Followers

Monday, 13 December 2010

Ikim ke Akim?......Gombak ke Bukit Antarabangsa?

Saya nak tergelak bila dua sahabat bertekak kat Surau tadi. Kedua2 mereka tak tahu cerita sebenarnya.

Yang sorang tu kata Zaid Ibrahim dah masuk Ikim (Radio Ikim).

Yang sorang lagi dengan nada terkejut dan kesal, "Tak mungkin dia jatuhkan 'martabat' dia dari seorang bekas Menteri......masuk kerja kat radio. Dah elok2 dalam PKR."

Saya mencelah, "Bukan Ikimlah.....Akim."

Kedua2 mereka lagi terkejut beruk.

Saya mengusik mereka, "Lagi tak munasabah. Akim sebuah parti yang suka 'kacau daun', hanya sukakan pilihanraya kecil aje kan."

Salah sorang dari mereka semacam nak bertanya kat saya, "Agaknya nak bertanding kat mana tu?"

Saya mengacah, "Kerusi paling sesuai.....di Parlimen Gombak atau Adun Bukit Antarabangsalah"

Kedua2 mereka semcam bersetuju, "Kami sanggup jadi campaign manager."

Saya potongkan perbualan, "Woi, Pakatan Rakyat kau orang nak campak kemana?. Kau nak kena gantung ahli PKR?"

Saya tak berani buat rumusan kerana yang buat 'silence protest' itu hanya 2 orang sahaja daripada apa yang saya tahu.

Demokrasi di Malaysia, masih berpegang pada suara ramai......walaupun kadangkala suara ramai tidak semestinya betul.