Followers

Monday, May 31, 2010

Seks Disetiap Malam......itulah amalannya selama 25 tahun.....aduhai.....

Amalannya ialah 'adegan ranjang' bersama isteri di setiap malam dan amalan membaca buku.

Itu yang membuatnya ber'tenaga' disepanjang hari sehingga dapat menguruskan ko-kurikulum etiap hari sehingga lewat senja.

Rakan seperguruannya pun berasa hairan dengan ke'cergasan'nya sepanjang hari.

Beliau tidak bergantung harap kepada sebarang jamu atau ubat-ubatan lain atau sebarang petua lain, hanyalah dengan amalan membaca beberapa muka surat, perbincangan secra intelektual dengan isteri dan selebihnya amalan seks sihat bersama isteri di setiap malam.

Itulah dia, Cik Gu Alias Ismail yang menerima anugerah Tokoh Nilam kerana kecemerlangan dalam pembelajaran dan peguruan serta mendapat hadiah menunaikan fardhu Haji.

al-brangi:

Amalan ini ada keperluan dibuat kajian oleh para ilmuan lain, jangan asyik buat kerja-kerja membodek bos, ketua jabatan dan Menteri jer.

Islam sudah lama menganjurkan umatnya membaca Al-Quran dan buku-buku ilmu serta solat malam dengan ikhlas, nescaya keesokkannya badan sihat, InsyaAllah.

Agaknya, ada beberapa kes Cik Gu mencabul murid, Cik yang dah beristeri dan Cik Gu yang dah bersuami ditangkap berkhalwat berpunca tidak 'dapat' pada setiap malam kot

Kalau seks yang halal (dengan isteri atau isteri-isteri yang sah), apa salahnya, tapi bagi al-brangi, 'hujan ribut pun berhenti.'......alahai hebat sungguh orang kampong ku.....

Selanjutnya sila baca dibawah.

KUALA TERENGGANU: Reading and having sex nightly. That, says Tokoh Nilam award winner Alias Ismail, is the secret to his seemingly boundless energy during the day.

Even his colleagues have been left wondering how the teacher manages to remain energetic enough to conduct additional co-curriculum activities until the late evening.

“They always ask me whether I consume jamu (traditional herbs) to keep me going,” said the 41-year-old yesterday.

“Often, they are astonished when I tell them that it’s actually an active sex life and reading that makes one healthy, wealthy and wise.”

Alias is the inaugural recipient of the state-initiated award to honour a teacher who has managed outstanding achievements in education.

He received the award from Mentri Besar Datuk Ahmad Said at Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Darul Iman Malaysia here.

Alias also received a sponsored package to perform the haj.

The father of four said he made it a point to have sex daily before he and his wife retired for the night and felt it made him more agile and active.

“A good and legitimate sexual relationship is a kind of energy booster for me and my wife that has not only kept our marriage ties cordial but also made our bodies and brains functioning remarkably,” he added.

Alias, who teaches Bahasa Malaysia at SMK Menerong in Hulu Terengganu, said he was able to concentrate on his work after a “blissful” night with his wife.

He added that it was also a nightly ritual for both him and his wife, Rosmahwati Abdullah, 41, to read a few pages of a book and have an intellectual conversation before moving on to other “activities”.

The couple have been doing this since their marriage 25 years ago and they have a collection of 1,000 books, including romance novels.

He has also shared his secret with his eldest son, now 23. myStar.

Sayfool kata : Bukan Plastik yang digunakan,...... iye betul.....'anu'nya

Teringat semasa zaman kecik-kecik dulu......kami bermain 'pondok-pondok', kami bermain 'rumah pasung', kami bermain congkak, melastik burung.....berlawan pedang menggunakan batang bemban dan banyak lagi.

Semasa main 'rumah pasung', kita ada lantik hakim sendiri, orang dituduh, saksi, pegawai rumah pasung dan bentara. Bezanya dengan perjalan Mahkamah sekarang dengan zaman kanak-kanak dulu ialah, zaman sekarang, liputannya amat meluas.

Saya selalu dilantik jadi 'hakim'......aduhai seronoknya masa tu.....masa paling seronok ialah semasa menjatuhkan hukuman jel.....menangis-nangis sahabat saya yang kena tuduh semasa tu.

Saya masih ingat dia meraung-raung sambil merayu-rayu kepada 'hakim' (saya)......'Saya tak tikam dia betul-betul, kalau tikam betul-betul, matilah dia Tuan 'Hakim'.....lagi pun saya hanya gunakan pisau plastik'

Saya menjawap, 'Jangan ingkar perintah, kamu kena masuk penjara sehingga waktu asar.' Maka 'bentara' pun pergi bawa dia keluar dari rumah pasung dan dia diikat di satu tiang rumah.

Nak dijadikan cerita, selepas waktu asar, saya pergi ke rumah sahabat saya tu, kelihatan dia menangis teresak-esak sambil emaknya membuka ikatan.

Maknya berkata, 'Mainlah elok-elok. Bila besar besok jangan jadi 'Hakim' macam ni ye.'

Saya jawab, 'Maaf Mak Cik, 'bentara' lupa bukak ikatan'.....Mak Cik hanya tersenyum, 'Lain kali pastikan pisau betul ke pisau plastik.'

Sampai sekarang saya masih ingat lagi pesanan Mak Cik tu, pastikan 'pisau betul' ke 'pisau plastik'.

Hari ini di Mahkamah, si 'mangsa', beria-ia menafikan hanya plastik yang digunakan, bermakna ia bermaksudkan 'senjata betul' yang digunakan.

......Aduhai.....ceritanya lebih kurang zaman main 'pondok-pondok' dulu.

Bezanya, zaman 'pondok-pondok' dulu, watak-wataknya semua kanak-kanak, tetapi sekarang, wataknya orang dewasa berumur 62 tahun dengan seorang remaja berumur 23 tahun.

Bezanya lagi, zaman 'pondo-pondok' dulu, orang yang kena tuduh mengaku menggunakan 'pisau plastik', tetapi sekarang simangsa menafikan plastik digunakan.....alahai.

Kalaulah watak 'Mak Cik' itu dibaratkan rakyat jelata sekarang, agak-agak apa yang mereka nak beri komen dan nak beri pesanan......

albrangi:

Walau apapun keputusannya, proses peng'hakiman' tidak tamat di situ.

Ada dua lagi proses penghakiman, satu ialah proses peng'hakiman' di 'Mahkamah Rakyat' yakni PRU13.

Dan satu lagi......anda lebih arif kan?.....[sumber .]

Umno masuk 'Tadika' semula?......alahai.....

Apa yang nak dikalutkan pasal jawatan Timbalan Perdana Menteri I ke, II ke dan sebagainya......apa yang nak dihebohkan, apa yang nak di'busy-body'kan..... melainkan mereka yang ada niat serong mengenainya.

Umno tak habis-habis nak beritahu rakyat Malaysia, 'Hai orang Melayu, ini mala petaka menimpa bangsa dan negara, DAP dah jadi Timbalan Perdana Menteri II......habislah.....'

Apa, hang ingat DAP ni makhluk asing ke? Hang ingat DAP ni bukan 'orang' ke? Hang ingat DAP ni bukan warga negara ke? Hang ingat DAP ni makluk perosak ke?

Umno, kot tak nak hilang 'kuasa' sekalipun, janganlah putar lagu lama......janganlah terkinja-kinja menari sumbang.....nampak semacam ungka bergayut dari satu dahan ke satu dahan. Perangai 'nakal' lama suka menyumpit 'fitnah' kat 'punggung-punggung' orang Melayu, hentikanlah

Mari kita raikan demokrasi ini dimana semua rakyat Malaysia, semua warga negara Malaysia yang mana semua hak mereka terbela dibawah Perlembagaan yang satu.

Kita sudah hidup aman damai, kenapa semestinya sentimen kaum' masih diungkit.

Mari kita berlawan dalam medan pilihanraya secara 'gentleman'.

Bahasa semudah itu masih lagi tak faham ke?

Umno perlu masuk 'tadika politik' semula.

Itu pun masih belum menjaminkan mereka sudah pandai 'menulis' dan 'membaca' kerana gurunya masih terdiri mereka yang korup kepala otaknya, kerjanya hanya membodek erta men'jilat' anak 'murid'nya. [sumber.]

Meluatnya, tengok mereka nih

Kalaulah Pak Lah pecat mereka yang mendesaknya turun dulu, maka melelehlah air-liur sorang tu kempunan tak dapat jadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.

Tapi semasa zaman yang sorang lagi mantan PM memerintah, langsung tak berani nak angkat muka.

Ketika itu sesiapa yang 'diam' seperti tikus, nescaya akan 'kenyang' dalam beras.

al-brangi:

Meluat aku kat Umno, berlagak nak jadi 'tuan' pada BN

Sunday, May 30, 2010

'Habuk tarak', menghabiskan 'boreh' jer

Kalau dah jenis kepala batu, muka jenis kulit kematu, telinga jenis pekak badak, tak payah nak berkumpul ramai-ramai nak mem'bakar' GAS, buang masa saja.

Bulu roma sehelai pun tak ter'bakar', GAS pula keluar semput-semput.

Ia mungkin berkesan jika keseluruhan anggota CWC buat kenyataan akhbar desak si 'Macha' tu pergi.

Persoalannya mereka mahu apatah lagi berani ke berbuat demikian?

Licik serta degilnya menyamai bos lamanya yang apa nama, apa nama, apa nama......alahai.....

al-brangi:

Hanya MCA saja buat masa ni yang betul-betul berani bergantung kepada demokrasi berpolitik, yang lain 'habuk tarak', menghabiskan 'boreh' jer..

Hidup Melayu bersama 1Malaysia

HIDUP MELAYU... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat memorandum yang diserahkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali (tiga kiri) merangkap Pengerusi Kongres Majlis Perundingan Melayu (MPM) pada majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera : MBE 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi. Turut hadir (dari kiri) Naib Presiden Perkasa Dr Zubir Harun, Presiden Gagasan Melayu Perak Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, Presiden Maju Usahawan Malaysia Datuk Suhaimi Yacob, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia Datuk Profesor Dr Kamarudin Kachar dan Presiden Persatuan Pengimpot dan Perniagaan Kenderaan Melayu Malaysia Datuk Zainuddin Abd Rahman. - Foto BERNAMA

al-brangi:

Presiden UMNO tak angkat tangan mungkin tengah khusyuk baca memorandum tu kot atau nak ambik hati 1Malaysia?

'A picture speaks a Thousand words' - Sekeping Gambar Menceritakan Seribu Perkataan.

Pembangunan 1Malaysia di Kg.Baru......alahai.....

