Followers

Wednesday, 8 December 2010

Jangan Menidakkan Jasa PAS Terengganu 1999 - 2004 Bhg Satu

Pinjaman Tanpa Faedah

Kesungguhan kerajaan pimpinan Ulama’ membebaskan negeri ini dari cengkaman riba telah pun dibuktikan dengan menghapuskan faedah pinjaman bagi kakitangan kerajaan negeri.

Rasional tindakan tersebut kerana kakitangan kerajaan selaku jentera yang mendokong sesebuah kerajaan mestilah terlebih dahulu ‘dibersihkan’ dari sebarang unsur yang mencemarkan imej Islam termasuk amalan riba. Semua bentuk pinjaman kerajaan negeri terutama pinjaman kenderaan dan komputer tidak dikenakan sebarang faedah.

Cukai Pintu Rumah Kediaman dan Tunggakan

Sebaik sahaja mengambil-alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1999, kerajaan Barisan Alternatif pimpinan PAS telah memutuskan untuk membatalkan kutipan cukai pintu bagi rumah kediaman beserta tunggakannya.

Langkah itu menyebabkan kerajaan negeri kehilangan sumber hasil berjumlah RM12 juta setahun.