Followers

Tuesday, 28 December 2010

Sunyi lagi.....Sunyi?

Minggu depan rumah menjadi SUNYI kembali.

Masing-masing pulang ke 'sarang'nya. Tinggallah al-brangi dan 'Mak Wan' ber'dua-duaan' di rumah. Cuma menunggu cucu pulang dihujung minggu......rumah menjadi ceria dengan keletahnya. Mak Wannya amat perihatin dengan gerak lakunya.....pantang dengar rengekkannya.....maka lagu 'ciptaan'nya akan didodoikan. Terlena jugak si cucu itu ......kerana kelunakan suara Mak Wannya ke....atau lengok melodinya ke...atau memang si cucu itu memang keletihan.....

Baru balik dari membeli tiket bas ke Batu Pahat. Anak nombor 4 akan balik ke Batu Bahat untuk menyambung semester akhirnya di UTHM, Parit Raja, Air Hitam.

Yang bongsu akan kembali ke asrama. Tahun 2011 adalah tahun yang mencabar baginya. Peperiksaan SPM akan menunggunya di penghujung tahun.

Selepas beli tiket tadi.....sempat jugak singgah di kedai mamak untuk mencari 'member'....boleh gak bersembang pasal isu semasa sambil membasah tekak.

Seperti dijangka...memang ada 2 orang 'member' tiba serentak. Kedua-dua mereka mintak teh-tarik kaw-kaw. Saya pula, "Milo kosong panas jugak Mamak." 'Member' tadi hairan kenapa saya mintak Milo kosong. Saya menjawap dengan penuh sayu, '2 hari lepas sahabat kita dah kena 'amputate' kaki kirinya kerana kencing manis. Saya pastikan hanya minum manis sekali sehari sahaja.'

Perbualan kami berkisar pasal Umno nak mengharu birukan Selangor dengan perlantikan Mat JAIS sebagai SUK baru......pasal 'Kepala Taik' dapat jaga taik minyak kelapa sawit.....pasal PRK Tenang dan yang paling hot pasal Gopalakrishnan ber'perang' dengan Bro. Anwar...dan pasal Cik Gu Bard tolak tawaran jawatan Timbalan SUA.

Kedua-dua sahabat 'totok' PKR tadi mintak saya tembak sikit ketiga-tiganya. Saya kata pada mereka, "Saya boleh tembak sorang-sorang, Gopala, Cik Gu Bard dan Bro. Anwar....hits blog saya akan meningkat.....tapi untuk apa? Adakah dengan itu Pakatan makin kuat?"

Saya menyambung lagi,"Apa yang berlaku hanya kau orang je yang amat tahu luar dalamnya kerana kau orang berada dalam satu 'rumah'. Takkan orang duduk sebelah rumah pulak nak ceritakan hal dalam kelambu rumah kau orang...walaupun kita berjiran...kurang manis."

Salah sorang daripadanya mencelah, "'Potong' je 'kepala' mana-mana yang degil."

Yang sorang lagi cuba menenangkan keadaan, "Kalau 'potong kepala'.....SUNYIlah parti...tak de lagi orang-orang sepertinya berani menegur."

Saya terus mintak diri kerana khuatir 'gempa bumi' berskala Richter 4.5 berlaku.....walaupun kecil tapi boleh menggegarkan meja kedai Mamak tu.