Followers

Sunday, February 28, 2010

Rakyat Berkuasa Memilih Dalam Pasaran 'Bebas'

Teringat saya akan ngomel seorang blogger pro-UMNO juga seorang penganalisa politik, kenapa PAS dengan UMNO sentiasa bertelingkah, berbalah, hentam-menghentam, herdik-mengherdik dan sebagainya sedangkan PAS dan UMNO sesama bangsa dan Agama.

Katanya lagi, diibaratkan seorang 'jurujual', menjual 'barangan'nya, biarlah rakyat selaku 'pembeli' membuat pilihan mereka sendiri 'barangan' mana yang hendak di'beli'.

Kata-katanya hampir betul jika dipasaran terbuka yang adil lagi bebas, rakyat selaku 'pembeli' boleh memilih 'barangan' masing-masing dengan bebas.

'Barangan' pula boleh di'iklan'kan dengan ruang yang bebas meluas samada di akhbar atau di radio dan TV.

Rakyat selaku 'pembeli' dengan fikiran yang waras lagi bebas tidak dipengaruhi, jauh sekali diugut dalam proses membuat 'pembelian'.

Manakala penguasa yang menjaga proses 'belian' pula tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

Segala hasil masyhul hendaklah dibahagi sama adil, agar masing-masing dapat membina kekuatan agar 'barangan' masing-masing diterima baik oleh rakyat selaku 'pemilih' yang berkuasa membuat pilihan yang tepat jika pasaran itu betul-betul bebas.

Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) Sudah Hampir?

Selagi beberapa masalah yang melanda UMNO ini tidak selesai, selagi itu UMNO/BN amat ngeri untuk menemui 'ajal'nya dalam PRU13 nanti.

1. Petunjuk Ekonomi

2. Petunjuk Kemantapan ahli

3. Petunjuk Saingan Terdekat


al-brangi :

Rasa-rasanya PRU13 lambat lagi menemui kita.

Anda rasa bagaimana?

Mengenai idea si Raja Katak ini, samada ia 'sandiwara' UMNO atau memang dirancang untuk ambil hati orang melayu UMNO, kedua-duanya seperti senjata makan tuan. alahai.....

Balaci, banyak jenisnya.....

Inilah dia balaci sebenar. Kegunaannya pun tersangat esklusif, tidak seperti balaci-balaci yang lain yang sentiasa ditunggangi untuk mendapat sekotak rokok dan satu tin minuman berkarbonat.

Balaci yang menjadi anak didik DSAI ini mula memikirkan habuannya tidak seberapa semasa berada dalam PKR. Sentiasa tidak sabar dalam perjuangan kerana memang perangai orang yang bersifat oportunis sentiasa mahu melihat dan mendapat hasil yang cepat.

Beliau melompat keluar dari PKR dan terus mengemis dengan UMNO. UMNO memang sesuai dengan jiwanya, sama-sama bersifat oportunis. UMNO tidak akan menerima seseorang yang melompat keluar dari parti asalnya kalau UMNO merasakan tidak dapat menungganginya sepuas hati. Telah terbukti dengan beberapa-beberapa balaci-balaci sebelum ini.

Sifat balaci ini, ia akan memburuk-burukkan hatta membogelkan bekas bossnya. Lepas itu dia akan melaga-lagakan dengan siapa bekas bossnya berbaik-baik, tetapi PAS tidak se'cerdik' balaci ini untuk terpengaruh dengan hanya satu malam 'menyalak' dalam program ceramah royalti minyak di Kelantan.

Itulah nasib seorang balci yang memilih jalan hidupnya sentiasa ditunggangi tuannya.

Sila baca seterusnya tentang balaci ini di sini.

MPM 'Sabotaj' 1Malaysia?

Kata sesetengah orang kalau majoriti NGO pro-UMNO yang masih bersandarkan di atas nama bangsa tiba-tiba bermuafakat dan bercakap atas 1 nada, 1 tujuan, 1 motif, itu menandakan gendang piliharaya mula di'tegang'kan, nafiri pilihanraya mula di'cuba-lagu'kan serta 'peralatan' pilihanraya mula di'susun-semak'kan.

Tetapi saya tidak yakin pilihanraya akan diadakan dalam tempoh terdekat, tidak dalam tahun ini, kerana penunjuk ekonomi kurang menyenangkan UMNO dan yang paling penting gagasan 1 Malaysia kurang mendapat tempat di hati melayu UMNO, malah kurang menyakinkan kaum lain.

Melayu UMNO yang sudah diulit dengan ego kemelayuan selama kurang lebih 53 tahun, apabila disentakkan dengan gagasan 1Malaysia, mereka seolah-olah hilang akal, 'kejang kaki dan tangan', teruk daripada kena raja segala sawan, sehinggakan mereka terpaksa mengadakan program Juara Rakyat.

Tidak cukup dan selesa dengan program Juara Rakyat sebagai 'pendinding', hari ini 76 NGO Melayu bergabung untuk menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan dan melindungi hak-hak Melayu serta agama Islam di negara ini yang diketuai oleh Ibrahim Ali.[sumber.]

Peranan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) saling tidak tumpah dengan peranan UMNO yang sentiasa be'retorik' dengan sentimen kemelayuan dengan tujuan memainkan sentimen orang melayu agar menolak PAS dan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Sekali fikir kita nampak seolah-olah MPM men'sabotaj' serta menolak 1Malaysia. tapi hakikatnya UMNO terpaksa mengenyit sebelah mata sebagai tanda setuju kerana majoriti orang melayu tidak boleh menerima gagasan 1Malaysia.

Tetapi dalam masa yang sama UMNO terpaksa mempropagandakan 1Malaysia agar undi dari kaum lain akan kembali diberi kepada UMNO/BN.

Sesungguhnya apabila tertubuh saja MPM, ini bermakna episod pertama 'sandiwara' telah bermula. apabila melayu UMNO sudah leka dan seronok dengan 'sandiwara' ini, maka PRU13 akan diadakan.

Pakatan Rakyat mesti meneruskan usaha menyakinkan rakyat, bahawa kita hidup aman damai, tiada satu bangsa pun tersisih terutama di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Kita tunggu sejauh mana episod 'sandiwara' ini dapat menembusi hati orang-orang melayu.

Saturday, February 27, 2010

Kulim Bandar Baru 'Berkhutbah' Lagi

Apa yang kamu nak tunjuk kehebatan lagi wahai YB Kulim Bandar Baru? [sumber.]

Sesungguhnya 'pejuang' seperti ini tidak ada maknanya berada dalam mana-mana jemaah.

Jangan tak ambik, ambo dah ikrar ni

Aku satu, kau satu.

Aku dua, kau dua,

Aku tiga, kau tiga (heh datang lagi, dah dapat pun datang lagi, tak pe orang kita semua nih)

Aku empat, kau empat (muka sama je datang, tak pe, orang kita semua nih. Jangan lupa deh, doa 'kesenangan' kita semua 3 tahun lagi)

Aku lima, kau lima

Aku........., kau.............(dan seterusnya)

Mari, mari, mari, kalau nak boleh ambik, kalau tak nak tak pe, lagi bagus, tapi janganlah buat bising deh.

"Letih ah boos, larat ke nak agih semua ni?"

'Alah, kau ingat duit tu banyak sangat? 20 hari habislah.

RM20 juta duit ihsan tu macam duit sagu hatilah.

Kerja kau agih je, aku dah berikrar nak agih semua ni.'

Mungkin berkaitan, sila baca di sini.

Saidatul Badru Tetamu 'Tom-Tom Bak'


Wah duh, Mak Cik ni bercakap mengalahkan Hakim Mahkamah Syariah. Silap-silap dengar macam Ustazah yang ber'gedik-gedik ber'Forum' Perdana dalam TV. Bila diteliti lagi macamlah Mak Cik-Mak Cik yang jual jamu-jamu dan ubat ubatan kuat untuk kaum ibu dan bila dihalusi lagi macamlah pula Cik Kak-Cik Kak jual insurans tapi mulutnya sendiri tidak ada insurans.

Nak beritahu dekat Mak Cik ni, ayat-ayat Mak Cik tu berbau menghina Mahkamah. Mak Cik jangan meletak hukum lagi, sedangkan Mahkamah masih bersidang. Cara Mak Cik bercakap tu macam Mak Cik berada di sisi ketika aksi sepertimana dalam pertuduhan. Ingat sikit, jangan dek kemewahan di dunia yang Mak Cik kecap, di akhirat pun Mak Cik beranggapan sama mewahnya.

Mak Cik sepatutnya yang perlu insaf kerana sesungguhnya, amat berat azabnya menghamburkan kata-kata yang berbunyi seolah-olah orang yang kena tuduh benar-benar melakukan, Mak Cik boleh mengeluarkan 4 orang saksi yang waras lagi tidak fasik yang nampak dengan jelas seperti 'keris UMNO masuk ke sarungnya'? .

Oooops 'keris UMNO, tak ada sarung, maknanya orang UMNO macam Mak Cik ni tidak boleh diterima penyaksian.

Friday, February 26, 2010

UMNO: Telan Mati Mak, Luah Mati Bapak

Di dua persimpangan, mana satu yang nak di pilih?

Kesetiaan kepada UMNO atau berkata benar demi rakyat Kelantan yang disayangi?

Dalam dilema ini Ku Li tetap berkata benar di atas ilmu dan pengalamannya yang mendalam dalam hal Petronas dan perkara-perkara yang bersangkut paut dengannya.

Tetapi dalam masa yang sama UMNO tetap jua dihatinya.[sumber.]

Timbalan Presidennya pula teramat 'blurr' dalam hal ini sehingga segala rahsia Presidennya bertemu dengan Ku Li terhambur keluar. Beliau mahu berkata lebih2 dalam bab Petronas, teramat cetek ilmunya, samada bab pengeluarannya, bab pengedarannya dan dalam bab-bab perjanjian berkaitan dengan soal royalti dan sebagainya.

Manakala Presidennya pula amat mengetahui letak duduk sebenar dalam bab royalti. Dalam bab Petronas beliau amat dengkel dari semua segi kerana Ku Li lebih lama berkhidmat dengan arwah ayahnya dan ilmu tentang Petronas berada semua dalam koceknya.

Jikalau diberi royalti, UMNO akan 'mati', kalau tidak diberi, UMNO akan 'hancur'. Kalau dibiarkan Ku Li bercakap bebas pasal royalti, UMNO akan 'mati', kalau diambil tindakan ke atas Ku Li, UMNO akan 'hancur'.

Di telan mati emak, diluah mati bapak.

Thursday, February 25, 2010

PM Sarankan Contohi Sifat Sidiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. (Royalti Minyak : Sifat mana yang tak ikut?)

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam mencontohi serta mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad s.a.w iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia merupakan ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.[sumber.]

Sebagai seorang Islam, saya amat bersetuju dengan saranan beliau itu.

Saya teringin nak bertanya, dalam bab royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu, Siapa yang tidak miliki sifat sidiq, siapa yang tidak miliki sifat amanah, siapa yang tidak miliki sifat tabligh dan siapa yang tidak miliki sifat fatanah?

Adakah Tok Pa bersifat sidiq, amanah, tabligh dan fatanah dalam tindakannya?

MAIS Lapor SIS pada POLIS

Sekarang musim orang saman menyaman. Terlalu banyak jumlah saman dan terlalu banyak jumlah wang gantirugi dituntut. Nilai 'Juta' sekarang sudah macam 'Ribu' saja. Juga tidak kurangnya musim orang tengah galak buat laporang polis, Meriah sungguh demokrasi di Malaysia.

