Followers

Thursday, 30 December 2010

Raja berambut uban layak di'singgahsana'nya

Tabik hormat kepada 'Raja' berambut uban ini kerana berjaya meletakkan pasukan bolaspak Malaysia di 'singgahsana' yang tinggi.

Pemain-pemain keseluruhannya berjaya menterjemahkan segala perancangan 'Raja' berambut uban ini di atas padang.

Safee Sali selaku penjaring terbanyak walaupun tidak boleh disamakan dengan penyerang sensasi negara Arwah Mokhtar Dahari, tetapi sedikit sebanyak mengingatkan kembali akan aksi larian deras dan tendangan kencangnya sambil berlari.

Lentuk tubuh Norshahrul Idlan Talaha menggelecek lawan di tepi garisan berjaya mengimbas kembali kehebatan Syed Ahmad striker yang berjaya membawa Malaysia ke Olimpik Munich.

'Raja' berambut uban ini sudah sewajarnya dikekalkan 'takhta'nya sehingga Malaysia berjaya layak bermain di Asian Cup mahupun Olimpik.

'Raja' brambut uban yang dimaksudkan ialah Rajagopal.

Syabas 'Harimau Malaya' (Malaysia) yang berjaya membaham 'Sang Garuda' (Indonesia) 4-2 (agregat) untuk muncul juara dalam kejohanan bolasepak Piala AFF Suzuki malam tadi di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia