Tabik 'spring' pada DS Anwar. Itulah kata-kata pertama yang keluar dari kotak pemikiran saya.Ini kerana di saat dua spesis yang menjadi 'problem boy' yang 'mengacau' ketenteraman fikiran DS Anwar di saat beliau 'pening' menghadapi 'karenah' Mahkamah dalam pertuduhan liwat ke atasnya yang akan bermula perbicaraannya minggu depan, beliau masih boleh menggunakan kebijaksanaannya untuk mengheret Zahrain Mohamed Hashim, Zulkifli Noordin dan Zaid Ibrahim ke muka Jawatankuasa Disiplin Parti. [sumber.]
Kalau mengikut kehendak dan keputusan 'Mahkamah Blogger', kedua-dua spesis Si-Tanggang Zahrain dan Al-Semak Kulim Bandar Baru memang tiada tempat dalam Pakatan Rakyat, tetapi biarlah seperti DS Anwar berkata, “Some of us have called for immediate actions, but here in PKR and Pakatan, we have to adhere to the party constitution and allow due process to take place,”
Walaupun ini urusan dalaman PKR, tetapi sebagai sebuah Pakatan, kemelut ini perlu dipadam segera demi masa depan Pakatan Rakyat, walau bagaimanapun biarlah proses pengadilan berjalan mengikut proses dan tatacaranya.
Sekali lagi, tabik 'spring' untuk DS Anwar kerana pantas bertindak, 'without fear or favour'.