Hari ini Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini buat laporan polis terhadap Sisters in Islam (SIS) dan pengarang pengurusan akhbar The Star P. Gunasegaran kerana mempertikaikan hukuman sebatan mengikut syariah terhadap tiga wanita Islam yang didapati bersalah melakukan seks haram baru-baru ini.[sumber.]

al-brangi : Kita pakat tengok sekebal mana SIS ini bila kena dilapor kepada polis. Dikhabarkan keanggotaan SIS tu ramai anak orang-orang besar negara. Jangan MAIS kena KUIS sudahlah. Alahai......

NGO Masuk BN?.....makin kuat oh......alahai

Presiden UMNO ada buat kenyataan, BN akan buat satu konvensyen ujung tahun ini untuk henadak bincang cadangan pinda Perlembagaan BN bagi menerima individu, parti politik atau NGO yang menyokong BN menjadi ahlinya secara terus.

Mahathir amat bersetuju, Soi Lek pun setuju, cuma Samy yang kurang setuju.[sumber.]

Presiden UMNO yang teramat sangat berharap sokongan dari mana-mana pertubuhan, hatta NGO sekalipun, asalkan UMNO/BN tetap berkuasa. Dia sedar sokongan terhadap UMNO kian hari kian terhakis, hanya dengan pertolongan NGO-NGO sahaja dan dengan semangat 'lu tolong gua, gua tolong' dapat memberi nafas baru atau 'talian hayat' untuk UMNO bernafas semula.

PERKASA amat berpotensi untuk diterima masuk dalam BN. PERKASA dengan berbekalkan semangat 'keris'nya mendapat sokongan dari kebanyakan ahli UMNO dan veteran politik UMNO termasuk Mahathir sendiri yang amat sayangkan UMNO 'ori' berselindung di sebalik PERKASA yang mempunyai semangat UMNO yang tulin (sebelum UMNO bersemangat 1Malaysia). Kalau semangat 'Lu tolong gua, gua tolong lu' dihayati, maka besar harapan presiden PERKASA dapat jadi menteri (itu pun kalau menang pilihanrayalah, lainlah kalau ikut pintu belakang, dilantik jadi senator).

NGO-NGO lain yang berpotensi diterima masuk terus ke dalam BN seperti yang sedia maklum adalah NGO seperti PPIM, PERKIDA dan banyak lagi NGO yang sentiasa men'jilat' dinding pejabat UMNO.

Soi Lek bersetuju cadangan ini, mungkin kalau dia atau penyokongnya tertendang dari MCA, mereka boleh dan masih lagi berada dalam BN.[sumber.]

Samy tidak berapa setuju, kerana dari dulu lagi dia tidak suka pertubuhan India yang lain menyaingi MIC. Beliau mahu dikenali sebagai MIC itu Samy dan Samy itu MIC. Beliau menentang KIMMA, IPF, Makkal Sakti dll masuk BN. Jikalau cadangan ahli terus masuk ke BN, maka egonya akan tercabar.

Liga Muslim Pulau Pinang di talian 016-4122858.....alahai......

Esok adalah cuti am sempena menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW. Semua negeri telah menyusun beberapa program. Ada beberapa negeri yang membuat perarakan dan ada juga beberapa negeri membuata beberapa acara didalam Masjid sahaja.

Di peringkat pusat, Majlis MaulidurRasul akan disambut di Masjid Putra, Putera Jaya. [sumber.]

Beberapa NGO Pulau Pinang yang menjadi 'denak' UMNO Pulau Pinang cuba mem'politik'kan keadaan, cuba bermain sentimen 'perkauman murahan' kerana Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng yang tidak memasukkan acara berarak. Seluruh media pro-UMNO cuba memainkan isu ini.

Inilah kerja mereka yang berhati busuk yang pada bila-bila masa, dalam apa-apa keadaan akan cuba menangguk di air keruh, mereka kononnya cintakan Islam, cintakan RasulluLLah SAW, pada hal maksiat lain seperti menyambut tahun baru dengan hiburan melampau dan banyak lagi maksiat-maksiat lain hanya dipandang sebelah mata dan sesetengahnya tidak diperdulikan langsung malah tolong menyemarakkannya lagi.

Rakyat satu Malaysia sedar akan lakonan kumpulan 'MelaMak' Pulau Pinang ini. Dan kumpulan 'MelaMak' ini dek egonya serta malu yang teramat sangat akan membuat perarakan. [sumber.]

al-brangi : Semoga niat 'suci' lagi 'murni' kumpulan NGO 'MelaMak' ini mendapat balasan yang setimpal dari Allah SWT kerana 'cinta' mereka yang ber'pilih' terhadap RasulluLLah SAW.

Wednesday, February 24, 2010

Langkah Berani MB Kedah : Pencapaian Diutamakan

Jarang berlaku mana-mana kerajaan di Malaysia, samada Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang atau mana-mana Kerajaan BN samada di peringkat negeri mahupun Pusat buat rombakan EXCO atau Kabinet di pertengahan tempoh pemerintahan kecuali jika ada berlaku kematian.

Kerajaan Pakatan Rakyat membuat langkah pemula, melangkah satu tapak ke hadapan, membuat satu 'precedent' berkemungkinan akan membuat satu rombakan EXCO.[sumber.]

Umum mungkin membuat beberapa andaian samada ia berbentuk negatif atau sebaliknya.

Walau apapun, langkah 'berani' Menteri Besar Kedah mengumumkan kemungkinan berlaku rombakan barisan EXCO di Kedah menunjukkan serta membuktikan kepada rakyat bahawa Menteri Besar lebih mendahulukan prestasi atau 'performance' seseorang EXCO di samping mengeksploitasikan seoptimum mungkin serta mendedahkan segala kemahiran, segala ketokohan serta cerdik-pandai yang di miliki oleh sebahagian lagi ADUN yang ada demi pembangunan Negeri Kedah.

Kerajaan Pusat sepatutnya mencontohi langkah ini, bukan mengekalkan Menteri-Menteri atau Menteri-Menteri Besar yang tidak 'perform', yang bermasalah dengan parti dan sebagainya, malah yang kalah bertanding dalam piliharaya atau yang tidak bertanding langsung pun ditangkap-muat dibawa masuk menanggotai Kabinet melalui pintu belakang (Senator).

Jangan menghukum rakyat apabila slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dikatakan sebagai retorik sepanjang zaman.

Jangan Kelentonglah BN

Dikatakan kertas cadangan tariff letrik telah dibentang di Mesyuarat Kabinet hari ini, tapi tiada keputusan.[sumber.]

Kita kena baca, apabila sesuatu kertas cadangan dibentangkan, jangan harap sesuatu kertas cadangan itu nak bincang pasal penurunan tariff atau harga sesuatu barang.

Rakyat amat yakin kertas cadangan itu adalah kertas cadangan menaikkan tariff letrik.

Mereka berfikir sejenak, dan berkata sesama mereka, "Betul ke slogan, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

al-brangi; Hampeh

Royalti Minyak Kelantan : 'Pandai' tapi kurang 'cerdik'

Saya masih ingat pesanan kedua-dua orang tua ketika memberi perangsang ketika saya meninggalkan kampong untuk pergi masuk Sekolah Teknik Kuantan sebaik saja tamat peperiksaan LCE (PMR) dulu. Kata Mak dan ayah saya, "Belajar elok-elok, nanti besok baru jadi orang yang cerdik pandai."

Saya menjadi bertambah 'blurr'. Saya terfikir, bukankah perlu cerdik lagi pandai baru boleh belajar. Sebabnya bagi saya kalau tak cerdik lagi pandai macam mana nak belajar. Macam teka-teki pulak, telor dulu ke ayam dulu.

Berpuluh-puluh tahun kemudian barulah saya faham falsafah itu, rupa-rupanya seseorang perlu belajar untuk jadi cerdik-pandai. Yang peliknya seseorang yang cerdik tidak semestinya pandai dan seseorang yang pandai tak semestinya cerdik.

Untuk memilik kedua-duanya yakni 'cerdik-pandai'?

Entah. Saya pun tak tahu, tetapi yang pasti mesti belajar.

Anda setuju? Terpulanglah kepada anda.

Seseorang penjenayah seperti perompak, perogol, pengamal politik wang dan sebagainya, kebanyakkannya semuanya pandai-pandai. Kalau mereka tidak pandai, tidak memiliki 'skill' tertentu, masakan mereka dapat melakukan semuanya itu. Tetapi jika mereka tidak cerdik, mereka akan tertangkap, ditumpaskan oleh pihak berkuasa walaupun mereka pandai melakukan jenayah tersebut.

Rupa-rupanya dalam politik, menuntut seseorang itu cerdik dan pandai.

Sebagai contoh, Mahathir adalah seorang yang 'cerdik-pandai' dalam berpolitik dizamannya.

Tetapi, kesian kepada Tok Pa, walaupun pandai berpolitik, bersusah-payah siang dan malam cuba meng'halang' Kelantan daripada mendapat royalti minyak tapi kurang cerdik dalam bertindak.

53 Tahun, Terlalu Banyak 'blunder' dan 'fumble' oleh UMNO/BN

Kata bekas ketua pasukan England, Alan Shearer, tanpa Rooney, England tidak mampu menjuarai bolasepak Piala Dunia. [sumber.]

Anda setuju? Mungkin benar kata-katanya kerana berdasarkan pasukan England tidak mempunyai ramai penyerang berbisa. Mungkin tidak kerana walaupun Rooney berada dalam 'top-form' sekarang, mungkin boleh berharap kepada beberapa pemain lain yang kurang berbisa. Bagi saya bolasepak adalah satu permaianan berpasukan.

Di Malaysia pernah satu ketika, kata-kata ber'hantu' seperti itu ada kedengaran, tanpa Mahathir, Malaysia akan lumpuh. Kononnya pembangkang tidak boleh mengambil alih tampuk pemerintahan, ini membuat rakyat ter'pukau' langsung sentiasa memberi kemenangan kepada UMNO/BN.

Kata-kata serta ungkapan-ungkapan seperti, 'hanya UMNO/BN dapat membangunkan negara ini' terus menjadi stigma kepada masyarakat untuk sekian lama, sehinggalah di PRU12 yang lalu satu tsunami politik melanda Malaysia sehingga Basisan Nasional untuk pertama kalinya semenjak Merdeka hilang 2/3 majoriti dan 5 negeri tumbang kepada pembangkang.

Seperti bolasepak, politik juga merupakan satu 'permaianan' berpasukan. Sebab itu berdasarkan demografi kependudukan di Malaysia, PAS, PKR dan DAP tidak mampu untuk bermain secara 'one-man show'. Pakatan Rakyat di daftarkan secara resmi dengan bertujuan untuk pergi lebih jauh agar 'stigma' yang melekat di'hati' rakyat bahawa 'hanya UMNO/BN sahaja dapat memerintah negara' dapat dikikiskan.

Tidak dapat dinafikan, seperti bolasepak yang memerlukan seorang 'playmaker' dan 'striker' yang hebat, Pakatan Rakyat juga memerlukan seorang 'playmaker' yang hebat serta seorang 'striker' yang hebat.

Justeru itu DS Anwar yang merupakan 'playmaker' untuk Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama merupakan duri dalam daging bagi UMNO/BN perlu di'kelabu'kan agar Pakatan Rakyat menjadi lemah menjelang PRU13.

'With or without' DS Anwar, UMNO/BN jangan bermimpi Pakatan Rakyat akan menarik diri dalam 'permaianan' dan 'perlawanan' ini, InsyaAllah akan muncul beberapa 'pemain' yang mampu menggegarkan UMNO/BN kerana 'penonton' di Malaysia sudah mula berpaling arah dan akan tetap setia memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat kerana UMNO/BN selama 53 tahun sudah terlalu banyak melakukan 'blunder dan fumble'.

