Followers

Thursday, 16 December 2010

Patutlah pun Umno 'meroyan2'.....dan gila talak dengan Selangor......






Malam tadi pergi meraikan 'Majlis Makan Malam Kebajikan Bersama - Parlimen Hulu Langat'. Di antara objektifnya ialah mengwujudkan ikatan yang lebih utuh dalam Pakatan Rakyat serta mengutip dana kebajikan Parlimen Hulu Langat.

Di antara daif jemputan ialah YAB Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Y. Bhg. Dato Teng Chang Khim Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Ahli Parlimen Bachok merangkap Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa danYB Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat selaku hos. Turut hadir ialah YB Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, ADUN Kajan Lee dan ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar.

Seramai 1000 orang lebih penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP, Melayu, Cina dan India memenuhi dewan makan.

Kalaulah Umno serta media atau blogger pencacainya menyelinap masuk......sudah tentu mereka akan meroyan2.....bergolek-golek...serta meraung-raung tak dapat cari jalan pulang kerana melihat perpaduan yang begitu utuh dan mendengar ucapan Menteri Besar yang di antara lain berkata lebih kurang 30% daripada pelabur-pelabur asing dan dalam negeri melabur di Selangor yang merupakan No.1 di Malaysia.....erm bukan 1Malaysia.....mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.

YB Nasha dengan 'magic quotation' beliau yang menenggelamkan BN dalam PRK di Sibu yang lalu dan diulang malam tadi mendapat tepukan yang paling gemuruh yang kalaulah Umno mendengarnya.....nescaya meracau-racaulah Umno tak tidor malam iaitu "Muslims are our brothers in faith and non muslims are our brothers in humanity."

Maka tidaklah menghairankan jika Umno masih 'meroyan2'...'meracau2' serta 'gila talak' dengan Selangor......aduhai.....

Masa depan Selangor, InsyaAllah masih bersama Pakatan Rakyat.