Followers

Monday, 20 December 2010

Udah melampau......dah sampai masanya

Sudah sampai masanya media pencacai ini disaman. Biarlah Mahkamah tutup mulutnya yang sentiasa celupar, meroyan, merepek, mengarut, mengada-adakan cerita, mengadu-domba sesama Islam apatah lagi yang bukan Islam, memfitnah, menghasut bertujuan menyegarkan kembali perasaan benci di antara kaum, meresahkan perasaan di antara beberapa kaum di Malaysia yang boleh mengwujudkan perasaan benci di antara beberapa kaum.

Kewujudannya bukan untuk membina dan mengembangkan minda ke arah mempertingkatkan keintelektualan rakyat......malah menghakiskannya dengan berita-berita mengarut berkaitan cerita-cerita lucah, rogol, cabul, zina sesama ahli keluarga, mensensaikan kehidupan selebriti, menyemarakkan lagi hiburan dan apa-apa yang berkaitan dengannya.

Tidak menghairankan media pembodek nombor wahid ini mengalami kerugian. Yang masih membelinya adalah dikalangan yang 'hard-core' yang jenis keluar urat marikh bila berhujah dengannya. Inilah spesis 'keras-keng' yang masih setia dengannya.

Memang patutlah Sdr. Lim Guan Eng menyamannya.