Kampung Baru, Kuala Lumpur akan dibangunkan daripada kawasan perkampungan kepada pusat perniagaan dan penempatan lebih moden.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, bagaimanapun, hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan tersebut tidak akan terjejas biarpun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan apabila projek Pembangunan Kampung Baru dilaksanakan kelak. [sumber.]

al-brangi:

Itulah yang dikatakan pembangunan ala-ala 1Malaysia.Hak kita, kita beri kat orang, hak orang kekal hak orang.

Rasanya Perkasa serta orang Melayu Kg.Baru tentu setuju sesangat tu.

Itulah contoh seorang Menteri pembela serta menaikkan maruah bangsa.

Kalau nak 'maju'kan lagi pergiatkan lagi 'judi halal' di situ......alahai.....

Saturday, May 29, 2010

'Ayam' Tua, 'Hero' Tua, 'Ayam' Pencen dan Jejaka 'Perasan'

Sepanjang minggu ini bermacam-macam cerita hal patah-mematah kita dengar.

Ada yang patah tangan, ada yang patah tulang rusuk, ada yang patah hati dan juga ada yang cuba me'matah'kan pengaruh serta kuasa seseorang.
  1. Seorang pelacur tua patah tangan kiri akibat terjun dari tingkap di tingkat satu sebuah pusat pelacuran di Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini malam kelmarin gara-gara melarikan diri daripada dicekup pihak berkuasa.......Mana tak patahnya, umur pun dah 50an, tulang temulang dah rapuh......kesian di umur senja seperti itu masih mendamba 'sex' untuk hidup.....anak-anak ntah ke mana. Di mana dia Jabatan Kebajikan Masyarakat? Mak Cik Izat buat tak tahu ke? Mana dia yang beri fatwa menjaja badan kerana desakan hidup itu harus kerana 'darurat' konon.

  2. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Sarawak, YB Roland Sagah Wee Inn, patah tiga tulang rusuk sebelah kanan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terjatuh dalam gaung di Jalan Puncak Borneo petang ini. Pandu elok-elok YB, nanti rakyat pulak patah hati kerana YB tak dapat jumpa mereka, PRU peringkat negeri dah dekat kan? Tok Uban tentu keciwa besar dan berpatah hati kalau BN terlepas di PRU negeri nanti.

  3. Umno dan seluruh kerabat dalam syarikat BN masih lagi tak keruan, hari-hari memutar lagu 'Patah Hati' dendangan Kak Pah, terlepasnya Sibu masih lagi mengiang-ngiang di telinga......almaklum..... tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat mengharung banjir bila tiba musim pilihanraya. You know, I knowlah. You help me, I help you, tak salahkan, ini bukan rasuah cuma ini janji ber'isi'......auhailah sayang.....

  4. Tetapi dalam hal patah mematah ni, yang paling aura sekali ialah ada seorang jejaka yang namanya mirip-mirip Ferdinand Magellan, pelayar berbangsa Portugis tersohor tahun 1500+ dahulu yang mati terbunuh di Filipina.......tetapi jejaka yang dimaksudkan ini bukan pelayar, tetapi seorang pembakar 'GAS'. Dia berhasrat me'matah' serta mem'bakar' ego, kuasa serta pengaruh seorang hero tua yang belum nyanyuk. Rakan sekutu hero tua itu, malah boss lamanya dulu masih belum nyanyuk lagi, cuma cakapnya saja banyak merapu sekarang......mampu ke jejaka itu?.....saksikan drama ini pada Ahad, 2.00 petang di Mines, Sri Kembangan.
al-brangi:

Patah sayap, bertongkatkan paruh, tak boleh jugak pakai 'wheel-chair' saja, namun lawan tetap lawan.

RM2.0 juta tak adalah banyak......alahai.....

Biarkan dia Datuk Seri Anwar.

RM2.0 juta bukannya banyak bagi mereka yang dah banyak duit.

Bagi mereka yang perlahap, RM2.0 juta boleh depa buat belanja selepas PRU13 nanti.

Lainlah kalau Umno pilih lagi mereka bertanding, boleh gak dia guna masa berkempen, di masa itu baru mereka tahu RM2.0 juta itu sikit sebab ahli dan penyokong Umno makan 'besar' dan 'banyak'. [sumber .]

al-brangi:

Lupakan mereka, lagi dicabar lagi perasan.

Aduihhhhhh tekak dah mula melyo ni, macam nak termuntahlah pulak bila teringat katak-katak tu melompat masuk lubang 'taik'.

Pari Bakar Cicah Air Asam

Tak ada kerja lain si kambing UMNgOk ni.

Apa, kau ingat tuan kau tu Tuan Besar ke?

Jangan suka buli rakan sepencarian (sama-sama cari 'makan'), nanti rakyat akan buli kamu pula.

al-brangi :

Pari bakar, cicah air asam, phewwwwww sedappppp tau!

Friday, May 28, 2010

Borang Judi Berlogo 'HALAL' sahaja diterima?

Gambar sebagai hiasan, Penjudi Ber'patriotik', Judi Ber'hemah'

Tak perasanlah pulak, ada seorang sahabat tu, disuruhnya ulang berkali-kali, 'haram judi, haram judi, haram judi, haram judi, haram judi', maka ia akan menjadi 'haram jadah, haram jadah, haram jadah, haram jadah, haram jadah'.

Saya cuba sebut macam tu, bergulung lidah, akhirnya ia berbunyi lain macam je......ishhhhh 'censored'.....walau apapun itu menunjukkan betapa marahnya sahabat tadi pada Kerajaan.

Kerajaan pulak ambil pendekatan 'pekak badak', ia membisu dan buat-buat tak dengar dan kononnya tak tahu apa yang berlaku kerana ia tahu yang membangkang adalah pembangkang, walhal orang-orang Umno, MCA dan MIC amat seoronok dengan judi.

Majoriti rakyat, bagaimana? Sama-sama kita tunggu dalam PRU13 nanti.

Tapi sahabat itu kata PRU12 lambat lagi, rakyat dah lupa ketika itu, Piala Dunia pun dah selesai.
Agaknya sebab itulah Kerajaan berani buat, kan Melayu mudah lupa, dok gitu Madey dan Brehe Katak?

al-brangi:

Tersangat khuatirnya kalau-kalau tercetak borang-borang penjudian itu nanti berlogo 'HALAL'.

'Kinabatangan tentu tersenyum lebar'

Umno pun sama jugak. Yang tak nak turun di'goncang-goncang'kannya.

Kalau tak percaya tanyalah Pak Lah.

Yang sebelum Pak Lah tu, apa kurangnya. Mula-mula diacahnya nak lepas jawatan, hinggakan keluar 'air-mata' yang paling masyhor dan mahal, maka juru-juru bodek 'profesional' pun naik ke pentas menangis2 sambil bergayut-gayut kat kaki suruh jangan berhenti.

Dia pun perasan dirinya hebat lalu tak jadi berhenti. Kalaulah tidak kerana keputusan PRU10 1999 menyedihkan Umno, rasa-rasanya 'orang tua' itu belum berundur lagi sehingga sekarang.

Mana-mana parti dalam BN mana tahu 'turun'?

al-brangi:

Ada juga yang tak boleh 'naik' dan tak berpeluang nak 'naik', Kinabatangan tentu tersenyum lebar.

Hanya Zat Allah Yang Maha Suci, Kekal Abadi.

380,000 ahli Umno tiba-tiba 'meninggal'?

Umno buat lawak '10 sen' yang hanya orang Umno sendiri yang mampu ketawa.

Setiap kali pilihanraya kecil, pasti badut-badut Umno mengisytiharkan bahawa sekian ratus ahli PKR atau PAS msuk Umno.

Bila pilihanraya reda, Umno pula isytihar sendiri seramai 380,000 orang dikeluarkan daripada senarai keahliannya kerana mereka tidak dapat dikesan atau telah meninggal dunia.

Dikhabarkan, kononnya mereka tidak dapat dikesan atau kemungkinan meninggal dunia.

Hendak dikatakan seramai 380,000 telah keluar Umno, ini amat memalukan Umno, maka direkacipta sebab musabab yang paling lojik ialah meninggal dunia, itulah kesombongan yang amat nyata, keangkuhan yang melampau dari Umno. [sumber .]

Saya amat yakin dan sokong sepenuhnya, mereka telah meninggal 'dunia'. Mereka telah meninggal 'dunia' Umno yang penuh 'autar', yang hebat dengan kepura-puraan, yang tinggi dengan keangkuhan, yang sarat dengan fitnah, yang berat dengan rasuah dan yang tebal dengan perkauman.

al-brangi :

380,000 ahli tiba-tiba meninggal, akibat kena 'wabak' apa ye?

'PEMANDU' yang cekap pun mungkin Ter'babas'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Ni yang leceh ni, bila bercakap dengan orang korporat. (Walaupun sebagai seorang Menteri, tetapi beliau bukan orang politik, dilantik sebagai Senator pada tahun 2009.)

Orang korporat hanya bercakap pasal 'dollars and cents'. Dia hanya bercakap pasal untung rugi. Dia hanya pandai bercakap pasal ekonomi kembang-kuncup. Dia mungkin pandai buat gempar negara akan muflis pada sekian tahun.

Dia akan mampu buat segala gimik agar segala tindakan Kerajaan selepas pada itu ada justifikasinya, ada rasionalnya, maka media pembodek serta penganalisa ekonomi mahupun politik murahan akan mengiakan saja segala tindakan Kerajaan.

Untuk menghapus segala subsidi kononnya untuk mengelakkan negara daripada muflis 9 tahun lagi adalah satu ungkapan yang dibuat tanpa mengambilkira keadaan socio-ekonomi golongan penduduk dibawah tahap miskin tegar, miskin dan pertengahan.

Kenyataan itu tidak mengambilkira impak kehidupan golongan tersebut di atas, jauh sekali menyelami hati-nurani serta kesan akibat pemotongan subsidi itu nanti.

Kerajaan perlu menyelami seikhlas mungkin akan segala impaknya nanti, akan segala masalah sosial yang akan timbul akibatnya nanti.

Tiada maknanya nanti rakyat menderita, tapi negara membangun dek kerana terlajak pandang Kerajaan menyelami akan segala permasalahan rakyat.

Tiada maknanya seorang ketua keluarga, bertungkus lumus mengejar kekayaan, akhirnya kekayaan itu bukan untuk dibelanjakan kepada ahli keluarganya. (sila baca di sini, di sini dan di sini .)

Thursday, May 27, 2010

GAS ada cukup bekalan gas ke?

Pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah membatalkan penempahan dewan yang akan digunakan oleh GAS Ahad ini untuk menentang kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu.

