Followers

Saturday, 11 December 2010

Kalau tak 'Naik-Naik'......tolonglah selaraskan.....

"Mamak! Apa pasal roti banyak kecik? Pasal itu minyak naik harga ke?", sergah saya sambil bergurau.

Si-Mamak Towkay berkopiah......berbintik-bintik hitam.....ntah berapa tahun tak basuh sambil golek-golek kepala menjawab, "Encik banyak silap jugak......itu minyak Kerajaan tarak naik jugak.....tapi itu Kerajaan SELARAS jugak itu harga. Sekarang ini saiz roti saya SELARAS jugak sama itu minyak punya SELARAS."

Apa nak buat.....telan aje lah. Tak ada pilihan sebab dah lama kemaruk tak makan roti canai. Kalau masih dalam perkhidmatan dulu.....ada sorang sahabat dari Muar belanja makan capati kat Jalan Tuanku Abdul Rahman....waduhhh dia punya kari...pagi makan...sampai Asar jarijemari masih berbau karinya...powerrr punya.

Sekarang Penjawat Awam bersungut-sungut...resah gelisah pasal minyak naik...cabai naik...timun naik...ikan naik...daging import naik...daging local naik...pendek kata semua barang-barang keperluan naik...baju naik...seluar naik...kain naik sebab tu perempuan pakai singkat-singkat kot...wang hantaran naik...teksi naik...bas naik...RASUAH naik...pangkat tak naik-naik...bonus tak naik-naik...gaji tak naik-naik...mileage-claim tak naik-naik...peluang kursus ke luar negeri...fail permohonannya tak naik-naik, asyik-asyik fail big boss je yang naik...sebab tu big boss selalu naik tocang...

Saya rasa CUEPACS salah ambil pendekatan.....sepatutnya CUEPACS jangan mohon dengan Kerajaan naik gaji...naik bonus...nai itu...naik ini...kerana Kerajaan amat fobia dengan ungkapan 'NAIK'.....sepatutnya CUEPACS mohon dengan Kerajaan penyelarasan gaji selari dengan penyelarasan minyak.....bunyinya pun lembut sikit dari naik gaji....rakyat pun jadi naik pening...bila pilihanraya tunggu penyelarasan 'umpan'...lu selaras gua...gua selaras lu...ka ka ka ka ka.