehah yang mendoakan mereka.....yang dibawa menghadap Penciptanya, hanyalah amal soleh di sepanjang hayatnya di dunia.

Mungkin ada sebab musabbab cara kematian seseorang seperti lemas air, serangan jantung, terbakar, syahid di medan perang, sakit tua, nahas jalanraya, udara mahupun air dan sebagainya.

Maka seboleh-bolehnya janganlah dikaitkan kematian seseorang kerana kejadian-kejadian yang pelik-pelik seperti kempunan makan telur ikan tembakul, kempunan makan petai, kempunan makan tempoyak, kempunan makan nasi himpit rendang ayam dan sebagainya.

Pemergian Allayarham ini dikaitkan dengan kempunan makan jeruk petai, walaupun sudah digantikan dengan 'petai hidup' sebanyak 10 papan dan nasi goreng.

Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya dan pemergiannya tidak ada kait mengait atau kena mengena dengan kempunan makan jeruk petai dan sebagainya. Ia hanya berlaku secara kebetulan.

Diucapkan takziah kepada keluarganya dan marilah kita sama-sama membaca Al-Fatihah untuknya semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Semoga seluruh keluarga Allahyarham banyak bersabar dengan pemergiannya. [sumber .]

Kenaikan Harga : Terima kasih Umno......alahai.....

Sudah terlalu ramai yang buat ulasan berkenaan kenaikan barang-barang di atas.

Bagi penganalisa ekonomi, ia bukanlah satu kenaikan harga barang, tetapi ia hanya sekadar penyelarasan harga.

Bagi penganalisa politik di Universiti yang amat setia dan bersyukur dengan pangkat dan jawatan yang ada, bagi pakar motivasi yang bersyukur dan sentiasa mengharapkan 'projek baru', bagi media massa yang amat akur kepada 'tuan'nya dan bagi Al-Ular-mak sudah semestilah dengan kenaikan ini, mereka akan berkata......rakyat patut menerima ini dengan penuh 'tawaduk' dan 'kesyukuran'.....terimalah ia sebagai Qada' dan Qadar Maha Pencipta.

Bagi penduduk luar bandar yang susah tetapi yang sentiasa bersifat 'qanaah', yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada walaupun mendapat sedekah kain pelikat 5 tahun sekali tetap menerima ini sebagai satu lagi ujian yang amat memerlukan kesabaran yang tinggi. Sesungguhnya 'wali-wali' 'keramat' inilah yang akan menjadi 'simpanan tetap' atau 'talian hayat' hayat Umno/BN di masa-masa kesempitan seperti tiba musim PRK atau PRU.

Marilah sama-sama kita menghayati rasional kenaikan ini,

“The rationalisation move is necessary to reduce Government expenditure and strengthen the country’s financial position”

“It will help reduce the fiscal deficit so that world and local markets will have more confidence in the national economy,”

[sumber .]

Ini bermakna tindakan 'penyelarasan harga' (bukan kenaikan) ini, jika anda semua bersabar bermakna anda semua membantu Kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan meneguhkan kedudukan kewangan Negara. Dengan hal yang demikian tindakan itu boleh membantu mengurangkan defisit kewangan Negara dan dengan demikian dunia dan pasaran tempatan akan bertambah yakin dengan ekonomi Negara. Nah.....bukankah sayangkan Negara adalah sebahagian dari iman.....aduhai...

Lagi pun kita amat ber'simpati' dengan kenyataan ini,

"KUALA LUMPUR, July 15 — The Najib administration revealed today that it had allocated a whopping RM3.956 billion this year to finance operations in the Prime Minister’s Department." [sumber.]

Kenyataan itu memberi makna Jabatan Perdana Menteri memerlukan RM3.956 billion untuk perbelanjaan operasi.

Maka, dengan maklumat di atas tindakan menaikkan harga barang dengan menarik balik subsidi kepada barang-barang tersebut atau dalam bahasa globalnya 'Rationalisation' atau 'penyelarasan harga', adakah ia satu tindakan yang 'RASIONAL' atau sebaliknya?......anda tfikir dan timbanglah sendiri.....alahai...

Thursday, July 15, 2010

Kuatnya Umno......buktinya di sini.....

Presiden Umno kata Umno dah ada kekuatan sendiri......tak perlukan PAS. [sumber.]

Cayalah. Umno memang kuat......kalau tak kuat takkan nada seakan-akan nada sombong berbau angkuh boleh tersembur keluar dari seorang presiden parti.

Kalau tak kuat dia tak akan kata begitu.....begitu juga kalau ia lemah mana mungkin dia boleh ambil tindakan nekad seberani begini.

'Makhluk' seperti 'Ungka Perkasa' keluar dari pasir

Satu bandar menjadi gempar. Warganya lari ketakutan. Suasana menjadi hiruk pikuk.

