Followers

Thursday, 23 December 2010

Umno/BN masih 'bernafas' hanya bantuan 'life support machine'

Kenapa Najib dan Muhyiddin semacam menggelumpur kepedihan apabila dengar tekad Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari jika dapat ber'tapak' di Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Bukan setakat dua orang itu malah keseluruhan Kabinet.....bahkan keseluruhan ahli Umno semacam kena demam kura...menggigil ke'sejuk'kan.

Mungkin sesetengahnya telah tumbang kena 'migrane'...ada yang kena 'mild-stroke' sehingga bercakap lidah menjadi bergulung macam roti bom.

Itulah penangan Program 100-hari Pakatan Rakyat.

Ini bukan cerita dongeng...ini bukan lawak pak badut...ini bukan angan-angan Mat Jenin...ini bukan khayalan Kota Baghdad 1000 satu malam...ini bukan cerita penglipur lara Tok Selampit sambil menggesek rebab...ini semua adalah hasrat rakyat jelata yang cintakan keamanan, keadilan, keharmonian, perpaduan hidup di bumi Malaysia yang kaya dengan hasil mahsyul dan sumber manusia yang bijak pandai.

Apakah tawaran Program 100 hari itu terlalu hebat untuk Umno buat 'counter-offer'?

Atau Umno terlalu sukar menghadapi Program 100-hari itu?

Marilah kita sama-sama tengok, apakah dia Program 100 hari itu sehingga Umno hilang pertimbangan, melemparkan bermacam-macam tohmahan dan kata nista.

Program 100-hari itu berbunyi di antara lain ialah :
  1. Memansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  2. Memansuhkan TOL
  3. Mengurangkan subsidi negara kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat
  4. Memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang
  5. Mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan
  6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar
  7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda
  8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus
  9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman
  10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah

[sumber .]

Kalau diperhatikan kesemua diatas boleh dilaksanakan jika Umno/BN betul perihatin kepada rakyat.

Kesemua 10 perkara itu adalah 'pelampong keselamatan' kepada Umno/BN yang telah memegang tampuk pemerintahan kurang lebih 50 tahun. Tanpa 10 perkara itu Umno/BN telah lama tempang...malah terus lumpuh.

Maka jika 'Putrajaya' terlepas dari tangan mereka dan jika kesemua 10 perkara itu terlaksana maka 'hayat'nya akan berakhir kerana apabila terlaksana sahaja 10 perkara itu......ia bolehlah diibaratkan seperti mencabut 'life support machine' (mesin bantuan penafasan) dari mereka.