Terlalu banyak kemungkaran politik dilakukan oleh UMNO/BN selama itu.

Wanita, Serikandi Negara

CUEPACS adalah semalam semacam meluahkan kebimbangan pulak bahawa wanita sudah kuasai perkhidmatan awam.

Apa pulak nak dibimbangkan, yang membezakan penjawat itu ialah kualiti perkhidmatan bukan kuantiti pekhidmat.

Teringat saya ketika Tasik Kenyir pertama kali menakung air suatu ketika dulu, banyak binatang liar seperti gajah, harimau, beruk dan sebagainya terperangkap di pulau-pulau kecil yang terjadi akibat takungan air itu. Banyak juga yang mati. Ketika itu Pengarah sebuah Agensi yang jaga hal 'binatang' itu menangis apabila diajukan dengan pelbagai soalan oleh pemberita seperti, kenapa tidak buat peng'alihan' sebelum air ditakungkan dan sebagainya.

al-brangi :

Apa yang al-brangi mikirkan bukan pasal airmata itu, tapi masalah kalau mereka ni kahwin hampir-hampir sama tarikhnya, dikhuatiri bila tiba musim - - - - - - - -, pejabat menjadi sunyi sepi berbulan-bulan. Tetapi bila fikir balik semula, untung bagi kaum lelaki, boleh tanggung kerja, 'masyuk' lebihhh.

Tuesday, February 23, 2010

PPP Dan Gerakan.....'katak-katak' kepanasan

Murugiah akan keluar PPP jika Mahkamah sahkan beliau bukan Presiden PPP yang sah.

Apa lagi pilihan yang ada pada beliau, selain dari keluar parti dan tubuh parti baru atau melompat ke dalam mana-mana parti yang sedia ada kecuali PKR atau DAP.

Kenapa tidak kepada PKR dan DAP? Pakatan Rakyat tidak mampu lagi menerima 'katak-katak' yang kepanasan yang akan melompat pada bila-bila masa bila di sana menjanjikan suasana yang lebih 'sejuk'.[sumber.]

Beliau bolehlah melompat ke dalam Gerakan dan membantu Gerakan, lagipun penasihatnya kata, 'usah lagi bermimpi untuk merampas Pulau Pinang buat masa ini.

Kenyataan politik begini membawa erti berlapis-lapis, Pakatan Rakyat janganlah berperasan pulak kerana Pulau Pinang sekarang memang di serang oleh 'katak-katak' kepanasan. [sumber.]

1Malaysia Bermakna Mengharap 1 Undi Daripada Rakyat

Ramai orang memberi berbagai-bagai takrifan pada ungkapan 1Malaysia. Walau apapun takrifan yang diberi, ia mungkin betul atau mungkin salah, hanya orang yang menciptakan ungkapan itu saja yang amat faham takrifan sebenarnya samada secara tersurat atau pun tersirat.

Saya mempunyai pengtakrifan sendiri. Kalau dibaca melalui bahasa 'gerak-badan' (body language} Presiden UMNO bermula daripada lagu 1Malaysia, Batik 1Malaysia, Program Juara Rakyat, Ucapan di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina baru-baru ini, 'Facebook', pengumuman projek berbillion-billion di Sarawak dan di Sabah, bolehlah saya buat kesimpulan bahawa 1Malaysia bermakna mengharap serta menagih, SATU UNDI DARIPADA SETIAP RAKYAT MALAYSIA yang layak mengundi kepada BN.

Ungkapan 1Malaysia ini akan dijaja ke hulu dan ke hilir menjelang Pilihanraya Umum Ke13 (PRU13) yang akan diadakan lebih kurang 2 hingga 3 tahun sahaja lagi.

SIS dan Wanita UMNO Sentiasa Kedepan......

Sisters in Islam (SIS) dan Wanita UMNO selalu ter'kehadapan' dalam bab-bab hukum hakam Islam yang melibatkan wanita.

Di mana NGO-NGO Islam lain serta Muslimat yang nak 'counter' mereka ni?
Cukuplah NGO berlawan dengan NGO, Wanita UMNO berlawan dengan Muslimat. Baru ada 'class' kan?

Kita jangan meng'harap'kan sangat Ulama yang berotoriti, kerana mereka sibuk dengan berbagai-bagai kajian dan penyelidikan dalam me'nentu-arah'kan setiap hukum sebelum ianya dilaksanakan.

al-brangi : Dalam nak me'nentu-arah'kan hukum, ia jadi tak tentu arah. Alahai.....

Monday, February 22, 2010

Penderhaka dan Pengkhianat : Tok Pa 'Merintih' dan Ber'Hiba' dalam 'Facebook'

Maka bersedihlah seorang hamba Allah yang pada satu ketika dahulu mendapat gelaran ‘orang baik’ dalam UMNO.

Sekarang beliau bersedih lagi merintih kerana beliau telah dicopkan sebagai penderhaka dan pengkhianat.

Kenapa mendapat gelaran begitu? Adakah ada orang sengaja atau sesuka hati memberi gelaran begitu kepadanya? Kalau sesuka hati tanpa sebab yang munasabah, memang tidak patut dan memang patut sesangat beliau menagih simpati ke atasnya.

Dikhabarkan beliau beria-ia menafikan bahawa Kelantan tidak berhak serta tidak layak menerima wang royalty minyak sehinggakan satu iklan diletakkan di beberapa akhbar ternama pro-UMNO.

Sekarang namanya relah tercemar, reputasinya telah tercalar. Masa untuk mengikis kesan calar itu amat suntuk. Beliau akan menghadapi ‘peminat’nya dalam masa lebih kurang 3 tahun lagi. Untuk membuat ‘make-over’ seperti pembedahan plastic amat suntuk dalam jangka masa tersebut.

Beliau dinasihatkan membuka satu akaun ‘Faceboook’ agar beliau dapat mendampingi 'peminat'nya dalam masa 3 tahun ini. Beliau telah pun membukanya dan mengharap sesangat ‘peminat-peminat’nya terutama golongan remaja dapat ber’damping’ dengannya.

Cuma satu saja yang dikhuatiri, jangan pula jumlah ‘peminat’nya melebihi jumlah 200,000 kerana ‘boss’nya sekarang memang sedang di’gilai’ oleh 1Malaysia, terutama di pendalamn Sabah dan Sarawak, mana tak di'gilai', telah sumbang projek billion-billion ringgit.(Hadiah pilihanraya atau 'dividend' ke, kan Sabah dan Sarawak merupakan 'fix-deposit BN?)[Sila baca di sini , di sini. dan di sini.]

'Bidaah' Bertimpa-timpa Ke Atas Dr. Asri

Bidaah pertama ialah apabila bekas Mufti Perlis, Dr.Asri Zainul Abidin di'cekup' oleh JAIS kerana menyampaikan kuliah Agama tanpa pengtauliahan daripada JAIS.

Bidaah kedua ialah, penduduk sekitar tempat kuliah tersebut dikhabarkan ber'pecah' kepada pelbagai 'pendapat' dalam pemahaman Agama. Bukankah Islam itu Agama perpaduan?

Bidaah ketiga, beliau disaman dengan sebegitu mahal 'harga'nya. Sejumlah RM1.5 juta ditetapkan jumlah harga sebuah 'fitnah' ke atasnya oleh Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).[sumber.]

al-brangi: Istilah 'bidaah' di Pantai Timur di sebut dengan sebutan 'bedaah', yang membawa makna 'melampau'

Adakah ketiga-tiga 'bidaah' itu menepati makna 'melampau'?

Anda lebih maklum dalam hal ini.

Katak Lompat Pelabuhan Klang : Isteri Sendiri Pun Mohon 'Lompat'

KLANG: Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengemukakan tuntutan cerai fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di sini pagi ini.

Kes tersebut mula didengar di hadapan hakim syarie, Abdul Hakim Soleh.

Bagaimanapun, Abdul Hakim tidak dapat membuat keputusan hari ini ekoran defendan tidak bersetuju dengan beberapa terma dalam tuntutan tersebut oleh plaintif, Ramizah Mazlan, 39.[sumber.]

al-brangi :

Suami melompat keluar parti, isteri 'melompat' keluar dari rumahtangganya. Dengan PKR tak ada jodoh, dengan isteri pun tak ada jodoh. Jenis katak lompat ini memang 'malang' nasibnya kerana menipu amanah rakyat.

Bersengketa Adalah Budaya UMNO.....PR Bagaimana?

Ramai orang berkata pembangkang tidak boleh mengharapkan kelemahan lawan, yakni UMNO/BN semata-mata untuk memenangi sesuatu pilihanraya.

Saya amat bersetuju dengan pendapat itu, tetapi siapa dapat menafikan apabila kekuatan UMNO/BN berada di kemuncaknya, ia akan menjadi 'stumbling block' untuk pembangkang bergerak dan seterusnya menang dalam pilihanraya.

Faktor kelemahan UMNO/BN banyak memberi sumbangan kepada kemenangan pembangkang. Ini terbukti dalam PRU12. Malah Timbalan Presidennya sendiri mengaku, persengketaan berterusan di beberapa kalangan orang UMNO menjadi faktor penyumbang kepada kekalahan teruk dalam PRU12.[sumber.]

"Kenapa tempat yang kita menang dulu tapi kalah pada pilihan raya umum 2008. Kita kalah sebab kita tidak ada perpaduan, kita berbalah, sengketa sesama kita. Kita kena balik semula, berjuang untuk pertahankan agama dan bangsa," katanya ketika berucap menutup Konvensyen Umno Pahang di sini Ahad.

Umum semua tahu dan tidak dapat disembunyikan lagi bahawa UMNO memang sentiasa bersengketa. Di setiap negeri wujud banyak kem. Terengganu ada dua kem. Perlis pun ada dua kem. Di Selangor pun begitu walaupun mereka buat penafian.

Ia telah menjadi budaya untuk sekian lama. Ini kerana matlamat perjuangan mereka hanya berpaksikan kedudukan dan jawatan. Ia tidak bertunjangkan Agama. Ia tidak mengambilkira halal-haram berpolitik.

Persengketaan ini bukan boleh reda dengan hanya satu teguran dari Timbalan Presiden UMNO.

Selagi ia tidak kembali kepada Al-Quran, selagi itulah mereka akan bercakaran sesama sendiri kerana yang membezakan dan memisahkan di antara mereka hanyalah jawatan dan kedudukan. Ini merupakan berita baik untuk Pakatan Rakyat.

Apakah penyakit ini tidak mungkin menular ke dalam Pakatan Rakyat? Bibit-bibit itu sudah mula kelihatan kalaulah 'alam-blog' ini menjadi ukuran.

Sekarang ini pun sudah mula kelihatan 'bloggers' sesama Pakatan pun sudah mula menari ikut rentak mereka. Harap-harap ini tidak mencerminkan diperingkat pimpinan Pakatan Rakyat.

Mengkritik amat baik dalam kita berorganisasi, tetapi kalau sudah sampai ke peringkat memaki-hamun, mencarut, mengherdik sudah menjadi semacam makanan ruji sesama 'bloggers' maka ia hanya memberi 'peluru' kepada UMNO untuk 'menembak' sesuka hati mereka.

Sunday, February 21, 2010

Hanya Satu 'Perkara' Yang Boleh Menghancurkan Pakatan Rakyat?

