Followers

Friday, 31 December 2010

Sokong bolasepak saja tau......bukan Umno ye.....

Ya kami tetap teruskan SOKONGAN kepada pasukan bolasepak Malaysia khususnya dan sukan bolasepak di Malaysia amnya.

Tapi ingat......pasukan bolasepak sahaja tau...bukan SOKONGAN kepada Umno/BN tau.

Ia betul.....jutaan ringgit dibelanja oleh Kerajaan untuk kemajuan sukan di Malaysia. Anda mesti ingat duit itu bukan dari kantung Umno tau......jauh sekali dari kocek pemimpin Umno. IDuit itu dari poket anda semua. Duit itu adalah duit pembayar cukai. Umno hanya diberi amanah untuk menguruskan kewangan. Itu pun......faham-faham ajelah...duit 'bocor' dan 'tiris' di mana-mana.

Bina Stadium.....Stadium runtuh.....bina bangunan.....bangunan bocor.....disuruh jaga rakyat agar kuat iman.....tapi di'hancur'kan iman dengan konsert dan hiburan melampau.....disuruh jaga rakyat agar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tapi disuruh rakyat berhutang dengan PTPTN......disuruh bina jalanraya untuk kesenangan rakyat tapi dikenakan TOL tambah menyusahkan rakyat......disuruh uruskan negeri dan negara tapi dibina 'istana' untuk bermewah sendiri......disuruh urustadbir negara ikut kehendak Illahi tapi diurustadbir ikut selera dan kepala otak sendiri.