Followers

Wednesday, 22 December 2010

Usahlah ber'mewah-mewah' dengan kenderaan mewah Kerajaan

Jumlah diperuntukan RM89 juta kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) bagi tujuan penyelenggaraan infrastruktur dan pengurusan tanah di kawasan Mada untuk tahun 2011 sudah cukup lumayan. [sumber .]

Yang takutnya bukan apa......dimasukkan beberapa kenderaan jenis mewah dalam kontrak, yang diakhirnya kenderaan tersebut dipakai oleh big boss.....para juruteknik masih susah untuk menaiki kenderaan projek kerana beberapa boss yang ber'perasan' terlalu tinggi. Kerja-kerja penyelenggaraan, pengawasan, penyeliaan dan berbagai kerja-kerja berkaitan tergendala......aduhai.....

Dengar-dengar cerita di Bahagian Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Putrajaya......kenderaan mewah tersangat mewah digunapakai oleh big-big boss untuk kegunaan 'official' yang berbentuk peribadi......kalau dah teringin sangat belilah sendiri.....duit ribu-ribu bukan nak bawak mati tapi 'dosa' ribu-ribu akan dibawa bersama ke dalam liang-lahat.

Barang diingat...kenderaan tersebut diselenggara minyaknya, insuransnya, cukai jalannya, kad TOLnya, servisnya oleh kontraktor dan bayaran kepada kontraktor adalah dari duit Kerajaan yang bermakna dari duit rakyat.....duit anda semua yang membayar cukai.

Kalau tak makan cili memang tak rasa pedas......terutama cili sos......pedas-pedas manis.....aduhai...