Hanya satu sahaja di antara beberapa halangan yang menyebabkan Pakatan Rakyat 'terencat', 'terbantut', terkantoi', 'kanja' atau apa-apa ungkapan yang anda boleh fikirkan untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak serta mempercepatkan lagi langkah ke 'Putrajaya'.

Saya tidak berhajat memperincikan di sini kerana ianya terlalu sensitif untuk ketiga parti yang mendokongi Pakatan Rakyat yakni PAS, PKR dan DAP, lagi pun anda lagi bijak serta lagi arif mengenainya.

Ramai orang bersetuju Pakatan Rakyat mampu merampas beberapa negeri lagi dalam PRU13.

Tidak kurang juga, ramai yang masih memberi harapan Pakatan Rakyat mempunyai potensi untuk menambah lagi jumlah kerusi daripada menafikan 2/3 sekali lagi kepada jumlah yang melebihi daripada sekarang kalau tidak berjaya memerintah Malaysia sekalipun.

Darpada pengalaman memerintah negeri secara berPakatan seperti di Pulau Pinang, Kedah, Perak (sehingga ditumbangkan oleh BN) dan Selangor, Pakatan Rakyat sudah boleh memahami sedikit sebanyak 'karenah' parti masing-masing.

Walaupun pada peringkat permulaan penubuhan Kerajaan di negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, umum melaihat seolah-olah seperti pengembara dalam 'kelaparan', mengambil 'masa' tersendiri untuk menyelesaikan agihan jumlah EXCO, jumlah Ahli majlis Kerajaan Tempatan, Pengarah GLC, Ketua Kampong dan beberapa lagi jawatan yang berkaitan politik, namun di atas semangat setiakawan ia dapat dilangsaikan, dapat dibereskan dengan jayanya.

Ada orang berpendapat di Selangor, untuk memantapkan lagi Kerajaan Pakatan, PAS perlu menggugurkan Datuk Hassan Ali dan digantikan dengan Khalid Samad sebagai Persuruhjaya Selangor. Malah ada yang pergi lebih jauh dari itu yakni, 'gugur'kan Presiden dan Timbalan Presiden serta Setiusaha Agung, nescaya PAS akan bertambah mantap dan Pakatan Rakyat akan ber'layar' licin.

Mungkin betul, atau mungkin lagi parah 'kocakan'nya. Mungkin anda boleh memberi jaminan dalam hal ini. Bagi saya sesiapa saja yang menerajui PAS Selangor atau Pusat, selagi mereka setia kepada parti, seorang yang bertaqwa serta tidak melanggari syarak, saya tetap memberi wala' (ramai yang fobia dengan istilah ini) kepada mereka, hatta kalau yang dipilih itu hanya petugas yang kerjanya membuka-menutup pintu Markas PAS Selangor atau Pusat sekalipun(bukan menghina, tapi itulah kehendak Islam hatta seorang abdi habsyi yang hitam legam).

Kalau dalam PAS ada yang dicopkan sebagai 'the problem boy', dalam PKR pun ada juga beberapa 'problem boy', malah ramai yang sudah melompat keluar dan beberapa 'kerat' lagi yang bakal diambil tindakan tatatertib samada dinyahkan dari parti atau digantung keahlian.

Di dalam DAP pun ada juga masyarakat di luar sana bercakap-cakap dibelakang pasal beberapa pemimpin yang tidak berapa 'mesra-PKR' atau tidak berapa 'mesra-PAS', malah sudah ada wakil DAP yang jelas belot melompat keluar sehingga meranap dan merudumkan sebuah Kerajaan.

Walau apapun, segala 'karenah-karenah' di atas hanya bersifat sementara, malah ia mematangkan lagi permuafakatan di antara PAS, PKR dan DAP dan jika segala emosi, pransangka buruk diketepikan Pakatan Rakyat mampu belayar dengan 'licin'.

Perjalannan masih jauh, usah gelojoh.

Pakatan Rakyat masih belum diluluskan dengan resminya, dan apabila diluluskan dengan resminya nanti, jika 'satu-dua' perkara yang saya tidak berhajat memperincikan di sini dan jika ia TIDAK di'URUS'kan dengan bijaksana, usah mimpikan Putrajaya dan Pakatan itu sendiri akan sentiasa ber'gelora'.

al-brangi:

Benarlah kata para cendikiawan "Sesuatu yang BATHIL jika diuruskan dengan perancangan yang sempurna akan dapat mengalahkan sesuatu yang HAK, tapi tidak diuruskan dengan segala perancangan yang sempurna.

Tak Malu ke? Lawan Diikat Kaki dan Tangan...pastu diajak bergaduh?

Kamu nak buat kaedah 4M ke, 5M ke......hatta ratus-ribu 'M' ke, silakan. Kamu yang berkuasa mengeluarkan permit percetakan. Kamu yang berkuasa mengeluarkan permit penyiaran. Kamu yang berkuasa menapis segala berita samada berita itu melalui pecakapan ke (ceramah), melalui penulisan ke (surat-khabar), melalui hebahan ke (TV), atau melalui angkasa-raya ke (internet.)

Keseluruhan media cetak dan elektronik adalah pengampu kamu, di mana lagi ruang untuk pembangkang memberitahu rakyat apa yang kami lakukan di Kelantan, di Kedah, di Penang, di Perak (satu waktu dulu) dan di Selangor?

al-brangi: Adilkah ini?

PETALING JAYA: Biro Penerangan Umno akan menggunakan kaedah "4M' iaitu Media Bersemuka, Media Cetak, Media Elektronik dan Media Maya dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai pelbagai projek pembangunan yang dijalankan di setiap daerah menerusi program Satu Penerangan Satu Bahagian (SPSB).

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata penggunaan 4M itu dilihat lebih berkesan bagi menghebahkan pelbagai maklumat mengenai projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan.

"Program yang kita mulakan sejak Oktober tahun lalu itu bertujuan untuk memperkasakan jentera penerangan parti di 20,000 cawangan dengan menggunakan kaedah seminar dan wacana minda bagi menerangkan mengenai peranan kerajaan pusat dalam membangunkan setiap kawasan.

"Justeru, kita juga menggesa agar kesemua jentera parti untuk turut sama dalam perjuangan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penerangan Umno bahagian Subang, di sini hari ini.

Beliau menggesa setiap bahagian Umno mengambil inisiatif menganjurkan program tersebut sekurang-kurangnya sebulan sekali atau dianjurkan bersama dengan program Juara Rakyat.

"Kalau boleh setiap bulan satu aktiviti kerana ini akan menggerakkan Umno dari peringkat akar umbi dan program mesti berterusan supaya pemimpin sentiasa merakyatkan diri mereka," katanya.

Ahmad berkata laporan mengenai SPSB akan dimajukan kepada Majlis Tertinggi Umno sebagai KPI Biro Penerangan.

SPSB dilancarkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lalu sebagai usaha transformasi Umno untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah Barisan Nasional
. - BERNAMA

Masa Untuk 'Menabur' Budi atau 'Menuai' Budi?

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Dalam hal ni, siapa yang memberi, siapa pula yang merasa, siapa yang berbudi, siapa pula yang merasa.

Pada saya, yang memberi budi pun terlalu banyak, manakala yang merasa, terlebih-lebih pulak mereka merasa.

Sekarang masa menabur budi, segala ceruk rantau di Sarawak dan di Sabah akan dikunjungi.[sumber.]

al-brangi:

Bagi al-brangi, yang banyak menabur budi, bukannya BN, rakyat Sabah dan Sarawaklah yang paling banyak menabur budi kepada BN. Setiap undi yang diberi lebih berharga daripada sebuah kehidupan mereka yang tinggal di pendalaman Sabah dan Sarawak.

Ini kerana mereka yang menang akan merasa satu kehidupan yang luar biasa, kalau tidak masakan mereka sanggup ber'politik' wang untuk mendapatkan jawatan dan kedudukan.

Sesungguhnya sampai bila Sabah dan Sarawak akan menjadi 'fix-deposit' BN?

Pakatan Rakyat: Bola di Kaki Anda

Semasa merasmikan Konvensyen Wanita UMNO semalam, Najib menggariskan beberapa perkara
  • menerima peralihan paradigma menyelesaikan masalah rakyat tanpa kira agama sebagai memenangi hati bukan melayu
  • Kenapa bukan melayu pergi ke pembangkang, tidak kepada UMNO dalam penyelesaian masalah bukan melayu
  • Walau bagaimanapun, Najib masih menegaskan kestabilan politik berteraskan kepimpinan melayu walaupun selari dengan 1Malaysia
  • UMNO memerlukan sokongan setiap kaum, barulah kaum lain menghormati UMNO.
  • Najib mahu Wanita Umno menjadi katalis dan akan menjadi nadi perubahan dan inovasi negara dan memuji semangat tinggi Wanita UMNO
  • Untuk menjadi ejen perubahan, Umno perlu menolak kesemua elemen negatif iaitu perebutan kedudukan dan jawatan, diakhirnya UMNO hilang kuasa
  • Budaya UMNO, tidak mendapat jawatan diibaratkan sebagai hilang air muka
  • Mahu wujudkan budaya baru agar BN kuat dalam PRU akan datang.[sumber.]

Pakatan Rakyat selaku saingan kepada UMNO/BN adalah wajar melihat saranan itu ke dalam Pakatan Rakyat itu sendiri.

  • Persoalan sekarang, adakah UMNO betul-betul terdesak akan sokongan daripada kaum bukan melayu?
Jika jawapannya 'Ya', adakah Pakatan Rakyat dapat bertahan sehingga PRU13 akan sokongan yang diterima oleh pelbagai kaum dari selepas PRU12 sehingga PRU13?

Jika jawapannya 'Tidak', adakah Pakatan Rakyat boleh 'complacent' dengan sokong yang sedia ada? Apakah perancangan agar sokongan sedia ada berterusan sehingga semua kaum yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat?
  • Apakah benar kaum bukan melayu masih berterusan mencari Pakatan Rakyat sebagai tempat penyelesaian masalah?
Jika jawapannya 'Ya', satu berita buruk bagi UMNO dan Pakatan Rakyat perlu melipat gandakan usaha itu berterusan.

Jika jawapannya 'Tidak', itu bermakna UMNO sedang meniup tiupan lunak agar Pakatan Rakyat leka dan sentiasa 'complacent'
  • Kalau Wanita UMNO dianggap penting, bagaimana Muslimat PAS dan Wanita Pakatan Rakyat. Adakah sudah wujud satu plan tindakan untuk menyelaraskan aktiviti Wanita?
  • UMNO cuba menghapuskan budaya yang hampir 'merudum'kannya iatu budaya menagih jawatan dan kedudukan. Pakatan Rakyat seharusnya mengambil iktibar disini, bahawa budaya ini juga boleh meranapkan serta mempercepatkan 'merudum' jika budaya itu menular dalam Pakatan Rakyat dan potensi untuk ke arah itu memang ada kalau ada dua tiga kes terpencil yang melanda PKR
Ada satu berita baik daripada ucapan itu ialah UMNO masih tidak boleh memisahkan diri atau menjarakkan diri dengan sentimen 'melayu', walaupun Presidennya masih menegaskan ialah tidak melencung daripada gagasan 1Malaysia. Faktor itu menjadi katalis untuk Pakatan Rakyat melangkah dengan lebih laju dan sebaliknya ia merupakan faktor membantutkan anjakan paradigma orang UMNO untuk menerima hakikat bahawa mereka mahu tidak mahu memerlukan kepada sokongan kaum bukan melayu.

al-brangi : Para pemain politik Pakatan Rakyat, bola di kaki anda sekarang

Saturday, February 20, 2010

Berbudi Sungguh Wahai Kamu Bertiga !

