Followers

Wednesday, 15 December 2010

'Dua ekor kerbau lapar dan gian'......semuanya terpalit

Orang kecik rasuah dengan cara menjual maruah......mengadai harga diri.....memberi undi setelah mendapat habuan yang tak seberapa hanya sehelai kain pelikat 'cap gajah'.

Orang besar lagi rendah integritinya semuanya ditabur.....tatkala musim pilihanraya, apa yang ada habis dihambur. Kalau berhajatkan sesuatu yang besar.....maka besarlah 'umpan'nya.

Penjawat Awam pun apa kurangnya......kerana nak hidup bermewah-mewah.....anak-isteri di'sumbat' dengan makan 'haram'.....anak-isteri di'tampal' dengan pakaian 'haram'.....anak-isteri di'angkut' dengan kenderaan 'haram'.

Yang 'menyedih'kan apabila Yang Arif lagi bijaksana pun terlibat juga.....lagi malang apabila Yang Arif lagi bijaksana itu datangnya dari Mahkamah Syarie.....yang akan tercemarnya adalah Islam dek perbuatan mereka yang ke'lapar'an ini.

Lagi menjijikkan......apabila wujud juga insan yang bergelar Yang Arif lagi bijaksana terlibat dalam kes khalwat. [Sila baca DI SINI dan DI SINI .]

Begitulah apabila Iman menjadi nipis segala maruah terhakis......apabila Iman 'lapar' segala harga diri tercampak keluar.....apabila Iman kekurangan 'makanan rohani' segala integriti ikut pergi hasil dari Hukum Hakam Islam diketepi.