Followers

Monday, 27 December 2010

'PAS ganti Umno' di Terengganu ~'Ubah Gganu Lening'

Maka hal ehwal mengurus Umno di Terengganu di serah kepada Mad Said. [sumber .]

Mengikut 'adat-beradat'......budaya Umno Terengganu zaman berzaman.....siapa yang pegang jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.....maka inilah peluangnya untuk membuat 'pasak-bumi' memperkemaskan kuda-kudanya.

Sepintas lalu era Mad Derih kelihatan 'kelang' (kelam serta suram) dengan perlantikan Mad Said ini.

Kalau Mad Said ini 'jenih cerdik', sudah pastinya beliau akan buat 'white-wash' pada semua orang-orang Mad Derih dalam PRU13 nanti kecuali Mad Derih sorang.

Maka melomponglah orang-orang yang bergayut di dahan yang rapuh. Rasa-rasanya Mad Said tak mampu nak 'ambik hati' orang-orang Mad Derih dengan memberi jawatan penasihat itu...penasihat ini kerana 'awok-awok' dia sendiri pun masih terkial-kial mencari-cari 'projek'.

Mad Said tak berapa licik nak tendang keluar Mad Derih dari Umno Terengganu. Kesetiaan Mad Derih pada Umno pusat telah terbukti. Kesetiaan orang Umno kepada Umno melebihi kesetiaan kepada sesiapa saja.

Rakyat Terengganu yang sentiasa mencurahkan kesetiaan kepada Raja mereka sesekali tidak akan memaafkan perbuatan 'awok-awok'nya yang buat ala-ala 'harakiri kamikaze' politik dengan merentangkan beberapa banner dengan kata-kata nista yang rasa-rasanya terlalu pilu untuk ditulis di sini.

Tiada maaf bagi mu Mad Derih.

Hayat politik 'demo' hanya boleh disambungkan di Pusat. Kerana di Pusat masih banyak agensi-agensi yang memerlukan penasihat dari orang-orang yang talian hayat politik telah putus.

Tapi tak bolehlah nak lantik 'demo' jadi Penasihat minyak(Petronas) kerana tempat itu sudah diisi oleh Pakar Minyak (?) selalunya kepada mantan Perdana Menteri. Mungkin 'demo' akan dilantik di Syarikat-Syarikat 'Taik-Minyak' yang bersepah di Kuala Lumpur.

Berbalik kepada kisah Umno Terengganu tadi......realitinya, PAS lebih senang menghadapi Umno di bawah pimpinan Mad Said dari Mad Derih kerana Mad Derih lagi cerdik dan licik. Ini memberi makna pimpinan Mad Said adalah kurang cerdik dan licik.

Tetapi harus diingat Umno Terengganu selama ini pun bukan bergantung kepada kecerdikan....ia hidup gah kerana dasar yang 'licik' dari Pusat.

PAS Terengganu seharusnya dengan segala kekuatan yang ada mengambil peluang untuk meneruskan gelombang 'PAS ganti Umno' di Terengganu'. Ungkapan 'Ubah Gganu Lening' seharusnya dikekalkan momentumnya sehingga menjelang PRU13.

Segala keporak-perandaan Umno Terengganu akan menjadi pemangkin untuk kebangkitan PAS Terengganu.

Saya rasa Pemuda PAS mempunyai banyak idea untuk menarik golongan remaja menjadi 'Orang Muda geng kite' seperti 'expedesi bermotor' yang pernah dibuat dan sebagainya.

Jika remaja perempuan berjaya di'pujuk rayu' oleh Muslimat dengan program-program yang ikut 'ere mereka' (ikut selera mereka) seperti menyusun program sukan bowling, ekspedesi berkayak mengelilingi Masjid Kristal dan lain-lain tempat yang terkenal, ekspedesi air-terjun ke air-terjun sebagai contoh.....InsyaAllah 'Geng Muda Bersama Kite'.

Saya sentiasa melihat dan sentiasa mengharap 'Bulan Purnama' penuh akan muncul kembali di Terengganu setelah ditutup awan hitam tebal untuk beberapa tahun sebelum ini.