Followers

Thursday, 30 December 2010

PRK Tenang: Ini bukan perlawanan persahabatan bolasepak!!!

PRK DUN Tenang, Johor akan diadakan pada 30 Januari 2011, manakala hari penamaa calon ditetapkan oleh SPR pada 22 Januari 2011.

Rasa-rasanya tak perlu dihujahkan disini kenapa SPR boleh menetapkan hari penamaan calon dan hari buang undi jatuh pada hari minggu tidak seperti di PRK-PRK yang Pakatan Rakyat adalah penyandang.

Juga mengahbiskan 'karen' merungut kenapa SPR melarang jangan berkempen lagi walaupun Umno/BN sudah menabur 'bitumen' dan media pencacai saban hari taat melaksanakan jumlah 'ratib'nya.

Ini semua kita teramat maklum.

Yang menjadi musykil al-brangi......kenapa PAS diberi mandat oleh Pakatan Rakyat di kawasan yang pengundi Melayunya hanya 47.53%.....kenapa PAS sanggup menerimanya? Kenapa PKR dan DAP tidak beria-ria mahu merebut 'potongan kek lapis' ini seperti dalam PRU12?

Menerimanya seolah-olah menggengam 'bom tangan' yang telah ditarik pin keselamatannya.....bila-bila masa boleh meletup.

PAS baru kecundang di Galas. Semput di Manik Urai pun masih terasa.....tapi masih 'berani' mengambil risiko. Berani atau syok sendiri?

Dalam masa yang sama ada beberapa pimpinan tertinggi tidak memberi harapan yang tinggi.

Memang benar......kalah menang adat perandingan, tapi ini bukan perlawanan persahabatan bolasepak. Ini bukan pertandingan berbalas-pantun atau pertandingan bermain layang-layang.

Ini masalah maruah......ini masalah 'air-muka' yang perlu dijaga untuk menghadapi PRU13 nanti.

Petikan dari theMalaysianinsiders :

Mengumumkan tarikh pilihan raya kecil ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kerusi DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

Seramai 13 pengundi berusia lebih 100 tahun.