Para zoologist dan geologist sibuk membuat kajian di makmal. Sampel-sampel pasir di seluruh negara diambil untuk dipadankan dengan beberapa DNA daripada 'makhluk' yang terjumpa terlonjak-lonjak, terjengkit-jengkit, meraung2, memekik-melolong di hadapan sebuah bangunan.

'Makhluk' yang bernyawa itu muncul daripada pasir.....rupanya berbiji-biji seperti pasir.....berupa sekali pandang macam manusia.....dua kali pandang macam ungka.....tiga kali pandang hanya ketulan pasir.....bila disentuh dia berderai jatuh longlai.....bila dibiarkan bunyinya menakutkan.....lagak seperti 'hulk-horgan' ala-ala 'Perkasa' gitu.

Dikhabarkan lembaga ini perlu dijauhi kerana berkemungkinan ia akan mengeluarkan virus yang jika dihidap ia akan cepat sekali berjangkit......di mana pengidapnya akan membenci siapa sahaja yang bukan dari spesisnya.....aduhai, takutnyaaaaa.....selanjutnya sila baca di sini .

Hujan emas di negeri orang?

Kata orang-orang tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Betul ke?

Ada orang kata, di negeri sendiri, kekadang dapat 'Bala' kalau nasib tak baik. Dan di negeri orang kalau nasib baik mungkin ia berbeza, mungkin terbalik dari 'Bala dapat Laba' yakni dari 'bencana' mendapat keuntungan.

Betul ke?

Kalau nak tahu betul ke tidak, teruskan baca di sini .

Pasir: Selama ini 'jerlus' dalam 'fulus'

Sedut pasir?

Itu pun nak hairankan?

'Toyol' sedut minyak, 'toyol' sedut khazanah negara, 'hantu raya' salahgunakuasa dah berpuluh-puluh tahun, siapa pun tak hairan.

Sekarang baru jumpa perkataan 'telus' dan 'rakus', selama ini kaki dan tangan sentiasa 'jerlus' dalam 'fulus'.

Wednesday, July 14, 2010

Pelancong 'pintar'......pandai panjat pokok.....

Akhir-akhir ni boleh dikatakan saban hari kita dengar GRO warga asing terutama dari China dan negara jiran seperti Thailand, Vietnam dll. di'serang-hendap' oleh pihak berkuasa.

Adakah fenomena ini menunjukkan promosi pelancongan di negara-negara tersebut terutama negara China yang dibuat secara besar-besar memakan belanja jutaan ringgit telah berjaya?

Atau ada banyak kelonggaran serta kekeliruan bercampur pulak dengan kepeningan di pihak Imigresen sehingga sukar membezakan di antara pelancong asli dengan pelancong 'cari makan', di antara pelajar asing dengan 'pelajar asing yang cari makan'.

Dengar cerita pelajar asing yang pintar mungkin dapat taraf PR.......aduhai.....kalaulah pelajar asing yang pintar itu 'pandai cari makan'.....diberi pulak taraf PR......aduh.....banyaknya nanti hasil 'masyuuuuuk'.....industri pelancongan berkembang 'subur'.....aduhai.....

Bukti mereka ini pelancong asing yang pintar ia apabila mereka bertindak ala-ala 'spiderwoman', memanjat pokok dan banyak lagi aksi-aksi 'akrobatik' yang ramai rakyat Malaysia ter'pukau' dan ter'hanyut' dibuatnya. [sila baca di sini .]

Nota:

Adakah salah 'pelancong' atau salah 'mereka' yang suka me'lencung'?

Apabila Beruk Bermain Bola

Bila beruk bermain bola, siapa pengadilnya?

Siapa pula jurulatihnya?

Penontonnya?

Beruk jugak ke?

Yang mencadang beruk bermain bola semestinya ia ber'otak' beruk ke?

Atau ia memang dari spesis 'beruk jadian'?

Boleh ke sesuatu kejadian itu bertukar rupa dan bentuk, contohnya dari katak menjadi beruk?

Nota:

Tidak mustahil, semuanya dalam ilmu Allah SWT

Tuesday, July 13, 2010

1Malaysia Ber'celaru'......alahai Umno.....

Di luar sana, banyak kecelaruan dan orang sakit kepala. Ramai orang sedang pening-pening. Pening bukan pasal ber'badan' dua tapi pening sebab memang jenis dari parti 'Cap Ayam', sudah tentu selalu pening kepala dan membuat rakyat pun ikut pening.

Si Raja Katak 'gedebe kampong' suruh Nazri disisih dari Umno, kalau Umno nak 'selamat' dalam PRU13 nanti. [sumber. ]

Si Nazri pula suruh Umno menjauhi si Raja Katak 'gedebe kampong' dengan Perkasanya.
[sumber .]

Boss No.2 pula seperti biasa, bercakap merapu, entah dia tahu ke apa yang dia cakap selama ni, berkata, semua pihak berhak dan bebas menubuhkan 'Perkasa' samada ia versi melayu, cina atau india. [sumber .]

