
Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad kata, orang melayu sudah hilang kepercayaan kepada UMNO untuk bela nasib mereka. Sebab itu orang melayu terpaksa cari alternatif baru untuk bela nasib mereka dan ini ada dalam PERKASA. [
sumber.]
Katanya lagi sokongan dan kepercayaan kepada UMNO sudah terhakis seperti terbuktinya dalam PRU12 dahulu.
Mahathir sudah lupa bahawa sokongan dan kepercayaan kepada UMNO telah lama berlaku semenjak di zamannya lagi dan kemuncaknya kebencian serta ketidakpercayaan kepada UMNO ialah pada PRU12 lalu, walaupun ia tidak boleh dikatakan kemuncak yang sebenar kerana kemuncak yang hakiki ialah apabila UMNO/BN dapat ditumbangkan sepenuhnya dan tampuk pemerintahan beralih tangan, mungkin di PRU13 nanti.
Orang melayu sudah mula menyokong PAS dan PKR. Mereka sudah hilang kepercayaan kepada UMNO. Selebihnya mereka masuk PERKASA.
Barang diingat, PERKASA hanyalah sebuah NGO yang tiada kuasa politik. Ia hanya diibaratkan seperti keris tumpul yang hanya beretorik untuk menaikkan sentimen orang melayu.
Yang sebenarnya PERKASA tiada pilihan, melainkan ia mendaftarkan dirinya sebagai pertubuhan politik, barulah kita sama-sama dapat bersilat dan menyusun langkah yang paling berkesan dalam gelanggang politik.
Ketika itu barulah orang melayu boleh buat pilihan samada memilih UMNO, PERKASA, PKR atau pun PAS.
Dan ketika itu juga, jangan beretorik lagi kononnya melayu sudah berpecah. Jangan menuding jari jika majoriti melayu memilih PAS dan PKR daripada memilih UMNO atau PERKASA.
Sokongan seseorang kepada mana-mana parti bergantung dan berkait rapat dengan ideologi yang dibawa oleh sesebuah parti dan kredibiliti serta integriti seseorang pemimpin.
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan anutan agama sudah muak dengan pembohongan serta kepalsuan UMNO apatah lagi dengan PERKASA yang hanya sebuah NGO yang hanya pandai beretorik dengan 'keris'.
Yang sebenarnya UMNO dan PERKASA memakai baju yang sama, cuma selepas tsunami politik di PRU12, UMNO sudah bertukar menjadi '
camelion' dan memperjuangkan 1Malaysia untuk bersaing dengan '
PAS for All'.Seorang lagi vetran politik UMNO, Datuk Seri Rais Yatim berkata, tidak salah dan memang berhak orang Melayu serta masyarakat cina dan india untuk menyokong mana-mana NGO yang dirasakan memperjuangkan hak mereka selagi ia tidak dipolitikkan dan mencetuskan kontroversi. [
sumber.]
Saya tidak nampak bagaimana sesebuah NGO yang memperjuangkan nasib kaum masing-masing melainkan ia 'menyanyi' lagu yang sama. Masing-masing NGO akan lantang 'menyanyikan' lagu masing-masing dan ini akan menwujudkan satu suasana yang tidak sihat, sedangkan sudah wujud parti politik yang sudah memperjuangkan nasib kaum masing-masing.
al-brangi:
Jangan-jangan mereka itu memang jenis 'camelion' yang boleh bertukar rupa mengikut keadaan masa yang diperlukan.