Followers

Thursday, 23 December 2010

Pakaian dalam awak......sidailah kek umah sendiri.....malulah sikit

Awak nak jemur baju cantik awak ke......nak jemur seluar dalam koyak awak ke.....nak jemur baju dalam lusuh awak ke.....jemurlah dalam laman rumah awak. Tak ada sapa ambik peduli.

Kalau awak tak malu sidailah kat pintu pagar rumah awak atau atas bumbung kereta awak...atau di tingkap rumah awak atau dinaikkan seperti bendera agar cepat kering.....lantak pi lah.

Ini negara demokrasi.....tiap warga negara berhak di bawah Perlembagaan......bebas untuk mengumpul awak adik beradik...sedara mara awak untuk beramai-ramai menyidai seluar baju awak.....pakaian dalam awak sebagai satu lambang kemegahan kerana ini dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi kalau awak sengaja gatal tangan menyidai seluar baju awak.......pakaian dalam awak di pagar rumah jiran awak......memasuki laman rumah jiran dan sesedap hati menyidai di tingkap rumah jiran.....di atas bumbung kereta jiran.....di ampaian rumah jiran.....itu dinamakan orang 'gilo'.....kurang ajar.....muka tak malu malah menjadi satu kesalahan kerana menceroboh laman rumah jiran. Kita ada undang-undang......mana boleh menceroboh ikut suka hati atok-nenek kita...pakai main suka-suka je......alahai.....

Adalah kisah sorang kaki pengampu nih.....kerjanya hanya membodek...membodek...membodek.....kononnya pandai undang-undang...pandai Perlembagaan....cakap pasal Perlembagaan berapi-api macam dia sorang tahu undang-undang.....payyyyyraaahhh.....[sumber .]