Followers

Sunday, 12 December 2010

Santai pagi Ahad......hal baik-baik punyer

Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah SWT.

Nak mati di bumi mana, hujan nak turun di bumi mana, ketentuan jantina bayi (ditentukan sebelum pasangan itu berkahwin lagi) semuanya dalam ilmuNYA.

Panjang pulak mukadimahnya.

Baik.....kita pergi terus ke pointnya.

Kenapa jemaah haji berumur 70 tahun diberi keutamaan? Kenapa tidak yang berumur 50 tahun ke atas JUGA diberi keutamaan?

Haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan fisikal......rasa-rasanya bekas bos KAGAT tu pun lebih maklum kot.

Sesetengah rakyat Malaysia pula mahu menunggu dapat peluang ke Mekah baru nak bertaubat.....kot-kot sempat tunggu umur 70 tahun...kalau tak sempat? Maka terlepaslah 'peluang' nak bertaubat.

Tajuk besar surat khabar milik si-anu pulak cerita bab taubat hari ini. Si Adik yang mungkin dah ber'taubat' menyeru abangnya bertaubat. Kononnya si Adik tahu hal-hal 'luar' dan 'dalam' si Abang. Secara lojiknya tak mungkin si Abang tak tahu hal-hal 'luaran' dan 'dalaman' si Adik.
Kot ya pun kenapa si Adik tak pandai nak tutup aib si Abang......apatah lagi kalau si Adik gila 'glamour'......menabur fitnah macam tabur serbuk racun tikus je.....kalau kucing datang men'jilat'nya pun, kucing pun turut mati. Baik sungguh hati budi si Adik untuk menyelamatkan Abangnya.

Bercakap pasal baik teringat akan satu cerita seorang budak yang baik. Kalau Pak Menteri pun kata dia baik.......semua orang Harusssss menerima budak itu sorang budak yang baik. Lebih-lebih lagi kalau Pak Menteri itu sendiri yang baik datang pulak dari parti yang baik-baik berketerunan dari bangsa yang baik-baik. Cuma satu saja bahasa isyarat yang tak terkeluar lagi dari mulutnya.....2 orang Pengetua yang celupar satu masa dulu pun semuanya baik-baik. Agaknya beliau nak kata, 'Ah kita lupalah kisah yang lalu'.....tapi tak terkeluar lagi dari mulutnya kerana dikhuatri orang ramai akan kata Pak Menteri itu tak baik.