Followers

Saturday, 25 December 2010

Senyumnya dia

Malam tadi dirumah al-brangi, ber'kampong' keluarga angkat dari Teluk Intan kerana hari ini 25 Disember 2010 adalah Majlis Pertunangan adik angkat.

Suasana menjadi amat seronok sekali. Bertambah pula hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran anak yang hanya menjadi 'bongsu' selama 5 tahun sahaja.

Berkata anak yang nombor 4 kepada adiknya iaitu anak al-brangi yang nombor 5, "Woi adik......Kak Jie sepatutnya anak bongsu tahu!"

Jawab si anak yang bongsu, "Kak Jie nak apa sebenarnya?"

Hari ini al-brangi menyempurnakan amanah yang diberi oleh keluarga angkat dari Teluk Intan. Majlis Pertunangan telah sempurna dijalankan dan Majlis Aqad Nikah InsyaAllah akan diadakan pada pertengahan bulan Jun 2011.

Selamat ulangtahun hari kelahiran pada anakanda......semoga setiap usaha dan kerjabuat sentiasa mendapat petunjuk dan keredhaanNYA. Dah 21 tahun rupanya anak abah ni. Kalau PRU13 tahun depan (2011)...InsyaAllah bertambah satu lagi undi calon PAS/Pakatan Rakyat DUN N26 Bangi.

Ada buat makan-makan sikit. Keluarga Teluk Intan pulak sponsor 'something special' (terima kasih ARY a.k.a Where) dan Noro kakak pada 'birthday girl' pulak sponsor 'cup-cake' untuk meraikan majlis ini.

'Birthday girl' disebelah kiri al-brangi dan keluarga angkat dari Teluk Intan.

Majlis merisik pada 16 Oktober 2010 dulu.

Persiapan mengubah hantaran pertunangan malam tadi

Barang-barang hantaran yang siap digubah oleh pakarnya 'Kak Nor isteri Bain'

Kelihatan al-brangi sedang membuka bicara meminta tuan rumah maklumkan pada semua akan syarat serta wang hantarannya......yang paling penting ialah tarikh Majlis Aqad Nikahnya.

Sebahagian daripada keluarga dari Teluk Intan

Selamat Bertunang dan ucapan tahniah kepada 'adinda-adinda' ku berdua......AFY & NEM semoga niat untuk 'membina Masjid' dimakbulkan Allah SWT, InsyaAllah.
Majlis 'menyarung-cincin' disempurnakan oleh Ibu kepada bakal pengantin AFY.