Followers

Monday, 27 December 2010

Kaki 'Rasuah' tepis Kaki 'Zikir'......alahai.....

Ada sesetengah orang bila dah dekat penghujung hayatnya, bermacam-macam tebiat dilakukan. Ada yang nak makan makanan yang sedap-sedap......ada yang tak lalu langsung nak makan.

Sesetengahnya pula nak melancong k merata tempat......ada yang seharian duduk bermurung...tak bercakap dengan sesiapa.

Ada yang siap-siap mem'faraid'kan segala hartanya dikalangan anak-anaknya.......ada yang sedara mara yang berbudi kepadanya akan diberi hadiah juga.....paling tidak sebidang tanah.

Orang ini special sikit dia punyai kelebihan......pernah diberi gelaran tak resmi 'Bapak Rasuah Politik' tapi dek jasa dan taat setianya pada 'boss'nya...maka diberilah tugas baru menjaga 'ladang' yang ber'million-million' asetnya.

Yang anihnya...penjaganya sebelum ini adalah sorang 'ahlul tasauf'.....yang kaki 'zikir' di'tepis' ke tepi tetapi dek kesetiaannya, beliau dilantik sebagai Penasihat kepada 'Boss' yang menjaga hal-ehwal ladang itu.

Berapa punya banyak penasihatlah?

Penasihat minyak, penasihat kapal terbang, penasihat Agama......apa kepakarannya? Upahnya ambik duit dari mana?

Ini yang dikatakan 'Pembaziran dalam berhemah' [sumber .]