Berkemungkinan Umno memainkan pengaruhnya dengan memberi arahan agar penempahan dewan dibatalkan, semata-mata untuk menggendurkan suasana.

Ini kerana Umno dengan MIC kelihatan amat 'dingin' perhubungannya, semenjak dari penentuan serta penetapan calon PRK Hulu Selangor lagi sehingalah berlarutan dengan kemelut dalaman MIC sekarang.

Kata orang tua, tepuk air ke dulang, terpercik jugak ke muka sendiri.

Ia juga berkemungkinan Samy menggunakan pengaruhnya serta segala 'kekuatan'nya mendesak pengurusan PWTC membatalkan penempahan dewan untuk kegunaan Ahad ini.

Walau apapun, Umno jelas dilihat seolah-olah telah 'mengalah' kepada Samy, kerana Umno boleh menggunakan pengaruhnya untuk membenarkan penggunaan dewan tersebut pada bila-bila masa dan keadaan.

Nampaknya kurang lebih 72 jam GAS akan mem'bakar' 'ex-boss'nya, jelas kelihatan sudah mendapat rintangan pertama.

Mengikut GAS, Samy akan dikejutkan dengan kejutan besar esok.

Siapa yang terkejut beruk, siapa yang tersentak, siapa yang terlentang, yang jelasnya GAS sudah mendapat tamparan hebat, samada gasnya masih mencukupi menjelang Ahad ini, sama-samalah kita tunggu.

al-brangi:

Satu 'miracle' berlaku jika seorang 'bantam-weight' dapat menjinakkan seorang 'heavy-weight', yang walaupun pernah tumpas KO dengan seorang 'bantam-weight' juga pada PRU12 dulu.

Hari minggu kedai gas tutup wahai Mr.Mugilan, anda ada cukup bekalan gas ke?

[sila baca di sini dan di sini .]

'Jangan Main-Main Sama Saya'

Ahli-ahli MIC di'tindik'kan deria hidu anda, di'tusuk'kan deria pendengaran anda, di'kobek'kan deria penglihatan anda, di'badut'kan keintelektualan anda, di'gelap'kan pemikiran anda, di'Saya setuju, Tuan'kan kesetiaan anda dan di'hapus-padam'kan istilah 'biar pewakilan yang buat keputusan'?

Inilah demokrasi ala-ala kerabat Barisan Nasional. Selanjutnya sila baca di sini .

al-brangi:

Jangan sebelum membakar, GAS dah kehabisan gas.

Umno Vs. MIC, Kedua-dua sama je

Mohan dikatakan bongkak, Vell Paari dikatakan biadap.

Kedua-dua mereka enggan minta maaf.

al-brangi :

Begitulah apabila parti yang memang spesis egois berbalah.

Yang satu itu bangkit kerana merasakan mereka di' buli', mereka yakin yang satu lagi tu, memang perlukan sokongan kaumnya.

Yang satu lagi tu nak tunjuk lagak 'tuan', apa-apa pun diri sendiri tak pernah bersalah, yang bersalah adalah orang lain.

Yang sebenarnya kedua-dua 'egois' itu saling memerlukan antara satu sama lain untuk mengekalkan 'egois' masing-masing terutama di musim pilihanraya.

Nun pengundi di luar sana, usah terpedaya lakonan kedua-dua 'bangsawan' ini, pastikan anda menolak kedua-duanya dqlam PRU13 nanti.

Wednesday, May 26, 2010

'Jais' tiba-tiba kena sawan khinzir?

'Jais' yang begitu lantang sebelum ini, tiba-tiba lidah menjadi kelu, gigi terkancing macam orang kena sawan khinzir.

'Jais' menggemparkan para ilmuan dan pencinta lm apa menangkap mantan Mufti kerana kononnya menyampaikan ilmu Agama tanpa tauliah.

'Jais' juga berkokok seperti menghafal skrip kononnya masih banyak masjid dan surau membawa 'politik' ke dalamnya yang akibat itu berpecah-belah jemaah.

'Jais' juga sibuk dan aktif menggempur beberapa ajaran sesat yang bergerak aktif di seluruh negeri Selangor.

'Jais' juga sibuk memberi arahan AJK Masjid/Surau mesti berumur dibawah 60 tahun.

Tiba-tiba dalam bab judi bolasepak sempena Piala Dunia, 'Jais' sudah lupa diri bahawa membisu seribu bahasa itu juga merupakan satu bentuk kesesatan yang amat nyata.

al-brangi :

Kalau rakyat Selangor 'sesat', 'Jais' bertindak, kalau 'Jais' sendiri 'sesat', siapa pula yang nak bertindak?......alahai.....

Harga Sebuah 'Maruah' : RM6.5 juta, Royalti Minyak dan Tanjung Pagar

Sagong Tasi, 78, dan enam yang lain (dua daripada mereka telah meninggal dunia) daripada suku Temuan, selepas 15 tahun, telah memperolehi pampasan RM6.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk tanah adat yang diambil bagi membina sebuah lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. [sila baca di sini .]

al-brangi:

Wah 'lumayan' tu Tok.

Itulah harga sebuah 'maruah', sebagaimana royalti minyak bagi Negeri Kelantan dan Tanjung Pagar bagi rakyat Malaysia.......aduhai.....

GAS: Samy akan 'lepas'kan juga Julai ini?

GAS akan pastikan Samy akan 'turun' pada bulan Julai ini.

Dalam perhimpunan yang akan diadakan di PWTC pada hari Ahad ini, GAS akan mendesak Samy 'turun' secara terhormat.

al-brangi:

Kita tunggu dan lihat samada GAS akan kehabisan 'gas' atau GAS betul-betul mem'bakar' dengan maraknya hinggakan Samy naik 'layu' kalau tak 'rentung' pun. [sila baca di sini .]

MIC meng'acah' Umno

Bibibt-bibit keretakan sudah berlaku dalam Barisan Nasional. Keangkuhan BN sudah tersentak apabila MIC sudah mula tunjuk 'warna'nya sebenar.

Ia bermula dari pemilihan calon di PRK Parlimen Hulu Selangor lagi.

Satu petanda '1Malaysia' akan tumbang dalam PRU 13 nanti.

Kalau dah tidak sekata, berani ke MIC membawa diri sendiri atau hanya ber'lakon' sebagai menunjuk bukti kepada ahli dan penyokong bahawa MIC berani berlawan kononnya di atas kebenaran?

al-brangi :

Kita tunggu episod selanjutnya selepas ini.

Tuesday, May 25, 2010

Awas! Ketua Pemuda Umno dah pandai 'menembak' oh

AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (dua kiri) bersama pelatih kursus asas perajurit sukarela 508 askar wataniah lain menunjukkan kemahiran kawat bersenjata pada majlis penutup kursus tersebut, di Kem Rasah, Seremban, 25 Mei. - Utusan/MD. SHAHJEHAN MAAMIN


Awas Pakatan Rakyat!

Ketua Pemuda Umno akan 'menembak' anda 'bila-bila masa' sekarang atau dalam PRU13 nanti.

al-brangi:

Jangan main-main oh, sekarang askar terlatih oh.

Tangkas bermain 'senjata'.

'Senjata' Pakatan Rakyat adalah kebenaran.

'Umno pun takkan boleh lari seumur hidup'

PUTRAJAYA 24 Mei – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mengingatkan Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau tidak akan dapat lari seumur hidup daripada undang-undang Malaysia.

Tegasnya, meskipun berlindung di London yang penuh dengan cara hidup seronok yang diharungi pengendali portal berita antikerajaan Malaysia Today itu, kesalahannya yang sedang disiasat di sini ‘tidak akan habis dengan pukulan kata-kata sinis’ semata-mata.

‘‘Suatu hari dia akan bertemu buku dengan ruas, perilakunya sebagai pelarian hanya sementara sahaja.

Saya tidak kata tindakan Raja Petra Kamaruddin semuanya betul, tetapi sudah tentu setiap tindakanya bersebab.[sila baca di sini .]

Saya juga tidak kata ucapan Rais semuanya betul, tapi ungkapannya 'Raja Petra Kamaruddin tidak akan dapat lari seumur hidup' membawa persamaan kepada ungkapan saya,

' UMNO pun tidak akan dapat lari seumur hidup daripada 'auta' kepada rakyat.'

Tunggu Singa Naik 'syeikh'

Dua kali lima = Lima kali dua, dua-dua sama je.

Kalau dua2 tak ada, aman, selamat Malaysia. daripada segala 'autar'.

Oh, rupa-rupanya kalau GAS kehabisan 'gas', Umno akan 'tolong' 'isi'kannya ye.

Patutlah naik 'syeikh' anak kepada seorang yang selalu naik dan tak pernah turun 'syeikh'nya. [sila baca di sini .]


Video Clip: You help me, I help you lah......

Monday, May 24, 2010

Perkasa Ibarat Itik 'Serati'......tunggu masa untuk tumbang.....

Perkasa tak payahlah nak menyebukkan diri dalam hal kerugian Sime Darby.

Umum tahu, anda nak bercakap atas tiket politik, suara anda tenggelam timbul, antara keluar dengan tidak , macam kentut dalam kain, suara berbunyi antara tidak tapi bau busuk hapak.

Maka anda berselindung disebalik NGO, semata-mata nak tunjuk pada orang Pasir Mas, bahawa anda masih relevan lagi, walaupun pada hakikatnya anda seperti itik 'serati' amat liat untuk tumbang cuma menunggu masa dan ketika sahaja.

Kalaulah Perkasa ni ikhlas berjuang, kepada membisu dalam hal judi? [sila baca di sini .]

Jangan mimpi, NGO seperti Perkasa nak jadi kumpulan pendesak, sejarah telah buktikan, Kerajaan tidak pernah tunduk kepada NGO.

Hal politik hanya diselesaikan oleh orang politik dengan secara politik.

al-brangi:

Amat letih menunggu itik 'serati' nak dibuat gulai kampong.

Semoga Berjaya, Datuk Zaid

Datuk Zaid Ibrahim akan pastikan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tidak sah di Mahkamah.

Petisyen telah difailkan hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ini akan menjadi satu tamparan bagi BN yang baru ber'kabung' di atas kekalahan PRK Parlimen Sibu minggu lepas.

"Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguam Zaid – Malik Imtiaz Sarwar semasa sidang akhbar di rumah Zaid di Petaling Jaya.[ sila baca di sini .]

Datuk Zaid juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil dengan adil.

al-brangi:

Walaupun keputusan petisyen pilihanraya jarang menemui kejayaan, namun ia perlu dilakukan untuk memberitahu rakyat apa yang berlaku sebenarnya.

Selamat berjaya.

