Selepas PRK P94 Hulu Selangor barulah faham, sebenar-benarnya faham akan makna kalimah 1Malaysia.
1Malaysia melambangkan atau menunjukkan Saluran 1.
Di mana-mana tempat pengundian di seluruh Malaysia, Saluran 1 merupakan Saluran untuk warga Emas.
Majoriti pengundi dari Saluran 1 adalah warga emas yang sezaman 'Bintang 3, Jepun dan British'.
Saluran 1 merupakan 'aset','talian hayat' dan 'fixed-deposit' serta 'unit trust' kepada Umno/BN yang banyak berjasa. Lazimnya Saluran 1 tidak menghampakan Umno/BN, sementelah lagi kalau Saluran 1 itu datang dari 'lubuk' Umno/BN yakni dari 'unit trust' mereka iaitu FELDA.
Tidak menghairankan, hasil dari 'unit trust' dari FELDA di seluruh Malaysia amat berbaloi dan hasilnya tidak terikat kepada turun-naik harga minyak sawit.
Saya tidak berhajat hendak buat analisa panjang tentang keputusan PRK ini. Cuma apa yang diamati, pemimpin UMNO boleh mendabik dada sekarang.
Patutlah orang Umno selalu berkata, kalau Umno/BN zalim, kenapa boleh memerintah Malaysia kurang lebih 52 tahun?
Majoriti pengundi Saluran 1 adalah samada tidak faham atau buat-buat tidak faham atau tidak hendak mengambil tahu atau tak ada masa hendak ambil tahu (kesibukkan mencari rezki) tentang apa yang berlaku di Malaysia.
Bercakaplah tentang kemungkaran politik seperti rasuah, PKFZ, APCO, PPSMI, ISA, kronisme, jenayah, dadah, royalti minyak dsbnya, mereka hanya 'memekak'kan telinga. Mereka tidak mahu bercampur aduk di antara ajaran Agama dengan politik. Bagi mereka lebih baik menumpukan mencari rezki daripada mengambil tahu hal politik dan 'hal' orang politik sepertimana mereka tidak mahu minyak sawit bercampur dengan air dan bagi mereka masakan minyak boleh bercampur dengan air.
Usah bercakap pasal 'transformasi' atau 'MEB' atau ekonomi kembang-kuncup, itu hanya 'jargon' yang perlu dibincangkan oleh orang muda, bukannya warga Saluran 1, sesetengahnya mereka berkata.
Kalau dalam bab jenayah, dadah dsbnya, bagi mereka keluarga masing-masing jaga keluarga masing-masing, itu semua bukan urusan pemerintah.
Dalam bab-bab rasuah, APCO, ISA dll, bagi mereka itu hanya fitnah.
Dalam bab bersyukur, warga Saluran 1 amat berpegang kepada anjuran Agama supaya berbanyak bersyukur dan 'qanaah'. Biarpun mereka hanya dapat merasakan 'kuah' dan Umno/BN 'memamah' dan 'menyental daging', namun mereka tetap bersyukur.
Itulah 'typicalnya' pengundi di Saluran 1.
Tidak hairanlah Umno/BN amat berterima kasih dengan Saluran 1, seolah-olah 1Malaysia membawa makna Saluran 1.