Followers

Tuesday, 28 December 2010

Songkok Hitamnya 7 inci tinggi

Kenapa dia dilantik?......kerana dia selesa dengan bersongkok hitam tinggi. Lazimnya songkok hitam tinggi dikaitkan dengan satu pertubuhan memertabatkan 'ketuanan' kaum.

Kenapa dia dilantik?.....kerana dia pandai menjaga kesucian Masjid/Surau. Kerana dia pandai pantau kesahihan bacaan khutbah......segi rukunnya......segi isinya. Kerana dia pandai mengagak sesiapa yang tak mandi wajib atau sedang dan masih berjunub melintasi Masjid/Surau.

Kenapa dia dilantik?......kerana dia pandai menguruskan atau memudah cara urusan solat hajat dan bacaan Yaasiin di Masjid Hulu Selangor untuk bukan Islam.

Kenapa dia dilantik?......kerana dia tahu letak duduk Masjid/Surau.....kerana dia tahu status tanah Masjid/Surau, samada hak milik tetap ke, atau wakaf ke dan sebagainya.

Kenapa dia dilantik?......kerana dia amat 'jaga' bab hal haram...bukan snang nak cari orang macam nih.

Kenapa dia dilantik?.....sudah tentu 'Parti Songkok Hitam Tinggi' mahu dia 'melayan' pentadbiran Selangor dengan se'baik-baik'nya agar senang 'Parti Songkok Hitam Tinggi' menapak semula di Selangor setelah ditolak gelombang tsunami pada PRU12.