GAS Dijangka Kehabisan 'gas'

Gerakan Anti Samy Vellu atau ringkasnya GAS yang diasaskan oleh Bharat Maniam dan Mugilan yang dipecat oleh Samy Vellu kerana mendesaknya beundur daripada menerajui MIC dijangka akan penat, 'punctured', semput dan kehabisan 'gas'.

Buat masa sekarang hanya dua orang sahaja dari CWC iaitu K.P. Samy dan G. Kumar Aamaan yang menyokong desakan itu secara terang terangan.

Yang lain hanya membisu dan sokong GAS secara diam-diam.

Sejarah membuktikan mereka yang takut-takut berani biasanya tersekat diperjalanan seperti berlaku kepada 'Team B' pmpinan Tengku Razaleigh dalam Umno dahulu yang tak bersetuju dengan 'Team A' pimpinan Mahathir sehingga tertubuhnya Semangat 46.

Walaupun Pak Lah berjaya didesak 'turun' oleh kumpulan yang tak sabar dengan pelan peralihan kuasanya, namun Samy dengan Mahathir adalah dua orang politikus 'licik' yang bukan dalam klas yang sama dengan Pak Lah.

Kerja-kerja mendesak seseorang pimpinan tertinggi turun adalah kerja-kerja orang yang masih berada dalam parti terutama dalam CWC (Majlis Tertinggi Parti) diikuti dengan majoriti ahli dan ia hanya berjaya didesak secara 'en bloc' bukan secara dua tiga orang.

Kita tunggu dan lihat samada GAS berjaya 'menurunkan' Samy secara terhormat atau kehabisan 'gas' di tengah jalan. [Sila baca di sini.]

Sunday, May 23, 2010

U ada berani? Nanti u balik, seluar u basah depan, kuning belakang oh......

I love u, u love me lah.

I send u, u send me lah

I hold u, u hold me lah

I take u, u take me lah

I give u, u give me lah

I borrow u, u borrow me lah

I marry u, u marry me lah

I belanja u, u belanja me lah

I help u, u help me lah

Apa help-help ni? Jangan bikin bising-bising ah, nanti angin saya naik, u orang nanti susah oh.

Saya sudah tutup ini kes, u orang masih bising oh.

Ok ok saya sekarang mahu pergi tanya-tanya sikit, apa itu bising-bising, apa itu help u, help me all about.

Bila sudah dapat cerita, nanti saya balik, saya beritahu u all, ada ok ke saya?

al-brangi:

Saya ingat bila u balik cerita sama kita orang mesti seluar u basah depan, kuning belakang, kita orang mahu lari oh, banyak busuk oh......alahai.....

Kalau betul berani, u baca sini.

Menunggu 'camelion' Meroyan

Menunggu 'camelion' meroyan-royan, tapi anihnya tak bertukar warna......alahai.....

'Warna' sebenar kulitnya akan diketahui juga akhirnya. [sila baca di sini dan di sini .]

Apabila Samy tanya Pak Lah

Hahahahahaha. Rasakan, ini giliran awak Samy.
Memang perit, dah lama lena 'tidur'kan? Ada orang kacau pulak.

Nak rasa perit ke, pahit ke, manis ke, mamai ke, ngantuk ke, tanyalah sama Pak Lah......dia pun pernah rasa begitu setahun lebih dulu.

al-brangi:

Episod 'Drama' ini akan jadi lebih teruja jika Samy berundur selepas PRU13.

1 murid, 1 sukan......50 murid, 50 sukan.....50 'kroni'?

Dasar satu murid satu sukan akan dilaksanakan tahun depan.

Baiiiiiik punya dasar.

Kalau ada 50 orang murid minat sukan yang berlainan, bermakna ada 50 orang guru mengawasinya.....ini bermakna sekolah terpaksa menyediakan 50 jenis peralatan dan infrastrkstur sukan yang berkaitan.....maka berpeluanglah 50 'kroni' jadi 'supplier' peralatan.?

Cantiiiiiik, 'saya' sokong, sokong, sokong.

Idea yang bijak datang dari kepala otak yang bijak sebagaimana otak yang sihat datang dari tubuh badan yang sihat.

KUALA LUMPUR:
Rancangan transformasi pendidikan yang meliputi dasar satu murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan akan mula dilaksanakan tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dasar itu bertujuan mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah-sekolah dalam negara selain dapat meningkatkansemangat persaingan yang sihat.

Katanya, aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan dan meningkatkan persefahaman selain boleh mewujudkan semangat "esprit de corp" iaitu saling membantu di antara satu sama lain.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Pertandingan BolaSepak Piala Sultan Azlan Shah 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoriadi sini hari ini. Pada perlawanan bola sepak itu, tuan rumah SMK Victoria muncul juara selepas menewaskan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 4-0. - BERNAMA

Saturday, May 22, 2010

Umno, Bijak Memang Bijak.....tapi

Kita lulus dulu......tengok macamana.....depa bising tak, mungkin depa dah letih atau terlajak pandang.

Oopsss, depa bising, depa keriau sana sini......jangan bimbang, kita akan buat kajian, kita memang peka akan kehendak rakyat.

al-brangi :

Umno, Bijak.

Amboiii Umno......dalam Al-Quran memang jelas judi haram.....takkan nak kaji lagi kot......lainlah si Mamat sorang tu,,,,,dia tak jumpa Ayat judi dalam Al-Quran, samada dia tak pernah baca Al-Quran atau memang 'buta-Al-Quran'.

al-brangi :

Umno, Memang bijak.

Maka jadilah Umno, Bijak Memang Bijak....tapi

Selebihnya baca di bawah:

Putrajaya will study reaction to sports betting plan

May 22, 2010

KUALA LUMPUR, May 22 — Putrajaya will study public feedback to its move to legalise sports betting following an uproar over the licence reinstated to tycoon Tan Sri Vincent Tan’s dormant online gaming company.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said today the government recognised the public reaction on its move to legalise sports betting and would analyse the feedback from Muslims and non-Muslims.

“I have not been informed in detail what is the situation, to be frank, but we have also recognised the reactions from the public, Muslims and non-Muslims.

“I do believe we will take that into consideration. But as it is now I have not been briefed in detail what is the issue,” Muhyiddin told reporters here.

The DPM’s remarks come following stinging criticisms and public outcry over the Najib administration’s recent move in legalising sports footing ahead of the World Cup next month.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had issued a licence to Tan’s Ascot Sports Sdn Bhd, which is to be acquired by the Berjaya Group — also controlled by Tan. Berjaya will take a 70 per cent stake in Ascot.

DAP has accused Najib of “cronyism” for awarding Tan the sports betting licence without an open tender process, saying that it sounded the “death knell” to his New Economic Model (NEM) which was supposed to eliminate rent-seeking and patronage.

In contrast, Tun Abdullah Ahmad Badawi had rejected the Finance Ministry’s proposal to legalise sports betting during his reign as prime minister.

In Malaysia, illegal bookmaking activities are estimated to be worth up to RM20 billion a year.

Pakatan Rakyat leaders have accused BN of legalising sports betting as a means to boost flagging revenues amidst a wide deficit gap ahead of the 2010 Fifa World Cup in June.

The government’s latest decision has hit a raw nerve with sections of the Malay community, who have started protesting in mosques on the perceived dangers of the legalisation of sports betting.[theMalaysianInsider]

......kalau semua desak.....Tinggallah Samy Sorang Diri

Mugilan desak Samy undur Presiden MIC, sekarang......bukan esok.....bukan lusa......bukan tahun depan.....Mugilan kena pecat dari MIC.

Kalau 2 orang Central Working Committee desak SAmy undur sekarang......mungkin 2 orang itu akan dipecat.

Kalau 3 orang, 4 orang, 5 orang, 6 orang......semua orang......3, 4, 5..... dan semua orang akan dipecat.

Kalau semua orang dipecat......maka tinggallah Samy seorang diri.....dengan sendirinya Samy akan pergi sendiri kerana takut tinggal sorang diri......nanti itu 'hantu' datang mintak wang 'ufti'

Ada berani ke semua ahli CWC?

Kalau berani, you all memang sayang MIC.

Kalau takut jugak, you all mesti sayang Samy.

al-brangi: ......Alahai.....

Utusan Meloya 'naik syeikh'

Janganlah salahkan media dek oi.

Adik tak tahu ke, media di Malaysialah agen pembangunan negara.

Merekalah yang menobat Islam, sukan, politik, sosial budaya serta ekonomi dan jangan lupa tanpa media hiburan jadi lesu.

Merekalah yang bertanggungjawab membina minda masyarakat ketahap minda klas pertama dengan cerita-cerita sensasi seperti berleluasa seks 'terlarang', kisah-kisah rogol yang boleh memberi kefahamam kepada anak-anak pra-sekolah dan anak-anak di tahun 6 ke bawah.

Adik-adik tak tahu, tanpa media, peminat 'ekor' berhempas pulas nak tahu keputusannya.

Adik-adik yang sibuk ber'badminton' tak tahu bahawa medialah yang menaikkan nama pemimpin sekarang di mata dunia dengan me'nidak'kan peranan pembangkang.

al-brangi:

Sebelum al-brangi naik loya dan termuntah-muntah, lebik baik di'noktah'kan posting ini cepat-cepat.

Kalau adik-adik nak juara, senang je, Malaysia jangan jadi tuan rumah, adik-adik pergi main kat luar negara......di sana media Utusan Meloya tak meng'ganggu'.

Kabinet 'Tingkap'

Ada desas desus kata Kabinet akan dirombak. Tal payah kita nak intai-intai, tak de maknanya rombak atau tidak.

Rombak ke, tak rombak ke, ia tiada memberi apa-apa makna kepada rakyat. Dasarnya tetap sama. Angkuhnya tetap sama. Autanya pun tetap sama.

Yang pastinya, 'kabinet dapur' atau 'kabinet tingkap' yang paling senang dirombak.

Yang membezanya, ialah samada yang dilantik Menteri baru itu datang dari Ahli Parlimen yang menang dalam pilihanraya atau dibawa melalui 'tingkap' (dilantik Senator dahulu). Pada hal masih ramai yang menang ikut pilihanraya, semacam tak hormat pada pilihan rakyat. Bercakap pasal 'hormat-menghormati', mana ada orang Umno nak hormat orang ramai kecuali di musim pilihanraya je.

Buat masa sekarang Menteri yang jaga hal-hal wanita dibawa masuk ikut 'tingkap' sebab tu banyak kes lelaki perempuan panjat tingkap untuk bercenkerama.

Menteri yang jaga Agama pun di'usung' ikut 'tingkap' sebab tu lidah kena gam gajah, kelu bisu pasal judi.

Kalau nanti Menteri Sumber Manusia di'sumbat ikut 'tingkap, ita tak hairan kalau PATI keluar masuk negara ikut 'tingkap'.