Inilah dia 'pemuka-pemuka' Kelantan buat masa ini. Pemain-pemain yang bekerja keras memastikan rakyat Kelantan 'reda' bahawa royalti minyak bukan untuk mereka ialah Mustapa Mohamed, Awang Adek Hussin dan Ibrahim Ali.

Dua daripada mereka adalah UMNO totok, manakala yang sorang lagi adalah calon PAS sendiri (Ibrahim Ali) yang telah mengistiharkan dirinya sendiri sebagai ahli parlimen bebas serta mendabik dada, "Akukah Tanggang??".

Keseriusan mereka dalam mengharap rakyat Kelantan reda 'menolak' royalti minyak akan diterjemahkan dalam Ceramah Perdana, manakala semua akhbar pro-UMNO akan menyiarkan kononnya 'fakta' sebenar mengenai ke'tidaksahan' tuntun royalti minyak oleh Kerajaan PAS Kelantan. [sumber.]

al-brangi : Berbudi sungguh kamu wahai kamu bertiga, Mustapa Mohamed, Awang Adek Hussin dan Ibrahim Ali.

Kalau Dah 'Gian', Keluar Dari Profesyen Yang Mulia Ini.

Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

Kalau penguatkuasa berak berdiri, orang awam cirit berlari.

Dua profesyen yang sangat berpengaruh dalam masyarakat iatu guru dan pegawai polis.

Orang awam akan melihat dengan penuh sinis serta lama kelamaan integeriti profesyen mereka akan terhakis. Bukan sekali dua kita dengar kes tidak bermoral ini.

Sampai bila kedua-dua profesyen ini ingin kembali ke tahun-tahun 60-70an, di mana ketika itu masyarakat memberi penghormatan tertinggi kepada kedua-dua profesyen itu.
Moral serta integriti mereka amat tinggi.[sumber.]

UMNO: Lawak 10sen Di hujung Minggu

  1. Sekarang sudah boleh menyelam dah. Cuma baru-baru ni, ada 'stomach-cramp' je, lagi pun dah lama tak buat 'stretching', lebih kurang 5 bulan semenjak bulan September tahun lepas. [sumber.]
  2. Sapa kata saya ada 'tangan ghaib'? Saya bukan ahli silap-mata. Sata ni jenis 'gregarious' omputeh kata. Kalau orang Kelantan kata 'gege riuh'. You janganlah tuduh bukan2, tak baik tau, buat dosa je, [sumber.]
  3. Kita sudah ada katak-mesra alam. Sekarang kita nak wujudkan NGO mesra alam pulak. Lepas itu barulah rakyat akan di'mesra-alam' kesemuanya, bukan begitu? [sumber.]
  4. Remaja Malaysia akan kita masukkan dalam makmal. Dalam makmal itu, kita akan campurkan dengan beberapa bahan 'kimia' dan segala macam 'asid'. Kita akan tuangkan segala macam 'asid' dan bahan 'kimia' tadi ke dalam lubang-lubang telinga remaja agar sentiasa dengar apa yang kita cakap. Kita akan curahkan ke dalam kelopak-kelopak mata agar cepat 'melihat' apa yang kita sudah buat selama ini dan kita akan 'modified' 'kaki dan tangan' remaja agar mereka senang akur segala arahan yang kita beri. [sumber.]

UMNO Perak tak mencontohi UMNO Selangor ke?

Ajal maut di tangan Allah SWT. Kata orang2 tua, berhati2 ketika berjalan kerana malang tidak berbau.

Semalam bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali terlibat dalam kemalangan dengan seorang penunggang motorsikal warga Indonesia menyebabkan mangsa (penunggang motorsikal) meninggal dunia.[Sila baca di sini.]

Memang betul kata2 orang tua, perkara malang boleh berlaku kepada sesiapa saja. Ia boleh berlaku kepada orang bawahan, ia boleh berlaku kepada 'orang-orang besar', ia boleh berlaku kepada orang-orang kenamaan dan sebagainya.

Baru-baru ini seorang lagi bekas Menteri Besar Perak juga, DS Nizar terlibat dalam kemalangan jalanraya di mana kempat-empat tayar keretanya 'mendongak' ke langit.

Baru dua tiga hari lepas seorang ADUN DAP terlibat dengan kemalangan jalanraya dimana seorang pelajar UiTM tercedera. [Sila baca di sini.]

'Point' saya di sini ialah, kemalangan, kematian, mala-petaka boleh berlaku kepada siapa saja yang diuji oleh Allah SWT dan di mana-mana saja. Tetapi UMNO Selangor dengan ber'niat' jahat cuba bermain politik dalam kes ini.

Dalam banyak2 kes kemalangan yang berlaku di Selangor khasnya dan di Malaysia amnya, kenapa UMNO Selangor meng'highlight'kan kes ADUN DAP terlibat dalam kemalangan dengan seorang pelajar UiTM?

Dan UMNO Selangor sanggup menghulurkan bantuan kepada pelajar tersebut.

Menghulurkan bantuan memang satu kerja yang murni dan ia menjadi bertambah murni lagi kalau UMNO Selangor atau UMNO Perak atau UMNO Malaysia menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa kemalangan yang melibatkan bekas Menteri Besar Perak dengan warga Indonesia tersebut.

Ia bertambah-tambah murni lagi jika UMNO yang kaya raya itu memberi bantuan kepada semua kemalangan-kemalangan yang berlaku di Malaysia ini.

al-brangi: Ada mampu ke?......alahai politik murahan.

Friday, February 19, 2010

PAS Sentiasa di 'Kecek'

Gambar hanya hiasan.

PAS tidak pernah serik dengan putar belit media pro-UMNO, walaupun sudah beratus kali dipermainkan, diadu-dombakan, diprovokasikan. Akibat dari perbuatan memutar-belitkan kenyataan, akibat dari perbuatan mengadu-domba dan memprovokasikan pimpianan, pimpinan tertinggi kelihatan seolah-olah bercanggah pendirian dan berlawanan prinsip.

Adakah PAS terlalu beremosi sehingga lupa seketika pesana Al-Quran dalam bab menerima berita sehinggakan bila diajukan persoalan dalam isu-isu yang panas, PAS boleh ter'leka' seketika bahawa media-media tersebutlah yang disarankan penyokong dan pendokong memboikot.

Sudah sampai masanya pimpinan tertinggi PAS serta mereka yang suka buat kenyataan akhbar, hanya akhbar dan 'crew media' PAS seperti Harakah dan media pro Pakatan sahaja yang layak membuat liputan.

Media pro-UMNO tidak boleh dipersalahkan kerana memang tugas mereka mengambil-alih kerja-kerja yang makhluk halus suka membisikkan serta menyumpit racun hasutan. [sumber ini boleh jadi tauladan.]

UMNO Ber'Silap-Mata' Lagi

Projek melonjakkan seseorang pemimpin, usah mengheret kanak-kanak sekolah masuk sama dalam kancah hapak ini. Dianjurkan pertandingan menulis surat kepada pembesar. Apa tujuannya, melainkan semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat, pemimpin sentiasa di hati rakyat hatta di hati kanak-kanak sekolah sekalipun.

Tak cukup lagi ke program kononnya Juara Rakyat, mengheret pak cik-mak cik, apek-nyonya, aya-aci, kanak-kanak, remaja-remaja untuk datang mendengar program 'make-over' atau program tangkap-muat' seperti dalam TV sekarang menjelajah setiap kampong dan bandar.

Usah membazir duit rakyat untuk melonjakkan pengaruh pemimpin serta menagih kembali sokongan rakyat yang sudah terhakis di mana keputusan PRU12 menceritakan segala2nya..

Rakyat sekarang sudah bijak menilai, mereka bukan lagi buta politik, mereka bukan lagi 'buta' atau 'rambang' mata 'memilih' dan mem'beli' barangan. Mereka amat bijak membezakan yang mana satu barang tiruan, yang mana satu barang asli.

Rakyat bukan 'buta mata' dengan sekali dua turun ke Jalan Brickfields, Jalan Petaling atau Jalan Masjid India atau mana-mana jalan sekalipun, membuktikan seseorang itu sudah boleh 'mesra-kaum' dan Malaysia yang berbilang kaum dan rakyat boleh terpengaruh olehnya.

Dengan melaksanakan hukuman sebat tidak bermakna satu Negara sudah menjadi Negara Islam. Satu lagi permainan silap-mata untuk men'yilap-mata'kan pandangan rakyat.

Permainan silap-mata, bukan menjadi minat orang ramai lagi.

Rakyat lebih berkehendakan satu permainan yang nyata. 'Reality'nya boleh ditengok, dipegang dan dirasa sebagai bukti bahawa UMNO telah 'betul-betul' berubah.[sumber.][sumber.]

Tersangat Sibuk Mak Cik UMNO sorang nih.

Adalah sorang Mak Cik nih, bukan sibuk lagi bila dengar 3 wanita disebat. Kononnya dia mahu setiap hukuman yang dikenakan ke atas wanita mestilah dibuat dengan adil dan saksama. Dan juga Mak Cik sorang nih nak pantau semua 'kerja' sebat-menyebat. Amboi Mak Cik, kira nak jadi mandur ke nak jadi towkay?

Oi Mak Cik, bukan main lagi. Jangan pertikai hukuman yang Mahkamah sudah laksanakan. Mak Cik nih macam menghina Mahkamah saja.

Tapi tulah, dalam Malaysia nih, asalkan dia jenama UMNO, seluruh institusi Kerajaan, seluruh instrumen Kerajaan amat 'menikus', mengecut,untuk bertindak.

Mana lebih berotoriti, di antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

Sebatan dijalankan kerana mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

al-brangi: Mak Cik tu sepatutnya sibuk pasal perkara-perkara yang menjerumus pesalah-pesalah tadi ke lembah itu. Tempat-tempat maksiat, hiburan melampau, tidak menutup urat dan sebagainya sepatutnya dititik beratkan, bukan pasal hukuman atau caramana melaksanakan hukuman.

Mak Cik buatlah kerja Mak Cik, janganlah ganggu kerja Mahkamah. [sumber.][sumber.]

Thursday, February 18, 2010

Malam Jumaat.....Dalam 'Alphard'......

Seorang ahli korporat muda sedang meninjau2 akan kereta-keretanya. Beliau sedang asyik mengapreasasikan akan kereta-kereta yang dibeli dengan titik-peluhnya. Sambil bercakap sorang2, "Wahai 'Alphard', engkau terpilih untuk ke surau malam ini. Malam ini adalah malam Jumaat. Malam baca Yaasin. Malam kirim tahlil. Malam bawa pisang ke Surau. Malam penuh berkat. Malam solat hajat mintak dapat projek baru. Malam buat amal ibadat."

Isterinya yang jelita dan masih jelita walaupun dah menjangkau usia 40an menyampuk dari ruang tamu, 'Abang bersembang dengan siapa tu? Dengan awek ke?
Sisuami tersentak lalu menjawab dengan suara memujuk, "Mana ada. Ni tengah tinjau2 kereta mana yang nak bawak malam ni pergi ke Surau. Awak siaplah cepat. Wahai 'Mercz' dan 'BMW', kamu tak layak ke Surau. Kamu hanya layak untuk 'dinner' saja. Oh ya, wahai 'Harley', kamu hanya aku bawak untuk bawak 2nd. mem kamu."

Ketika itu isteri jelitanya sedang berdiri di depan pintu masuk ruang tamu, namun si suami sedang asyik menilik 'Alphard'nya sambil menggosok2nya dan berkata, 'Wahai 'Alphard', kau menjadi saksi aku ke Surau setiap malam Jumaat, apabila aku meninggal nanti, engkaulah jua yang akan membawa jenazah ku."