Kecelaruan ini menggambarkan Umno memang sedang sakit kepala, sedang pening, bukan pening-pening lalat lagi tapi pening tahap 'migraine' kronik.

Gambaran awal Umno menghadapi krisis kepimpinan kerana ramai menterinya mempunyai IQ tahap 'tadika politik'. Ramai yang tak faham apa itu 1Malaysia. Ada yang faham 1Malaysia duduk di baju, ada yang faham duduk di nombor 'satu', ada yang faham duduk di lagu, ada yang faham duduk di ratu......aduhai.....

Yang pastinya bila Umno tumbang, boss nombor duanya pun ikut tumbang kerana tidak melepasi kelayakan minima politik Malaysia terkini.

'Al-Ular-mak' beratib lagi

Makin dekat dengan PRU13, makin rancak golongan Agama yang sedia ada dalam Umno, yang di luar tapi mesra Umno, yang terjungkit-jungkit kaki hendak masuk ke dalam Umno dan yang berkepentingan menanam azam untuk masuk dalam Umno......semuanya bercakap pasal perpaduan melayu untuk menegakkan Islam di muka bumi Malaysia.

Seruan itu membuatkan tok-tok lebai kampong, 'ahli parlimen' warung kopi, warga pencen yang dah mesra surau termasuklah Al-Ular-mak muda, meleleh-leleh air-liur memuji-muji akan kesungguhan lagi 'ikhlas' Umno, kononnya mahukan perpaduan, idamkan hukum hakam Islam ditegakkan di bumi Malaysia.

Kenapa setiap kali hampir dengan piliharaya, Umno memainkan 'lagu' perpaduan ini? Kenapa apabila hilang 2/3 majoriti Umno me'rendah'kan diri, penuh tawaduk, menyerlahkan keikhlasan, menunjukkan kesungguhan, menampilkan keazaman yang melangit dan dengan hati suci 'sufi' menghulurkan salam perpaduan?

Kalau sungguh bagai dikata, walaupun Umno/BN kurang majoriti di Parlimen, buktikan dengan perbuatan, bawakan usul meminda Perlembagaan Negara kepada Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, buangkan sifat dengki selama ini kepada pembangkang khususnya PAS dan Pakatan Rakyat, nescaya PAS serta ahli-ahli parlimen Islam yang lain, InsyaAllah akan menyokong usul itu.

Jika diketika itu PAS serta ahli-ahli Parlimen Islam yang lain tidak menyokong dengan usul murni itu, barulah seluruh Al-Ular-mak di Malaysia boleh buat 'road-show' memberitahu kepada rakyat bahawa pembangkang hanya be'retorik' dengan perjuangan Islam.

Apa maknanya perpaduan di atas bangsa yang akhirnya sesuatu bangsa yang majoriti akan menjadi tamak dan rakus, yang akan menidakkan akan kewujudan bangsa yang lain......pada hal perpaduan di atas Islam akan memberi keadilan kepada sesama bangsa, sesama Islam dan seterusnya sesama warga negara Malaysia.

Umno hanya idamkan 'karpet merah'

Menamatkan permit akhbar Suara Keadilan dan Harakah hanyalah diibaratkan me'motong' jari jemari yang menulis kebenaran dan memaparkan penyelewangan.

Menyekatkan serta menghadkan permit ceramah hanyalah diibaratkan seperti menutup mulut untuk menyampaikan sesuatu yang hak dan menyalurkan maklumat kebenaran.

Menggunakan segala media untuk melancarkan serangan pemikiran dan segala bentuk fitnah untuk melemahkan Pakatan hanyalah diibaratkan memotong tangan yang mengerakkan ahli, penyokong serta pendokong untuk bangkit menentang segala kebatilan.

Menggunakan segala kuasa yang ada untuk menangkap pembangkang serta disumbatkan ke dalam simpanan ISA hanyalah diibaratkan memotong sebelah kaki yang bergerak untuk perjuangkan keadilan untuk semua di Malaysia.

Menggunakan segala kuasa yang ada mengharamkan parti hanyalah diibaratkan memotong atau meng'kasi' anggota sulit agar tiada zuriat lagi dikeluarkan untuk bangkit menegakkan keadilan.

Apakah jika itu semua tercapai, maka akan lesu semua rakyat, akan dungukah semua rakyat dicucuk hidung diheret kesana kemari?

Apakah tiada seorang pun akan bangkit untuk menentang segala kemungkaran politik dalam konteks demokrasi berparlimen?

Fitrah manusia, inginkan keadilan, maka akan pasti akan lahir seorang manusia yang bangkit menentang kezaliman dan segala bentuk kemungkaran politik dengan meraikan sisa-sisa demokrasi yang ada di Malaysia.

Umno/BN, jangan bermimpi untuk sentiasa berjalan di atas 'karpet merah'.