Jika terlampau ramai Menteri yang datang ikut 'tingkap' maka lama-kelamaan orang akan panggil barisan 'Kabinet Tingkap'.

Friday, May 21, 2010

Apabila 'Tok Uban' berkata-kata......alahai.....

Gunung Santubung - Gambar sebagai hiasan

Kakakakakaka.

Orang Sarawak sudah mula pandai naik loya, muak, mual dan bila-bila masa akan termuntah biru hitam pekat. Tak apa, muntah itu maknanya buang yang 'kotor'.

Tetapi sekarang selepas menang di Sibu, orang Sarawak sudah jernih muntahnya menjadi keputihan, biru-biru cair dan ada sedikit kehijauan. Itu dinamakan muntah 'harmoni'.

Bertelagahlah dua orang tua. Satu bernama Tok Uban dan satu lagi bernama Panglima Awang.

Tok Uban : "Anda percaya cakap DAP, dunia boleh tungkup (terbalik)."

Panglima Awang : "Kita sama-sama tunggu, pilihanraya Sarawak nanti, siapa yang tungkup, siapa yang ber'diri' megah, semegah Gunung Santubungm InsyaAllah."
(Sila juga baca berita ini .)

al-brangi:

Angkuh itu 'trade-mark' BN.

Islam melarang keras miliki sifat angkuh.

Ingat J M S K ......alahai.....


Daripada pagi tadi, sehinggalah sekarang, perut ni rasa banyak ragamnya. Sakit ada, memulas pun ada. Nak kata salah makan, selama ini pun ok jer, selera masih tajam.....tolak kayu dan batu.

Mungkin sebab makan pisang banyak sangat kot. Malam tadi kat surau biasalah......malam Jumaat.....tak de pisang tak sah, terbatal semua makanan lain.

Hari ini, pisang lemak manis yang tebang dua hari lalu dah masak. Kalau saya tak ngabiskannya sapa lagi. Ulang-alik kedapur, alih-alih dah dua sikat 'ghurub'. Mungkin sebab itu kot perut memulas semacam je.

Selepas solat Jumaat tadi terus ke klinik. Tunggu punya tunggu Doktor, sempat bersembang dengan pesakit lain.

"Abang sakit apa? Macam selalu tengoklah abang masa pilihanraya dulu." sapa seorang adik rupa macam 'student'.

Sambil nak jawab, puas saya mikirkan siapa adik ni, Umno ke PAS, "Abang sakit perut."

Belum sempat saya buat tekaan, dia dulu mulakan cerita, "Apa hal Judi ni bang?"

Saya semacam kurang berminat nak cakap banyak sebab perut pun sakit dan pesakit lain semua menoleh kat saya.

Kawannya yang sebelah tu semacam nak menyampuk, saya beri peluang dia bercakap, "Mugilan pun 'terbang', Sibu pun dah terlepas. Apa hal dia orang ni?"

Dalam hati saya......boleh tahan gak dua orang adik ni......Semuanya dia 'follow'. Saya cuba alihkan topik sambil memerhatikan gambar Khunying Pornthip Rojanasunand [rujuk sini .] yang dibuat 'wallpaper' di telefonya. Saya tanya adik tu, "Minat ke dengan Pornthip tu?"

Dia menjawap sambil ketawa, "Hehehehehe, Dia takut nak datang beri ulasan, mungkin ulas ikut video kot. Sekarang macam-macam boleh berlaku bang. Sapa pun takut bang"

Saya seronok bersembang dengan kedua-dua anak muda tu. Ini yang kita mahu, anak muda yang berani bercakap di atas kewarasan dan keintelektualannya tapi fikiran mereka dibelenggu oleh Akta Universiti,(AUKU) yang akibatnya sebahagiannya menjadi lesu bila 'graduate'.

Ketika saya nak ber'ceramah' sikit kat adik-adik tu, nama saya dipanggil masuk.

Semasa saya masuk saya cerita pada Doktor yang saya makan pisang, makan itu, makan ini dan makan......makan.....

Doktor pesan Jangan Makan Sampai Kenyang. Teringat akan saya sebuah Hadith SAW (lupa priwayatnya), yang bermaksud lebih kurang, "Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang."

Bila saya keluar dari bilik Doktor, sempat bersalaman dengan dua orang anak muda itu sambil berkata kepadanya, "Abang ni cepat pelupa, lain kali kalau berselisih jangan lupa tegur."

Saya sambung lagi, "Doktor pesan J M S K".

Kedua-duanya tercengang......saya sambung," J M S K, maknanya Jangan Makan Sampai Kenyang atau pun J M S K juga maknanya J udi, M ugilan, S ibu, K hunying(Pornthip Rojanasunand)"

Kami sama-sama gelak sehingga pesakit lain pun turut tersenyum. (Mungkin setuju kot)

Sesungguhnya Pakatan Rakyat sudah berada di hati rakyat.

Fantasi......tunggu kucing bertanduk.....

Katakan di suatu hari, anda membaca semua akhbar pembodek dengan berbagai 'headlines' seperti 'Pakatan Rakyat balik ke pangkal jalan', 'Pembangkang bertaubat', 'Pembangkang Bubar', 'Pakatan Rakyat Repent', 'Pembangkang: Kami menyesal' dan berbagai-bagai lagi.

Anda mungkin mengangkat sedikit kening dan mula mencari dan membaca isi kandungannya. Anda mungkin mula membaca, maka terjumpalah berita yang bermula......"Maka 'jumhur' pemimpin pembangkang telah membuat kenyataan akhbar seperti berikut yang disiarkan tanpa sebarang pindaan....."

"Kami kesemua pemimpin Pakatan Rakyat di atas rasa keinsafan kami dengan ini memperakukan bahawa Barisan Nasi Onak merupakan satu barisan yang betul-betul membela nasib rakyat tidak kira warna kulit, anutan agama, suku kaum etnik, adat resam dan kebudayaan.

Barisan mereka memang sedari dulu, kini dan selama-lamanya adalah bebas dari rasuah, tipu helah, membelit fakta serta mengadu-domba.

Manakala keseluruhan agensinya adalah cekap, bebas rasuah, mesra rakyat sehingga kami hidup dalam keadaan bebas jenayah, ceria tanpa bercuriga dan berperangsaka buruk. Sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku adalah hanya beberapa perkara terpencil yang tidak dapat tidak adalah semata-mata kerana mereka bukannya maksum.

Demi pembangunan negara tercinta, kami bersetuju tidak pergi jauh meneliti setiap sen yang dibelanjakan datang dari punca judi, arak, pelacuran dan seumpamanya kerana kami yakin kesemua Mufti telah memberi fatwa masing-masing.

Satu 'road-show' akan menyusul selepas ini untuk menyampaikan kepada rakyat.

Demikian adanya."

Anda mungkin baca lagi dan lagi dan lagi sehingga anda naik mual, loya langsung termuntah.

Badan anda menjadi seram sejuk kerana tidak mungkin kewarasan otak yang anda semua miliki boleh disensasikan hanya dengan sebuah FANTASI.

al-brangi:

Tidak mungkin yang batil boleh membaluti yang hak sehingga semuanya hanyut dalam alam fantasi Barisan......alahai.....

Thursday, May 20, 2010

Sebulan, Tidaklah Lama sayang......Alahai.....

Si-Suami : "Abang redho dengan hukuman ini......jangan nangis sayang....."

Si-Isteri : "Satu bulan terlalu lama bang......bermakna 30 hari tak leh jumpa....."

Si-Suami : "Sayang datang 1 bulan jumpa abang......yakni hari-hari jumpa ye....."

Si-Isteri : "Mana boleh bang......nanti pegawai penjara tertarik pulak kat sayang dan sayang tertarik pulak kat dia"

Si-Suami : "Macam berdramalah pulak sayang ni......keluar nanti kita pergi honey-moon lagi ye sayang"

Si-Isteri : "Jangan lupa bawak balik ole-ole dari penjara ye bang......"

Si-Suami : "Di sini bukan macam negeri orang putih, tak banyak barang......bakul rotan banyak le.....banduanita pun mana ada yang cantik"

Si-Isteri : "Banduanita itu apa bang?"

Si-Suami : "Sejeneis 'bakul rotan', tapi 'rotan hutan', tak se putih melepak macam 'bakul rotan' bandar.....tak cantik pun"

Si-Isteri : "Abang ni......gatal....."

Si-Aya : "Citttttt tinggal 1 bulan pun ada bising ka? Saya, dia worang suruh tinggalkan buat selama-lamanya"

Si-Suami : "Woittttt.....Bila masa u ada sini? Dia worang sudah 'boring' sama u. Lagi-lagi u, tarak muka lain ke? Lagi u ada, kita orang susah mahu menang oh"

Si-Aya : "Weh macha......lu letak itu jawatanlah. Join saya bikin itu 'charity-work' jugak"

Si-Suami : "Aya......mana boleh.....saya ada dua 'bakul-rotan' jugak mahu kasi makan....."

Si-Aya : "Itulah pasal......'bakul rotan' bandar jugak lu cari. Nasib baik saya satu 'bakul rotan' jugak ada, itu pun 'rotan hutan' jugak. Tidak apa, 'rotan hutan' pun tidak apa, janji kepala tarak pusing....."

Si-Isteri : "Jom balik bang......nanti bila dah masuk 'hutan'.....takut kedua-dua 'bakul' hilang pulak nanti."

Si-Suami : "Jom sayang......jangan cakap begitu, malam ni malam Jumaat tau, takut-takut ia menjadi doa pulak."

al-brangi:

Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.

Alangkah berfaedah ye, tinggalkan isteri untuk berdakwah dan buat kerja-kerja untuk Parti.

'Kamu' Berdua Memang Sudah Lama Tidak Relevan

Apa macam? Bila dah 'big boss' sendiri kata yang kamu perlu berubah untuk kekal relevan, itu bermakna kamu buat masa sekarang masih belum relevan lagi dan akan kekal tidak relevan sehingga kamu berubah.

Membuat fitnah, mengadudomba di antara pemimpin PR, mensensasikan sesuatu isu adalah beberapa contoh yang kamu sudah sebati dengannya. Ia dah menyerap masuk di setiap 'urat-saraf' kamu. Ia telah menjadi budaya atau 'trade-mark' bagi kamu.

Menyemarakkan ruang hiburan, mengeksploitasikan artis berpakaian dan kehidupan mereka tidak menolong membina minda masyarakat Islam yang sudah jauh dengan Agama.

Persoalannya, mampukah kamu berubah? Bukan senang untuk seseorang boleh berubah dalam masa satu dua bulan.

