Followers

Saturday, 11 December 2010

Spesis Umno......nak kawin pun 'RASUAH'.....

Khir Toyo didakwa kerana mengamalkan 'ajaran salah' lagi menyesatkan.

Ajaran salah?

Dia pengikut 'Ayoh Pin' ke? Atau pak turut kepada 'Cik Gu Kahar'.....orang yang mengaku dirinya Nabi Melayu?

Habis tu kenapa JAIS tak ikut dakwa dia?

Alah......bukankah RASUAH itu merupakan perbuatan yang salah lagi menyesatkan?

Kalau dia merasakan RASUAH itu tak salah maka sahlah dia pengikut ajaran yang salah kerana Islam jelas mengajar dan memberitahu bahawa RASUAH itu salah lagi haram.

Seperti saya tulis sebelum ini bagi Umno, RASUAH itu semacam minum air-mineral ketika tersangat haus......terasa akan 'nikmat'nya.....seteguk......lepas itu teguk lagi......dan lagi.....dan lagi...dan lagi sehingga perut terasa 'kembung'.

Ramai orang berkata Umno amat sinonim dengan RASUAH.

Terpulanglah kepada Umno untuk mengikiskan stigma ini.

Tugas rakyat ialah 'mengikis' terus Umno dari landskap politik Malaysia kerana stigma itu telah sebati sekian lama.....terlalu sukar untuk dipisahkan.....nak jawatan pun perlu RASUAH...nak projek pun perlu RASUAH...nak menang pilihanraya perlu RASUAH...nak kahwin pun RASUAH.

Ah! Nak kahwin pun RASUAH?

Biar betul.

Apa tidaknya......menggunakan kedudukan...kekayaan...populariti untuk memikat calonnya yang pertama...kedua...ketiga...sehingga cukup kuota...terutama pada selebriti...kerana kalau orang biasa cuba nak memikat selebriti...'kirim salam' ajelah.

Itu dinamakan RASUAH pengaruh......manakala si selebriti itu pula meng'RASUAH' 'gedik'......alahai.....