Followers

Friday, 10 December 2010

Pakatan Rakyat: Tak ada maknanya jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri jika......

Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke- 2 akan di adakan di Pulau Pinang pada 19 Disember 2010.

Seharusnya apa yang akan dirumuskan nanti akan dilihat oleh rakyat bahawa Pakatan Rakyat betul-betul serius hendak ke 'Putrajaya'.

Apabila menang sahaja PRU13 nanti sudah semestinya akan muncul seorang Perdana Menteri baru. apabila ada Perdana Menteri sudah semestinya akan ada Timbalannya.

Tetapi jika sepanjang konvensyen itu......Pakatan Rakyat ber'tegang' siapa Perdana Menterinya.....siapa Timbalannya...maka rakyat akan melihat seolah-olah Pakatan dilanda mabuk kuasa...seolah-olah Pakatan sedang kemaruk kuasa.

Rakyat mesti melihat atau biarlah Pakatan Rakyat dilihat bahawa 'mereka' memang boleh duduk semeja......bukan setakat duduk semeja malah boleh membawa perubahan yang sangat-sangat diharapkan oleh rakyat.

Penerimaan masyarakat Melayu di negeri-negeri yang kaum Melayu majoriti seperti di Kelantan mahupun Terengganu dan di kawasan-kawasan majoriti Melayu (di kampong-kampong) di mana-mana negeri di Pantai Barat dengan apa yang di laung2kan oleh Bro. Anwar bahawa kaum cina boleh menjadi Timbala Perdana Menteri adalah tidak sama.....malah merugikan.

Mungkin ia seronok didengar di kawasan-kawasan majoriti kaum cina......dan Saudara Lim Kit Siang sudah mula perasan dengan laungan itu seolah-olah jawatan itulah segala2nya apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.

Dalam blognya...( Sila baca DI SINI .) beliau seolah memukul anak menyindir menantu dengan mempersendakan MCA. Begitu juga pimpinan lain dari DAP (Sila baca DI SINI .) yang mencabar MCA menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dari BN atas rasionalnya BN mempelopori konsep 1Malaysia. (Rujuk juga Kit Siang bertwitter :
  1. Pakatan ridicules MCA's disbelief that a non-Malay can be DPM (MC) http://bit.ly/gncPET
  2. Soi Lek backed 'Ketuanan Melayu', says Tee Keat (FMT) http://bit.ly/fsxr3j
  3. MCA does not understand the Constitution, says Kit Siang (MI) http://bit.ly/dUiaUT
  4. Fun 2c MCA cybertroops rush n pass "density test" w flying colours. But more fun to wait 4top MCA leaders 2perform "density test".
  5. Tee Keat says Soi Lek backed ‘ketuanan Melayu’ (MI) http://bit.ly/hxdK38
  6. No surprise MCA cybrtroop dense cannot understand simple stmt Constitution no bar any Msian from being DPM but Y top MCA leaders so dense?
  7. “Can a Chinese become Deputy Prime Minister?” – shows up MCA true colours when MCA leaders could ask such a question! http://bit.ly/f1lfWk
Memang benar Perlembagaan Negara tidak men'define'kan secara spesifik mana-mana kaum yang menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.....namun atas semangat setiakawan...atas semangat menghormati kaum Melayu...atas semangat menghormati kepercayaan majoriti kaum Melayu yang menganut Agama Islam...apalah salahnya.....apalah kiranya DAP mendiamkan diri dalam soal ini.

Tidak dapat dinafikan pimpinan tertinggi DAP seperti Karpal Singh yang mahir dalam Perlembagaan boleh bercakap atas hak itu hak ini.....hak asasi kemanusiaan dan sebagainya...kalau nak bercakap atas dasar hak, sampai bila-bila pun Umno/BN tidak berjaya ditumbangkan.

Pimpinan Pakatan Rakyat seharusnya bijak...bukan setakat bijak tetapi harus memahami kalau tak boleh menerima pun akan realitinya.

Sesungguhnya Manik Urai dan Galas sudah memberi isyarat yang amat mendalam dalam hal ini walaupun berbagai-bagai analisa keluar dan tidak dinafikan faktor 'semulajadi' perangai Umno/BN apabila bermain-main atau berbicara dengan wang turut membantu mereka.

Jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri bukanlah segala2nya.....yang penting Umno/BN dapat ditumbangkan dan perubahan berlaku.

Apa maknanya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bertukar tangan...tapi tiada apa perubahan berlaku.....malah mungkin sama dengan zaman Umno/BN...yang lebih malang lagi kalau ia lebih buruk dari zaman Umno/BN.

Jika ini berlaku maka era cucu-cicit Kit Siang mahupun Bro Anwar belum tentu Pakatan Rakyat akan dapat bangkit atau dapat kekal seperti sekarang.

Percayalah hati kaum Melayu perlu dijaga dan tidak dinafikan hati kaum cina, india serta kaum-kaum lain juga perlu dijaga......tanganilah ia dengan bijaksana.....bukan dengan emosi atau perasaan yang terlampau ter'buku-buku' atau 'bengkak' selama ini kepada Umno sehingga kita hilang pedoman, lantas kita hilang sokongan di peringkat akar umbi.

Saya yakin pandangan yang yang tidak sepertinya ini akan mengundang marah, cemuhan serta besar kemungkinan akan dilabelkan bermacam-macam nanti......tetapi itulah yang terbit dari hati saya.

Banyak perkara yang perlu diperkemaskan dalam parti masing-masing khasnya dan dalam Pakatan Rakyat amnya dengan sekadar segera...semolek-moleknya sebelum PRU13 berlangsung.

Saya tetap sayangkan Pakatan Rakyat dan berharap Umno/BN akan tumbang dalam PRU13 nanti.....Ingat yang menentuka segala2nya adalah Allah SWT.

Undi rakyat amat PENtiNG dalam meredah jalan ke Putrajaya.

Selamat Berkonvensyen.