"Jangan harap. Tolong sikit bang. Tak dibuat di orang. Nanti 'takut'lah saya gunanya nanti. Kereta jenazah kat Surau kan ada." Bentak si isteri.

"Oh tak perasan sayang ada di sini. Tak bersiap lagi ke?" suara si suami keluar dengan lembut memujuk.

Si isteri dengan nada berhelah berkata manja kepada suaminya, "Abang pergilah dengan 'adik' (anak perempuan). Saya baru buat 'facial' dan 'mandi susu' di Spa tadi, nanti melekit2 pulak badan saya. Nanti awak jugak 'complain'."

Si 'adik' sudah bersedia dengan baju kurung dan sejadah berlari ke ruang tamu dan bertanya pada si ibunya, "Kenapa Mama belum siap. Adik dah siap ni. Cantik tak?"

Si ibu dengan air muka yang berubah menyakinkan anaknya seraya berkata, "Mestilah cantik, anak Mama kan. Adik pergi dengan Papa ye. Mama uzur tau!"

Si 'adik' dengan suara yang yakin berkata, "Mama selalu uzur tau. Kenapa? Ustazah sekolah kata, walau secantik mana pun kita, setegang mana pun kulit kita, ulat dalam kubur sangat suka makannya. Lagi satu, kata Ustazah, bila kita meninggal dunia nanti, hanya doa anak-anak yang soleh/solehah yang dapat membantu kita. Adik takutlah Mama. Adik pergi dulu ye."

Si 'adik' selepas mencium tangan ibunya, terus masuk ke dalam 'Alphard', di mana bapanya sudah lama menunggu.

Bila 'Alphard' sudah keluar dari halaman rumah, si Isteri sempat menilik mukanya sepuas-puas hati di cermin berbingkai kayu jati yang tersangkut di ruang tamu sambil berkata-kata dengan nada perlahan, dengan kedua-dua tapak tangan yang halus mulus menggosok perlahan2 kedua pipinya yang licin dan tegang itu seraya berkata, "Kedua-dua pipi inikah yang akan dimakan ulat-ulat kubur nanti? Oh 'adik', jangan lupa doakan untuk Mama bila Mama sudah tiada nanti."

Si isteri beredar masuk ke kamar tidurnya. Kelihatan mutiara air mata meleleh di kedua pipinya yang halus mulus dan tegang itu.

Tepat jam 9.30 malam, si Bapa dan si 'Adik' pulang dari Surau. Si 'Adik' berlari menuju ke kamar ibunya, di tangannya ada sebuah Kitab yang dibeli di Surau bertajuk "Permata Doa Untuk Ibu" sambil berkata, "Mama, Mama, Mama, 'adik' ada hadiah untuk Mama."

Si 'adik' bertanyakan Papanya yang tercegat di sisinya, "Papa, Papa kenapa Mama sujud lamanya?"

Si Suami dengan nada lembut berkata, "Biarkan Mama sujud lama-lama."

Si 'adik, seperti biasa dengan keletah cerdiknya, "Papa, Papa, Lupa pulak adik, Ustazah kata dalam sujud kita boleh doakan macam2 terutama untuk Mama dan Papa."

Si 'adik' sambung lagi keletahnya,"'Adik' nak sujud Papa. 'Adik' nak sujud Papa. 'Adik' nak doa. Ya Allah, Engkau Ampunilah Dosa Papa ku, Dosa Mama ku walaupun dosa mereka sebanyak buih-buih di lautan.. Engkau Sayangilah mereka berdua sepertimana mereka menyanyangi ku ketika aku masih kecil. Engkau Selamatkanlah kedua-dua Papa dan Mama ku daripada dimakan ulat-ulat di dalam kubur nanti. Engkau tempatkanlah mereka bersama-sama dengan roh orang-orang yang bertaubat dan Engkau redhakanlah mereka apabila mereka datang 'menemui' Mu nanti. Amin. Amin. Amin."

Ketika si 'adik' 'sujud' sambil berdoa tadi, tangannya tersentuh tangan Mamanya, terasa dingin sekali dan tidak kedengaran bunyi nafas atau bacaan Mamanya yang sedang 'sujud' itu.

Si Suami turut mengAminkan doa anaknya dengan nada sebak tapi lantang dan sudah merasakan 'sesuatu' sudah 'berlaku'. Belum sempat Si Suami berkata sesuatu kepada si 'adik', tiba-tiba si 'Adik' tidak sabar lalu memeluk Mamanya dan berkata dengan nada sayu sambil bercucuran mutiara air-mata membasahi kedua pipinya.

"Papa, Papa, Papa, Kenapa mata Mama pejam? Kenapa tidak celik Papa? Kenapa muka Mama sejuk dan pucat? Kenapa Papa? Kenapa Papa?"

Si Suami sambil mencium dahi isterinya dan memeluk si 'Adik' dan berkata, "Mama telah meninggalkan kita untuk selama-lamanya."

Si 'Adik sambil tersedu-sedu berkata, "Mama pergilah menghadap Allah. 'Adik' akan sentiasa mendoakan Mama agar Mama ditempatkan bersama-sama dengan roh-roh yang diredhai olehNYA."

Si 'adik' menghabiskan masa sepanjang malam itu dengan berdoa dan bacaan Al-Quran.

Keesokkannya, Si Suami menyempurnakan hajatnya sambil berkata kepada 'Alphard', "Aku sempurnakan hajat ku. Engkau jua terpilih untuk membawa jenazah isteri ku ke perkuburan. 'Rezeki' aku entah bagaimana."

Sekian. Hanya Engkau Jua Ya Allah Yang Kekal Abadi.

Ya Allah, Kau Ampunkanlah Dosa Kedua-dua Orang Tua Ku. Amin.

p/s. Coretan di atas hanya untuk kita mengambil pengiktibaran darinya, ia tiada kena mengena dengan mana-mana individu, samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

1 Malaysia, jari telunjuk dik, bukan jari hantu......

Gambar, hanya hiasan

Dalam bolasepak, pada kebiasaannya, penjaga gol memakai 'jersey' bernombor '1', penyerang hadapan dengan 'jersey' bernombor '10'. Tak nampak pulak penyerang hadapan memakai 'jersey' bernombor '1' dan penjaga gol memakai 'jersey' bernombor '10'. Tak tahu kenapa. Kalau dari sudut kepentingan dan keutamaan, kedua-dua posisi tersebut adalah sama penting dan utama.

Walau apapun, kelazimannya, nombor '1' melambangkan kemenangan, kejaguhan, 'glamour', keutuhan, keutamaan serta keunggulan dll. samada dalam bidang sukan, pencapaian akademik, politik, ekonomi, sosial, kesihatan, keselamatan , keadilan, 'delivery system' dan berbagai lagi.

Kebiasaannya orang akan mengaitkan kejaguhan seseorang ahli sukan dengan angka '1', seperti Roger Federer pemain tenis no.1 dunia, Usin Bolt pelari jarak dekat no.1 dunia, Nicol David pemain skuasy dari Malaysia memegang ranking no.1 dunia dll. Kejaguhan mereka memang terserlah dengan pencapaiannya sebagai bukti mereka no.1 walaupun mereka tidak memakai 'jersey' nombor 1.

Di Malaysia sekarang, nombor '1' menjadi seolah-olah semacam satu fenomena (tak tahu nak guna fenomena atau pun fantasi).

Sehinggakan ada baju batik nombor '1', ramai orang memakai 'pin penyemat' angka nombor '1' di'blazer' masing-masing, ramai juga yang memakainya dikolar baju masing-masing. Pemandu bas pun memakai angka nombor '1', walaupun memandu semacam nombor corot, penjaga tandas pun memakai angka nombor '1' walaupun tandasnya selepas dibayar pun, baunya tetap meng'ancam.'

Ada lagu khas nombor '1', ada juga diucap salam nombor '1', di mana-mana 'banner' dan 'bunting' digantung dengan angka nombor '1', setiapkali bergambar, ramai murid-murid sekolah serta guru-guru, bahkan kakitangan kerajaan, ramai yang menunjukkan jari telunjuk yakni melambangkan angka nombor '1'.

Dikhuatiri satu hari datang jurugambar ingin merakamkan gambar seorang kanak-kanak lalu diberi arahan, 'Adik jangan lupa angkat nombor '1' ye,'. Adik itu pun mengangkat jari HANTUnya sebagai simbolik angka nombor '1'.

Jurugambar itu tercenggang lalu mengucapkan terima kasih sambil bersalam.

Selepas itu, barulah jurugambar itu KETAWA BESAR, rupa-rupanya adik itu kudung jari TELUNJUKNYA.

Persoalannya sekarang, adakah 'layman' di luar sana faham dengan falsafah nombor '1'.

Alahai 1Malaysia.

Jangan 'Gelabah-beruk'.....

KEHADIRAN ramai warga asing di Kuala Lumpur mencetuskan rasa tidak selesa rakyat tempatan. Kosmos.

Kenapa kita mesti me'ngelabah-beruk' dengan kebanjiran pendatang asing ke Malaysia. Kita ada 'data-base' serta rekod keluar masuk pendatang asing. Kita ada senarai jumlah pendatang asing sebagai pekerja di sini. Kita boleh mengawal seawalnya lagi dengan senarai jumlah pekerja asing yang ada di Malaysia. Selebihnya adalah PATI.

Hanya kesungguhan yang sangat tinggi dan penguatkuasaan yang beramanah dituntut agar kita tidak lagi akan me'ngelabah-beruk.'

Kita dah muak dengan gejala sosial serta jenayah berlaku akibat kedatangan PATI-PATI yang tak diundang ini. [sumber.]

UMNO + Perkasa: 'Berani' lawan Uncle Sam?

Jelas sekali kambing UMNgOK tak tahu matematik. Yang turun semalam kononnya membantah campurtangan Australia dalam kes liwat II DSAI, hanyalah UMNO dan Perkasa. Kenapa tak ajak sekali Perkida, PPIM, Puteri UMNO, Putera UMNO, Zulkifli, S P -, S P - M, MCA, MIC dan sekutu-sekutu serta tunggangan yang lain.

Perkasa adalah bantal peluk, klon dan kuda tunggangan UMNO. Disuruh buat apa saja akan dipatuh, 'yes Sir,' asalkan 'masyuk'.

Oh ya, masihkah kau ingat? 'Uncle Sam' pun ada jugak 'sergah' cara kes liwat II DSAI ini, kenapa tak tunjuk berani kat Kedutaan Uncle Sam? Ada berani ke?

Apa? Malu? Peeeeeeerah, penakutlah tu.

Walau apapun, itulah kerja 'jakun' yang nak tunjuk-tunjuk berani tapi yang sebenarnya takut-takut berani.

Malaysia adalah sebuah negara berdaulat, tiada tempat untuk 'jakun-jakun' 'melepas'kan diri.

Wednesday, February 17, 2010

Masihkah Kau Ingat? Katak Bota.....punca segala2nya.

Ketika lagu 'Masihkah kau ingat' dendangan kumpulan Kopratasa berkumandang di TV, sambil mengunyah pisang nangka goreng dan menghirup kopi 'o' pekat, tiba-tiba teringat saya akan si-Raja Katak yang special ini.

Bukan Raja katak Pasir Mas. Raja Katak Pasir Mas, apa klas, sekarang setakat jadi 'bantal-peluk' UMNO, setakat jadi 'pelapik kuda-kayu' UMNO, kita tidak hairan. Beliau hanya meletihkan diri setelah menjadi tunggangan UMNO, ber'ong,ong,ong,ong,ong', melalak ke sana ke mari.