Halangan yang paling besar bagi kamu ialah, Umno. Ini kerana Umno memerlukan kamu dan kamu memerlukan Umno. Saling memerlukan untuk 'survival' masing-masing. Lingkupnya Umno, maka lingkuplah kamu.

Jika kamu tidak berubah, kamu sudah tidak relevan lagi, maka dengan sendirinya Umno juga kekal tidak relevan lagi.

al-brangi:

......Alahai.....Sesungguhnya Umno memang sudah tidak relevan lagi sebagaimana kamu memang sudah lama tidak relevan.

Selebihnya sila baca di sini.

Wednesday, May 19, 2010

'Menteri' Umno/BN pun letaklah jawatan sama

Adussssssyyyyyh!

Janganlah macam tu Umno. Kenapa mesti bersikap 'double-standard'. Sedari dulu kini dan selama-lamanya Umno hanya melihat salah-laku orang lain. Orang lain semuanya salah. Orang lain semuanya mesti bertanggungjawab, namun kita (yakni UMNO) tidak bersalah.

Kononnya Umno amat perihatin jika mana-mana agensi ada menanggung kerugian. Kuman diseberang lautan semuanya Umno nmpak, bangkai gajah terdampar depan mata, buat-buat tak nampak.

Kalau analogi orang ini boleh diterima pakai, sudah berbondong-bondong Menteri Umno/BN dimestikan letak jawatan. Sudah sekian ramai ketua pejabat, ketua institusi, pengarah syarikat dimrdtikan melepas jawatan.

Tetapi ia tidak berlaku begitu. Ia tidak sesekali akan berlaku demikian kerana Menteri=Menteri Umno/BN serta ketua agensi yang 'mesra-Umno/Bn' seolah-olah semuanya 'maksum'.

Telah berlaku berapa banyak 'blunder' dan berapa banyak 'multiple-error' (pinjam kata-kata Dr.Hamirdin) oleh Umno/BN, kenapa belum wujud seorang pun lagi 'hamba Allah' yang dengan rela hati meletak jawatan atau dipaksa melepas jawatan? [sumber.]

Samy's Magic atau 'gimik'

Samy Vellu akhirnya beritahu dia akan lepaskan jawatan Presiden MIC pada tahun depan disekitar bulan September 2011 iaitu 8 bulan sebelum penggal sebenar jatan Presidennya berakhir iaitu pada bulan Mei 2012.

Persoalannya kenapa tidak sekarang, atau hujung tahun ini, atau hujung tahun depan atau sehingga habis penggal jawatannya berakhir?

Mengikut katanya, dia akan 'musnah'kan sesiapa yang akan 'musnah'kan MIC. Awas, mana-mana musuh politiknya, samada musuh 'tradisi' atau musuh 'baru' jangan bermimpi untuk merebut jawatan tertinggi dalam parti, apatah lagi bertanding dalam PRU13 nanti.

"Cawangan-cawangan yang kurang atau tidak aktif akan dirombak dan diberi nafas baru melalui pelantikan pemimpin baru," katanya.

Maka melepaslah mana-mana Ketua Cawangan yang tidak 'ngam' dengan beliau atas dasar tidak 'aktif' (walaupun aktif) untuk mengintai-intai jawatan lebih tinggi dalam parti atau mengidam-idam nak bertanding. (Sila baca di sini .)

"Saya tidak mahu berundur dari MIC macam orang bodoh dan saya akan membuat keputusan baik sebelum saya berundur," katanya semasa merasmikan Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan di sini.

Ini bermakna selepas dia 'musnah'kan siapa yang ingin 'musnah'kan parti, dia akan berhenti sebagai orang cerdik.

Kita sama-sama tengok, 'musuh' tradisinya yang cerdik atau Samy yang kurang cerdik.

Beliau sempat juga kata dengan lagak angkuhnya (Umno pun samalah, bahkan BN pun gitu jugak) "Jika MIC tidak relevan, bagaimana kami boleh menang di Bagan Pinang dan Hulu Selangor (pilihan raya kecil)?"

Wahai Samy, di Bagan Pinang kalau pasal bukan calon 'raja segala raja' itu bertanding, BN akan 'bungkus'. Di Hulu Selangor, kalau tak kerana undi 'unit-trust, fixed-deposit' di Felda, BN 'balik awal' kerana sudah jelas undi cina sudah terbang ke kem PR. (Sila baca di sini.)

al-brangi:

Selamat bersara 'in advance', tapi bila tiba masanya nanti, jangan pula itu orang akan buat 'press statement', dan berkatalah itu orang, "Kerana perjuangan yang belum selesai, saya tidak akan lepaskan jawatan ini.", maka meloponglah 'musuh' tradisinya yang mungkin ketika itu sudah dikeluarkan dari parti.

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dipenjara 1 bulan, denda RM1000

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin kerana berkahwin tanpa kebenaran mahkamah, hujung tahun lepas.

Dalam pada itu, isterinya Zizie Izette Abdul Samad pula didenda RM1,000 atau penjara sebulan atas kesalahan yang sama.

Selain itu aktres tersebut juga dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan kerana bersubahat dalam kes Bung Moktar berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.


Itulah di antara laporannya. Selebihnya sila baca di sini.

Walaupun hukuman penjaranya kurang daripada setahun dan dendanya kurang daripada RM2000 dan beliau terselamat daripada secara otomatis hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, namun sebagai seorang Ahli Parlimen yang berprinsip, beliau seharusnya melepaskan kerusi Parlimen Kinabatangan dengan segera.

Demi menjaga maruah partinya, Umno yang kononya sebuah parti yang sentiasa menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara dan sentiasa mendokong Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan, beliau tidak perlu melengah-lengah atau mencari helah untuk berbuat demikian.

Selaku golongan 'pembuat undang-undang', anda sendiri yang melanggarnya, tiada maknanya anda masih ingin mempertahankan jawatan itu, kerana ini amat memalukan parti anda, UMNO khususnya dan Negara amnya.

Ia juga memberi gambaran negatif diseluruh dunia bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa menjunjung demokrasi, masih ada lagi wakil rakyatnya berperangai sedemikian. (Yang sebenarnya, masih ramai yang berperangai demikian).

Jika anda kekal sebagai Ahli Parlimen, maka sah dan sahihlah UMNO tegak sebagai sebuah parti yang tidak bermaruah, mempermainkan undang-undang, malah ia merupakan satu bentuk penderhakaan kepada Raja kerana undang-undang yang anda gubal telah diluluskan oleh anda dan akhirnya di'endorsed' oleh Raja untuk semua rakyat jelata mematuhi.

Gambar di atas menunjukkan 15 wanita mewakili pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di depan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Selangor, kerana membantah salah laku Ahli Parlimen tersebut semalam.

al-brangi:

Nak berpoligami tak salah. Kalau dah banyak duit, banyak pengaruh, nak kahwin gengan anak Raja ke, ratu cantik ke, tapi biarlah ikut saluran yang sah.

'Gentleman'lah bang kalau nak kawin lagi. Kalau dah bersalah, 'gentleman'lah bang lepas 'jawatan' itu.

Kokok berdegar-degar, ekor bergelumang taik......alahai.....

Umno Tiada Tempat di Sarawak

Umno sepatutnya bertanya kepada diri sendiri, kenapa Umno tidak boleh atau dalam ertikata lain rakyat Sarawak menolak Umno melebarkan sayapnya di bumi Kenyalang ini.

Jangan salahkan pembangkang apabila BN kecundang di Sibu. Jangan menutup kelemahan sendiri dengan menyalahkan orang lain.

PAS, PKR dan DAP sudah lama mendahului Umno mengembangkan sayap masing-masing di Sabah dan Sarawak. Mereka tiada masalah di Sarawak dan Sabah.

Daripada zaman Tun Mahathir, Umno cuba mencari dan merentes tapak di Sarawak tetapi gagal. Sudah hampir 29 tahun berlalu selepasa Tun Mahathir melepas jawatan Presiden Umno dan sudah pun bertukar-ganti Presiden dua kali, Umno masih lagi gagal bertapak di Sarawak.

Kenapa jadi begitu?

Ini yang sepatutnya dijawap oleh orang-orang Umno sendiri.

Selagi penganalisa 'pembodek' politik Umno yang hanya menganalisa secara 'analisa-kangkung', selagi itulah Umno akan sentiasa syok sendiri kerana tiada seorang pun daripada mereka berani membuat analisa yang akan 'menyentuh' hati pimpinan tertinggi kerana kepentingan 'tembolok' masing-masing.

Teruskanlah dengan keangkuhan kamu wahai Umno, kerana dengan keangkuhan itu akan memberi khabar baik kepada pembangkang.

Tuesday, May 18, 2010

Itu baru Sibu, dah jadi macam Pak Pandir,,,,,,alahai.....

Masih lagi angkuh tuturkatanya.

Itulah 'typical' pimpinan Umno/Barisan Nasional apabila berkata-kata. Kata-katanya hanya hendak mententeram seta menenangkan hati mereka selepas tersembam dalam 'banjir' di Sibu.

Sebenarnya kata-kata sebegitu adalah merupakan satu persendaan kepada pengundi-engundi di Sarawak dan Sabah. Bukan setak mempersendakan pengundi-pengundi yang sudah muak dan mual dengan BN, malah memperendahkan keintelktualan pengundi-pengundi Sarawak dan Sabah yang sudah bijaksana lagi celik politik dan bebas dari belenggu kejumudan Umno/BN berpolitik.

Kalau mereka masih bermimpi di siang hari dan masih mengharap Sarawak dan Sabah masih mampu menjadi 'fixed-deposit' kepada mereka, maka jangan nanti di PRU13, mereka menjadi tak ubah seperti Pak Pandir bertegang urat degan Mak Pandir, "Bukan anak kita saja yang mati, anak orang lain pun mati jugak" walaupun anak 'orang lain' itu adalah anaknya sendiri yang tercicir. [sumber.]

Politik ? Ah! Sama je

Bila difikir-fikirkan dan diamat-amati kehidupan sekarang seolah-olah zaman telah berbalik semula ke zaman jahiliah.

Nyawa manusia menjadi terlalu murah. Maruah telah hilang terbang.

Rogol, ragut, rasuah, dadah, judi, zina, arak, buang bayi dan TANAM BAYI serta bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih maklum.

Politik semasa pun sama juga keadaannya. Kira bicara, tawar menawar, janji berjanji menjadi mainan.

Duit berjuta-juta ditawarkan, asalkan memberi sokongan dan bukti sokongan diterjemahkan dalam bentuk undi.

Jawatan boleh dibeli dengan wang ringgit.

Pengaruh dan kekuasaan menjadi penentu.

al-brangi;

Apabila Iman sudah nipis, Syariat Allah di ketepikan maka nafsu menguasai segala-galanya.

Pasir Di atas Bara?

