Followers

Thursday, 16 December 2010

SPRM tutup kes Tuan Guru Nik Aziz dan menantu

SPRM sudah tutup kes berprofil tinggi (?) yang kononnya TG Nik Abdul Aziz dan menantunya Abdul Ariffahmi Ab. Rahman bekas CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Kes ini digembar-gemburkan serta difitnah hasil kerja 'tangan-tangan nakal' yang pandai menggunakan kemahiran menulis.....dengan menguasai bahasa untuk menjatuhkan seseorang semata-mata kerana hasad dengki dan dendam kesumat yang tidak berkesudahan.

TG Nik Abdul Aziz pernah menlabelkan 'blog celaka' (penulisnya?) yang ingin mencari populariti semata-mata kerana irihati dan ingin mencari kepuasan peribadi kalau tidak pun mengharap imbuhan.

Ungkapan 'The pen is mightier than the sword" nyaris-nyaris 'memenggal'kan kepala mereka yang tidak berdosa.

Tetapi percayalah, 'game' yang kotor lagi licik ini tidak berakhir di sini......selagi PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya masih terkedepan mendapat sokongan rakyat selagi itulah tentangan serta perancangan jahat berterusan.