Masihkah anda ingat akan Raja Katak dari Bota ini. Katak inilah yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas runtuhnya sebuah Kerajaan yang sah, yang dipilih oleh Rakyat di Negeri Perak.

Katak ini menggemparkan seluruh kerajaan katak di setiap lembah. Dengan selambanya Katak ini melompat keluar dari 'Tempurung' yang sangat gelap gelita, busuk hapak lagi hanyir lantas melompat ke dalam sebuah Pakatan yang sah, yang dipilih oleh rakyat.

Tup tup, tanpa hujan dan detuman petir, 10 hari kemudian, Katak ini melompat keluar lantas dicarinya kembali 'Tempurung' busuknya lagi menghanyirkan dahulu. Bukan itu sahaja, 3 'ekor' katak lagi mengikut jejak langkahnya melompat memasuki 'Tempurung' yang busuk hapak lagi hanyir itu.

Maka tercatatlah sejarah 3 ekor katak diketuai oleh Raja Katak, menjadi 4 ekor katak meroboh, memusnah, meruntuh, melenyapkan sebuah Kerajaan pilihan rakyat yang sah di Negeri Perak.

al-brangi:

Sesungguhnya lagu 'Masihkah kau ingat' amat syahdu untuk didengar, tapi amat pedih untuk dikenang.

PERKASA menjadi 'Bantal-Peluk' UMNO?

Gambar ihsan The MalayMail.

Inilah jakun jalanan. Inilah samseng jalanan a.k.a. tongong jalanan. UMNO memang sentiasa bersedia menjadi 'pemula', suka buat provokasi, tidak bertamadun. Kes liwat masih berjalan, sebarang adegan samseng bergini boleh dianggap 'sub-judice' kepada mahkamah. Tapi itulah 'typical' UMNO, berdemo boleh, berarak MaulidirRasul boleh, berpolitik wang boleh, ber'kepit' boleh, bermarhaban boleh, bertahlil boleh, ber'gaduh' boleh dan ber,ber,ber.....lagi.

Boleh ke UMNO nak diharap menjaga Agama?

Dikhabarkan PERKASA juga bersama-sama dengan UMNO berdemo diluar Suruhjaya Tinggi Australia kerana membantah 'campurtangan' 50 orang ahli parlimen Australia berkait dengan kes liwat II DSAI yang sedang berjalan di Mahkamah sekarang.

al-brangi : Maka jelaslah Perkasa menjadi 'bantal-peluk' UMNO. Perkasa adalah klon UMNO. Perkasa menjadi 'pelapik kuda kayu' UMNO.

UMNO ber'lakon' dengan memegang watak hero yang 'gentleman' dalam episod 1Malaysia.
'Kerja-kerja' samseng selama ini telah di'sub'kan atau di'waris-pusaka'kan kepada Perkasa. [sumber.]

Wal hasil, balik asal......alahai UMNO.

Bayan Baru dan Kulim Bandar Baru,.....dua-dua 2 x 5 saja.

Woi, hang ingat PKR ni jamban ka? Hang ingat macam bilik air kat rumah hang boleh keluar masuk sesuka hati? Hang tak tahu malu ke, masih berangan nak masuk balik dalam PKR jika Lim Guan Eng tak jadi Ketua Menteri lagi. [sumber.]

Nak beritahu kat hang, PKR adalah sebuah pertubuhan, sebuah parti politik yang berdaftar secara sah. Mempunyai perlembagaan dan mempunyai maruah, bukan bakul sampah.

Hanya sesetengah ahlinya yang kepala otak bersampah, berfikir pun macam sampah yang mencemarkan kewibawaan parti.

Di antaranya ialah hang dan sahabat yang berkepala otak macam hang, iaitu Zulkifli Noordin.

Kalau dalam blognya beliau sanggup berkata "Tetapi saya ingin memberi amaran kepada rejim chauvinis YAB Lim Guan Eng, jangan ingat kerana kamu dikelilingi oleh Melayu dangkal yang dayus dan penakut itu serta sanggup bersekongkol dengan kamu, maka umat Islam yang lain akan tunduk diam. Yakin dan percayalah diluar sana masih ada umat yang tegas dan berani, yang akan tetap mempertahankan aqidah dan maruah agamanya tanpa takut sedikit pun kepada sebarang risiko yang bakal melanda. Kerana kami yakin akhirnya nanti kami umat Islam tetap akan menang, kerana kami mengasihi ALLAH lebih daripada segala-galanya."

Wahai Zul, lebih baik hang tarik balik perkataan dayus, dikhuatiri perkataan 'dayus' tersebut terpalit dan terbalik kat hang.

Oleh kerana PAS dan PKR memang ber'Pakatan Rakyat' dengan DAP, maka TGNA, TGHA, DSAI dan semua penyokong dan pendokong parti yang ber'gabung' dengan DAP akan menjadi dayus termasuk penulis yang tidak berkepentingan ini?

Orang dayus haram masuk neraka. Jadi perjuangan yang berkepala otak sampah macam hang sahaja yang akan masuk syurga?

Hang contoh seorang YB yang bacul, berkokok berdegar-degar, menyalak berapi-api. Nak tanya hang apa hukum hang belot kepada jemaah? Apa hukum orang yang tidak beramanah kepada parti dan pengundi? Apa hukum orang yang berpaling tadah dalam perjuangan?

Sebelum hang diambil tindakan disiplin, lebih hang keluar PKR dengan 'terhormat'. Hang nak melalak siang malam sampai pecah anak tekak hang, lantak pi lah.

Penulis terpaksa menggunakan bahasa yang sama kesat dengan hang, kerana hang menggunakan perkataan 'dayus'. Seorang Yang Berhormat bersifat seperti itu...It's unbecoming of you....

Memalukan YB Zul, hang keluarlah cepat.....

Kalau Wujud Firauan-Firaun Kecil.....siapa pula Firaun Besar?......alahai Zul

Setiap yang gemuk, pasti ada yang kurus. Setiap yang hidup pasti ada yang mati. Setiap yang hitam, pasti ada yang putih.

Begitulah seterusnya. Makhluk ini dijadikan oleh Allah SWT berpasang-pasangan. Setiap yang kecil, pasti ada yang besar.

Bila wujud firaun kecil, pasti wujud firaun besar.

Dalam era sekarang, ungkapan 'firaun' amat sinonim dengan orang-orang yang bersifat angkuh, sombong, orang yang tidak boleh ditegur dan dikritik langsung, orang yang ingin berkuasa dan mahu semua yang lain mengikut telunjuknya, orang yang keras kepala, orang yang tidak langsung boleh dipimpin malah dia sendiri yang mahu dipimpin, orang yang sentiasa mahu menjadi terkenal walau apa cara sekalipun, orang yang tidak boleh menerima Qadar dan Qada' dll.

Amat mustahil seorang firaun besar boleh tumbang dengan seorang firaun kecil. Firaun besar mesti merasa cuak, takut-takut ditumbangkan oleh firaun kecil. Mungkin firaun besar berada dalam ketakutan, maka dikatakannya wujud terlalu ramai firaun-firaun kecil untuk menumbangkannya.

Kalau di zaman Nabi Musa Alaihissalam, Firaun membunuh semua bayi lelaki kerana mempercayai tilikan ahli nujumnya bahawa akan datang seorang lelaki yang akan menumbang takhtanya, maka apa yang digembar-gemburkan oleh Kulim Bandar Baru yakni wujudnya firaun-firaun kecil untuk mencampak firaun besar keluar daripada PKR,adalah dengan sendirinya mengistiharkan bahawa beliaulah firaun besar.

Kenapa mesti takut kepada bayang-bayang sendiri? Kenapa mesti takut kepada firaun-firaun kecil kalau diri sendiri adalah firaun besar?

Buangkanlah sifat-sifat yang ada pada firaun, maka akan terhapuslah sifat-sifat yang ada pada firaun-firaun kecil 'bikinan' sendiri.

Jika anda masih bersifat dengan sifat firaun besar, maka selayaknyalah anda dinyahkan dari PKR dengan segera.

Tuesday, February 16, 2010

'Al-Kangkung' Berkata, Pembangkang Jangan Ber'kokok'

al-brangi :

Adalah seorang 'juru jual air-liur' berkata pembangkang tidak perlu 'berkokok' untuk menuntut bekas pemimpin mereka yang bertindak keluar parti agar melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat..

Kalau setakat 'menyalak' dan 'jual air-liur' dalam bilik 'air-cond', tak payah nak bercakap pasal politiklah.

Kalau dapat faedah pun hasil daripada 'menyalak' 'menjual air-liur' 'menjilat' pemerintah tu, hanyalah 'fulus' dan 'pangkat'.

Adalah lebih baik Pak Profesor menanam kangkong di tepi parit, itu lebih mulia daripada 'menjilat' dan 'mengampu' pemerintah.

PETALING JAYA: Pembangkang diingatkan supaya memahami undang-undang dan amalan politik di Malaysia berhubung kedudukan seseorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak keluar daripada parti.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, pemimpin parti pembangkang tidak perlu 'berkokok' untuk menuntut bekas pemimpin mereka yang bertindak keluar parti agar melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.

"Mereka kena faham amalan politik di negara ini dan undang-undang tak pernah melarang seseorang wakil rakyat itu untuk keluar daripada parti yang diwakilinya untuk menjadi wakil bebas ataupun masuk ke parti lain.

"Jadi saya harap pemimpin pembangkang tidak payah nak berkokok banyak-banyak, buat penat sahaja kerana setiap pemimpin berkenaan mempunyai hak terhadap kerusi yang diwakilinya," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar wakil rakyat yang keluar atau melompat parti dengan menganggap mereka itu pengkhianat rakyat dan negara.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat harus menjadi orang yang bertanggungjawab dengan menyedari bahawa undi yang diberikan itu adalah amanah.

Terkini Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain bertindak keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang serta hilang keyakinan terhadap gabungan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun Ahmad Atory berkata, melabel seseorang itu sebagai pengkhianat rakyat dan negara adalah tidak tepat.

Menurutnya, seseorang calon yang bertanding pada pilihan raya pada dasarnya mewakili dirinya sendiri namun kebiasaannya calon berkenaan menggunakan tiket sesebuah parti politik.

"Tapi ada juga yang sememangnya bertanding atas tiket calon Bebas dan beliau juga boleh menang.

"Jadi ini menunjukkan faktor calon itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam pemilihan wakil rakyat... kalau rakyat suka pada seseorang itu, bertanding atas tiket apapun orang akan pangkah (pilih)," katanya.

Selain itu menurut Ahmad Atory, istilah 'wakil rakyat' bagi seseorang Ahli Parlimen atau ADUN juga jelas menunjukkan mereka boleh mewakili rakyat di kawasan masing-masing tanpa bersandarkan kepada parti politik.

"Kita panggil mereka 'wakil rakyat' bukan 'wakil parti', jadi tak perlu timbul isu bahawa kalau keluar parti perlu letak jawatan.

"Asalkan boleh bantu rakyat, berada di kedudukan manapun tidak menjadi masalah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, undang-undang tidak boleh mempersoalkan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat walaupun bertindak keluar parti.

"Dari sudut undang-undang, memang kita tak boleh nak persoalkan kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian.

"Tapi mungkin dari segi moral nampak perkara ini tidak baik," katanya.

Selain itu menurut Abdul Aziz, trend pengundian pada masa ini tidak lagi melihat kepada faktor parti mana yang bertanding sebaliknya faktor calon yang akan bertanding menjadi wakil rakyat mereka.

