Followers

Friday, 17 December 2010

Markas Syiah mengalih tumpuan dan menyembunyikan 'Sidang Rimba' dari rakyat

Pencacai ini sangat taat pada tuannya.

Berita 'Markas Syiah diserbu' yang hanya jatuh 'rangking' yang rendah dari segi keutamaan melapor......kerana ada satu berita yang amat penting yang memerlukan liputan di muka depan mana-mana media jika 'conscience'nya masih belum 'corrupt'.

Soal aqidah MEMANG tersangat penting......itu memang tiada kompromi...tetapi tujuan dilaporkan sehingga mengambil lebih kurang semuka penuh adalah sifat hipokrit puak-puak Umno.....untuk mengalih tumpuan.....untuk menghilangkan pandangan.....untuk menyembunyikan pengetahuan daripada orang ramai...dan rakyat jelata bahawa semalam ada berlaku kecelaruan......ketidakupayaan mengawal keadaan......tahap kompetensi yang rendah untuk menggalas tugas sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Hasilnya 4 orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama 6 bulan. {Sila baca DI SINI dan DI SINI .]]

Menjadi Speaker Parlimen amat berbeza dengan mempengerusikan Mesyuarat Persatuan Ibu-bapa dan Guru.....ia jauh sekali nak disamakan dengan mesyuarat Koperasi.....ia terlalu tinggi tahap kompetensinya daripada pengendalian mesyuarat aktiviti Persatuan Kompang......ia memerlukan tinggi keintelektualan, mahir dengan peraturan tetap Dewan, tinggi kesabaran, tidak bias, bijak serta petah dan mahir dengan komunikasi awam, berketrampilan dan yang paling penting ialah bijaksana.

Terdengar desas-desus orang ramai bersungut-sungut "sidang rimba sedang berlangsung semalam. Si'badut' masih dgn kelaku ke'badutan'nya.Klu dah rasa diri tak kompeten......masuk gua lah bertapa dulu....bila sudah penuh ilmu didada baru masuk gelanggang. jgn jadi pahlawan rimba. Jadilah pahlawan kota"