Kalau setakat pasir yang sifatnya hanya pasir semata-mata, ia tidaklah panas melainkan ia terdedah lama oleh 'bahang' matahari atau ia di'goreng' dalam kuali atau ia di'bakar' api.

Kalau disensasikan, diadu-dombakan dan diputar belitkan maka panaslah jadinya.

Yang bersalah tetap bersalah, biar undang-undang menjalankan proses selanjutnya.

Apa yang nak ditakutkan, sebuah pentadbiran yang telus tidak akan sekali-kali menutup kes-kes seperti ini.

Jika ia ditutup jugak, dibaratkan seperti menekup pasir di atas longgokan bara api.

al-brangi:

Kalau bakar kambing di atas pasir yang panas, enak jugak ye.

Monday, May 17, 2010

Tahniah Sibu; BN Tersedak, Keangkuhan Terkulai.

Kalau keangkuhan China untuk menyambar kedua-dua piala, Piala Thomas dan Uber tersentak apabila Korea berjaya menyekat Cina dengan merampas Piala Uber daripada menyeberangi Laut Cina dan terus memasuki Tembok Besar, maka keangkuhan Barisan Nasional untuk memenangi 3 pilihanraya kecil berturut turut terhalang dengan kekalahan PRK Parlimen Sibu kepada DAP/Pakatan Rakyat.

Kekalahan Barisan Nasional amat memalukan jika 'taburan' duit seperti menabur pasir dijalanan, seperti mencurah air ke daun keladi diambil kira, setitik pun tidak melekat.

Pengerusi Barisan Nasionalnya sendiri berulang alik melintasi Laut Cina Selatan, diikuti dengan barisan Kabinet Pusat dan Negeri, memujuk, merayu, menebalkan muka menagih simpati daripada pengundi.

Pilihanraya ini menjadi titik tolak BN Sarawak khasnya dan BN pusat amnya akan merudum dalam pilihanraya akan datang terutama pilihanraya peringkat negeri yang akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Maka jelaslah sekarang, rakyat telah menjadi hakim untuk menghukum keangkuhan Barisan Nasional. 'Rasuah politik' tidak mendatangkan apa-apa kesan bagi penduduk Sibu tidak seperti di Bagan Pinang dan Hulu Selangor, dimana 'wang' masih menjadi bahan pertaruhan yang lumayan.

'Lompatan' terakhir Wangsa Maju dan 'pembongkaran' isu pasir jelas tidak mendatangkan 'kudis' bagi penduduk Sibu.

Amat memalukan bagi pengundi Bagan Pinang dan Hulu Selangor yang masih 'kabur politik' kerana diliputi dengan ringgit walaupun berbagai-bagai pendedahan kemungkaran politik oleh Barisan Nasional berbanding dengan pengundi di sibu, walaupun kemudahan internet amat terbatas tetapi mereka mempunyai deria 'pengamatan' yang amat tajam, kerana jawapannya, mereka sudah 'celik politik'.

Tahniah kepada semua pengundi yang bijaksana dan kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen yang baru serta para petugas yang bekerja bukan kerana ringgit tetapi kerana sebuah perjuangan.

Apa Karpal Singh Kata Kepada Pengerusi BN?

Bukan sekali dua perbuatan begitu, bahkan disetiap kali piliharaya kecil diadakan. Yang paling ketara ialah selepas BN kalah untuk sekian kalinya dan bermula dari PRK Manik Urai, Bagan Pinang, Hulu Selangor lagi dan yang paing ketara ialah di Sibu.

Tiada apa yang boleh kita lakukan. Mereka ada pen'tafsir' mereka tersendiri. Mereka ada 'perkakas' sendiri, mereka ada 'alat' sendiri dan yang paling hebat mereka ada beberapa jenis 'kuda tunggangan' mereka sendiri.

Itulah sebabnya mereka senang bergerak ke sana ke mari tanpa gangguan

Kemenangan di Sibu telah memberi harapan bahawa fenomena di atas akan berubah di PRU13 nanti.

Selebihnya, sila baca di bawah.

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,”
kata Najib.

Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membincangkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia diciplak dari One Israel.
[sumber .]

Terkulai di Sibu: Apa Kata Mereka?

Tiada 'headlines' pada mana-mana akhbar pembodek mereka, pengumuman lewat oleh SPR dan tiada berita muncul di TV, hatta berbentuk 'crawler' pun, begitulah keadaannya kalau mereka kalah dalam sesuatu pilihanraya.

Tetapi kalaulah mereka menang, riuh rendah 1Malaysia, keesokkannya 'headlines' di dada-dada akhbar pembodek mereka, maka para analisis politik pembodek yang hanya tahu men'jual' 'air-liur' mereka pun sibuklah dengan analisa 'kangkung' mereka.

Berikut adalah beberapa contoh 'headlines' di akhbar pembodek mereka jika BN menang:

Utusan Meroyan : 'BN menang bergaya'

Berita Hairan : 'Pengundi Sibu bijak'

The Scar : 'Pakatan Rakyat KO'ed'

The Straits of Century : 'BN, the only'

Apa pula kata pemimpin mereka jika mereka menang:

Menteri A :

Kita sudah menjangkakan dari awal lagi. Pengundi Sibu amat tertarik dengan gagasan 1Malaysia, sebab itu saya pergi banyak kali ke sana kerana pengundi di Sibu amat seronok bersalaman dengan saya dan mereka amat seoronok dan tidak puas-puas mendengar gagasan 1Malaysia.

Sebuah Pakatan yang rapuh yang hanya pandai buat janji akan ditolak oleh rakyat. Kemenangan ini menjadi indicator dalam pilihanraya negeri Sarawak nanti dan dalam PRU13, BN amat yakin mendapat 'lanslide victory'. Pada bila-bila masa kita boleh memanggil 'snap election'.

Menteri B : BN tidak mungkir janji. Bukan setakat juta-juta, billion-billion ringgit pun kita boleh beri. Sibu tidak akan banjir lagi. Keruntuhan mereka tidak boleh dielak lagi, sesungguhnya Pakatan Kian Runtuh.

Menteri C : Rakyat menolak politik dalam Masjid. BN mengguna Masjid untuk menjawab fitnah Pakatan dan itu bukanlah politik. BN hanya membaca Yaasiin dan solat hajat agar diberi hidayat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Menteri D: Demi menjaga kestabilan politik Sarawak, rakyat jelas menolak pembangkang. Kita berjanji, bermula di saat ini, bermula di Sibu, Sarawak akan mula membangun.

Apa pula yang diperkatakan oleh penganalisa politik 'jual air-liur' mereka:

Saudara Noritake : Rakyat Sibu khasnya menolak politik 'character assasination' yang diamalkan oleh pembangkang. Kajian dipendalaman menunjukkan 98.9% suku kaum etnik di sana menerima gagasan 1Malaysia yang dengan jelas memberi kehidupan yang selesa kepada mereka. 88.98% daripada mereka menerima konsep ahli bebas tapi 'mesra BN' dan ini sangat jelas mereka menolak pembangkang.

Saudara Profesor dari Universiti Kayangan Malaysia : Kajian di pendalaman di seluruh negeri Sarawak menunjukkan 96.67% rakyat tidak yakin bahawa Pakatan boleh memerintah negara dan 98.99% daripada mereka yakin bahawa Pakatan hanya berfantasikan di atas konsep 'marriage of convenience', apabila tamat tempoh berbulan madu, mereka akan berpisah.

al-brangi:

Aduiiiiiih, pening, pening, pening semuanya hebat.......Alahai.....

Sunday, May 16, 2010

'Talian Hayat', 'Fixed Deposit', 'Unit Trust' Semuanya Kuncup

'Talian hayat' sudah putus. 'Fixed deposit' dah berkurangan, niaga tak untung. 'Unit trust' dah kembang kuncup. Barisan Nasional stabil tetapi kritikal. 'Trick' undi pos tak menjadi. Peratus mengundi dari 59.9%, tiba-tiba meningkat kepada 63+%.

Mari kita nyanyi lagu Pak Ngah Balik Bulan Mengambang. Pak Pong, Pak Pong, Pak Pong.

Hanya 57% Keluar Mengundi, PR Harapan Cerah.

Setakat jam 4.00 petang, hanya 57% keluar mengundi.

DAP/Pakatan Rakyat mempunyai harapan cerah untuk menang.

Pembangkang 'Tutup Kedai': Umno 'Bahagia'?......Alahai.....

Dikhabarkan ramai ahli PKR keluar parti. Banyak cawangan bubar. Heboh 1Malaysia berita-berita begitu, seolah-olah itulah berita yang paling tergempar, menengelami berita-berita kemungkaran yang lain seperti lulus lesen judi bolasepak.

Apa yang cuba digambar kepada masyarakat?

Mereka ingin menggambarkan rakyat sudah hilang kepercayaan kepada Datuk Seri Anwar khasnya dan PKR amnya.

Untuk memendekkan cerita, andai kata suatu hari nanti PKR gulung tikar.

Kita pergi jauh lagi, andaikata PAS di'tutup'kan kedai dengan apa cara dan kuasa yang mereka miliki dan DAP di'cair'kan dengan berbagai 'akal panjang' mereka.

Adakah rakyat akan menjangkakan mereka akan mudah mem'bangun'kan negara tanpa 'gangguan' (konon) dari pembangkang?

Oh tidak! Selagi mereka yang sentiasa mabuk dengan kuasa, selagi itulah mereka pula akan ber'cakaran' sesama sendiri. Ketika itu siapa yang paling 'ligat' di antara mereka, dialah yang kuat.

Di ketika itu sesiapa yang berkuasa dan ingin mengekalkan kuasa serta melebarkan sayap pengaruhnya maka rasuah akan menjadi kata pemula dalam setiap urusan dan bicara, penjawat awam akan hanya menjadi seperti 'perkakas makmal', Agensi Kerajaan akan menjadi 'kuda tunggangan' dan rakyat hanya mampu menjadi pak turut, tak ubah seperti 'lembu dicucuk hidung'.

Sibu yang 'Sebu'

Kenapa secara tidak semena-mena Sibu menjadi tempat mencurahkan 'kasih-sayang', tempat menabur 'bakti'?

Kenapa dengan tidak semena-mena setelah sekian lama Sibu di bawah Barisan Nasional, sekelian Menteri Kabinet dan Menteri di Sarawak datang ber'temu mesra' dengan penduduk Sibu?

Kenapa secara tiba-tiba Sibu menjadi begitu penting bagi Barisan Nasional?

Sibu yang selalu sebu dengan banjir, tiba-tiba banjir 'duit' melanda Sibu dan menjadi sebu.

