Followers

Thursday, 9 December 2010

Bukan ber'tuan'kan Umno......

Umno kata......PKR adalah penderhaka kepada bangsa sendiri.

Semua yang buruk-buruk dilemparkan kepada PKR/PR.

Kalau Umno.....semua yang baik-baik.....yang tulus-ikhlas...yang suci murni dan segala ungkapan yang elok-elok dan enak-enak didengar.

Soal taat setia serta mendaulatkan Raja-Raja Melayu sewajibnya tidak dipertikaikan lagi oleh mana-mana warga negara Malaysia.....malah tidak ada pun rekod warga negara keturunan Melayu serta dari kaum lain yang tidak mencurahkan taat setia kepada Raja-Raja Melayu kecualilah Umno yang pada suatu masa dahulu BERANI pernah menderhaka dengan menarik kekebalan Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan.

Untuk mengwujudkan bangsa Melayu agar dapat menguasai serta mengungguli ilmu, ekonomi, politik dll memang menjadi cita-cita semua parti politik tetapi dalam ertikata tidak mengkesampingkan kaum lain yang juga menjadi warga negara.

Di sinilah Umno 'menyalahgunakan' kedudukannya setelah memerintah 50 tahun lebih kerana Umno berlagak sebagai 'TUAN' kepada musuh-musuh politiknya.

Selaku HAMBA kepada Allah......seseorang disarankan memperkasakan dirinya dengan mempertingkatkan iman.....menambah ilmu.....memperbanyakkan amalan.....memperelokkan akhlak lalu memHAMBAkan dirinya kepada Allah SWT serta menfaatkan dirinya untuk manusia lain.