
Dalam Muktamar PAS ke-56 yang berakhir semalam, Presiden PAS memberi bayangan bahawa PAS akan 'menawan' Putrajaya.
PKR mahu ke Putarajaya. DAP pun mahu ke Putarajaya. Begitu juga dengan PAS. Dalam erti kata yang lain Pakatan Rakyat memang 'ingin' ke Putrajaya.
Dalam musim cuti sekolah ini saja, tak kurang 3 kali kami sekeluarga pergi ke Putrajaya kerana menghadiri kenduri kahwin, manakala Penjawat Awam pula, mereka hari-hari ke Putrajaya kecuali hari Sabtu dan Ahad.
Apa istimewanya dengan Putrajaya ni?
Jikalau anda ingin menaiki ERL untuk pergi ke KLIA, anda boleh menaikinya di hentian Putrajaya, anda juga boleh ke Alamanda di Putrajaya untuk membeli-belah, anda boleh ke Masjid Putra untuk solat di Putrajaya, anda boleh pergi untuk makan-makan sekeluarga, anda boleh pergi untuk beriadah dan juga anda boleh pergi ke Jabatan Kerajaan untuk berurusan sesuatu hal di Putrajaya.
Pendek kata, anda tak susah untuk ke sana. Tiada perlu 'boarding pass' mahupun pasport.
Yang paling minima anda boleh berjalan kaki atau ber'jogging' jika mampu, menaiki motorsikal atau berkereta atau naik bas ke Putrajaya.
Anda tidak perlu membawa apa-apa bekalan makanan atau pakaian, cuma perlu membawa sedikit wang jika mahu ber'shopping', jika tidak, memadailah dengan hanya bermodalkan RM10.00 sudah cukup membeli sebotol air mineral dan sekeping burger atau se buku roti.
Yang paling rumit dan susahnya jika anda berhajat pergi ke Putrajaya ialah, jika anda impikan untuk 'mengambil-alih' suatu tempat di sana. Bukan semua orang boleh pergi ke situ.
Tempat itu ialah di Aras 5.
Untuk pergi ke Aras 5, anda perlu berstrategi. Anda perlu mendapat sokongan daripada segenap lapisan rakyat, tidak kira warna kulit, suku kaum dan etnik, adat dan kepercayaan Agama . Anda perlu berperancangan. Anda tidak boleh berseorangan ke sana. Anda perlu berpakat elok-elok untuk ke sana.
Walau rumit sekali mana pun pergi ke sana, tetapi ia tidaklah mustahil.
Anda tentu arif di mana letaknya Aras 5 di Putrajayakan? [
sumber .]