"Pengundi sekarang nak tengok siapa calon yang bertanding, faktor individu itu lebih penting kerana mereka yang dipilih itu nanti akan mewakili rakyat," katanya.[sumber.]


Shhh Shhh Shhh, Ini Dia Di antara Yang Terkaya di Malaysia

Berikut ialah di antara senarai 40 orang terkaya di Malaysia :

1.Tan Sri Robert Kuok sebanyak RM42.76 bilion.

2.Tan Sri Ananda Krishnan sebanyak RM27 bilion.

3.Tan Sri Lee Shin Chen sebanyak RM11.92 bilion.

4.Tan Sri Teh Hong Piow sebanyak RM10.86bilion.

5.Tan Sri Lim Kok Thay sebanyak RM10.38 bilion.

6.Tan Sri Quek Leng Chan sebanyak RM7.09 bilion.

7.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sebanyak RM6.01 bilion.

Diikuti oleh jutawan-jutawan lain seperti

Balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua,

Tan Sri Tiong Hiew King,

Tan Sri Vincent Tan,

Lee Swee Eng,

Datuk Shahril Shamsuddin,

Datuk Shahriman Shamsuddin,

Datuk Seri Nazir Razak,

dan Ong Leong Huat dll. [sumber.]

al-brangi : Di antara yang ramai-ramai tu, macam ada yang pernah dengar saja namanya.

Tolong Kirim Salam pada UMNO

UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'.

Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul.

Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil. Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam). Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih.

Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter'korban' kasih.

Anihnya, UMNOlah yang pertama memperjuangkan 'bayi terbuang'. Seluruh ahli Agama UMNO, penganalisa politik UMNO, juru-air-liur UMNO akan berhujah isu 'bayi-terbuang'. Bapak-bapak Profesor al-Kankungi pun berhujah serta mengeluarkan berbagai-bagai 'jargon' seperti 'stress, jahil agama, nipis iman,hedoisme etc.....naik loya mendengarnya.

Melayu UMNO sentiasa dalam dilema, diantara 'furu' dan hukum dasar, di antara Syariat dengan budaya. Di antara adat dengan tuntutan Agama.

Artikel berkaitan. Sila baca di sini, di sini dan di sini.

al-brangi: Bila bercakap pasal Islam, Melayu UMNO bangkit marah, oh pembangkang mempolitikkan Islam.

Kenapa 'Katak' Suka 'Menyorok' Dalam Kasut?

Pada suatu pagi, semasa kecil-kecil dulu, saya pernah menangis tak nak pergi sekolah. Bukan pasal tak buat kerja sekolah atau mak tak beri duit belanja tapi ketika nak saruk kasut ke kaki, tiba-tiba terasa kasut makin ketat. Tak mungkin kasut sebelah kiri saja yang mengecut. Yang sebelah kanan elok je.

Saya cuba paksakan kaki masuk, terasa semacam ada benda terperusuk di hujung sebelah dalam kasut. Saya menangis dan beritahu mak. Mak kata mungkin ada kertas di dalam kasut itu. Saya cuba tengok, rupa-rupanya ada seekor katak di dalam. Saya baling kasut itu dan meraung. Maka saya berteriak dari dapur, "Kenapa? Ada rimau ke kat dalam kasut tu?" Sambil menangis, saya kata, "Abang tak nak pergi sekolah, kat dalam tu ada katak."

Mak saya datang memujuk, lalu diambil kasut itu dan mengetuknya ke tanah. "Degil betul katak ni," kata Mak.

Diketuk-ketuk dua tiga kali barulah keluar katak tu. Boleh tahan besarnya. Mak memujuk saya sambil menyarungkan kasut ke kaki dan berkata, "Nah, duit belanja Mak tambah 10 sen. Abang, lain kali tengok dulu kat dalam kasut tu, ada ke tidak katak kat dalam. Perangai katak ni, dia tak akan keluar kalau tak diketuk kuat-kuat kasut tu."

al-brangai : Rupa-rupanya, perangai katak ni, bila dihentak-hentak, diketuk-ketuk, baru dia boleh melompat. Apa hal dengan 'katak-katak' yang kat luar sana? Nak di'ketuk' pun mereka dah melompat keluar.

Ada dua tiga ekor lagi 'katak' yang masih kat dalam tu, nak diketuk jugak agaknya baru boleh melompat keluar.[sumber.]

Sedarlah wahai 'katak-katak' yang masih kat dalam, eloklah 'kamu' lompat keluar sebelum 'kamu' di'ketuk'

ADUN Sekincan, Tiba-Tiba Jadi 'Hangat'.....alahai !

UMNO amat bijak berpolitik. Dalam bab-bab main politik, UMNO memang nombor wahid. Ya, UMNO memang dari dulu, kini dan selama-lamanya amat licik berpolitik. Memang mereka amat tajam penglihatan dan tajam pendengaran sehinggakan di dalam air yang keroh pun mereka amat mahir menangguk. Itulah kerja mereka dari dulu lagi.

Mereka yang termakan atau mereka yang disumbat dengan 'budi' hampir pasti mengenangnya turun temurun hatta mendapat hanya sehelai kain batik atau pelikat cap gajah.

Jikalau mereka betul-betul ikhlas, tetapi bercakap pasal ikhlas ni dengan yang jenis UMNO ni hanya menghabiskan beras saja. Tetapi tak apalah, kita guna jugalah ungkapan ikhlas. Jika UMNO betul-betul ikhlas, kenapa mereka memilih-milih bulu pulak?

Kenapa mereka menunggu sehingga seorang hamba allah ini terlibat dalam kemalangan yang melibatkan seorang ADUN Pembangkang baru mereka hendak mengumumkan UMNO Selangor akan membantu hamba Allah yang malang itu?

Kalau nak bercakap pasal kemalangan, saban hari ada kemalangan. Dalam OPS sikap atau apa-apa OPs sekali pun, bermacam-macam malah beratus-ratus jenis kemalangan berlaku saban hari. Kenapa UMNO Malaysia tidak menubuhkan Tabung Kemalangan Negara atau Yayasan Kemalangan Negara supaya dapat membantu mangsa kemalangan?

Kenapa mesti meng'highlight'kan seorang ADUN DAP melanggar seorang penuntut UiTM?

Kenapa mesti meng'highlight'kan UMNO Selangor akan membantu mangsa tersebut?

Pada hal mereka boleh memberi bantua secara peribadi tanpa perlu merujuk kepada parti (UMNO). [sumber.]

al-brangi : Adakah kerana ADUN DAP ini hanya menang nipis di Sekincan iatu majoriti hanya 190 mengalahkan Phuah Boon Choon (BN)?

Saya amat berharap jangan ada 'niat' yang lebih daripada itu?

Monday, February 15, 2010

Perkasa Klon UMNO ?.....alahai..'sandiwara'kah ini?

DR. Mahathir Mohamad mengangkat keris tanda simbolik pelancaran Perkasa Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ, Hulu Kelang, semalam. Turut hadir Noh Omar (dua dari kiri) dan Ibrahim Ali (tiga dari kiri).

1. Suatu ketika dulu lagu "Budi Bahasa Budaya Kita" yang didendangkan oleh Siti Nurhaliza sentiasa berkumandang di radio dan TV.

Tiba-tiba suatu petang ketika membuat 'posting' sambil membelakangkan TV, kedengaran lagu tersebut, amat 'janggal' dan terasa sangat 'sumbang' bunyinya, ia bukan dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza kerana saya amat perasan suara Siti ber'hantu'. Senikatanya pun berbunyi berlainan sekali, rupa-rupanya bila ditoleh, senikatanya telah dirangkum dengan berbagai dialek.

Amat menghairankan, adakah itu yang dimaksudkan 1Malasia? Atau RTM buat 'lebih-lebih' pulak. Melebihi sudu dari kuah pulak. Sepatutnya Bahasa Melayu selaku bahasa resmi negara diterima oleh semua warga Malaysia dan 1Malaysia mendaulatnya.

2. Setelah UMNO/BN ter'sentak' dengan keputusan PRU12 dan UMNO yang dikatakan kurang 'mesra-kaum', akur dengan kehendak rakyat, maka untuk menghadapi PRU13, satu gagasan baru dirumuskan sebagai hendak keluar dari kepompong kurang 'mesra-kaum' iaitu 1Malaysia dilancarkan.

Maka terpelesuklah orang-orang UMNO yang amat kuat dengan bab-bab 'ketuanan'. Mereka bagaikan hilang arah kerana takut UMNO ditolak oleh orang melayu apabila muncul gagasan baru yakni 1Malaysia, maka sesetengah daripada mereka cuba-cuba bergayut dengan PERKASA.

Sekarang kewujudan PERKASA seolah-olah menggantikan UMNO dari sudut perjuangan dalam bab-bab 'ketuanan'. Mahathir pun nampaknya memuji-muji bahawa PERKASA mula menjadi popular mengalahkan UMNO serta turut dijemput melancarkan PERKASA di Selangor baru-baru ini.Nampaknya dalam majlis pelancaran itu pun ada di'cabut-cabut' keris, entah untuk apa tujuannya.

Betul ke UMNO sudah keluar dari kepompong kurang 'mesra-kaum' atau hanya be'retorik' dengan 1Malaysia?

Atau 'Perkasa'lah yang akan 'merudum'kan 1Malaysia?

Alahai! Bila agaknya 'wayang-kulit' atau 'sandiwara' ini akan berakhir?

Sila baca di sini.

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiga parti utama orang Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlalu 'asyik' mendapatkan sokongan bukan Melayu sehingga tidak mempedulikan rintihan kaum mereka sendiri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika ini apa jua tuntutan bukan Melayu, sama ada beralas undang-undang, Perlembagaan atau perjanjian lalu, akan dilayan oleh parti-parti berkenaan.

Beliau percaya tindakan itu berpunca daripada keyakinan mereka yang menyedari bahawa orang Melayu tidak mempunyai banyak pilihan ketika pilihan raya dan akan tetap menyokong mereka.

"Tidak perlu saya nyatakan apa yang menyebabkan kita berasa kecewa. Tetapi kita lihat orang yang dulu kata orang Islam jika berkawan dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang peluk cium orang bukan Islam dan dihalalkan segalanya bagi mereka kerana orang Melayu tetap akan bagi sokongan.

"Ia bukan tindakan yang bijak. Orang Melayu rasa tidak boleh lagi bergantung pada parti-parti politik, sebab itu ditubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 2,000 hadirin pada majlis pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hulu Kelang di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali serta beberapa pemimpin NGO Melayu.

Dr. Mahathir menambah, terdapat beberapa NGO Melayu yang menemuinya dan menyatakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan dan parti-parti pembangkang.

"Tetapi apa yang mereka boleh buat. Mereka kata, jika terlampau giat suarakan pendirian orang Melayu, mereka akan dituduh rasis dan mungkin juga diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

"Akhirnya, mereka datang bertemu bekas Perdana Menteri yang sudah tidak bertaring. Mereka kecewa tetapi tidak dapat suarakan kepada pemimpin Melayu sama ada kerajaan atau parti lawan," ujarnya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan orang Melayu agar melakukan protes secara tertib dan tidak melakukan kekacauan sehingga menghancurkan keamanan negara.

"Kalau mereka tidak dengar, kita ada kuasa dalam pilihan raya. Jangan gunakan cara yang boleh merosakkan keamanan.

"Tetapi saya bimbang, sekiranya keadaan ini berterusan, orang Melayu yang sekian lama memendam kekecewaan akan 'meletup'," katanya.