2/3 majoriti sudah hampir tercapai dengan bantuan 'Sahabat BN' atau 'Bebas Mesra BN' (Ahli-ahli Parlimen bebas), Sibu perlu dikekalkan.

Penduduk Sibu harus memahami percturan ini.

Selamat mengundi.

Saturday, May 15, 2010

'Gerudi' Saya Bukan Satu Jenayah?


SIAPA tidak kenal Inul Daratista dengan tarian gelek gerudi. Persembahan Inul bagaikan tidak lengkap tanpa tarian itu.

Walaupun gelek gerudi Inul pernah menimbulkan kontroversi, namun tidak bermakna dia akan berhenti dari bergoyang.

Inul bakal menjayakan Konsert 1 Inul Daratista dengan aksi gelek gerudinya di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau pada 29 Mei ini, Padang Kompleks Sukan Keningau (31 Mei) dan Sunway Hotel Resort & Spa (4 Jun).

"Saya masih akan buat gelek gerudi kerana ia bukan criminal. Goyangan itu bukan lucah tetapi apa yang dilakukan itu lebih attractive . Selain gelek gerudi, saya juga akan melakukan goyang-goyang yang lain juga.

Selanjutnya sila teruskan baca di sini .

al-brangi:

Benar sekali 'gelek gerudi' kamu ngak criminal yakni jenayah, tapi ada sesetengah yang nonton 'gelek gerudi' kamu akan terangsang, lalu dilempiaskan pada orang lain lalu jadilah ia 'mangsa gerudi'.

Bukan begitu dong?......Alahai.....

Bukankah kalau satu perbuatan baik kita anjurkan dan ramai orang mengamalkannya, maka kita turut dapat ganjarannya, maka begitulah SEBALIKNYA.

Pakatan Rakyat : Fenomena 'kegagalan-cerun' Berterusan?

Penyokong dan pendokong setia tidak berupaya bertindak atau menyekat mana-mana Ahli Parlimen/ADUN Pakatan Rakyat melompat keluar.

Mereka setakat mampu merungut dan memaki serampah untuk menyedapkan hati setiap kali ada 'lompatan' Ahli Parlimen atau ADUN Pakatan Rakyat ke Umno atau menjadi Ahli Parlimen/ADUN yang 'mesra-BN'.

Sambil mengurut-urut dada sambil menyumpah, "Ah, mereka dibeli. Mereka belot. Mereka tidak berprinsip. Pergi mampuslah. Mereka gunting dalam lipatan dan berbagai-bagai lagi."

Untuk menambahkan lagi 'garam'nya bermacam-macam label diberikan kepada mereka seperti Raja Katak, Raja Kotak dan bermacam-macam gelaran untuk memujuk hati yang radang.

Kita juga ada mendengar ungkapan-ungkapan yang menjadi ubat yang paling mujarab untuk mententeramkan hati kita yang bukan setakat luka, tetapi sudah hampir bernanah.

Ungkapan-ungkapan seperti 'kospirasi' politik, ber'motif'kan politik, 'rasuah' politik, 'pembelian terancang', 'pelacur' politik, 'Umno-implant' dan banyak lagi serta beberapa analisa politik daripada cerdik pandai politik berjaya juga menyejukkan hati kita.

Persoalannya, apakah kita akan layu mata lalu terlintuk dan terus terlena dengan analisa-analisa sebegitu yang berjaya membekukan pemikiran sehingga kita dapat menelan semuanya yang berlaku tanpa ada rasa pahit atau mual lagi?

Yang sudah melompat, biarkan mereka melompat. Menangis air-mata darah pun, mereka tidak akan kembali lagi ke pangkuan kita.

Yang pentingnya, Ahli-Ahli Parlimen/ADUN Pakatan Rakyat yang masih kekal dalam Pakatan Rakyat ini, perlu dijaga agar fenomena 'kegagalan cerun' yakni 'tanah bergelongsor' atau lompat-melompat tanpa henti ini terus berlaku dan makin bergelonsor.

Satu "Slip Circle Analysis" perlu diadakan segera agar 'kegagalan cerun' ini tidak berulang lagi.

Ahli biasa, penyokong dan pendokong sedang menagih tindakan matang serta kecerdikan politik pimpinan dalam Pakatan Rakyat dalam menangani isu ini.

al-brangi:

Kalau setakat nak puaskan hati, posting maki hamun 'katak-katak' ini sedikit sebanyak mengubatkan hati ini.

Tapi memadai ke setakat itu?

Pengundi di luar sana boleh menerima ke kemelut ini?

Jangan akhirnya kita hanya 'Menang sorak, kampong tergadai'?

Rexy Beralih kepada Sukan Ragbi?

Jurulatih China kata, 'Pemain Malaysia tua-tua.'

Tua itu satu hal.

Yang anihnya setelah berapa tahun Rexy jadi jurulatih 'beregu' negara, beliau hanya berhasil mengeluarkan pemain 'ragbi' daripada sepatutnya pemain badminton.

Apabila pemain beregu jenis yang 'debab-debab' dan 'montel-montel', maka pergerakan mereka menjadi lembab, ketangkasan melompat menjadi terhalang.

Mungkin mereka masih jaguh diperingkat tanahair, tetapi dengan perkembangan pemain luar negara yang makin pantas dan cergas, maka jurulatih perlu mencari atau membentuk pemain yang tinggi lampai, bukannya rendah dan debab untuk pemainan beregu.

BAM juga ada kewajaran untuk kembali mengambil jurulatih tempatan kerana jelas Rexy gagal membentuk pemain beregu pelapis untuk megambil alih pemain yang ada.

al-brangi:

Pemain kita selalunya 'ranum di luar musim'. Mungkin mereka berjaya dalam sirkit Super Series Dunia (tahniah kepada mereka) tetapi bila datang musim yang sebenarnya seperti Olimpik, Kejohanan Dunia, Suka Asia, Suka SEA dan Piala Thomas/Uber, mereka 'gugur busuk'.

Friday, May 14, 2010

2/3 Majoriti : 'Game Over' ke?

Bermula dengan Raja Katak Pasir Mas dan beberapa siri lompatan lagi selepas daripada itu DAN dengan perkembangan terkini, nampaknya mereka ini seolah-olah dengan rela hati meng'activate'kan kembali 'talian hayat 2/3 majoriti' kepada Barisan Nasional di atas keringat pengundi.

Pakatan Rakyat, bersedialah menerima pukulan kilas terakhir dari Barisan Nasional!

Game 'over' ke?.

al-brangi:

Game belum over.

Bermuhasabahlah!

Sila baca di sini dan di sini.

Sibu: Hanya Mimpi Di siang Hari

Pusat pergi ke Sibu menjanjikan bermacam-macam kecuali bulan dan matahari.

Perbuatan itu jelas menempelak Barisan Nasional Sarawak di bawah pimpinan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sekarang, seolah-olah tiada apa yang dibuat oleh BN Sarawak selama hampir 29 tahun memerintah selepas mengambil alih daripada Tun Datuk Patinggi Hj Abdul Rahman Ya'akub dan selama lebih kurang 47 tahun lebih BN Sarawak berada dalam Malaysia semenjak tahun 1963.

Tetapi dalam masa yang sama kata orang-orang tua, 'percik air ke dulang, terpercik jugak ke muka sendiri'. Pusat juga bertanggungjawap kerana gagal membangun Sarawak, hanya menunggu munculnya pilihanraya kecil atau umum sahaja, baru muncul muka-muka 'selamba' menagih simpati rakyat Sarawak.

Kenapa sekarang mahu di beri projek tebatan banjir, kenapa sekarang nak ajar penghuni rumah panjang meng'access' internet dengan menyaurkan jalur lebar?

Apakah jikalau tiada pilihanraya kecil, bantuan itu semuanya menjadi mimpi di siang hari?

Ingatkan Pak Nujum, Rupanya Pondan Siam......alahai.....

Apabila beberapa ekor 'katak' melompat, majoriti mengherdik mereka. Sekali fikir memang patut pun mereka di'layan' sebegitu rupa kerana belot kepada perjuangan.

Tetapi bila difikirkan kembali, banyak hikmahnya, sekurangnya 'gunting' dalam lipatan sudah tidak menyucuk lagi, sekurang-kurangnya kita tahu siapa musuh sebenar, siapa kawan dan lawan.

Yang paling kita khuatir ialah musuh yang masih berada dalam selimut, gunting yang masih menyelit dalam lipatan, anjing yang berbulu kucing tetapi masih menyalak. Kalau dalam bolasepak, mereka inilah yang akan memusnahkan pasukan, mereka inilah yang akan menyumbat gol sendiri dan mereka inilah yang akan menyupit api kebencian kepada ahli yang lain.

Apabila mereka ini di pecat, semangat pasukan akan meningkat kembali, kain tidak akan terkoyak lagi kerana 'gunting' sudah di baling jauh.

Memang jelas sekarang mereka yang dipecat lebih menyerlah 'autar'nya daripada mereka yang melompat.

Setelah semua 'rahsia' tuannya didedah sehinggakan kononnya warna pakaian dalam tuannya pun diintai, sekarang dah tiba-tiba jadi Pak Nujum pulak.

Sekarang dah angkuh membuat ramalan bahawa satu lagi negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat akan tumbang.

Yang sebenarnya inilah pelacur politik yang dari luarnya kelihatan meng'goda', tetapi rupa-rupanya pondan siam.

al-brangi:

Bersegeralah dalam menunaikan perkara yang berkebajikan.

Jangan tolong menolong dalam perkara kemungkaran.

Artikel yang diselit sebagai hiasan, sila baca di sini.

Thursday, May 13, 2010

Umno : Beriang-ria Serta Khusyuk lagi Tawaduk Berdoa

Beraya sakan Umno. Sambut hari lahir ke 64. Betul ke, 64? Bukan pernah haram dulu, pastu muncul Umno (Baru).

Membaca Surah Yaasiin dan bertahlil. Boleh pulak ber'politik' guna Agama? Tak pa, kan itu geng Umno, lagipun bukan buat di Surau atau Masjid JAIS. Umno buat majlis tu di Bangunan mereka.

Mereka khusyuk lagi tawaduk berdoa. Agak-agak apa yang dipohon ye? [sumber .]

Berkemungkinan mereka mohon menang PRK di Sibu, mohon agar cukai judi bolasepak piala dunia melimpah ruah, mohon agar konsert 12 jam tanpa henti selamat diadakan tanpa gangguan, mohon agar si 'mangsa' liwat diberi kecekalan hati serta lidah yang fasih serta tidak gubra ketika di'gerudi' oleh Karpal dan akhir sekali berkemungkinan dipohon agar PRU13 kelak tidak berakhir seperti nasib LDP di Jepun dan Parti Buruh di Britain.